Assalamualaikum,
Semenjak menjak sudah naik pangkat "warga emas" kami setiap tahun jumpa doktor buat pemeriksaan kesihatan. Bukan apa, manalah tahu kalau ada sebarang penyakit cuba datang hinggap atau menempel, in-sya-Allah mungkin dapat dikesan awal. Apabila sudah cuba berikhtiar untuk mengelak dari sebarang kemungkinan, kalau kena/dapat sakit juga itu baru boleh dikatakan sudah suratan nasib kan.... Pada hari terakhir tahun 2015 (orang puteh kata new year eve) Mak Long ada temujanji dengan Dr Eric Francis di pejabatnya. Dr Francis seorang doktor muda bersifat lemah lembut dan amat teliti dalam menjalani tugasnya. Giliran temu-janji Pak Long pula dengan Dr Francis adalah dua minggu dari sekarang.
Perbincangan kami termasuklah tentang episod sakit pinggang beberapa hari lalu. Beliau tanya bagaimana kurangkan kesakitan dan Mak Long jelaskan kepadanya. "You did good... and should continue your yoga exercise..." Wah kena puji orang tua nih... senyum dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
Perancangannya untuk tahun ini:
a. Atur temu-janji untuk ujian darah tahap kolesterol dalam badan
b. Atur temu-janji untuk mengetahui "bone density" (menguji ketumpatan jisim tulang) untuk mengelak dari berlakunya osteoporosis atau lebih senang kata sakit rapuh tulang menyebabkan tulang mudah patah juga penyebab bongkok tiga seperti nenek kebayan. Orang lelaki pun boleh dapat osteoporosis. Menurut kajian orang Asia paling ramai yang dapat osteoporosis. Emak Mak Long mengidap osteoporosis....
c. Atur temu-janji untuk ujian mammogram. Ada sejarah barah payu dara dalam keluarga.
d. Atur temu-janji untuk ujian pernafasan. Sering rasa keletihanan dan masaalah pernafasan
e. Temu-janji dengan Dr Yesser Farrar, pakar sakit jantung mudahan tidak perlu makan ubat lagi.
Hanya ujian colonoscopy sahaja tidak perlu, kerana ujian ini telah dibuat tahun lalu. Ujian ini hanya dilakukan pada seseorang ialah setiap sepuluh tahun sekali selepas seseorang itu berumur 50 tahun ke atas.
Amboi banyaknya hendak chek! Macam takut mati pulak.....!
Hanya ujian colonoscopy sahaja tidak perlu, kerana ujian ini telah dibuat tahun lalu. Ujian ini hanya dilakukan pada seseorang ialah setiap sepuluh tahun sekali selepas seseorang itu berumur 50 tahun ke atas.
Amboi banyaknya hendak chek! Macam takut mati pulak.....!
Menjalani ujian kesihatan bukanlah suatu yang mudah dan murah. Insuran perubatan di negara ini terlalu dan sangat mahal. Setiap penduduk diperlukan mempunyai insuran perubatan. Namun ramai yang tidak mampu membeli insuran! Dulu kami pun tidak mempunyai insuran perubatan, tetapi alhamdulilah nasib baik menyebelahi kami dan tidak jatut sakit sampai tenat. Kalau sudah jatuh sakit dan memerlukan perhatian dari pihak hospital, kepakaran doktor dan lainnya lagilah... mahu tiga atau empat kali berlipat ganda mahal kosnya.
Jagalah kesihatan sebaik mungkin, mudah-mudahan kesihatan yang baik akan memberi kemudahan yang gitu dalam menjalani kehidupan yang banyak ragam dan dugaan. Berjinak-jinaklah dengan permakanan yang berkhasiat... in-sya-Allah...
Minuman sihat apple hijau + kerot + dan jus lemon |
Assalamu'alaikum Mak Long...
ReplyDeleteDi hujung-hujung usia ini, masalah kesihatan memang sesuatu yang agak membimbangkan. Lebih bimbang bagi saya adalah sekiranya saya akan menyusahkan anak-anak disebabkan masalah kesihatan saya. Biarlah saya 'pergi' sebelum saya membebankan mereka - itulah doa dan harapan saya...
Waalaikumsalam Kakcik,
DeleteKebimbangan itu sentiasa berlegar di fikiran ya Kakcik. Muga kita tidak menyusahkan anak-anak nanti kiranya Allah memberi kita usia panjang. Inilah antara satu dari sebab kita wajib menjaga kesihataan.
As Salam Mak Long,
ReplyDeleteAn obligation to oneself very necessary upon reaching the 'golden years'and an assurance to others (read: children) that we are taking good care of ourselves. Medical costs are escalating here also but not as bad as in the US. Still medical insurance is not taken by many as yet. Perhaps govt medical facilities are still adequate and tolerated where deficient. But this will not be for long.
Hank
Waalaikumsalam Hank,
DeleteI agree with you. One cannot afford to get sick nowadays without digging a hole in your pocket,
saya masih 'takut' nak berjumpa doktor walaupun dah setengah abad...
ReplyDeleteMak Long pun tak suka jumpa doktor, tetapi itu adalah kewajaran, mudah-mudahan bila jatuh sakit tidak akan membebankan anak-anak.
DeleteMak Long (Or I should call you Kak Long or Along jer) hehehe
ReplyDeleteSemuga Allah senantiasa memberi kesihatan yang baik buat Akak serta suami ....
Please, call me Mak Long. I am pretty sure that I much senior hehehehe and thank you much for the prayer.
Deleteassalamualaikum mak long....singgah sini jup walaupun mata dah ngantuk..take care mak long
ReplyDeleteWaalaikumsalam Yan,
DeleteSelamat beristirihat. Tidur itu penting untuk kesihatan dan kesegaran minda.