Assalamualaikum,
Sekarang ni Mak Long rajin sedikit hendak buat sarapan. Perut berasa lapar selalu. Tambah-tambah di luar cuaca sejuk memang sedaplah kalau dapat makan sarapan dengan kopi panas-panas. Pak Long biasa minum susu segelas besar sebelum minum kopi sudah cukup baginya. Itulah sahaja sarapan paginya setiap hari melainkan kalau kami berpergian jauh-jauh. Hendak turunkan berat badan katanya hahaha.. Yalah!!
Waktu-waktu sejuk hendak buat kerja di luar rumah pun tidak kuasa. Mak Long melayari laman sesawang Google.... gemar laman masakan "Food Network" hahaha.. Cari idea hendak masak apa. Selalu Mak Long hilang punca hendak masak apa untuk makan tengahari dan malam. Untuk makan malam kurang sedikit bermasaalah.... makan sahaja apa lebihan dari makanan tengahari kalau ada. Kalau tidak pun buat apa-apa sandwich yang mudah. Yang hendak makannya hanya untuk kami berdua sahaja tidak berbaloi hendak sibuk-sibuk memasak pagi dan petang. Kala begini ini buat Mak Long rindu pada tanah air. Malas masak, senang beli sahaja. Alhamdulillah suami tidak banyak kerenah tentang makan janji ada sesuatu dalam pinggan. Cuma jauhkan dia dari gulai kari... yang ini memang dia menolak keras. Entah apa kenanya?!!
Terjumpa resepi ini namanya "popovers" (pop - overs). Pernah tengok tetapi tidak pernah rasa pun tambahan ia nampak sungguh menggancam selera. Nampak mudah untuk menyediakan dan bahannya pun tidak menggunakan banyak barang.
Inilah rupa gambarnya dan di bawah pula ialah resepinya. Ada juga mereka panggil popovers dengan nama Yorkshire pudding. Bancuhan popovers cair seperti bancuhan membuat roti kirai atau lempeng tepung kemudian dibakar dalam acuan muffin atau acuan popovers. Bancuhan boleh diperbagaikan dengan tambahan cheese, racikan daun herba dan lain-lain. Mak Long guna 6 biji mangkok custard kecil. Bancuhan yang lebih Mak Long simpan dalam botol bertutup dan letak dalam peti sejuk untuk dibakar di lain masa. Bila sudah masak ia naik tinggi, rupa macam roti, dalamnya kosong dan lompang. Sedap dimakan dengan jem atau sambal tumis dan kuah semalam hmmm....
Bila Pak Long tengok Mak Long makan dengan jem, dia jadi terlior hahahaha... hatinya tergoda dah!! Katam dua biji.... Tinggal lagi 3 biji. Mak Long talipon Brenda datang makan yang tinggal lagi itu. Berlari Brenda datang dengar ada makanan hihihi .....
Terjumpa resepi ini namanya "popovers" (pop - overs). Pernah tengok tetapi tidak pernah rasa pun tambahan ia nampak sungguh menggancam selera. Nampak mudah untuk menyediakan dan bahannya pun tidak menggunakan banyak barang.
Inilah rupa gambarnya dan di bawah pula ialah resepinya. Ada juga mereka panggil popovers dengan nama Yorkshire pudding. Bancuhan popovers cair seperti bancuhan membuat roti kirai atau lempeng tepung kemudian dibakar dalam acuan muffin atau acuan popovers. Bancuhan boleh diperbagaikan dengan tambahan cheese, racikan daun herba dan lain-lain. Mak Long guna 6 biji mangkok custard kecil. Bancuhan yang lebih Mak Long simpan dalam botol bertutup dan letak dalam peti sejuk untuk dibakar di lain masa. Bila sudah masak ia naik tinggi, rupa macam roti, dalamnya kosong dan lompang. Sedap dimakan dengan jem atau sambal tumis dan kuah semalam hmmm....
Popovers panas dari ketuhar |
Popovers panas |
Brenda cakap dia tidak pernah rasa popovers, ..ini kali pertama, siap minta resepi sekali.
Bahan:
1 1/2 Tbls (sudu besar) butter, dicairkan
1 1/2 cawan tepung gandung, diayak
3/4 tsp (sudu kecil) garam halus
3 biji telor
1 1/2 cawan susu cair
Cara membuat:
Panaskan ketuhar 400 degrees F (204C)
1. Sapu butter atau minyak pada acuan banyak-banyak. Bancuhan cukup untuk buat 12 biji popovers.
2. Letak acuan yang sudah disapu minyak tadi di atas dulang pembakar agar mudah mengeluarkannya dari ketuhar nanti. Panaskan acuan dalam ketuhar selama 2-5 minit. Pastikan acuan itu panas sebelum menuang bacuhan ke dalamnya.
3. Sementara itu, di dalam mangkok sederhana besarnya, bancuh dan kacau semua susu, telur, butter cair, tepung dan garam. Kacau hingga sebati. Bancuan itu cair. Masukan bancuhan itu ke dalam bekas kecil atau cawan ukur (measuring cup) supaya mudah menuang bancuhan ke dalam acuan. Keluarkan acuan dari oven. Isi bancuhan ke dalam acuan. Isi setengah sahaja ke dalam acuan tidak lebih dari itu. Bakar selama 30 minit. Jangan intai-intai atau buka pintu oven ketika membakar nanti popover bantut!!.

Popovers dalam cawan |
Lebihan bancuhan popovers semalam Mak Long bakar bagi perabih bancuhan itu. Kali ini Mak Long guna 3 biji cawan pula sebagai acuan popovers. Menjadi juga walau sudah bermalam dalam peti sejuk. Kalau anda ingin cuba, silakanlah....
Makan dengan ais kerim sedap ni Mak Long...tak pon custard sauce sikit lelehkan kat atas dia.....fuyoo.....
ReplyDeleteMemang sedap Uncle sebab rasanya savory tak manis. Boleh cicah dengan apa sahaja.
DeleteAs Salam Mak Long
ReplyDeletePretty yummy. Hank prefers something savory of a curry type of dips. Sweetish and pedas. Looks interesting, Mak Long!
Hank
Waalaikumsalam Hank,
DeleteJust trying new recipes, something different. They were good eat though.