Assalamualaikum,
Dari catatan:
Sudah lama kami bercadang untuk bercuti ke pantai barat California, melawat Lake Taho, melawat The Redwood National Park dan lain-lain tempat dalam bulan September atau Oktober tahun ini. Sedihnya cadangan itu terpaksa kami batalkan untuk sementara memandangkan akhir-akhir ini melalui laman berita dari TV dan laman media, California menghadapi masaalah darurat kebakaran yang berluasan di negeri itu berpunca dari cuaca panas dan kering. Beberapa perhutanan dan taman negara di situ mengalami kebakaran. Untuk melawat bandar-bandar di sana tiada masaalah tetapi kami tidak berminat lihat bandar. Makanya kami tukar hala ke utara Amerika sebelah utara dan ke Niagara Falls di Canada.
Perjalanan ini sebenarnya tiada perancangan yang khusus melainkan lawatan ke Niagara Falls di Canada. Yang lainnya mengikut keadaan, maksudnya sekiranya tempat yang kami lalui atau tujui itu mempunyai tarikan dan melebihi keistimewaannya maka kami tinggal beberapa hari lamanya. Berapa lama kami berpergian pun tiada ketetapan. Orang pencenlah katakan....
Sehari sebelum bertolak, Mak Longlah paling sibuk berkemas barang-barang yang perlu dibawa bersama. Barang yang penting sekali adalah pasport kami untuk masuk Canada nanti. Satu beg pakaian untuk Pak Long dan satu lagi untuk Mak Long sendiri. Senang sorang satu beg sendiri. Bawa pakaian lebih supaya tidak perlu pula hendak cuci.. buang masa sahaja. Dua pasang kasut (kasut untuk mendaki bukit atau gunung yang tahan cuaca sejuk dan kasut untuk berjalan kaki tambah yang dipakai = tiga pasang semua) yang bersuaian pun penting juga untuk aktiviti di sana nanti. Jaket baju panas pasti bawa bersama memandangkan sekarang adalah musim luruh, cuaca mulai sejuk, kadang-kadang bersalji. Macam-macam bekalan ubat itu dan ubat ini (termasuklah plaster kalaulah dapat luka, minyak angin, pil pening dan lain-lain) .. senang kalau apa-apa hal sudah ada ubatnya. Tidak lupa juga bawa sedikit bekalan makanan kering, kalau tiada rezeki makanan halal itu sahajalah nanti yang dimakan. Penuhlah "trunk" kereta itu. Orang putih Amerika guna perkataan "trunk" untuk "but" tempat letak barang di belakang.
Satu perkara yang membimbangkan hati Mak Long, ialah pokok-pokok bunga dan fern kesayangan. Minta-minta janganlah dikorbankan oleh si rusa Pak Long itu. Jiran pelawa untuk jaga pokok....
Tarikh: Jumaat - 16hb Oktober, 2015
Selepas subuh kami sudah bersedia untuk bertolak. Pak Long memang suka bertolak awal pagi kalau hendak pergi jauh ke mana-mana. Suhu pagi itu dingin juga kira-kira 60 farenheit, terasalah kesejukan itu serap dalam sendi. Kami tidak sarapan walaupun perut terasa kosong. Teringat hendak kopi panas, tapi tidak dan dah... Yang mengelikan hati Mak Long selepas semua siap dan Pak Long sudah pasang "alarm penyelamat" rumah, kunci pintu dan sudah masuk kereta, Pak Long perasan dia lupa tutup lampu .. kenalah masuk rumah balik semula tutup lampu.. Setelah masuk semula dalam kereta... kunci kereta pula tertinggal dalam rumah... hahaha terlalu seronok agaknya suami ku! Bacakan selawat dan doa, muga semua selamat dan dilindungi Allah dari segala musibah ..Pak Long.
Perjalanan kami bermula dengan lancar melalui lebuhraya I-35 North hala ke Dallas kemudian masuk laluan I-30 East agar tidak masuk kawasan Bandaraya Dallas. Cuaca pun sangat cantik dengan suhu antara 80-85 degree farenheit. Pak Long siap pasang GPS gagap untuk arah haluan kami.. Dulu-dulu sebelum ada internet dan GPS setiap kali kami pergi ke mana-mana kami gunakan peta, tanda dan ambil nota nama-nama jalan yang harus digunakan untuk laluan perjalanan. Kini semua mudah, boleh bercakap dengan GPS lagi! Kami sampai di pinggir daerah Dallas sudah masuk pukul sebelas setengah pagi. Pak Long kata eloklah cari tempat makan dahulu sebelum pergi lebih jauh lagi. Kalau sudah jauh perjalanan nanti susah juga hendak cari tempat makan yang sesuai. Kami guna GPS untuk cari tempat makan, senangkan! GPS memberi senarai beberapa buah restauran di kawasan terdekat. Kami pilih Bass-Pro Shop. Di Bass-Pro Shop ada Fishing Company Restaurant menyediakan makanan laut. Bass-Pro Shop adalah rangkaian gedung besar menyediakan segala jenis peralatan bersukan..sukan laut, sukan darat, sukan hutan, sukan udara semua ada!
Perjalanan kami bermula dengan lancar melalui lebuhraya I-35 North hala ke Dallas kemudian masuk laluan I-30 East agar tidak masuk kawasan Bandaraya Dallas. Cuaca pun sangat cantik dengan suhu antara 80-85 degree farenheit. Pak Long siap pasang GPS gagap untuk arah haluan kami.. Dulu-dulu sebelum ada internet dan GPS setiap kali kami pergi ke mana-mana kami gunakan peta, tanda dan ambil nota nama-nama jalan yang harus digunakan untuk laluan perjalanan. Kini semua mudah, boleh bercakap dengan GPS lagi! Kami sampai di pinggir daerah Dallas sudah masuk pukul sebelas setengah pagi. Pak Long kata eloklah cari tempat makan dahulu sebelum pergi lebih jauh lagi. Kalau sudah jauh perjalanan nanti susah juga hendak cari tempat makan yang sesuai. Kami guna GPS untuk cari tempat makan, senangkan! GPS memberi senarai beberapa buah restauran di kawasan terdekat. Kami pilih Bass-Pro Shop. Di Bass-Pro Shop ada Fishing Company Restaurant menyediakan makanan laut. Bass-Pro Shop adalah rangkaian gedung besar menyediakan segala jenis peralatan bersukan..sukan laut, sukan darat, sukan hutan, sukan udara semua ada!
Perjalanan kami tergendala sedikit di mana laluan kami di I-30 East mengalami kesesakan lalu lintas. Asap hitam berkepol-kepol serta berbau getah terbakar berhampiran di mana kami berada dan buat Mak Long berasa sesak nafas, rupanya sebuah kenderan kebakaran di tengah lebuhraya itu dan jalan ditutup. Nasib kami baik, peta Texas yang kami bawa bersama menjadi penyelamat. Jadual kami untuk hari pertama ialah memandu sejauh hingga ke Mempis, Tennessee, tetapi oleh sebab masaalah di lebuhraya I-30 awal tadi, tidaklah sampai ke Mempis. Malam itu kami bermalam di Hampton Inn, Arkansas.
Tarikh: Sabtu 17hhb Oktober, 2015
Hari ini kami mulakan perjalanan hari kedua dari Utara Arkansas di mana kami bermalam tadi. Cuaca pagi ini dingin 50 degree farenheit, kena pakai baju panas. Laluan yang kami ambil dari sini ialah Lebuhraya I-40. Pak Long kata, kita tidak perlu pandu kereta macam kilat. Baguslah, dapat tengok suasana tempat lebih jelas dan selesa. Yerlah, ada kala itu, Pak Long pandu kereta laju, yang nampak hanyalah "blur" bergerak!
Di utara Arkansas kelihatan banyak ladang kapas yang memutih bak salji mekar di pohon. Ada ladang yang kapasnya sudah diketam dari pohon dan ada yang masih di pokok. Kebanyakan peladang di daerah ini sudah bersedia untuk musim sejuk yang mendatang. Akhirnya kami sampai juga di Mempis, Tennessee seawal 10.00 pagi. Pak Long berhasrat mengimbas kembali kenangan silamnya di Mempis dengan melalui kawasan dan lorong-lorong lama di situ. Menurut Pak Long suatu ketika dahulu kawasan itu penduduk hidup aman dan bersih. Sekarang sudah jadi "The Obama land". Suasana jelas kelihatan suram tiada seri. Penduduk di situ seolah-olah tidak kesah dengan keadaan tempat mereka menjadi sarang dunia dadah dan pelacuran. Kemiskinan mencenkam hidup. Ruginya, dan inilah kesudahannya kalau seseorang ketua negara hanya mementingkan kuasa berserta dendam membara kepada peristiwa yang sudah berkurun lalu. Yang menjadi mangsa dan merugikan adalah rakyat jelata. Keharmonian rakyat putih dan hitam berpecah dan bermusuhan...
Perjalanan kami teruskan menuju ke Columbus, Kentucky melalui Lebuhraya I-51. Di sini suasana indah sekali. Tiada gangguan dan kerosakan ciptaan Ilahi. Kawasan terjaga dengan baik. Pohon-pohon rendang tinggi menjolok langit. Dedaun sudah mula bertukar warna dari hijau subur kepada kekuningan emas dan merah. Di jalanan kelihatan beberapa "flea market", ada yang luas kawasannya dan ada juga kawasan yang kecil. "Flea Market" ialah pasar lambak yang biasa ada di Malaysia. Bezanya di Amerika ini, flea market dibuat secara besar-besaran terutama setiap hujung minggu atau bulan. Mereka menjual pelbagai barang baru dan lama dengan harga yang lebih murah. Selain itu kami juga lalu di kawasan perkilangan-perkilangan gula dan membuat ice cream Bryer yang popular dengan ice cream klondike. Sedap bukan main ice cream klondike ini. Makan dua mangkok sahaja sudah boleh debabkan badan!
Sampai di daerah Columbus, sekali lagi Pak Long berhasrat melihat kembali tempat-tempat lama yang pernah dilalui dalam sejarah hidupnya. Lantas kami terus ke Columbus-Belmont State Park yang letaknya di pinggir sungai terpanjang di Amerika iaitu Sungai Mississippi. Taman ini memang cantik, mempunyai sejarah silam tentang peperangan civil di mana sebuah musium kecil menyimpan segal pakta mengenainya. Kawasannya berbukit-bukit kecil terjaga rapi. Memang Mak Long suka di sini, sudah beberapa kali Pak Long bawa datang ke situ. Di taman ini juga memperingatkan kesah dan sejarah lama orang-orang "Red Indian"..."Trails of Tears" di mana ada kaitan keturunan Pak Long.
Tarikh: Sabtu 17hhb Oktober, 2015
Hari ini kami mulakan perjalanan hari kedua dari Utara Arkansas di mana kami bermalam tadi. Cuaca pagi ini dingin 50 degree farenheit, kena pakai baju panas. Laluan yang kami ambil dari sini ialah Lebuhraya I-40. Pak Long kata, kita tidak perlu pandu kereta macam kilat. Baguslah, dapat tengok suasana tempat lebih jelas dan selesa. Yerlah, ada kala itu, Pak Long pandu kereta laju, yang nampak hanyalah "blur" bergerak!
Di utara Arkansas kelihatan banyak ladang kapas yang memutih bak salji mekar di pohon. Ada ladang yang kapasnya sudah diketam dari pohon dan ada yang masih di pokok. Kebanyakan peladang di daerah ini sudah bersedia untuk musim sejuk yang mendatang. Akhirnya kami sampai juga di Mempis, Tennessee seawal 10.00 pagi. Pak Long berhasrat mengimbas kembali kenangan silamnya di Mempis dengan melalui kawasan dan lorong-lorong lama di situ. Menurut Pak Long suatu ketika dahulu kawasan itu penduduk hidup aman dan bersih. Sekarang sudah jadi "The Obama land". Suasana jelas kelihatan suram tiada seri. Penduduk di situ seolah-olah tidak kesah dengan keadaan tempat mereka menjadi sarang dunia dadah dan pelacuran. Kemiskinan mencenkam hidup. Ruginya, dan inilah kesudahannya kalau seseorang ketua negara hanya mementingkan kuasa berserta dendam membara kepada peristiwa yang sudah berkurun lalu. Yang menjadi mangsa dan merugikan adalah rakyat jelata. Keharmonian rakyat putih dan hitam berpecah dan bermusuhan...
Perjalanan kami teruskan menuju ke Columbus, Kentucky melalui Lebuhraya I-51. Di sini suasana indah sekali. Tiada gangguan dan kerosakan ciptaan Ilahi. Kawasan terjaga dengan baik. Pohon-pohon rendang tinggi menjolok langit. Dedaun sudah mula bertukar warna dari hijau subur kepada kekuningan emas dan merah. Di jalanan kelihatan beberapa "flea market", ada yang luas kawasannya dan ada juga kawasan yang kecil. "Flea Market" ialah pasar lambak yang biasa ada di Malaysia. Bezanya di Amerika ini, flea market dibuat secara besar-besaran terutama setiap hujung minggu atau bulan. Mereka menjual pelbagai barang baru dan lama dengan harga yang lebih murah. Selain itu kami juga lalu di kawasan perkilangan-perkilangan gula dan membuat ice cream Bryer yang popular dengan ice cream klondike. Sedap bukan main ice cream klondike ini. Makan dua mangkok sahaja sudah boleh debabkan badan!
Sampai di daerah Columbus, sekali lagi Pak Long berhasrat melihat kembali tempat-tempat lama yang pernah dilalui dalam sejarah hidupnya. Lantas kami terus ke Columbus-Belmont State Park yang letaknya di pinggir sungai terpanjang di Amerika iaitu Sungai Mississippi. Taman ini memang cantik, mempunyai sejarah silam tentang peperangan civil di mana sebuah musium kecil menyimpan segal pakta mengenainya. Kawasannya berbukit-bukit kecil terjaga rapi. Memang Mak Long suka di sini, sudah beberapa kali Pak Long bawa datang ke situ. Di taman ini juga memperingatkan kesah dan sejarah lama orang-orang "Red Indian"..."Trails of Tears" di mana ada kaitan keturunan Pak Long.
Sungai Mississippi |
Meriam lama Columbus-Belmont State Park |
"Trails of Tears" - ialah peristiwa penderitaan dan pembunuhan untuk menghapuskan puak orang-orang Red Indian penduduk asal tanah Amerika (Native American). Dalam sejarah "Indian Removal Act of 1830", puak-puak Indian termasuklah puak-puak Cherokee, Muscogee, Seminole, Chickasaw dan Choctaw dipaksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka di tenggara Amerika ke suatu tempat lain. Mereka yang berdegil akan dibunuh tanpa belas kasihan. Nanti insya Allah Mak Long ingin bercerita tentang peristiwa pedih ini.
Satu dari lorong kecil di Wickliffe |
Daerah Columbus ini adalah tempat Pak Long dibesarkan. Kampung halamannya ialah Wickliffe tidak jauh dari Bandaraya Paducha. Kali ini apabila berada di tempat ini Pak Long semacam banyak mengingati serta merindui tempat asalnya. Tidak jemu dia bercerita tentang zaman kanak-kanaknya dahulu. Tambahan pula kami sudah dekat sangat dengan perkampungannya maka Mak Long cadangkan kami singgah sebentar di situ. Dia setuju... Indah, tenang keadaan kampung itu. Tiada kesibukan lalu lintas. Jalanraya bengkang bengkok menyerupai lorong kecil, ada yang hanya muat-muat untuk sebuah kereta lalu sahaja. Apabila berselisihan kedua-dua kenderaan kena salah seorang berhenti memberi laluan.
Rumah Putih Wickliffe, Kentucky |
Gambar di atas ialah rumah lama datuk Pak Long. Keluarga namakan Rumah Putih. Di situlah Pak Long dibesarkan oleh datuk dan neneknya hingga umur Pak Long meningkat 16 tahun. Pak Long cerita rumah tersebut sudah terlalu tua.. Dulu-dulu rumah itu tiada bekalan api letrik dan tiada bekalan air paip. Musim sejuk bahan pemanas dalam rumah menggunakan kayu api kemudian arang batu. Bekalan air pula melalui perigi pam. Tandas dan bilik air juga di luar rumah. Kini Rumah Putih kosong tiada penghuni lagi walau masih utuh dan bersih.
Kami singgah di rumah anak sulung sepupunya Angela. Rumah Angnela pula berhadapan dengan Rumah Putih. Mak Long pun kurang faham cara panggilan dan pangkat susur-galur omputeh. Kalau tidak silap bagi kita di Malaysia, anak adik beradik atau anak sepupu terdekat digelar anak saudara. Tetapi di sini anak sepupu pun dipanggi "cousin" atau sepupu bukan anak saudara. Angela sungguh terkejut dengan kedatangan kami yang tidak diduga, tetapi nyata kegembiraan dan kemeseraan terselah di wajahnya menyambut kami. Ketika kami sampai ia sedang membersihkan laman rumahnya, maka wanita berambut perang itu tidaklah bermekap seperti selalu setiap kali kami bertemu bersamanya. Cuaca sejuk, kami dipersilakan ke dalam rumah "trailer" (sejenis rumah pasang siap). Mesin penghawa panas sudah sedia dipasang memanaskan badan yang terasa kesejukan dari luar.
Rancak Angela bercerita itu dan ini cuba memberi kabar berita dahulu dan terkini hingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Beberapa kali ia memujuk kami agar tidur semalam di rumahnya, tidak puas bertemu sekejap sahaja. Pak Long memberi alasan kami sudah membuat tempahan bilik di destinasi seterusnya dan berjanji kami akan datang lagi tahun hadapan menemuinya. Memang pun kami ada rancangan untuk menziarah keluarga tahun hadapan. Pada hal kami belum pun berbuat begitu.. aduhaiii..
Kami bertolak dari rumah Angela sudah hampir pukul lima setengah petang. Apabila masuk musim luruh waktu siang semakin pendek, waktu malam pula semakin panjang sementara cuaca mulai sejuk dan sejuk!. Waktu di sini lebih awal satu jam dari waktu Texas. Apabila kami sampai di Bandar Luisville, Kentucky kami perlu mencari bilik untuk malam itu. Kami singgah di Hampton Inn, tetapi kami batalkan hasrat untuk bermalam di situ disebabkan terlalu ramai sangat penghuni yang kebanyakannya dari pemain-pemain bola (American football). Kesudahannya kami bermalam di Best Western Hotel di bandar La Grange, Kentucky beberapa puluh batu jauhnya di utara Bandar Luisville. Kami keletihan masing-masing tidak berminat untuk makan malam.
Tarikh: Ahad - 18hb Oktober, 2015
Amboi sejuknya pagi hari ini, menggelatok bibir, tengok catatan cuaca hanya 29 degree. "Frost" - embun pagi memutih beku menyelubungi atap bangunan, kereta dan bumi.... Matahari belum sedia menjonggolkan diri. Selepas sarapan jam 7:30 pagi kami bertolak meninggalkan hotel meneruskan perjalanan. Kami berharap hari ini sekurang-kurangnya kami sampai berhampiran Canada! Perjalanan berjalan lancar, kami berhenti hanya untuk keperluan sahaja.
Sepanjang perjalanan sempat juga Mak Long melihat suasana negeri sebelah timur Amerika. Seni bina rumah dan bangunan sedikit berbeza daripada yang ada di Texas. Di sini yang paling nyata perbezaan adalah atap rumah kelihatan lebih luncup tajam. Ini kerana mengelakkan salji turun di musim sejuk daripada beku memberatkan atas atap. Keadaan berat demikian boleh merosakkan dan meruntuhkan atap. Pukul 12:30 tengahari kami tiba di daerah Toledo, Ohio. Bandaraya Toledo adalah salah satu bandaraya terbesar di Amerika. Kami tidak singgah di situ. Ketika dalam perjalanan itu Mak Long terpandang sebuah bangunan mesjid besar tersergam indah. Terlonjak hati gembira serta bersyukur melihat mesjid tersebut. Mana tidaknya! Susah hendak jumpa mesjid besar begitu di Amerika. Agak-agaknya ramai umat Islam di Bandaraya Toledo.
Mesjid di Toledo, Ohio |
Dari Toledo kami sudah tidak jauh untuk masuk ke Michigan dan sampai ke sana lebih kurang pukul 12:40 tengahari.
Lebuhraya I-94 North membawa kami melalui Bandaraya Detroit, Michigan seterusnya sampai ke sempadan Amerika/Canada pukul 2:30 petang. Di sebelah kanan kelihatan Tasik Erie. Tiada masaalah dari pihak imigresen ketika masuk ke tanah besar Canada melalui jambatan di Sungai St Clair ke Bandar Sarnia.
Pegawai imigresen: How are you, Sir? What purpose do you come here, Sir?
Pak Long: Very good, thank you. Ooooh .... we are visiting to see Niagara Falls.
Pegawai Imigresen: Do you bring any gun?
Pak Long: No, Sir.
Pegawai Imigresen: You are from Texas... No guns? Do you have guns or rifles?
Pak Long: Yes, I have guns and rifles at home.
Pegawai Imigresen: You don't have the guns in the car? (hahaha pegawai itu cuba kelirukan Pak Long)
Pak Long: No, I don't have guns in the car!
Pegawai Imigresen: Have a nice visit, Sir!
Pak Long: Thank you
Jambatan ke Canada |
Dari Sarnia kami programkan GPS ke Niagara Falls dan perjalanan ke sana mengambil masa selama lebih kurang tiga jam. Awwhhhh..... cuaca muram pula apabila kami sampai di Canada. Suhu turun hingga ke 36 degrees.. ahhh salji turun pula lebat! Sejuk ooo....
Sarnia, Canada - Salji |
Kami sampai ke Niagara Falls lebih kurang pukul 6:30 petang. Bagus juga GPS walaupun dia gagap! Pak Long tidak buat tempahan bilik hotel. Kami main berhenti dan singgah sahaja hotel yang paling dekat dengan Niagara Falls.... Hotel The Oaks. Sibuk juga nampaknya di hotel itu. Ramai pelancung dari Jepun datang dan tinggal di hotel tersebut. Kami terus sahaja ke meja penyambut tamu:
Penyambut Tetamu: Hello, Sir. What can I do for you?
Pak Long: Need a room tonight..
Penyambut Tetamu: Yes, we have rooms. King or queen, Sir?
Pak Long: Do you have a room facing the falls?
Penyambut Tetamu: Yes, we do have one left and it is $200.00 nett + $20.00 for parking a night. Would like to see the room first?
Pak Long: You are charging an old man for parking too? .. And yes we'd like to see the room, please.
(Pak Long berseloroh dengan penyambut tetamu hahaha)
(Pak Long berseloroh dengan penyambut tetamu hahaha)
Kami dibawa ke tingkat dua belas melihat bilik yang dimaksutkan oleh penyambut tetamu. Mak Long suka bilik "suite" itu, betul-betul menghadap air terjun. Bilik selesa, tub mandi jaquzi berbentuk hati terletak dalam bilik tidur sekali. Cermin mengeliling tempat mandi tersebut. Hmmm... Pak Long setuju dengan bilik suite kerana Mak Long dah suka. Hahaha nak tahu, penyambut tetamu itu turunkan harga bilik ke $150.00 semalam dan tanpa bayaran parking. Kami menginap selama dua malam. Urusniaga adalah dalam dollar Canada, lebih murah dari dollar Amerika. Lagi pun harga bilik hotel di Canada juga lebih murah harganya.
Niagara Falls atau Air Terjun Niagara mengandungi dua buah air terjun besar terletak di Sungai Niagara. Sungai Niagara menjadi sempadan antarabangsa antara New York, USA dan Ontario, Canada. American Falls terletak di sebelah Amerika dan Canada atau Horseshoe Falls terletak di sebelah Canada. Di sebelah kanan American Falls pula terletak sebuah lagi air terjun yang lebih kecil yang dipanggil Bridal Veil Falls. Goat Island pula terletak antara American Falls dan Horseshoe Falls.
Peta Niagara Falls (dari google) |
Ketika masih di bangku sekolah rendah lagi Mak Long pernah dengar tentang air terjun itu. Arwah Cikgu Said ada bercerita berkenaan kecantikan Niagara Falls dalam pelajaran Ilmu Alam. Memang sangat teringin untuk melihat dengan mata kepala sendiri tetapi simpan dalam hati sahaja. Tidak sangka pula Mak Long ditakdirkan bermastautin di negara orang ... USA.
Gambar Panurama American Falls sebelah kiri (USA) Horseshoe Falls sebelah kanan, (Canada) |
Pada hari pertama di Niagara Falls, selepas berihat seketika kami turun menilau-nilau kawasan di situ. Besar juga bandarnya, lengohlah juga kaki melangkah. Malamnya Mak Long macam jakun pula tidak jemu-jemu asik duduk melihat keindahan air terjun. Waktu malam lampu berwarna warni bersileh ganti menyuluh mewarnakan air terjun hingga ke pagi. Indah pada pandangan tidak terkata melihat dan menikmati ciptaan Allah yang sempurna segala.
Pelangi di Niagara Falls |
Senja di Niagara Falls |
Waktu Subuh di Niagara Falls |
Selepas Subuh di Niagara Falls |
Pontoon Boat hampir air terjun |
Banyak pontoon boat membawa pelancung di Sungai Niagara untuk melihat dan mengalami air terjun lebih dekat lagi. Mak Long tidak berminat naik pontoon boat...sejuk, tambah percikan air terjun dan angin kuat tidak tahan Mak Long...kang demam pula hihihi....
Niagara Falls (American Falls) sebelah Amerika |
Kami berpeluang turun ke bawah tanah dengan lif khas kemudian berjalan kaki melalui terowong di mana pemandu pelawat membawa kami di belakang air terjun Horseshoe Falls. Kami diberi baju hujan plastik berwarna kuning untuk melindungi dari percikan air terjun yang kuat. Di situ air terjun dengan pantas bersama dengan angin seperti ribut lajunya. Walaupun pakai baju hujan, basah juga Mak Long. Camera pun basah... sayang video yang Mak Long ambil tidak boleh di muat-turun di sini. Sesiapa yang boleh ajar Mak Long muat-turunkan video amatlah dialukan....
Di belakang Niagara Falls |
Pemandangan dari sipi belakang Niagara Falls |
Pada hari kedua, pagi-pagi lagi kami sudah bersedia, tidak sabar-sabar hendak turun ke bawa. Kami berjalan menyusur pinggir air terjun. Deruan air terjun kuat dan jelas kedengaran. Percikan gerimis dari air terjun juga terasa dan melembabkan pakaian. Sebelum itu kami ke Skylon Tower yang tidak jauh jaraknya dengan hotel kami menginap. Skylon Tower ialah menara pemerhatian melihat arah sebahagian American Falls, New York, dan sebahagian besar Horseshoe Falls, Ontario dari sebelah Canada. Di menara itu menyediakan pusat hiburan, pusat beli belah dan sebuah restauran berpusing. Siapa yang berminat untuk menjamu selera di situ diperlukan membuat tempahan terlebih awal.
Skylon Tower |
Pak Long sudah kepenatan gamaknya, terlena pulak. Apabila dia sedar, Mak Long suarakan hendak turun berjalan ke bangunan lama yang kelihatan dari bilik kami. Pak Long tidak benarkan pergi sorang-sorang....hihihi sayang juga dia ek! Hendak tidak hendak kena juga Pak Long temankan berjalan kaki ke situ. Aduh.. Jauh juga berjalan, terasa penat ditambah dengan kesejukan tiupan angin yang kuat. Dalam hati Mak Long berasa nyesal pula, tetapi hati lebih kuat hendak ke tempat itu.
Rupa-rupanya ada dua tiga bangunan lama yang sudah tidak digunakan lagi. Satu daripadanya ialah bangunan "power house" jana letrik. Cantik seni bina bangunanya tetapi sayang ia tidak digunakan lagi. Letaknya betul-betul di pinggir Sungai Niagara di mana beberapa empangan dibina.
Sebenarnya Mak Long ada membuat video tentang lawatan ini tetapi entahlah tidak pandai dan tidak dapat hendak dimuat-turunkan di sini. Rugi betullah....
Power house dari sisi |
Power House dari hadapan |
Satu dari Empangan Power House |
Asalamualaikum mak long...subhanallah cantiknya...nilah salah satu tempat yang yan ingin pergi..deruan air mesti dengar kuat kan mak long..kemana air tu pergi ye ...
ReplyDeleteWaalaikumsalam Yan. Memang indah ciptaan Ilahi yang sempurna, tiada cacat dan cela. Kira keinginan hendak ke tempat yang dimimpikan diperkenankan Allah. Andainya Mak Long tidak tinggal di sini mungkin tinggal mimpi sahaja. Namum, tidak boleh nafikan kuasa Nya kan..
DeletePercikana air terjun boleh dirasai dari jauh juga seperti gerimis halus bertempias.
Assalamualaikum....suka tengok air terjun tu....cantik sangat....musim luruh memang cantikkan...
ReplyDeleteWaalaikumsalam Fida, terima kasih singgah ke blog Mak Long. Subhanallah.. memang tidak rugi ke sana sekiranya ada peluang Fida.
DeleteTentang musim luruh tu...memang saya suka sangat tengok...Di Malaysia...kalau ada musim bunga gugur dari pokok besar ala-ala pokok sakura ....memang saya ambil gambar....cantik...
DeleteSalam Mak Long ...
ReplyDeleteSeronok membaca catatan pengembaraan Mak Long dan Pak Long ... terima kasih sudi berkongsi.
Mak Long;
Cara paling mudah galah kita upload video tersebut ke youtube. Kemudian dari youtube, kita boleh sharekan ke blog. Bagi saya cara itu paling mud.
Waalaikumsalam Ghazali,
DeleteTerima kasih selalu singgah jengok rumah blog Mak Long. Sesuatu yang kita ada eloklah kita berkongsi dengan yang tiada kesempatan atau peluang ke sana kan.. Lagi pun untuk kenangan bercerita kepada anak dan cucu nanti mudah-mudahan mereka dapat mengimbas kembali siapalah orang tua ni sebenarnya hahahaha
Terima kasih juga beri tip tu. Pasti Mak Long akan cuba.
DeleteAssalam Mak Long..bahagian Trail of Tears begitu menarik perhatian saya...tiada beza dengan apa yang dilakukan puak zionist terhadap rakyat Palestin, dihalau dan dibunuh dengan kejam so not surprising why US ni sokong sangat perbuatan zionist laknatullah ini,,anyway saya suka baca catatan perjalanan Mak Long walaupun tidak mungkin akan sampai di sana untuk menikmati suasana musim luruh tetapi melalui catatan Mak Long saya boleh gambarkan,,thank you...take care Mak Long and Pak Long :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam naniasda,
DeleteTerima kasih singgal ke blog Mak Long. Rezeki manusia tiada siapa tahu Adik Naniasa. Semuanya dalam gengaman Allah.. Mana tahu boleh merantau lebih jauh dari Mak Long.. dan lebih baik. Tawakal padanya!
Begitulah adat manusia.. Sudah sejak dari azali lagi. Yang kuat dan berkuasa akan mempergunakan kepada yang lemah.
As Salam Mak Long. Your narration of your Falls visit was more or less how Hank remembered it. We were standing around at the railings by the road for quite sometime and looking at the body of water tumbling smoothly at an even rate. It was just fantastic. Getting to the bottom behind the 'wall' of cascading water well 'percik' and wet was exhilaring. Unforgettable experience, really!
ReplyDeleteHank
Waalaikumsalam Hank,
DeleteOur old peribahas "jauh perjalanan, banyak pengelaman" is well said.
Mak Long............entry ni memang best. Saya baca ulang-ulang! Kawan saya baru balik dari sana sebab hantar anak dia belajar kat sana....Mak Long, once again, take care of yourself, jaga kesihatan and send my regards to Pak Long!
ReplyDeleteTerima kasih Uncle. Hihihi macam nak hafal untuk ujian ilmu alam. Benar, kesihatan mestilah dijaga sentiasa agar tidak menyusahkan hati dan masaalahkan keluarga apabila kita jatuh sakit. Di tanah air mungkin saudara terdekat lebih perihatian memberi bantuan. Di negara ini, ada kelainannya.. Kebanyakannya kalau ibu bapa terlalu tua tidak ramai anak-anak atau saudara hendak bantu jaga. Mereka akan hantar ibubapa di rumah orang tua atau "nursing home" dan dilupakan.. Mak Long lihat begitu kebanyakannya.
DeleteRezeki yang diberi Allah, Miss Suraya untuk melihat dan menikmati ciptaan-Nya. Itulah Mak Long sangat bersyukur dan ingin berkongsi penggelaman dan keindahan alam kepada semua yang tiada peluang. Terima kasih sudi baca blog Mak Long.
ReplyDeleteSalam perkenalan Dewi Aja. Terima kasih sudi membaca blog Mak Long, juga terima kasih atas jemputan Puan...insya Allah akan Mak Long fikirkan.
ReplyDeleteSubhanallah Mak Long. Tercapai juga impian Mak Long. Dan saya bersyukur dapat menumpang pengalaman itu dr kaca mata Mak Long. Tq soo much. And white house Pak Long tu saya rasa sangat best. Sayangnya dibiarkan kosong.
ReplyDeleteCiptaan Allah amat sempurna dan amat bersyukur dapat berkongsi pengelaman dan gambar dengan sahabat dan keluarga yang belum dapat peluang melihatnya.
DeleteBenar kata Aziela tu, sayang rumah dibiar kosong. Masing-masing sudah ada keluaurga dan rumah sendiri, kehendak/keperluan sendiri.. tempat lama tidak diperlukan lagi.
Allahuakbar! Bagaikan ikut mengembara ke Niagara Falls. CM duk belakang kereta sambil menggigil kesejukan. Oh, dekat sangat USA dengan Canada ya.. cuma dipisahkan oleh sungai je.
ReplyDeletePak Long ni macam suami CM, tak suka makan sayur.. macam makan rumput ha ha
P/s : Maaf le mak long, kalau entri CM tentang makan makanan kampung tu menggamit rindu mak long pada kampung. Tapi terima kasih la sudi singgah ya he he
Hahahaha Che Mid. Memang cantik, tidak puas mata memandang. Ya, Amerika dan Canada letaknya sebelah menyebelah. Dari rumah kami di Texas hendak ke sana mengambil masa lebih kurang 3 hari baru sampai Canada. Kalau naik kapalterbang satu hari boleh sampai.
DeleteOooo suami Che Mid pun tak suka makan sayur ek..bolehlah mereka duduk satu rumpun. Bab makan, Mak Long lebih sedap makan makanan ibunda kita. Makanan omputeh tak berapa nak...
salam kenal.
ReplyDeletesaya pun dulu kaki mendaki. namun sekarang, berjalan kaki pusing mini stadium pun dan mengah.
kerdilnya kita, kan!
Salam perkenalan Insan Marhaen,
DeleteBegitulah adatnya kita sebagai manusia. Amat lemah dan memerlukan bantuan-Nya.
Perkongsian yang sangat2 menarik...gambar2 yang dipaparkan sangat2 cantik dan menarik..
ReplyDeleteTerima kasih singgah dan baca catitan Mak Long. Kami ni selalu bermusafir melihat bumi Allah dan Mak Long suka berkongsi kepada yang belum berpeluang melihat keindahan ciptaan Nya.
DeletePerkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...
ReplyDeleteTerima kasih, harap-harap dapat membantu..
Delete