Assalamualaikum,
Dari catatan:
24hb Oktober, 2015 - Hari kesepuluh
Dua hari kami tinggal di rumah Robin. Mak Long banyak berehat di situ. Hati suka berjalan macam orang-orang muda, tetapi kuderat tenaga sudah jauh menurun dan berkurangan. Pada hari ketiganya kami sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Selepas mengopi kopi 434 (tidak boleh tinggal kopi nih), setelah habis upacara ucapan bye, bye macam biasa kami di jalanan kembali.
Mike Hollis sahabat kami telah menghubungi Pak Long beberapa hari lepas memberi tahu bahawa beliau dan isterinya Mary sedang berkemping di Maryville, The Smoky Mountains, Tennessee. Jadual mereka berada di kawasan itu selama beberapa minggu kemudian akan ke Florida menemui keluarga anak mereka di sana. Mereka mengundang kami ke sana sekiranya kami berada di kawasan Tennessee. Mike dan Pak Long sudah kenal lama dan mereka pernah bertugas bersama untuk syarikat oil & gas beberapa tahun lalu.
North Carolina dan Tennessee kedua-dua negeri ini sangat istimewa dengan keindahan semulajadi yang amat sempurna ciptaan-Nya. Kedua-dua bumi ini mempunyai banjaran pergunungan yang panjang dipenuhi hutan lipur subur menghijau di musim bunga dan musim panas. Sementara di dalam musim luruh semua dedaun tumbuhan lipur itu bertukar warna yang memukau pemandangan. Di musim sejuk pula semua pokok menjadi botak yang tinggal hanyalah dahan dan ranting. Apabila salji turun menyelubung bumi ia mengubah rupa yang amat menakjubkan.
|
Cantik kan? |
Kami melalui jalanraya I-64 West, jalan yang lebih teruk penuh dengan liku tajamnya di lereng gunung dari di Skyline Drive dan Blue Ridge Parkway. Banyak kona baring merbahaya, silap-silap terlepas masuk gaung dalam di bawah. Ada kala berasa takut juga, Mak Long tidak bagi Pak Long toleh kiri kanan lama-lama. Takut terbabas pulak! Beberapa kawasan perlancungan yang menarik di situ seperti Chimney Rock Village dan Lake Lure yang menyediakan beberapa aktiviti bersukan dan lain-lain. Bagi orang muda yang suka "jungle trekking" memang di situlah tempat yang bagus sekali. Cuma berhati-hati tidak menganggu sang beruang tidur! Kami pernah melawat Chimney Rock beberapa tahun dahulu, melakukan "jungle trekking" di pergunungan di situ.
|
Kedai sayur dan buah di tepi jalanraya |
Di sepanjang jalanraya I-64 itu ramai penduduk-penduduk tempatan menjual hasil tanaman mereka. Mereka sangat mesera dan ramah menerima penggunjung yang singgah ke kedai mereka. Setiap kali kami berhenti dan singgah, mereka bertanya Mak Long berasal dari mana? Dari Thailand kah?, dari Indonesia kah? dari Philipina kah? Mereka tidak tahu Malaysia! Cuma satu tempat sahaja di mana penjualnya tanya Mak Long dari Asiakah? Dia teka sahaja Mak Long dari Malaysia.. Nak kena ajar ilmu alam mereka nih! Kami singgah beberapa buah pondok dan kedai membeli apple, sayur kobis dan turnip. Semuanya segar-segar baru diambil dari kebun. Mak Long tidak pasti nama turnip dalam bahasa Melayu... lobak putih? Rupanya seperti dalam gambar di bawah. Rasanya pedas-pedas dan pedar sedikit. Mak Long guna turnip untuk diperah jusnya untuk minuman. Selain dari itu ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai ulam atau boleh digoreng buat lauk. Banyak juga keluaran buatan sendiri seperti apple butter, jem, rempah ratus untuk masakan omputeh dijual. Pendeknya hampir penuh juga boot kereta...
|
Turnip |
Pak Long pulak sudah berangan hendak makan sayur kobis bakar.. caranya, cari kobis yang sejat, potong kobis satu inci tebal. Panaskan kuali leper. Sapu butter di permukaan kobis yang dipotong tadi, letakkan perlahan-lahan dalam kuali. Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Biarkan hingga 3-5 minit sampai kobis layu barulah dibalikkan, tabur garam dan serbuk lada hitam sebelah yang baru diterbalikkan tadi. Biarkan hingga lembut kobis barulah diangkat letak dalam pinggan. Kalau hangus-hangus sikit lagi sedap kata Pak Long. Makan dengan ayam goreng, ikan goreng ikut suka hati.
Macam-macam jenis apple ada. Pilih sahaja mana suka. Harga pun sangat murah. Mak Long suka minum air perahan apple, mereka panggil apple cider. Apple cider ialah perahan apple yang tidak ditapis hampasnya dan tidak ditambah manisan. Manakala apple jus pula ialah perahan apple yang ditapis dan di "pasteurize". Apple cider mesti disimpan dalam peti sejuk supaya ia tidak menjadi air tapai. Cara minum apple cider ialah masukkan kulit atau serbuk kayu manis dalam apple cider, panaskan tidak perlu didihkan, kemudian boleh nikmati kelazatannya. Pagi-pagi minum cider apple sangat menyegarkan...hmmm.
|
Longgokan apple |
Gambar apple di bawah ini saisnya besar, sebesar buah honey due. Menurut tuan kedai apple jenis itu digunakan dalam masakan seperti apple sos dan apple butter.
|
Apple untuk masakan |
Perjalanan kami masuk melalui Pisgah National Forest. Di situ lagi cantik pemandangan. Lagi ramai pelancung berkunjung ke situ hingga keadaan menjadi sibuk dengan lalu lintas. Trafik jam!! Yang menjadi perhatian kami ialah pengunjungnya. Terlalu ramai penggunjung dari India, tua dan muda. Sehingga Pak Long berkata dia tidak pernah tengok orang India paling ramai dalam hidupnya di Amerika dalam satu masa dan tempat. Bukan seratus atau dua ratus bilangan mereka. Jalanraya menjadi sesak, pengunjung meletakkan kereta tidak teratur di tepi jalanraya. Aduhai,, pergerakan kereta menjadi perlahan "bumper to bumper" membuat kami menyangka tentu ada kemalangan di hadapan. Pak Long terpaksa mengubah hala terus ke Marysville, Tennessee mengelakan kesesakan tidak jadi hendak pergi ke Deals Gap dahulu sebelum bertemu dengan Mike dan Mary Hollis. Deals Gap ialah satu tempat perhentian penunggang motosikal berenjin besar. Kami sudah ke tempat itu beberapa kali, saja Pak Long suka ke sana. Jadi tidaklah rasa terkilan tidak jadi pergi ke Deals Gap.
|
Trafik jam |
Yang trafik jam sangat itu bukanlah disebabkan kemalangan jalanraya. Rupa-rupanya yang sebenar ialah pihak ranger hutan bertugas mengawasi dan mengatur kenderaan-kenderaan yang melalui satu selekoh yang amat bahaya dan sempit jalannya.... Sampai pukul berapalah mereka semua itu dapat keluar dari jalan sesak itu. aduhaiii.... Mujur Pak Long ubah fikiran tidak meneruskan pergi ke Deals Gap.
|
Kereta berhenti di sisi jalan |
Kami sampai ke Marysville sudah lewat petang dan singgah di mana Mike dan Mary meletakkan "recreational vehicle" (RV) mewah mereka. Cantik dan sunyi tempat mereka camping, di pinggir sebuah sungai mengalir air yang jernih menyusur liku-liku di kaki gunung. Wadoooh cantiknya pemandangan... Menurut Mary, bunyi deruan air mengalir sangat mengasyikkan di malam hari yang sunyi. Mereka mengundang kami tinggal di mobil home mereka, tetapi kami menolak, bukan apa.. mobil mewah itu hanya ada satu bilik tidur walaupun mereka menawarkan kami tidur di bilik mereka. Mary kata mereka boleh tidur di sofa.
Omputih di Amerika suka mengembara dengan RV atau dipanggil juga "motorhome" Kenderan coach mewah yang dilengkapi dengan segala kemudahan moden seperti bilik tidur, bilik mandi, dapur, peti sejuk, tempat makan, ruang tamu dan lain-lain kemewahan yang termampu penggunanya.
Mereka turut membantu kami medapatkan bilik hotel di Holiday Inn Express, Alcoa, Tennessee, tidak berapa jauh dari tempat mereka berkemping. Gamaknya, hotel-hotel di kawasan itu sudah penuh oleh kerana kesesakan trafik siangnya. Mereka yang tersangkot dalam kesesakan itu terpaksa mencari tempat bermalam. Nasib kami baik dapat tempat tidur tanpa masaalah. Malam itu kami makan malam bersama sambil bersembang.
|
RV Mike dan Mary (1) |
Gambar No. 1 dan No. 2 ialah RV Mike dan Mary ketika mereka singgah dan menziarah kami beberapa tahun dahulu. Ketika itu kami pun baharu sahaja pindah di Canyon Lake. Gambar No. 2 Pak Long membantu Mike mengikat keretanya di belakang RV.
|
Ruby Falls |
Menurut pemandu pelancung yang membawa kami itu, Gua Ruby Falls asalnya tidak ada pintu masuk dan tidak ada orang menerokai hingga dalam abad 20. Dalam tahun 1905 pintu Gua Lookout Mountain telah ditutup kerana pembinaan jalan keretapi dalam terowong di situ. Kemudian dalan tahun 1920 seorang peminat gua bernama Leo Lambert telah membuka semula gua bawah tanah itu untuk menarik pelancung ke situ dengan menggunakan lift (elevator) lama yang digunakan sekarang. Ruang kecil yang ada sebagai pintu masuk dan keluar gua itu diperbesarkan dengan menebuk batu kapur. Ketika proses kerja itu mereka terjumpa laluan kecil dan sempit kira-kira 18 inci tinggi dan empat kaki lebar. Leo Lambert meneroka masuk dalam laluan sempit tersebut dan ia terkejut menemui air terjun yang sebelum ini tersorok dari gua. Pada kali kedua beliau ke situ, ia membawa isterinya bersama dan menamakan air terjun itu Ruby Falls sempena nama isterinya.
|
Ruby Falls |
Kawasan air terjun itu diterangi lampu berwarna warni yang samar-samar sahaja. Bila lampu dipadamkan...ishhh gelap gelita...!
|
Kolam di mana air terjun |
Oleh kerana terlalu ramai pengunjung pada hari itu, kami hanya dibenarkan berada di kawasan air terjun tersebut beberapa minit sahaja memberi ruang kepada pengunjung lain. Tidak berapa puas pulak....hihihi
|
Ruby Falls |
Keluar dari gua sudah pukul 3:30 petang. Kami putuskan untuk terus beransur balik ke Texas. Cukuplah perjalanan kami kali ini. Umur panjang dan ada rezeki kami berjalan lagi melihat kebesaran ciptaan Allah.
Perjalanan pulang kali ini kami tersangkut dengan trafik jam sesak di lebuhraya I-59/I-20. Bumper to bumper selama lebih tiga jam. Apa hendak buat lagi, cari hotellah bila sampai di Meridien, Mississippi. Penyebab trafik jam hanyalah kerja-kerja pembaikan lebuhraya yang ditutup hampir seluruh jalan!
Kami sampai ke rumah ke esokan harinya di mana sepanjang perjalanan hujan lebat menyebabkan perjalanan kami pelahan macam kura-kura. Kesihan Pak Long letih nampaknya...