Assalamualaikum,
Catatan: 13/4/15 - Hari ke tujuh
Washington State/Canada/Montana/Idaho/Colorado
Kami menginap di Burlington selama dua malam sudah cukup bagi kami. Mujurlah cuaca semalam semasa melawat ladang tulip tidak hujan walau pun sejuk. Festa tulip di Skagit Vallley tidaklah sebagaimana yang diwarwarkan pihak media. Ramai pelawat datang berasa sedikit hampa, kerana penanaman tulip dan daffodil tidak banyak seperti yang dikatakan. Menurut penduduk di situ tahun ini penanaman tulip berkurangan tambahan sebenarnya musim tulip tahun ini bermula lebih awal, seawal dalam bulan March.
|
Tulip di Skagit Valley |
Hari ini kami akan melangkah keluar ke satu negara iaitu Canada. Mak Long belum pernah menjejakkan kaki ke negara tersebut. Rasa seronok juga dalam hati, maklumlah bertambahlah bilangan negara yang dilawati dalam sejarah hidup Mak Long.
Kami bertolak dari Hampton Inn, Burlington, Washington State seawal jam 8:00 pagi. Hujan sejak dari malam tadi menambahkan kesejukan yang sudah sedia takat 40 degree (4 celsius) membuat keadaan di luar lecah dan lembab. Rasa hendak selimut semula di katil. Nampaknya hari ini sang suria tidak mahu senyum dan tidak mahu menampilkan diri. Apa hendak dikata.... Sibuk juga trafik di lebuhraya tetapi berjalan lancar. Di samping itu sedikit sebanyak dapat juga ditafsirkan daerah ini terdapat beberapa tempat Indian Reservation dan tempat-tempat ini menampilkan keadaan lebih baik dari kebanyakan yang telah Mak Long tengok. Terdapat beberapa buah casino diuruskan oleh orang Red Indian sendiri yang mana pengusahan perjudian di casino adalah satu daripada sumba pendapatan utama orang Red Indian. Bukan orang China sahaja yang suka berjudi ni.. Omputeh pun sama teruk!
Sahabat kami Jack dan Ann Pettit tinggal di Nanaimo, BC Canada. Lama kami tidak jumpa, itulah satu dari sebab hendak ke sana alang-alang sudah dekat dengan tempat mereka eloklah ziarah kejap. Persahabatan kami bermula ketika mereka tinggal di Paka, Trengganu dalam tahun 1990an. Jack bekerja dengan satu syarikat antarabangsa yang mengikat kotrak dengan Syarikat Petronas. Orang minyaklah tu! Jack memang berasal dari Canada sedang Ann pula berasal dari Scotland.
Tahun 2006 pula Pak Long dan Jack sekali lagi bertugas dengan suatu syarikat minyak di Baton Rouge, Luisiana selama hampir dua tahun. Apabila ada masa lapang Mak Long gunakan untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang membuat batik printing. Mak Long belajar membuat batik beberapa tahun dahulu dari pengusaha batik di Trengganu dan di Kuala Lumpur. Ketika itu Mak Long memang banyak berkarya dalam membuat batik printing untuk hiasan dinding juga pakaian dan sebagainya. Mak Long gemar buat hobi begitu. Minat Mak Long dalam bidang kerja tangan seperti membuat "quilt" dan lukisan sangat menebal. Masa zaman budak-budak dulu Emak selalu marah sebab Mak Long conting dinding rumah dengan arang dapor! Makanya Mak Long dan Ann sering bersama ke Pustakaan Baton Rouge pinjam dan pulang buku setiap minggu. Memang sudah kenal lama dengan mereka.
Sepanjang perjalanan kami terutama apabila semakin hampir ke sempadan antara Amerika dan Canada hati Mak Long semakin berdebar-debar kalau-kalaulah pihak imigresen Canada tidak benarkan Mak Long masuk Canada kerana tiada punya visa. Padanlah muka nanti! Ramai kawan-kawan yang tinggal di Amerika memberitahu tidak boleh memasuki Canada tanpa visa walaupun memegang "green card" atau PR. Sebelum membuat perjalanan ini Pak Long sudah google dulu, katanya pemegang "green card" tiada masaalah masuk Canada. Tawakal sajalah ...
|
Lorong menuju ke ferri |
Alhamdulillah kami selamat sampai ke tanah Canada pukul 9:05 pagi Pacific Time dan tiada masaalah. Mereka benarkan Mak Long masuk ke negara mereka. Senyum lebarlah kita! Di lorong "port of entry" pegawai bertugas memeriksa passport, ID kami dan "green card" Mak Long. Pertanyaan biasa dari pegawai imigresen seperti datang dari mana, apa tujuan datang ke Canada dan sebagainya. Sangat teratur cara mereka mengawasi dan mengendali kemasukan orang asing ke negara itu.
|
Beratur tunggu giliran |
Kami terus berlalu ikut arahan GPS. Geli hati Mak Long bila Pak Long tiba-tiba cakap "You'd better know where you are going "bitch!" kepada Minah GPS bila ia mengarah kami menyusur keluar ke exit No. 20. Kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada GPS kerana kami tidak ada peta Canada.
|
Deretan kereta dalam ferry |
Lebuhraya 5 yang kami lalui di Amerika bertukar nama sebaik sahaja masuk ke tanah Canada dengan nama Lebuhraya 99. Pak Long sudah siap programkan alamat rumah sahabat kami itu sementara menunggu giliran masuk ferry menyeberang laut ke Bandar Nanaimo. Tambang ferry berharga C$88.56 atau USD74.00 sekali jalan. Cekap dan teratur cara mereka mengendalikan semua kenderaan yang beratus banyaknya berbaris dengan sabar menunggu giliran masuk ke dalam ferry. Setiap kenderaan telah dikira jumlahnya dengan tepat melalui mesen kira digital. Besar betul ferry itu mampu memuatkan beratus kenderaan. Ferry ini memberi khidmat berterusan beberapa kali sehari untuk kemudahan rakyat kedua-dua buah negara dapat berulang alik untuk berurusan.
|
Dewan untuk penumpang |
|
Ruang rehat tingkat atas ferry |
Di tingkat atas dalam ferry sangat lapang dan selesa. Pihak mengusaha ferry menyediakan khidmat kemudahan kepada penumpang seperti wi-fi, restauran yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman, kedai cenderamata dan bersebelahan tempat ini ada pula disediakan ruang luas tempat pelanggan duduk menikmati angin laut. Kerana cuaca sejuk dan tidak mengizinkan penumpang berpelisiran di situ, jadi tempat ini kosong sahaja. Perjalanan ferry mengambil masa selama dua jam untuk sampai ke pengkalan di Nanaimo.
|
Bandar Nanaimo, Vancouver BC, Canada |
Kami tidak mahu menyusahkan mereka jadi malam itu kami bermalam di Ramada Hotel. Setelah selesai "check-in" baharulah kami ke rumah Jack. Ann masih bekerja sebagai guru khas untuk kanak-kanak "istimewa" sedang Jack sudah pun pencen. Jack bersara awal setelah beliau disahkah mengidap penyakit "macular degeneration" mata. "Macular degeneration" ialah sejenis penyakit mata menyebabkan mata rabun dan perlahan-lahan jadi buta. Penyakit ini belum ada penemuan ubatnya lagi. Kami bersembang hingga ke petang, Omputeh kata "catching up the lost times". Petang itu mereka belanja kami makan malam. Makan ikan "trout" bakar dan salad. Sedap juga!
|
Ann, Pak Long dan Jack |
Nanaimo (sebutan ne'naimow) ialah sebuah bandar di Pulau Vancouver dalam daerah British Columbia (BC), Canada. Bandar ini digelar sebagai "The Harbour City" (Bandaraya Pelabuhan) juga ia dikenali sebagai 'Hub City" dan "Hub, Tub and Pub City". Pak Long berkata orang Canada seperti orang Russia suka minuman keras. Kedai-kedai pub tidak pernah lengang untuk mereke menonggang botol arak! Jack masih tidak berhenti minum arak.
14hb April, 2015 - Hari ke lapan
Ramada Hotel adalah sebuah hotel lama. Bilik kami bermalam besar dan selesa. Sarapan pagi biasa-biasa. Menariknya di dewan makan hotel ini segala alat yang digunakan adalah alat kaca, tidak satu pun menggunakan barang plastik seperti terdapat di hotel-hotel lain di US.
Pagi ini suhu hanya 38 degree feranheit (3 celcius). Alhamdulillah sang matahari cerah menyinari Bandar Nanaimo. Banyak pokok cherry blossoms di tepi jalan lebat berbunga hingga ke hujung dahan, segar menyambut sinaran cahaya matahari. Kami beransur meninggalkan hotel jam 8.30 pagi menghala ke Pelabuhan Nanaimo sebelah timur untuk menyeberang ke tanah besar Canada.
|
Bandar Nanaimo |
Ferry untuk menyeberang telah bersedia menerima dan mengisi penumpang dan kenderaan ke perutnya pagi itu. Sekali lagi Mak Long katakan pengurusan dan sikap baik serta ramah yang diamalkan kepada awam sangat bagus dan teratur. Tidak ada sikap "aku dulu atau apa aku peduli," yang sering kita lihat di mana-mana tempat. Perjalanan dengan ferry ini juga mengambil masa selama dua jam. Keadaan ferry ini serupa dengan ferry yang kami naiki semalam. Adalah Mak Long borong sedikit cenderamata. Mata ini berkenan pulak dengan sehelai jeket. Katanya di lebel itu melindungi dari tiupan angin dan ia kalis air. Agak-agaklah beli atau tidak ek! Hihihihi...
|
BC Ferries |
|
Jalanraya di Canada
|
Mulanya selepas menyeberang ferry kami merancang hendak melalui kawasan pergunungan arah ke Daerah Calgary tetapi Pak Long mengubah hala kerana bimbangkan cuaca yang tidak menentu. Canada sebuah negara yang cantik diliputi dengan banjaran gunung dan pantai indah. Melalui kawasan pergunungan perlu berhati-hati, jalan licin berais bila salji turun. Dalam hati bimbang kalau-kalau ada "snow avlance" iaitu jisim salji dan ais yang jatuh tidak disangka-sangka menuruni lereng gunung yang sangat merbahaya. Pak Long memandu cermat, berhenti di beberapa tempat menikmati ciptaan Allah... Kami tidak merancang arah tujuan ikut sahaja jalanraya. Seronok juga kalau kita tidak buat rancangan arah ini. Kami ada masa untuk lakukan begitu. Pukul lima petang kami sampai di Bandar Golden "the city of kicking horse", begitulah tertulis pada batu masuk ke kawasan itu. Kami bermalam di bandar tersebut.
|
Pembalakan di Canada |
Kami singgah di suatu tempat (tidak ingat pula apa nama) isi minyak kereta. Kawasan ini aktif dengan pembalakan kayu pine. Truck sibuk keluar masuk jalanraya, semua sibuk!
15hb April, 2015 - Hari ke sembilan
|
Senja di Golden, Canada |
Kami bermalam di Best Western Hotel. Bilik kami menghadap banjaran gunung tinggi bak gergasi besarnya. Ia diselaputi salji putih menebal di puncak. Cantiknya tiada terkata terutama sewaktu matahari sedang membenamkan diri di ufuk barat seolah-olah cahaya mega merah dan jingga sedang membakar salji di gunung (Gambar atas). Subhanallah... indahnya ciptaan Mu. Tidak tahulah macam mana hendak dibayangkan keindahan tersebut kepada pembaca. Gambar yang dilakarkan tidak secantik seperti mata sendiri yang menyaksikan. Bandar Golden ialah perkampungan berski dan sukan musim sejuk.
|
(Snow cap) |
Malam tadi salji turun. Ketika kami keluar pagi ini suhu rendah 25 degree feranheit (-3 celsius). Salji bertepek-tepek beku pada kereta. Mujurlah tempat duduk kereta boleh mengeluarkan haba panas bila duduk. Air mineral dalam botol juga beku..
|
Mendung Salji |
Sesetengah tempat yang kami lalui hujan lebat dan setengah tempat lain pula salji turun juga lebat. Seronok betul lagi bersyukur tidak terkira berpeluang tengok ciptaan Allah SWT yang tiada noktahnya.
|
Jinak dan berposing |
Kami sengaja tidak lalu di lebuhraya dan lebih gemar mengikuti jalan di kawasan perkampungan. Ia lebih seronok, melihat dan cuba belajar memahami cara kehidupan rakyat setempat. Pandu kereta tidak perlu laju, pemandangan di sepanjang perjalanan tidak menghampakan walau sedetik. Sesetengah tempat dalam perjalanan kami terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada rusa liar menyeberang jalan. Sempatlah juga ambil satu gambar rusa sedang posing..hihihi....
|
Colombia Lake, Canada |
Kami singgah di kawasaan rehat di Colombia Lake. Sudah pasti Mak Long tidak lepas peluang ambil gambar juga. Setengah gambar dalam enteri ini Mak Long sengaja besarkan sebab hendak tujuk dan kongsi keindahan alam yang Mak Long telah tengok dan nikmati.
|
Canada |
|
Kawasan Radium Resort, Canada |
|
Pak Long & Kepala Keretapi |
Pak Long minta Mak Long tangkap gambarnya di atas tangga kepala keretapi Canadian Pacific. Amacam? Bolehlah juga kan berposing macam itu! Beliau memang minat dengan keretapi. Katanya masa kecil-kecil dulu Pak Long bercita-cita hendak jadi pemandu keretapi hahaha.. tapi tidak jadi!
Pukul 12:30 tengahari kami selamat sampai kembali ke tanah besar Amerika masuk melalui Montana. Di sepanjangan sempadan Canada/Amerika terdapat "port of entry" di mana-mana sahaja. Mudah sangat dengan papan tanda besar menunjukan arah. Tidak perlu tuju sesuatu tempat khas untuk keluar masuk kedua negera ini. Di Montana kami singgah di Bandar Dewet melepaskan dahaga dan sedikit kudapan. Ada jual air kelapa dari Malaysia.....oooo sedapnya!
|
Salji tebal di puncak gunung |
Pak Long terus memandu arah Colorado melalui Daerah Misoula, Idaho dan beberapa tempat lain yang tidak ingat nama-namanya. Dari Daerah Misoula hinggalah ke Colorado terdapat banyak padang ragut luas seluas mata memandang di mana penternakan lembu hitam sebagai satu perusahan utama daerah itu. Beribu ekor lembu, gemok-gemok dan sihat. Latar belakan juga tidak membosankan. Lihatlah gambar di atas itu.
|
"Snow cap" |