Pages

Monday, May 25, 2015

Nota Sembang Kami

Assalamualaikum,

Memandu jauh-jauh boleh membosankan menyebabkan pemandu dapat sakit mengantuk.  Bertambah buruk lagi bila pemandu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika memandu di jalanraua.  Seterusnya menempa bahaya di jalanraya.  Selisihkan hendaknya....  

Akhir-akhir ini Pak Long lebih banyak pegang setereng kereta dari Mak Long bila ke mana-mana.  Sudahlah pencen kerja, sekarang rasa hendak pencen memandu pulak.  Pak Long cakap mengusik Mak Long "Driving Miss K" ikut satu tajuk wayang gambar "Driving Miss Daisy".  Seronok nengok cerita lama ini.  Sampai dua kali Mak Long nonton cerita ini.  Kalau pembaca ada peluang jumpa cerita wayang ini, tengoklah..

Bila kami berpergian jauh, Mak Long sediakan beberapa bekalan jajan untuk kudapan dalam kereta sebagai ubat penyakit mengantuk.  Jajan seperti asam kecut, air kosong dan kekacang.  Hai kecur air lior bila teringat asam kecut.  Di sini pun ada jual asam kecut tetapi tidak banyak.  Ia dibawa masuk dari Mexico dan China.  Mak Long bawa asam kecut balik dari Malaysia lagilah sedap.

Kami suka bersembang untuk hilangkan rasa mengantuk dan bosan.  Pak Long suka bercerita dari macam-macam topik.  Paling Mak Long suka dengar bila dia bercerita tentang kehidupannya di zaman dia membesar.  Ceritanya banyak yang lucu kerana cara Pak Long bercerita mengelikan hati.  Kami ketawa bersama.  Bila kami lalu di sesuatu tempat, nampak sesuatu benda di jalanan seperti lembu atau keledai ke di situ Pak Long terus teringat pengelaman yang dilaluinya dan ia akan bercerita.

Lembu susu
(Gambar dari Google)

Kata Pak Long datoknya dahulu seorang petani dan memiliki tanah luas beratus ekar untuk bertani dan ternakan.  Tanaman yang diusahakan ialah tembakau, jagong dan sayuran.  Pendeknya keluarga tidak perlu berbelanja di pasar untuk bahan makanan.  Ternakan pula adalah lembu.  Mereka panggil lembu-lembu itu "cattle" iaitu perkataan am yang digunakan untuk kumpulan lembu jantan dan lembu betina.  "Cow" adalah lembu betina dan "bull" pula untuk lembu jantan.  Haisss macam hendak mengajar pulak Mak Long ni.  Menurutnya ada banyak jenis lembut.  Lembu berwarna hitam atau merah diternak untuk lembu daging.  Jenis lembu daging terbaik antaranya dipanggil lembu angus.  Manakala lembu berwarna bertompok-tompok hitam dan putih dan biasanya gemok-gemok pula diternak untuk pengeluaran susu.  Datok hanya ternak lembu susu untuk kegunaan keluarga sahaja.  Susu yang baik adalah untuk buat "butter", minuman dan masakan.    



Lembu daging

Lembu yang mengeluarkan susu pekat mempunyai cream berqualiti.  Cream baik ini diasingkan dan dijadikan "butter".  Menurut Pak Long keluarganya dahulu tidak pernah beli "butter" dari pasar.  "Butter" buat sendiri lebih enak dan oganik.  Susu yang lain untuk minuman dan masakan.  Apabila susu yang diperah melebihi dari yang diperlukan keluarga, Datok akan jual kepada jiran atau di pasar.  Grade susu yang diperah berdasarkan jenis permakanan yang dimakan oleh lembu. Sekiranya lembu itu makan bawang yang Datok tanam di ladang, susunya akan rasa bawang, hendak jeluak keluar katanya bila diminum, tidak sedap.  Baunya pun kuat dipengaruhi bau bawang!  Penting lembu-lembu itu meragut rumput yang baik untuk mendapatkan susu berqualiti baik.  Dalam musim sejuk binatang ternakan diberi makan rumput kering dipanggil "hay".


"Hay" (Rumput kering)

Zaman kanak-kanannya Pak Long diajar cara-cara memerah susu lembu.  Satu dari tugas yang diserah kepadanya setelah Pak Long tahu mengerjakannya.  Satu kerja yang sangat dibencinya.  Lembu pun tidak suka pada Pak Long hahahaha..  Mak Lembu selalu pijak kaki Pak Long bila dia memerah susu.  Sudahlah dipijak, Mak lembu tekan lebih kuat lagi kaki Pak Long ke tanah dengan kuku.  Kadang-kadang lembu tidak mahu keluarkan susu untuk Pak Long...kesihan budak tu!  Pak Long kata, "I hate that cow....!"


















10 comments:

  1. asalamualaikum maklong...apa khabar.?

    entri ni lawak :-))
    dan yan baru tahu cow tu lembu betina...selama nie yan ingat cow tu lembu ...

    psst...mak long tadi berita dimalaysia kata texas kena puting beliung..tempat mak long macamana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Alhamdulillah kami anak beranak sihat. Harap Yan dan keluarga begitu juga. Yer ke Yan? Selagi nyawa dikandung badan kite harus belajar, kan Yan.

      Alhamdulillah kawasan kami selamat dari mala petaka. Hujan turun sudah tiga minggu dan air naik menyebabkan banjir kilat dengan arus kuat di sungai mengorbankan beberapa orang. Tasik berdekatan penuh lebih 10 kaki dari aras biasa.

      Delete
  2. Pengalaman yang tidak manis buat Paklong dan lembunya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Long tak pandai hendak cerita balik macam Pak Long sendiri cerita. Sungguh lucu cara dia bercerita.

      Delete
  3. Part lembu tak suka kat Pak Long tu yang syok...saya gelak sorang-sorang...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Pak Long cakap selalu mak lembu tendang baldi susu yang dipereah tu, habis susu tumpah ke tanah!

      Delete
  4. Salam Mak Long. Ini first time saya tahu yang susu lembu pun boleh rasa bawang. Amazing. Harap mak long sekeluarga sihat dan selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Aziela. Begitulah kata Pak Long. Alhamdulillah kami sekeluarga sihat dan Mak Long harap begitu juga hendak bagi Aziela sekeluarga.

      Delete
  5. Assalamualaikum, salam ukhuwah dan selamat hari isnin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Bunda a.k.a.KN.

      Salam ukhuwah untuk Bunda a.k.a. Terima kasih sudi singgah di blog Mak Long.

      Delete