Assalamualaikum,
Hari Ibu atau lebih digemari disebut dalam bahasa Inggeris oleh warga muda sekarang sebagai "Mother's Day". Ingin juga tahu dari mana asal usulnya sambutan Hari Ibu. Yang Mak Long tahu, tiap-tiap hari bagi kaum ibu adalah Hari Ibu. Mana tidaknya, sejak bangun sahaja dari subuh sampai ke malam tidak kering tangan mengurus hal-hal rumah tangga. Kadang-kadang hendak mengisi perut sendiri pun tidak sempat kerana terkejar ke sana, terkejar ke sini mengurus hal anak-anak dan suami. Ibu-ibu yang berkerjaya lagilah lebih tanggung jawab mereka. Ya begitu tugas wanita sebagai ibu, walaupun sesetengah orang pandang tugas itu ringan, mudah dan remeh temeh sahaja tetapi tugas itu amat penting, dituntut setiap buah rumah tangga. Tangan yang menghayun buaian itu mampu mengegarkan dunia, begitu pengaruh seseorang ibu.
Berbalik pada sambutan Hari Ibu. Maksud Hari Ibu ialah hari memperingati dan mera'ikan ibu sebagai membalas jasa ibu yang sentiasa berkorban, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga tanpa mengharapkan balasan. Tugas ibu selama dua puluh empat jam setiap hari tidak habis-habis. Sekarang Hari Ibu disambut di merata tempat di muka bumi ini. Biasanya sambutan ini disambut dalam bulan March atau Mei mengikut tempat. Hari Bapa pun sudah ada sekarang sebagai mengenang pengorbanan bapa.
Pertama kali Hari Ibu disambut di Amerika adalah dalam awalan abad ke 20. Sambutan itu tidak ada kena mengena dengan sambutan agama seperti sambutan "The Virgin Mary" atau "The Christian Mothering Sunday" atau apa-apa sambutan kepercayaan tradisi lama.
Orang pertama menyambut Hari Ibu ialah oleh seorang wanita bernama Anna Jarvis dalam tahun 1908 berasal dari West Virginia. Anna telah mengadakan sambutan untuk memperingatkan atas kematian ibunya. Ibunya seorang yang banyak membantu dalam hidupnya yang juga seorang aktivis pendamai dalam pergolakan kancah peperangan ketika itu. Anna Jarvis berkempen supaya memperuntukkan satu hari dalam setahun sebagai hari kelepasan awam untuk sambutan khas mengingati pengorbanan ibu-ibu kepada anak-anak dan keluarga masing-masing. Kempen itu mulanya tidak mendapat sambutan dari US Congress. Namun Anna Jarvis tidak putus asa dan ia terus berkempen. Akhirnya dalam 1911 seluruh negeri US turut meraikan Hari Ibu hinggalah ke hari ini. Begitulah, sambutan Hari Ibu diikuti oleh negara-negara lain di seluruh dunia.
Semalam SH hantar sejambak bunga tulip kegemaran Mak Long melalui pesanan dari kedai bunga sebagai ganti diri. SH tidak dapat pulang ke rumah hujung minggu ini. Tidak sedar air mata mengalir membasahi pipi. Hati sebak bercampur gembira. Siapa tidak berasa sebak menerima kiriman dari anak kesayangan pada hari-hari istimewa seperti hari ini? Anak-anak Mak Long tidak lupa Hari Ibu. Petang ini pula AHQ pula talipon dari Sabah. Lagi sekali bergenangan air mata gembira dan kesyukuran.
Ya Allah ya Rabi, terima kasih mengurniakan zuriat yang baik dan kasih pada ku. Alhamdulillah..

asalamualaikum mak long....cantik bunga tulip tu pandai anak mak long pilih...
ReplyDeletemasak apa hari nie mak long...
Waalaikumsalam Yan. Terima kasih. Hihihi anak Mak Long memang dia tahu bunga kesukaan Mak Long. Malu nak cakap, Mak Long nak jaga makan sikit.. dah tembam..
DeleteSelamat Hari Ibu kepada Mak Long. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik serta semoga saya dapat bertemu Mak Long sambil minum secawan kopi 'O'....hahahahahaha!
ReplyDeleteAminnn dan terima kasih Uncle tolong doa yang baik-baik untuk Mak Long. Begitu jugalah hendaknya bagi Uncle dan keluarga. Insya Allah umur panjang, ada rezeki mintak-mintak kita dapat ngeteh minum kopi O. Mak Long memang sangat suka kopi hihihihihi
Deleteasalamualaikum maklong....apa khabar....nak ikut juga maklong dan uncle ngeteh...huhuhu...
DeleteWaalaikumsalam Yan, terlepas pandang dengan komen Yan ni. Maafkan Mak Long ya Yan. Kalau Yan boleh ikut sama lagilah bagus. Lagi ramai lagi meriah..
Delete