Pages

Tuesday, March 24, 2015

Nota Jiran Baru

Assalamualaikum,

Sejak enam bulan lalu, tanah lot kosong di seberang jalan dari rumah kami telah mula dibersihkan.  Kemudian rangka rumah pula menyusur naik seterusnya mencipta sebuah rumah dua tingkat tersergam indah.  Petang-petang bila waktu lapang selepas riadah jalan kaki kami sering menyebok melihat dan memeriksa rumah tersebut.  Besar dan luas rumah itu.  Ketika itu biasanya tukang rumah sudah balik atau sedang bekemas-kemas hendak balik.  

Tuan rumah pindah dalam bulan December sempena menyambut hari Natal mereka.  Mak Long sukalah ada jiran baru.  Walaupun rumah sudah siap, masih ada lagi pekerja-pekerja datang bekerja.  Kata mereka tuan rumah mahu ubah suai lagi ikut cintarasa mereka sendiri.  Sebenarnya mereka tinggal di rumah itu macam rumah hujung minggu sahaja atau orang sini sebut "weekend house".  Pemilik rumah tersebut dimiliki oleh wanita kulit putih.  Sudah berumur juga orangnya, mungkin dalam lingkungan lima puluhan.  Kami tidak tanya pun tetapi dia menerangkan kepada kami, mereka tidak boleh tinggal di rumah itu sepenuh masa kerana sahabatnya Marla masih bekerja di Houston dan belum dapat peluang kerja di kawasan kami.  Kalau hendak cari kerja di kawasan kami ini memanglah susah sikit.  Pekan kecil sahaja.  Kenalah cari kerja di bandar-bandar seperti San Antonio atau Austin.  

Setiap dua minggu sekali kami beli telor ayam kampung dari Jim dan isterinya. Jadi semalam semasa kami kembali dari rumah mereka, kami lalu di hadapan rumah jiran baru itu dan nampak Brenda bekerja kuat dalam kawasan rumah barunya.  Macam orang lelaki, kuat macam badang bekerja membersihkan sampah sarap dan memotong dahan pokok-pokok oak di sekeliling rumahnya.  Pak Long menyapa "Hello neighbour...", Kami berjalan pelahan-lahan depan rumahnya tengok apa dia buat.  "Hey guys!  Come, come in see our house....", Brenda menjemput kami masuk melihat dalam rumahnya.  Tiba-tiba dia bersuara, "Hey Marla, are you dressed..I have visitors to see the house!!!"  Hmmmm....

Kami buka kasut dan masuk ke dalam rumah.  "You don't need to take your shoes off....."  jelas Brenda.  Tak mengapalah kami memang tidak pakai kasut dalam rumah!, jawab Pak Long.  Cantik dan teratur perabut yang simple dan dihias rapi.  Di bahagian bawah ada dua buah bilik tidur yang luas dan sangat selesa dilengkapi dengan "wardrope" dan bilik mandi yang serba moden.  Salah satu dari bilik tersebut boleh nampak rumah kami melalui jendela kacanya yang besar itu.  Di sisi tangga ke tingkat atas pula terdapat tangga "lif".  "Lif" itu menurutnya memudahkan mengangkut barang-barang ke tingkat atas.  Dapur dan ruang makan mereka di tingkat atas begitu juga bilik tidur utama dan ruang tamu.

Di tingkat atas lagi cantik.  Di situ boleh nampak dan menikmati keindahan panarama luas kawasan lereng bukit dan Canyon Lake.  Tingkap di tingkat atas semua besar-besar dan tinggi.  Tingkap kaca tebal berwarna kebiruan.  Cahaya matahari timur dan barat masuk menerangi setiap hari apabila cuaca mengizinkan.  Serba serbi di rumah itu seperti model rumah contoh.  Cantik!  Ruang dapur dan ruang makan juga kemas dan selesa disertai dengan lampu-lampu khas.  Di belakang dapur pula bilik untuk cuci pakaian (laundry room).  Terkini ramai pula terdapat orang-orang suka dapur dan ruang makan serta bilik cuci pakaian di tingkat atas.

Marla menyambut kami mesera sambil memeluk erat dua ekor anjing jenis apa entah.  Bagus juga dia peluk anjing-anjing itu supaya tidak datang kepada kami.  Marla menunjulkan sifat lemah lembut, manja jauh lebih muda dari Brenda.  Mereka ajak kami masuk dan melihat bilik tidur utama.  Katil "king size" memenuhi di tengah-tengah bilik.    "This is our room!",  kata mereka.  Amboii besar betul bilik tidur mereka!  Bilik mandi dilengkapi dengan "walk-in-wardrope" yang luas.  Wah!  Rumah orang berpoket penuh!

Apabila kami beredar dan jauh dari rumah mereka, menyeberang jalan balik ke rumah Pak Long berbisik "They are gay ..!".  "Shhhhhhhh....!!" Kata Mak Long.  Di Amerika, ramai penduduk sesama jenis jantina yang tinggal seperti suami isteri.  President Obama telah  mengeluarkan dan meluluskan undang-undang yang membenar dan menghalalkan perkahwinan sesama kaum sejenis... "Gay marriage".  

Ya Allah, ya Rabbi...Engkau jauhkanlah kami dan semua zuriat keturunan kami daripada perbuatan kemungkaran ini.........    
  




Canyon Lake






















12 comments:

  1. Assalamu'alaikum Mak Long...

    Teruja baca tentang rumah baru itu, walaubagaimanapun, na'uzubillahhiminzalik...janganlah ada di antara keturunun kita, sanak saudara kita dan sahabat handai kita terjebak dengan cara kehidupan yang kononnya moden tapi menyimpang dari aturan agama Islam, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kakcik,

      Benar Kakcik. Allah melaknati mereka yang melangar undang-undang Nya. Hubungan sekaum sejenis sudah ujud sejak berkurun-kurun dulu dan kini masih terus ujut malah lebih dahsyat lagi. Hubungan yang tidak normal dan dimurkai Allah.

      Delete
  2. yeah dah entri baru...asalamualaikum maklong...apa khabar....maklong masak apa arini....seronok dapat jiran baru..tapi sayangnya gay pulak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan. Alhamdulillah Mak Long sihat bertambah sihat sebab selera makan pun sangat sihat. Apa nak buat Yan, asal mereka tidak ganggu, kita harus hormat mereka seperti jiran yang lain juga, kan.

      Delete
  3. Salam Mak Long.

    Seronok bila mendapat jiran baru.. At least taklah sunyi....err.....gambaq takdak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Uncle,

      Mak Long suka jiran di sini tidak suka mengumpat. Kita tak mengumpat dan tak dengar mereka mengumpat. Kurang dosa ngumpat kot hihihi.. Gambar sapa Uncle, gambar rumah mereka? Nanti kalau mereka izinkan Mak Long snap satu dua gambo.

      Delete
  4. Salam Mak Long. Seronoknya saya baca catatan Mak Long. Tapi takder button follower pula. Anyway, hidup berjiran means bertolak ansur. There's no same method to adjust them in our life. My neighbour though Malay n Muslim, yet do not portray like one. So, it goes back to the foundation of having neighbours. Bertolak ansur and in my case, sabarrrr banyak2. Hihihi. Oh....that lake is a definitely a breathtaking view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Aziela. Terima kasih sudi jengok-jengok laman blog Mak Long. Mohon maaf Aziela, Mak Long tidak pandai macam mana hendak letak button follower tu. Mak Long ni kebelakang banyak tentang IT ni hihihi.. Benarlah apa yang Aziela cakap itu. Berbeza kalau dibandingkan jiran di Malaysia dan di sini yang banyak mengamalkan yang sepatutnya diamalkan orang Islam.

      Delete
  5. asalamualaikum makn long....apa khbar...hari ni kat malaysia dah bermulanya era gst...mula2 memang berat juga nak hadapi...tapi biasalah kan..permulaan....texas ada gst tak mak long :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Yan.

      Alhamdulillah, sihat-sihat saja. Yan macam mana? Ye ramai mengeloh tentang GST di Malaysia. Di Texas memang sudah dulu-dulu lagi kena bayar sales tax 8.25% setiap pembelian melainkan bahan makanan mentah. Sales tax ni tak sama antara negeri-negeri di US ni. Ada yang ambil 6.50% sebagainya mengikut yang dikenakan negeri pesendirian.

      Delete
  6. Salam mak long...
    saya dok bayang betapa indahnya rumah mereka mengikut penceritaan mak long...
    saya mengaminkan doa mak long paling last tu....sungguh, sangat membimbangkan:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Anim,

      Macam di Malaysia juga ada banyak rumah-rumah cantik. Tiap negara punyai seni bina tersendiri mengikut adat, bangsa, agama dan sebagainya.

      Mak Long percaya memberi didikan agama seawal kelahiran itu amat penting. Juga cara pakaian juga memainkan peranan penting. Umpamanya kanak-kanak lelaki pakaikanlah pakaian lelaki begitulah bagi anak-anak perempuan.

      Delete