Pages

Sunday, March 15, 2015

Nota Ayam Ungkerp

Assalamualaikum,

Pagi itu Mak Long berkira-kira untuk menyediakan masakan tengahari untuk Emak.  Beliau suka makan nasi goreng tidak pedas.  Tidak kira apa jenis rencah pun dalam nasi goreng itu Emak tetap suka dan licin pinggannya.  Jadi hari tersebut nasi gorenglah untuk Emak dengan daging ayam dihiris nipis-nipis agar senang Emak makan.  Minumannya air sirap merah manis medu.  Mak Long sudah jemu dengan nasi goreng.  Di rumah sendiri pun selalu benar masak nasi goreng untuk Pak Long.  Kali ini hilang akal hendak masak lauk apa?  Google ajalah mungkin dapat ilham hendak masak apa.  Kini senang, sekiranya ingin tahu tentang apa jua kemusykilan tanya sahaja dengan si Google, pasti ada jawapannya.  Boleh berkata-kata lagi dengan dia.  Haa bukan main lagi canggih teknologi sekarang.  Janganlah terkejut kalau esok-esok kita boleh bercakap dengan dinding yang boleh berkata-kata!

Bagaimana pun Mak Long tidak jumpa yang menarik dari Google..  Tiba-tiba teringat pula masakan adik sepupu Mak Long ketika majlis kenduri di rumah Emak, tetapi tidak pasti macam mana resepinya.  Katanya masakan itu masakan orang Jawa.  Lantas Mak Long pun hantar whatapps pada Along iaitu adik ipar dan bertanya akan resepi itu.  Nama resepi itu pun Mak Long tidak tahu, hanya ingat rasanya yang sedap, pedas dan kering tiada kuah.    Jawapan dari Along, "Ooooo ayam masak ungkerp, Kak.  Senang jer..ni resepinya.."

Yalah nama masakan itu "Ayam Ungkerp".  Mak Long ni selalu lupa!  Adik ipar Mak Long  itu orang Jawa.  Ibunya memang sangat pandai memasak masakan orang Jawa.  Sedap masakannya!  Semua terasa .. asamnya, garamnya, manisnya dan pedasnya.  Resepi yang Along bagi tidak ada sukatan, main cempak tebor sahaja.  Antara bahan dalam masakan ini ialah, seekor ayam dipotong kecil, cili padi, jintan manis, ketumbar, bawang putih dan bawang merah, halia, kunyit, serai, minyak untuk tumis, sedikit gula dan garam secukup rasa.  Kalau suka boleh masukkan sedikit asam jawa atau asam gelugur.  Senang bunyinya, tapi kalau tiada sukatan, lain pulak rasanya nanti...

Mak Long memandai buat sukatan sendiri:

Seekor ayam dipotong kecil (beli dari pasar tani! di Taman Melawati)
1 genggam cili padi (kira-kira 25 biji)
5 bawang merah
3 bawang putih
1" halia
2 camca kecil serbuk kunyit,
3 batang serai diketuk
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil ketumbar
2 sudu besar minyak masak
Air secukupnya
Sekeping asam gelugur, gula dan garam secukup rasa.

Cara masak:

Semua bahan rempah digiling/ditumbuk (Mak Long guna blender) halus melainkan serai diketuk.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang digiling tadi hingga naik bau atau pecah minyak. 

Masukkan ayam, asam gelugur, serai, gula dan garam.  Goreng dan balik-balikkan kemudian masukkan air.  Biarkan mendidih sekejap kemudian tutup kuali serta kecilkan api.  Sekali-kali kacau dan pastikan masakan tidak terlalu kering nanti hangus pula, tak sedap.  Masakan ini kering seperti rendang.  Apabila ayam sudah empuk tutup api dan sedia untuk dinekmati.

Jadi you ayam ungkerp dan sedap.  Berpeluh Mak Long makan nasi panas berdua beradik dengan Busu berlaukkan ayam masak ungkerp.  Along cakap kalau guna ayam pencen lagi sedap..  Nanti boleh masak lagi.



   
Cili Hasil Berbudi Pada Bumi









16 comments:

  1. ayam ungkep memang sedap mak long...thumbs up :-)) .. yan suka ratah aje atau cicah roti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Long suka masakan orang Jawa. Syukur dapat adik ipar orang Jawa yang pandai masak.

      Delete
    2. Errr Yan tau ker apa makna ungkep tu? Lupa nak tanya adik ipar.

      Delete
    3. maaf mak long....yan ni nama je jawa..tapi tak tahu maksudnya....huhuhu..kalau bab makan yan tahu sesangat :-))

      Delete
  2. saya pun suka masakan jawa wlaaupun tkde keturunan jawa hehee maklong sedap tu ayam ungkep, salam kenal dari saya maklong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nooriah kerana sudi jengok blog Mak Long dan salam perkenalan disambut dengan senang hati. Mak Long dah sekodeng blog Nooriah tadi.

      Delete
  3. hubby yan kata..maksudnya masak ditutup..

    psst mak long...yan nie nama je jawa..tapi tak tahu cakap jawa..kalau hubby mmg pakar cakp jawa :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yan kena belajar cakap Jawa. Sayang nanti bahasa itu lama-lama akan hilang kerana tidak digunakan. Oooo patutlah kena tutup rapat bila masak... Yan jom belajar cakap Jawa nak?

      Delete
  4. Salam mak long & selamat berkenalan...
    Cantik cili maklong.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Fyda, terima kasih jengok blog ini. Alhamdulillah salam perkenalan disambut dengan senang hati, terima kasih sekali lagi. Cili itu adalah sisa-sisa yg tidak sempat dimakan rusa liar.

      Delete
  5. Mak Long,

    Ayam ungkep? Pertama kali dengar.Walaupun saya orang Jawa.

    25 biji cili. Tak pedas sangat ke Mak Long....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye PakMail, ayam masak ungkep. Mak Long belajar dari adik ipar. 25 biji tu cili padi yg biasa kita tanam bukan cili yg panjang-panjang tu. Cili kalau digoreng dengan minyak hingga naik minyak akan kurang kepedasannya. Tambahan campur asam dan garam juga kurangkan rasa pedas.

      Delete
  6. Hiishhh mak long, saya baru ingat nak diet......dengar pon dah tak terungkap dengan kata-kata...apa lagi rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee Uncle, tak yah diet-diet...makan apa sahaja, tapi berpada. Omputeh kata eat healthy. Mak Long bila masak ayam, Mak Long buang semua lemak. Di pasar orang Islam di sini biasa mereka tanya kalau ayam tu nak dikulitkan dan buang lemak.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak long
    ina pun suka ayam masak ungkep ni. hubby ina kan org jawa. mertua ina selalu masak sayur goreng jawa. klau kenduri mesti ada nasi ambeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ina. Nampak Ina banyak google tentang masakan di FB. Masa ni Abg Long nak diet katanya, jadi dah jarang masak goreng2, makan rebus2 jer. Bila masak kampung yang sedap-sedap dia meleleh air lior, tu kesian pulak... Belajarlah cara masakan orang jawa sementara mak mentua masih ada.

      Delete