Pages

Sunday, March 8, 2015

Nota Kembali Ke Texas

Assalamualaikum,

Memanglah masa tidak pernah menunggu untuk sesiapa pun.  Ia tetap berlalu tanpa dirasa dan dilihat.  Lesap seperti angin yang lalu tidak ketahui ke mana perginya.  Tahu-tahu sudah lepas dan berlalu!  Mak Long rasa empat minggu di tanah air terlalu pendek.  Rasa tidak puas yang teramat sangat.  Tetapi Mak Long tidak boleh tamak, kerana mungkin itulah yang telah diuntukkan oleh NYA bagi Mak Long walhal kitalah yang mengatur segalanya dalam mengatur dan membentuk perjalanan kehidupan kita tetapi ketentuan itu di tangan Allah swt.  Dan Mak Long tetap bersyukur kepada NYA.  Tambah-tambah lagi apabila masa itu dipenuhi sebaik mungkin untuk bersama Emak dan keluarga tersayang.

Penerbangan dengan penerbangan Emirates dari Kuala Lumpur ke Dubai selama lebih kurang tujuh jam dengan masa transit selama lima jam lebih kemudian penerbangan terusan ke Houston, Texas berjalan lancar.  Penerbangan dari Kuala Lumpur penuh dengan penumpangnya dari pelbagai bangsa termasuk, orang putih, India, Bangla dan lain-lain.  Boleh dikatakan rata-rata orang India dan Pakistan yang paling ramai menggunakan khidmat penerbangan ini.  Mak Long pilih Emirates kerana ia menawarakan harga yang baik dan menyajikkan makanan yang tidak diragui.  Kali ini Mak Long terbang dengan kelas ekonomi.  Bagus juga dan tiada masaalah.  Walaupun kadang kala sakit juga hati melihat gelagat penumpang-penumpang berbangsa lain yang tidak reti bahasa.  Tetapi lantaklah apa mereka hendak buat asal tidak memerbahayakan diri kita.  

Ketika membuat tempahan tiket dulu, Mak Long telah memilih tempat duduk yang dikehendaki supaya lebih senang untuk keluar masuk ke bilik air.  Tidak mahu menggangu orang lain bila keadaan memerlukan.  Tempat duduk di sebelah laluan sangat sesuai bagi Mak Long.  Apabila semua sudah di tempat duduk masing-masing, adalah seorang lelaki muda hamba Allah meminta agar menukar tempatnya dengan Mak Long.  Orangnya tinggi dan besar pula.  Mak Long tengok apabila dia duduk lututnya mencecah belakang tempat duduk hadapan.  Kali ini Mak Long tidak mahu mengalah kerana memandangkan penerbangan yang lama selama lebih kurang tujuh belas jam terusan ke Houston.  Orang muda itu nampak sihat dan kuat dari Mak Long, maka itulah sebab tidak mahu beralah dengan dia.

Ketibaan dari Kuala Lumpur di Dubai waktu pagi beberapa minit sebelum waktu Subuh di sana.  Jadual penerbangan ke Houston belum dipaparkan di papan tanda lagi kerana terlalu awal.  Mak Long mencari-cari bilik air untuk melegakan diri dan berwuduk untuk solat Subuh.  Di surau yang ini kecil sedikit dari yang pernah Mak Long guna dahulu.  Ia penuh dengan wanita bangsa India atau Pakistan.  Bukanya bersolat kebanyakanya..tetapi membuta menyusahkan orang lain yang hendak menunaikan solat.  Maka bersolahlah Mak Long dengan dua tiga orang lain di hujung kaki antara manusia-manusia tidur itu.  Bukan apa, hai hormatlah sedikit itu adalah tempat orang bersolat bukan tempat membuta!  Lepas itu pula ada yang bersembang-sembang kuat mengganggu kita yang ingin bersolat dengan tenang.  Dugaan!  Hai dugaan!  Di mana-mana tidak kira tempat orang-orang bangsa ini memang suka bercakap kuat macam bercakap dalam pasar dengan pembesar suara!

Masa seterusnya Mak Long mundar mandirlah melihat kedai-kedai duty free yang memberi khidmat bermacam-macam jenis barangan.  Mak Long suka wangian jadi beli jugalah satu botol kecil yang memang pun botol yang Mak Long miliki sudah hampir kering digunakan.  Pak Long mengusik, orang tua biasanya sangat suka pada wangian dari orang muda.  Tidak sudah-sudah mengusik!

Pak Long dengan setia menunggu di pintu ketibaan apabila Mak Long keluar menyorong tiga buah beg berat entah apa-apa benda yang dimuatkan.  Sarat dan penuh berat macam membawa batu dan besi.  Hai orang perempuan, semua hendak dimuatkan.  Kalau boleh macam-macam lagi...   Penerbangan sampai seperti yang dijadualkan iaitu 4.30 petang dan kami sampai ke rumah di Canyon Lake, Texas jam 9.30 malam.  Alhamdulillah selamat sampai....





Hanya Hiasan



















6 comments:

  1. Salam ...

    Terserempak BLOG nih ... seronok rasanya ... sebab at least ada gak Malaysian di perantau ...

    Kami merantau di Calgary dah 3 tahun lebih dah ... dan kalau ada rezeki ke Calgary, calling calling ler ya

    Salam perkenalan dari kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ghazali Aziz, terima kasih sudi singgah ke blog Mak Long dan salam perkenalan. Nasib orang terserempak ek! Wah Calgary tu jauh di utara. Sebenarnya adalah angan-angan hendak jalan-jalan ke arah itu awal bulan depan ni.

      Delete
  2. alhamdulilah...

    psst mak long takan sebotol je minyak wangi tu beli..yan punya mana...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebotol tu cukuplah untuk sendiri pakai. Yan suka minyak wangi apa? Mana tahu satu hari kita jumpa di KL ke, di mana-mana rezeki kita jumpa!!?

      Delete
  3. Salam Mak Long...lain kali kalau balik buleh kita jumpa...btw, saya rasa saya kenai dengan penulis komen pertama tu...kami pernah bertemu di Mekah dulu. Ghaz, keep in touch...what a small world indeed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Uncle. Insya Allah kalau ada rezeki berjumpa bolehlah ramai-ramai kita mengopi. Baru-baru ni Mak Long telah bertemu dengan seorang sahabat karib yang telah terputus hubungan begitu lama. Bukan main seronok dapat bertemu.

      Yer ke Uncle.. sama-sama duduk di tanah air, di Mekah pula bertemu. Itulah kuasa Nya.

      Delete