Pages

Wednesday, December 31, 2014

Nota SeTahun 2014

Assalamualaikum,


Sepintas lalu perjalanan hidup setahun dalam 2014.




January 11 - March 1, 2014 - Pulang ke Malaysia dengan 
Penerbangan Emirate.



March 22-24, 2014 - Jengok SH di Dallas



April 8, 2014 - Berkunjung ke Bandar Tua Victoria, Texas



April 23, 2014 - Memanjat ke mercu Enchanted Rock, Texas




April 20, 2014 - Menyambut ulang tahun perkahwinan kami 
di Gavelston, Texas



May 4, 2014 - Perjalanan menjejak kasih ke Oklahoma, 
menemui sahabat sekolah STF Salma Beach 





May 7, 2014 - Pejalanan menjejak kasih ke Kingsville, Missouri 
menemui adik bungsu Pak Long, Betty 




May 9, 2014 - Perjalanan menjejak kasih ke Champage, Illinois 
menemui adik lelaki Pak Long, Ernie 




May 10, 2014 - Perjalanan menjejak kasih ke Illinois 
menemui sahabat karib Pak Long, Dick and Eileen Smith




May 11-13, 2014 - Perjalanan ke Shipshewana, Indiana 
melihat perkampungan dan kehidupan orang Amish





May 14, 2014 - Perjalanan ke Memmoth Cave, Kentucky





May 14, 2014 - Perjalanan ke Corvette Museum, Kentucky





May 15, 2014 - perjalanan menjejak kasih keluarga 
di Wicklift, Kentucky




May 17, 2014 - Hondo, Texas Air Show 
bersama sahabat kami Barry Strickland



June 2, 2014 - Melawat bandar tua Bandar Gonzales, Texas



Sejambak Bunga Hari Ibu dari SH



June 16 - 18, 2014 - Melawat Dik Mas (Pembedahan Barah Otak)
di Tampa General Hospital, Florida



June 20 - 22, 2014 - Bercuti di Key West, Florida



June 23 - 24, 2014 - Bercuti di St Augustine, Florida



June 25, 2014 - Jejak kasih sahabat baru Naimah 
di Jacksonville, Florida



June 26, 2014 - Jengok Robin di Belmont, North Carolina



July 2 - August, 2014 - Pulang ke Malaysia jaga Emak



October 2014 - Jengok SH di Dallas



October 10-17, 2014
Kunjungan dari Naimah, Jacksonville, Florida
dan Madinah dari Malaysia



October 2014 - Melawat No Name Cave, Texas



November 2 -21, 2014 -  Kunjungan HQ di Texas



November 7 - 9. 2014 -  White Sand Almagordo, New Mexico



November 10-11, 2014 - Big Bend National Park, Texas



November 12, 2014 - Caverns of Sonora, Texas



December 6, 2014 - Dallas, Texas
Mera'ikan Harijadi SH




SELAMAT TAHUN BARU 2015












Tuesday, December 30, 2014

Nota Selamat Menyambut Tahun Baru 2015

Assalamualaikum,








Bismillahirrahmannirrahim



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015

Masa untuk permulaan yang baru
Dengan kemungkinan peluang tanpa penghujung
Semuga tahun baru memberi anda
Kemeseraan, kasih sayang dan kebahagian
Kesihatan yang baik dan kekuatan iman
Semuga masa depan kalian memperolehi
Kejayaan, kesejahteraan dan rahmat
In sha Allah










HAPPY NEW YEAR 2015

A time of new beginnings
And endless possibilities
May the year brings you
Warmth, love and joy
Good health and faith
May your future brings you
Success, prosperity and luck
In sha Allah

HAPPY NEW YEAR EVERY ONE









Sunday, December 28, 2014

Nota Cuci Mata Dan Shopping

Assalamualaikum,



Kesejukan Musim Sejuk

Sudah tiga hari Mak Long tidak dapat melakukan riadah berjalan kaki seperti biasa.  Sudah tiga hari juga cuaca buruk, angin, hujan dan sejuk, tiada salji lagi tahun ini.  Pak Long tanya Mak Long hendak buat apa cuaca sejuk-sejuk begini.  Sebenarnya Mak Long punya beberapa aktiviti sendiri di rumah di kala musim-musim begini.  Satu darinya ialah menyudahkan jahitan quilt yang sudah terbengkalai sekian lama, membaca buku yang menunggu untuk dibaca atau pun menyiksa minda dengan jjigsaw puzzle yang telah hampir dua minggu terhenti.  Pak Long cakap "Kenapa tak pergi ke mall sahaja.  Lepas perayaan Natal biasa kan ada banyak jualan murah besar-besaran?!?..".  Ya tak ya juga!  Bagus juga cadang Pak Long!  Senyum lebar dari telinga ke telinga!  Orang perempuan ni kalau sihat badan sikit, sebut aje pasal shopping sakit atau tidak pun boleh jadi segar!   Apabila semua kerja rumah sudah siap dan lepas Zohor Mak Long keluarlah sorang-sorang.  Tidak seronok pergi dengan Pak Long, nanti orang sebok berbelanja, dia akan berasa bosan pulak kena tunggu.  Ada banyak kerusi di mall disediakan untuk orang-orang tunggu kerabat yang berbelanja.

Mak Long pilih gedung JC Penny yang paling dekat dengan kediaman kami, kira-kira 18-20 batu sahaja jauhnya.  Sampai di gedung tersebut memang sudah ramai orang atau pelanggan berada di situ.  Ada yang datang untuk memulangkan semula barangan hadiah atau tukar sais sebagainya.  Selain dari gedung JC Penny di sekitar ialah Target, The Barn dan beberapa gedung ternama lain.

Di dalam gedung JC Penny, Mak Long mula berjalan pelahan-lahan membelek-belek beberapa barangan yang semuanya cantik pada mata.  Gedung ini besar boleh lengoh kaki berjalan.  Bagus juga ganti riadah jalan kaki yang tidak dapat dilakukan dalam tiga hari ini. Macam-macam ada di gedung ini, bawakkan duit atau kad plastik sahaja.  Semua ada, semua boleh beli ikut pilihan kegemaran kehendak sendiri.  Kaunter intan belian pun ada!  Riadah untuk kecantikan pun ada!  Semua jualan diturunkan harga sempena lepas jualan hari Natal dan menyambut tahun baharu.  

Mak Long tidak perlu apa-apa sebenarnya hanya tengok-tengok cuci mata, walaupun Pak Long tidak pernah menyekat.  Ingat jangan membazir wang ringgit kepada benda-benda yang tidak perlu.  Mak Long teringat musibah banjir teruk yang sedang berlaku di tanah air.   Setiap tahun musibah banjir berlaku di hujung tahun dan mereka memerlukan bantuan.  

Sampai di sudut barang-barang gaget dapur Mak Long tengok ada bermacam-macam benda seperti mesen bancuh kopi canggih, mesen bancuh kuih canggih... macam-macamlah.  Naik juling mata melihat.  Baru teringat Mak Long perlu mesen blender yang SH tibai dari dapur beberapa bulan dahulu.  Masaalah juga hendak mesen cili kering!  Tidak perlu yang canggih atau yang "fancy", asalkan boleh mesen cili sudah cukuplah.  Mak Long pilih  yang ini "Cuisinart" satu jenama lama nampak mudah sahaja untuk diguna.  Harga asalnya ditandakkan hanya USD100.00 se unit dan harga barunya USD49.99.  Berpatutan dah tu lalu Mak Long ambil dan bawa ke tempat pembayaran.  Panjang juga berbaris untuk menunggu giliran.  Aleh-aleh bila hendak bayar harga yang dikenakan pulak USD69.99.  Mak Long tanya "Are you sure that's the price?"  Jawabnya pendek, "Yes, Maam that is what came out from the machine.."  Ok ... Mak Long bayar dulu walau rasa tidak puas hati.   Lepas bayar Mak Long pergi semula di mana harga blender itu diletakkan dan membawa kad harga itu kepada wanita tadi.  Kena beratur lagi tapi tidak kisahlah asal puas hati.  Sesampai giliran Mak Long tunjukkan kad yang menunjukkan kad harga kepadanya.

"Oo my gosh!  This price is for tomorrow door buster event!  But don't worry, we will honor this price for you! "  Hihihihi senyum lebar Mak Long sambil mengucapkan terima kasih.  Maka harga yang diberikan hanyalah USD49.99 sahaja.  "Worth it!"

Semalam pula, Pak Long ajak makan di luar.  Seronok juga tidak payah masak, boleh rehat!  Selepas makan Pak Long terus sahaja memandu arah ke selatan Bandar San Marcus.  Mak Long tidak tanya biarkan sahaja.  Rupa-rupanya Pak Long hendak ke Rolling Oak Mall.  Ramainya orang!  Kami berjalan mundar mandir keliling mall beberapa ketika kemudian Mak Long singgah di gedung Dillard seterusnya ke gedung Macy.  Mak Long suka kedua-dua gedung ini.  Macam-macam barang berjenama terkenal ada dari Prada, LV, Michelle Kor hinggalah Coach yang menjadi kegilaan wanita kini tidak kira pangkat atau umor.  Pak Long kata dia tunggu di satu tempat.  Agaknya Pak Long hendak beli barang dia sendiri.    Banyaknya pakaian cantik-cantik dan menarik.  Memang buat mata juling sekali lagi.  Jangan membazir kata hati dan fikiran!  Senyum Mak Long sendirian.... mengingatkan diri sendiri.  Alhamdulillah Mak Long dapat menahan diri dari membazir!  Cuma beli dua helai baju panas untuk Emak dan untuk Mak Long sendiri berharga USD7.40 setiap sehelai dari harga asalnya USD50.00.  Oklah tu kan kemudian terus cari Pak Long yang sedang menunggu!

Moto yang Mak Long amalkan, biar bijak bila berbelanja agar tidak membazir.  Belanja bila perlu sahaja!  Hihi Kekadang terbabas juga..... 
















Thursday, December 25, 2014

Nota Riadah Pagi

Assalamualaikum,

Hari ini lambat sedikit Mak Long keluar untuk beriadah berjalan kaki.  Jam 10:00 pagi baharu keluar rumah.  Cuaca lebih sejuk dari semalam.  Suhu pagi tadi menunjukkan angka 29 degrees fahrenheit atau lebih kurang -1.7 celsius.  Kenalah pakai baju lebih tebal dari semalam, berseluar dalam termal panjang di samping seluar trek tebal sebelah luar.  Sudah macam penguin gemok rupa Mak Long hahaha...kelakar rupa orang tua ni!  IPod kecil tidak pernah lupa bawak sekali.  Kalau tidak dapat dengar musik tidak sah berjalan sendirian.



Laluan Riadah Jalan Kaki

Pemandangan tasik itu ialah Canyon Lake.  Mak Long suka beriadah di kawasan ini, tidak berasa bosan menikmatinya.

Hari ini juga adalah hari orang-orang beragama Kristian menyambut perayaan hari Natal atau lebih dikenali dengan Hari Christmas.  Menurut kepercayaan mereka 25hb December adalah hari kelahiran Nabi Isa AS.  Sebenarnya tiada siapa dapat menentukan kesahihan tarikh tersebut.  Jalanraya yang dilalui lengang boleh berjalan dengan tutup mata.  Ya .. Benar ni Mak Long jalan pejam mata, depangkan tangan seolah-olah mengembngkan sayap macam burung hendak terbang. Mak Long menarik nafas panjang-panjang menyedut angin bersih pagi puas-puas mengisi rongga-rongga dada beberapa kali... Aduh enaknya, rasa segar dan damai di kalbu.  Mak Long gemar berjalan kaki sendirian, boleh lihat alam sekeliling Mak Long, boleh berfikir sendirian tanpa gangguan, boleh berhenti melihat dan menikmati keindahan bumi kaya kepunyaan Illahi tanpa teguran sesiapa.

Semua rumah di kawasan ini besar-besar dan bersih belaka.  Cantik-cantik seni binaannya dengan lanskap yang dibuat khas mengikut pilihan dan kegemaran masing-masing.  Ada juga rumah yang penuh semak dengan tumbuhan liar, tetapi masih juga ada nampak tarikan semula jadi.  

Sebelum perayaan Christmas tiba, mereka sibuk menghias rumah-rumah dengan lampu bermacam-macam warna dan rupa.  Bukan setakat rumah sahaja yang dihias malah pokok-pokok yg tinggi di kawasan rumah pun dibuat sama.  Gate dan pagar rumah serta kenderaan mereka juga dihias dengan reben warna merah menyala bersama dengan lengkaran panjang warna hijau tua dililit pada pagar dan dinding rumah.  Depan pintu rumah pula digantung dengan "wreath"  (Ooo Mak Long tidak ingat apa nama dalam bahasa Melayunya... malunya), iaitu  lingkaran bulat seperti lingkaran yang diletakkan diperkuburan.  Kelainannya lingkaran itu dibuat dari daun hijau kemudian disematkan dengan reben merah dan bijian seperti buah berry/cherry berwarna merah juga.  Seperti orang China pula suka warna merah bila mereka menyambut hari perayaan tahun baharu mereka.  Waktu malam lampu-lampu ini dinyalakan sepanjang malam, cantik dan keadaan begini mengingatkan Mak Long bila menyambut Hari Raya Idilfitri di kampung.  Meriah....  



"Figurine" 

Setiap hari jalan kaki, Mak Long lewati Jalan Night Hawk Circle.  Jalan ini pendek sahaja tetapi sangat curam turun bukit tinggi.  Hanya ada dua buah rumah sahaja di sini. Yang menarik perhatian Mak Long kedua-dua buah rumah di sini ialah rumah pertama itu di tepi jalan masuk ke rumah memperlihatkan beberapa "figurine" iaitu patong-patong mengambarkan rupa Mariam ibu Nabi Isa AS sedang memangku bayi, agakny Nabi Isalah tu kot.  Di samping patong Mariam diletakan satu patong lelaki, anak kambing, kuda dan tiga lagi patong di hadapan mereka berpakaian umpama orang berpangkat besar.  



Dua Angel, Rusa dan Elf

Rumah yang kedua pula di tepi jalan ke rumah dihias dengan dua buah lampu nion yang dibentuk seperti 'angel' berkepak sedang meniup trompet, empat ekor rusa dan elk sedang mengheret kereta "sledge".  Bahagian rumah pula sarat dihias dengan berbagai bentuk patong dan lampu neon.  Hmmm memacam.  Itu kepercayaan mereka!!


Di kepala berfikir juga, mereka itu semuanya berilmu dan berpelajaran tinggi dan luas pengetahuan, tetapi mereka tidak boleh terfikir atau sedar kebenaran yang ditunjukan terang lagi nyata oleh Allah.  Itukah yang dikatakan mereka belum dapat sinar pertunjuk dari Nya... ??


Canyon Lake

Seperti biasa bila sampai di suatu sudut Mak Long berhenti buat beberapa minit menikmati keindahan Canyon Lake yang boleh dilihat dari tempat Mak Long berdiri.  Airnya kelihatan biru, tenang dan damai.  Indah!

Selepas Zohor Pak Long tanya kiranya mahu menemaninya beriadah berjalan kaki di tepi Canyon Lake.  Mak Long tidak menolak walaupun terasa letih sedikit.  Kami mengikut trek berjalan kaki di Madrone Trail letaknya di hadapan Canyon Lake.



Madrone Trail

Madrone Trail

Banyak lorong dan simpang yang boleh dilalui, juga ada tanda berapa jauh perjalanan sebagai panduan pejalan kaki.  Ada juga orang kayoh basikal di sini.  Jalan tidak rata berbatu kekel, kena tengok jalan kalau tidak mahu tersepak batu atau kayu.  Tersungkur nanti!  Mesti tidak selesa bila kayoh basikal di sini!


Pak Long Beriadah

Padang Lapang

Setelah kira-kira sebatu berjalan kami sampai di sini tanah lapang berpagar (gambar  di atas).  Tiada apa-apa di situ .. tempat apa entahlah... 


Cactus Liar

Apabila berjalan di sini mesti berhati-hati kerana ada banyak tumbuhan cactus liar.  Durinya tajam dan sangat bahaya kalau tersepak atau terjatuh ke atasnya...   Mata Mak Long pula bila berjalan menilau sana sini dan lambatlah langkak yang dihayun membuat Pak Long berhenti menunggu.  Tahu sangat Pak Long sayang pada isterinya......


Canyon Lake

Pemandangan cantik Canyon Lake dari sebelah utara.  Mak Long hampir tersunkur di sini sebab mata tidak berkelip toleh dan pandang ke situ.  Sebenarnya bukan sekali itu sahaja hendak tersungkur ... banyak kali!, tetapi nasib baik menyebelahi Mak Long kali ini.


Paip Air Minum

Kami berjalan kaki hampir dua batu.  Kaki dan lutut Mak Long terasa longeh sudah berat hendak melangkah.  Pagi tadi kan Mak Long sudah berjalan kaki.  Kira-kira hari ini Mak Long sudah berjalan sejauh empat batu lebih!!  Akhirnya kami keluar dan adalah pulak jumpa paip air minum yang disediakan untuk semua pengguna.  Kami tidak minum!  Pak Long lebih suka minum coke, jadi kami terus ke kedai pam minyak yang kebanyakannya tutup.  Cuti am kan.  Nasiblah ada sebuah pam minyak dibuka.  Mak Long nampak ada air kelapa muda campur nenas dalam kotak...  Laju sahaja jari ini mengambilnya.  Hmmmm sedapnya...













Tuesday, December 23, 2014

Nota Feeling Better

Assalamualaikum,





It has been a while I have been feeling weird and sick.  Cough is the number one devil that drove me crazy!  I have been in and out of cardiology's office far too much.  They put me on for tests after tests and finally they came up with these two results:  

1)     I have liquid around the heart
2)     I have irregular heart beats

I asked him "what the hacks are those?"  I know that he was trying to choose the right words as not to scaring me with the answers.  He said that everything is treatable and he would treat me to help me feel well.  Well, I agreed and let him put me on medications..... !  Yakkkkkk!  Who wouldn't!

Alhamdulillah, I have been feeling much better since and I have been walking for a couple of miles each day in the morning.  I used to walk everyday around our neighborhood as well around the Canyon Lake before I got ill.

Other then seeing the cardiologist for "heart trouble", I also visited our family doctor office which is only a couple of miles away from our home.  A nurse put me in one of their rooms for treatment.  Shortly after a doctor came in and greeted me starting with, "How are you ma'am and what can I do for you today?"  Before I could answer him, he asked me if I have had any flu shot this year.  

I answered "Yes, I have.  You gave me that flu shot and I have been sick ever since! .."  The answer just came up like that.  Unfortunately, it was true.  I was so sick almost immediately after I had that flu shot few months ago!  I know I should have answered him nicely ..but being so tired and sick, I just didn't feel like being nice to him either...  I still wished that I had not taken the flu shot.   One difficult old woman that I was...

Today, it was extremely cold and windy and I still have the desire for the morning walk.  I dressed  up well for the purpose.  I have a tiny device with ear plugs sticking on into my both ears to listen music.  I tuned it loud and began my walk.  I have Mehar Zain playing on and I like his music.  It was cold to the bone but I enjoy the weather.  It was so beautiful with a little sun trying to peak out from behind the cloud.  The hard blowing wind and its sound did not bother me at all.  I stopped by at one spot I found two days ago while walking and sat down there on the hard road.  I tuned off the music and quietly listened to the sound of roaring winds.  The sound was frightening at first but slowly I began to like and enjoy it.  Seemed like I was part of it helping me feeling very calm.  Have you ever done that sort of silly stuff?  The scenery was stunningly beautiful ....  with birds and wild turkeys perfecting the picture.  I sat there for five minutes, maybe much longer then left to complete my morning walk.

I have a beautiful and restful day today... thank you Allah...










Sunday, December 14, 2014

Nota Caverns Of Sonora, Texas


Assalamualaikum,

Catitan Harian:

12hb November, 2014


HQ anak lelaki Mak Long katanya beliau sangat seronok dapat melawat Big Bend National Park Klik Di sini dan mengucapkan terima kasih kepada kami.  Kini tiba masanya untuk kami beredar dari Bandar Alpine pulang ke rumah.  Tetapi sebelum itu, Pak Long cadangkan kami singgah melihat sebuah gua iaitu satu dari tempat menarik untuk dilawati.  Tambahan sudah satu jalan tidak perlu belok-belok ke tempat lain.  Gua itu dinamakan The Caverns of Senora.  Gua Señora diiktirafkan sebagai satu dari gua tercantik dan unik di dunia.  Ia terletak di antara Big Bend National Park dengan Bandar San Antonio, Texas.  Lebuhraya penghubungnya ialah I-10.  Cuaca pada hari itu pula sangat-sangat sejuk antara 30-35 degree fahrenheit.  Sejuk sampai ke tulang!  

Tu dia.... Buka dan tolak sahaja muka pintu kereta kami cepat-cepat keluar terus masuk ke bangunan yang menjadi bangunan utama di situ.  Ia menyediakan jualan tiket untuk masuk ke gua juga kedai cendera mata dan lain-lain.  Nasib baik tidak terpijak kaki burung merak yang sedang melangot di muka pintu.  Berbagai jenis cendera mata seperti barang perhiasan dari batu permata dan lain-lain ada tetapi harganya tinggilah sedikit.  Pekerja-pekerja di situ sangat ramah.  Mereka menyambut kami dengan mesera.  Dengarnya mereka di situ ada sekeluarga menjalankan perniagaan pelancungan melawat The Caverns of Sonora.  

Pak Long membayar tiket untuk masuk ke dalam gua dan kami disediakan dengan seorang juru pelancung khas untuk kami sekeluarga bersama dengan empat orang luar lagi.  Kami dinasihatkan tidak memakai pakaian panas kerana jelasnya suhu dalam gua panas dan kami tidak dibenarkan membawa tas tangan atau apa-apa barang yang akan menganggu lawatan kami di dalam gua.  Sebelum itu Pak Long tidak melepaskan peluang membeli "fudge brownie" yang sesungguhnya sangat sedap dan manis serta lemak.  Aduhai..bertambahlah lemak badan!

Pintu Masuk
The Caverns of Sonora

Lorong masuk dalam gua
The Caverns of Sonora

Melihat keadaan dalam gua dengan lorong yang sempit hanya lulus untuk seorang berjalan, baharulah Mak Long faham mengapa kami tidak dibenarkan membawa tas tangan atau barang-barang lain yang boleh mengganggu formasi di dalam gua tersebut.


Dalam Gua
The Caverns of Sonora


Kejadian formasi The Carvern of Sonora telah tercipta sejak beribu-ribu tahun dahulu sebelum kita semua dilahirkan.  Ketika itu kawasan Sonora ditengelami air.  Kemudian apabila air lautan surut dan kering, ia meninggalkan rongga-rongga gua di perut bumi maka jadilah gua di hari ini.  Beribu tahun dari titisan air yang menitik sedikit demi sedikit di dalam gua itu membentuk pelbagai rupa formasi yang cantik dengan warna yang menarik sekali.  Kami diberitahu 95% formasi dalam The Carvern of Sonora masih aktif dan hidup.  The Caverns of Sonora telah dinobatkan sebagai National Natural Landmark dalam tahun 1966.

Di dalam The Caverns of Sonora di suatu sudut terdapat kumpulan formasi menyerupai bentuk kupu-kupu besar.  Bentuk formasi istimewa itu dikatakan hanya di situlah sahaja terdapat di dunia ini.  Juru pandu memberitahu kami, pada 21hb Novemver, 2006 satu daripada formasi rama-rama besar telah dipatahkan oleh seorang dari pengunjung yang datang ke situ.  Kira-kira 60% dari kepak rama-rama itu telah dikopakkan mencacatkan rupa rama-rama tersebut.  Pihak tuan punya The Caverns of Sonora telah menawarkan sejumlah USD20,000.00 kepada sesiapa yang dapat membantu mendapatkan semula kepak rama-rama tersebut.  Oleh kerana formasi rama-rama itu masih aktif and ia boleh tumbuh semula tetapi tidak tentu akan tumbuh berbentuk kepak rama-rama. Sekiranya kepingan yang dipatahkan itu ditemui ia masih boleh dilekatkan semula.  Menurut kata pemandu itu lagi, orang yang melakukan kejahatan itu telah ditangkap dan dipenjarakan tetapi patahan kepak rama-rama itu masih tidak ditemui.



Formasi bentuk rama-rama yang patah sayap
The Caverns of Sonora

Dalam The Caverns of Sonora

Kolam air
The Caverns of Sonora



Sungai dalam gua
The Caverns of Sonora

Formasi seperti susu meleleh di kaki gua
The Caverns of Sonora

Formasi menyurupai titisan
The Caverns of Sonora

Formasi menyurupai berus botol
The Caverns of Sonora

Cahaya seperti kayangan
The Cavern of Sonora

The Caverns of Sonora

Jalan keluar
The Caverns of Sonora

Pintu keluar
The Caverns of Sonora



Suka Mak Long hendak kongsi tentang lawatan ini melalui Utube.