Assalamualaikum,
Duduk: Naemah Othman, Mak Long, Datin Cik Gu Badiah Manan, Maimun Ibrahim, Zainul Akmar Berdiri: Datok Shakir |
Tidak disangka hari itu akan menjadi satu kenangan manis dalam hidup Mak Long. Tidak pula menyangka ada rezeki untuk bertemu dengan seorang yang selama ini sering diingati dan selalu tertanya-tanya akan kabar berita tentangnya. Di manakah ia sekarang? Masih hidupkah ia sekarang? Kini terjawab sudah segala yang tersirat di kalbu. Ia adalah Pengetua di Sekolah Tun Fatimah dalam tahun 1965-1970an. Seorang pengetua yang bersikap tegas, cekap dan penuh dengan keibuan yang sangat pengasih.
Kawan sedarjah Maimun Ibrahim dan Naemah Othman telah menghubungi Mak Long menyatakan hasrat mereka hendak melawat pengetua sekolah STF di rumahnya di Mindef. Mereka mengajak Mak Long pergi bersama. Bagikan pucuk dicinta, ulam mendatanglah gamaknya, apa lagi terus sahaja setuju. Sebelum pergi Mak Long pastikan Emak selesa di rumah dan sediakan keperluannya serta memastikan puteri AM berada di rumah menemani Emak.

Naemah datang mengambil Mak Long dahulu kemudian ke rumah Zainul Akmal seorang lagi kawan sedarjah yang tinggal tidak berapa jauh dari rumah Mak Long. Jalan kaki pun boleh sampai! Maimun Ibrahim pandu keretanya sendiri dan berjanji bertemu di pintu masuk Mindef di mana Datok Shakir berjanji menunggu kami di situ bagi memudahkan kami masuk ke kawasan kediaman askar-askar di situ.
Rumah kediaman yang kami tujui itu nyatalah kediaman seorang pahlawan askar Malaysia berpangkat tinggi. Tiga buah kereta mewah dengan 'license plate' kenderaan khas terlabuh di kawasan rumah. Ketibaan kami disambut mesera oleh pasangan bahagia Datok Shakir dan Datin Cik Gu Badiah Manan, …. kami bersalaman mesera dan dipersilakan duduk di ruang tamu yang dihias dengan alat perabut serba mewah dan cantik. Cik Gu Badiah masih ingat dan kenal kami walau pun penampilan kami sudah jelas jauh berubah. Kami sedarjah kini masing-masing sudah bersara dan rupa pun sudah banyak berubah. MasyaAllah… Mak Long sungguh kagum melihat beliau yang masih bergaya, masih sihat, masih cantik lagi anggun dan daya ingatannya sangat menakjubkan walaupun umurnya sudah melewati 76 tahun. Kami berborak mesera mengimbar kembali ke zaman persekolahan kami. Beliau mengajukan banyak soalan itu dan ini kepada kami, ingin tahu perjalanan tentang hidup kami selepas zaman persekolah di Sekolah Tun Fatimah. Banyak sungguh soalan yang ditanya pada Mak Long…. macam-macam hahaha….
Zainul Akmar Dan Maimun Ibrahim |

Kami bercerita tentang beberapa siri kenakalan kami ketika di bawah penjagaannya di sekolah. Rupa-rupanya dan ingatkan Cik Gu tidak tahu tentang pergerakan kami dahulu. Umpamanya satu kejadian seperti kami korek tanah di bawah pagar sekolah kemudian menyusup keluar dari pagar di waktu jaga sekolah tidak nampak. Bukan pergi kemana pun bila sudah dapat menyusuk keluar pagar. Saja nakal, kami jalan-jalan di tepi Jalan Larkin. Di antara kami, ada yang bawa kertas lukisan dan melukis… Bila sudah puas duduk di luar pagar kami masuk balik menyusup lubang yang dikorek itu. Habis baju kotor kena debu tanah.
Satu lagi kami pakai telekong dan duduk di tepi tingkap cermin dewan sembahayang sambil kibai-kibai telekong mengusik menakutkan guru bertugas waktu malam sedang berkawal setiap bilik di asrama. Biasanya waktu bulan terang mengambang jadi bila guru bertugas lalu depan dewan ia akan nampak. Bila rahsia terbuka tentulah kena hukum… kutip sampah, basuh dewan asrama dan macam-macam hukuman!
"Saya tau semua tu… kamu semua nakal tapi kamu murid-murid yang baik dan saya tak bimbang. Tapi hukuman tetap jatuh juga kan!!…" katanya sambil tersenyum lebar. Daaa… kami kena hukum berdiri di dewan makan diperhatikan oleh pelajar-pelajar lain. Kena syarah panjang lebar….

Kami dihidangkan dengan mee rebus masakan istimewa orang Johor dan beberapa jenis kuih raya. Cik Gu Badiah berasal dari Johor Bahru, Johor. Ya, masih bulan Shawal lagi. Sedap masakannya dan kami dilayan mesera termasuk menantu perempuannya yang sedang sarat mengandung. Menurutnya jantina kandungan itu adalah seorang perempuan dan akan melahirkannya pada bulan November ini. Mudah-mudahan dipermudahkan kelahiran cucu Cik Gu Badiah hendaknya.
Itulah hari yang bersejarah dalam hidup Mak Long dapat berkunjung mesra di kediaman Datin Cik Gu Badiah Manan. Beliau ialah seorang yang sangat istimewa dan berjaya dalam membentuk corak pelajar-pelajar Sekolah Tun Fatimah dalam pertengahan tahun 1960han. Cik Gu, jasa mu tidak mampu dibalas dan sentiasa dikenang serta disanjung tinggi. Di akhir kunjungan kami bersalaman. Berat hati untuk berpisah, entah bilalah dapat bertemu kembali…?

"Cik Gu, mohon ampun dan maaf segala kesilapan dan kenakalan saya ketika di sekolah dulu." kata Mak Long sambil menghulurkan kedua tangan kepadanya. Tiba-tiba dan tidak disangka Cik Gu Badiah meletakkan kedua tangannya di muka Mak Long sambil mencium mesera kedua-dua belah pipi Mak Long kemudian memelok mesera. Senyumannya manis sekali, "Awak tak ada apa-apa salah dengan saya….. Saya bangga dengan kejayaan kalian dan sudi pula datang menjengok kami suami isteri di sini. Datang lagi jangan serik……"
Dalam catitan Datin Cik Gu Badiah di Facebooknya beliau menulis:
"Assalamualaikum. Cikgu berdua sungguh bertuah semalam dikunjungi oleh srikandi dari Australia n harini dari Amerika pula. Gambar dirakam bersama Kamisah (Amerika) Naemah, Maimun, Zainul Akmar tengahari tadi."
No comments:
Post a Comment