Assalamualaikum,
"Pickers" dalam bahasa Melayu lebih kurang bermakna pengutip atau tukang kutip atau pemungut atau tukang pungut.
American Pickers adalah satu siaran di TV yang sedang popular di Amerika Syarikat. Siaran ini asalnya memaparkan satu kumpulan pengutip barang-barang lama, barang-barang yang pelik dan tidak berguna. Mereka ialah Mike Wolf, Frank, Robbie dan Danielle. Kegiatan mereka bermula secara kecilan sahaja di Virginia. Kerana menerima banyak sambutan yang menggalakan dalam urus niaga mengutip mereka terus menerus memperluaskan pencarian mengutip barang-barang lama tidak berguna dari rumah-rumah, bangsal-bangsal, reban atas kebenaran dari tuan punya di mana sahaja mereka perolehi. Meredah semak samun dan mengeledah bangsal buruk pun mereka sanggup buat. Sebenarnya cara begitu mereka dapat membeli dengan harga lebih murah atau harga lelong. Ada kala nasib baik mereka dapat mengutip barang-barang percuma yang sudah tidak dikehendaki lagi oleh tuan punya. Kutipan mereka tidak terhad hanya di sekitar Virginia sahaja, malah kini di seluruh Amerika. Apabila mereka menjelajah misi kutip mereka menggunakan kenderaan besar agar dapat memuatkan segala barang kutipan mereka.
Barang kutipan itu akan dipilih, dibersih dan diasingkan menurut nilai harga dan usia kutipan itu ditempatkan di kedai atau di gudang besar mereka. Sekiranya barangan itu boleh dibaik pulih, mereka akan lakukan juga kemudian dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Siaran TV ini disiarkan secara langsong menunjukkan pengutip-pengutip itu sedang membuat kutipan barang dari merata tempat. Mak Long sendiri suka menontonnya kadang kala apabila ada masa terluang.
Pak Long pula suka melayari sesawang "craigslist". Sesawang ini menyenaraikan barang-barang lama dan baru untuk dijual. Suatu hari Pak Long terjumpa bangku dan meja lama di sesawang craigslist. Masih elok lagi dan harganya hanya USD125.00 kesemuanya. Mak Long suka boleh letak di luar rumah di bawah pokok. Petang-petang bolehlah duduk di situ boleh baca buku dan menghirup tiupan angin petang bila tidak panas.
Setelah Pak Long hubungi tuan punya perabut itu dan bertemu janji di tempat yang ditentukan iaitu di Lockhart, Texas. Lockhart adalah sebuah bandar tua di Texas lebih kurang 50 batu dari rumah kami. Bangku dan meja itu tidak menghampakan kami, nyata ia barang tulin. Kaki bangku dan meja dari besi tuangan? (cast iron) dan kayu itu pula kayu baik. Mak Long tidak pasti apa makna perkataan 'cast iron' dalam bahasa Melayu......

Meja dan Bangku Lama |

Pada hari itu di Lockhart pula ada ramai penduduk di situ mengadakan 'garage sale'. Kami singgah salah satu rumah lama yang mengadakan 'garage sale'. Mak Long tertarik dengan beberapa buah kerusi lama dan berminat untuk mendapatkan kerusi goyang (rocking chair). Nak jadikan cerita rupa-rupanya tuan rumah itu adalah pasangan yang menjadi Texan Pickers. Mereka beritahu itulah kerjanya sebagai sumba rezeki mereka berdua. Mereka suka hati bila Mak Long minta untuk mengambil gambar mereka. Kerana ambil gambarlah mereka (isterinya) menjemput kami masuk ke rumah lama mereka. Suaminya berkata biasanya isterinya tidak akan membenarkan sesiapa masuk ke rumah mereka. Itulah rezeki kami hari itu dapat melihat dalaman rumah lama. Serba serbi lama, 'wall paper' dinding rumah masih lama tidak rosak, kerusi, meja dan alat dalam rumah semuanya barangan lama menurut mereka sejak dari tahun 1800an. Kami dibawa ke bahagian bilik kecil, menurutnya bilik 'butler', dalam bahasa Melayu bermakna ketua orang suruhan. Di bilik ini masih tidak diusik, bilik air dan tandanya kecil dan lama tetapi masih boleh digunakan. Dinding kayu berukir seni cantik teringat urkiran seni Melayu lama yang pernah dilihat di istana-istana raja. Mak Long tidak ambil gambar kerana menghormati mereka. Mereka memberitahu kami mereka memiliki sebuah lagi rumah lama yang juga penuh dengan kumpulan barang-barang lama 1800an di Missuri.
Kalau hendak tahu kerja jadi pengutip pun boleh dapat hidup mewah dan selesa. Di Malaysia pun sudah ramai orang berminat mengumpulkan barang-barang lama. Seorang dari anak buah Mak Long pun sudah membuka perniagaan menjual barang lama di Muar, Johor secara kecil-kecilan. Cuma terkilan juga kerana tidak dapat menjengok kedainya kerana kesuntukan masa.
Texan Pickers Di Lockhart, Texas |
Rumah Lama Kediaman Texan Pickers |
'Garage Sale' Beberapa jenis dan rupa kerusi lama untuk dijual |
No comments:
Post a Comment