Assalamualaikum,
Catatan Harian
Kami suka pergi ke pasar tani atau pun ke garage sale. Di Texas kegiatan pasar tani dan 'garage sale' atau cakap Melayunya jual lambak di hadapan atau di belakang rumah itu adalah suatu daripada kegiatan hujung minggu. Orang putih di sini pun suka pasar tani walau pun harga lebih tinggi dari harga di pasar biasa kerana keluaran pertanian menggunakan baja oganik, tidak menggunakan baja buatan dari bahan kimia. Pasar tani biasanya diadakan setiap hari Sabtu. Di kawasan kediaman kami pun ada pasar tani juga setiap hari Sabtu.
Kami biasa juga pergi ke tempat yang lebih jauh seperti pasar tani di Austin baru-baru ini. Saja hendak tukar-tukar angin. Matlamat yang sebenarnya pergi ke situ kerana ada menyediakan sesuatu yang istimewa. Itulah, kami ingin merasa 'sandwich lobster' atau sandwich udang karang yang diwar-warkan sedap dan istimewa. Tidak pasti apa nama jenis udang ini dalam bahasa Melayu. Ada juga orang kampung di Muar namakan udang ketak.
Kami sampai di Austin di mana pasar tani itu diadakan hampir waktu tengah hari. Pasar tani itu terletak di hadapan sebuah pusat membeli belah. Orang ramai sudah berpusu-pusu ke bahagian pasar di mana keluaran hasil petanian sudah pun bermula sejak awal pagi lagi.
Tingkap Tempat Pesanan |
Truck di mana tempat menjual sandwich lobster pun sudah dibuka sejak pukul sebelas pagi tadi. Penjual sandwich itu hanya menjual sandwich lobster sahaja, mereka tidak jual makanan lain. Tiga cara lobster itu dimasak, rebus, bakar atau goreng dengan butter. Kami buat pesanan masing-masing.
Kotak Sandwich Lobster |
Sandwich lobster yang kami pesan dibungkus macam dalam gambar di atas.
Sandwich Lobster |
Tidaklah begitu istimewanya fikir Mak Long. Roti mentega sebuku dibelah dua dan dibakar selepas disalut dengan butter dan bawang putih di atas kedua permukaan roti. Satu ekor lobster rebus dipotong kecil digaul dengan sedikit minyak zaitun campur sedikit rempah ratus dan sos. Daun bawang dan dua belahan lemon pun ada di letakan bersama sandwich. Itu sahaja. Rasanya? Sedap juga! Harganya? USD15.00 satu... Mahal!! Tapi kerana hendak sangat merasa, beli juga…
Pasar Tani |
Pemandangan kebiasaan di pasar tani di Texas.
Macam-macam Jualan |
Macam-macam ada dijual...pelbagai jenis sayur ada seperti carot, beet, timun, apple hijau, cili dan lain-lain sayur hijau. Sayur kangkong, sawi yang berlambak dijual di Malaysia tidak ada! Mak Long beli beet, timun, dan beberapa jenis sayur hijau seperti kale, untuk buat jus minuman pagi. Pelbagai jenis roti pun ada di mana semuanya dibakar oleh petani sendiri.
No comments:
Post a Comment