Assalamualaikum,
Dari catatan harian
Berat Hati
Masa berlalu begitu cepat sekali umpama tidak sabar-sabar berlalu. Betullah masa itu tidak menunggu, tidak menanti sesiapa atau apa-apa pun. Dulu masa zaman budak-budak Emak biasa cakap "….. jangan buang masa. Jangan buang masa. Masa tak tunggu kite….." apabila Mak Long dan adik-adik melengah-lengahkan berbuat sesuatu yang disuruhnya seperti belajar mengaji al-quran. Guru di sekolah dahulu pun selalu menyebut "Masa itu emas…… ".
Ya... Masa untuk Mak Long pulang ke pangkuan suami yang sedang menunggu jauh beribu batu di sana sudah pun tiba. Tinggal di perantauan jauh dari kampung halaman tercinta ada baik, buruk dan seronoknya. Namun tanggung jawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa, sihat atau uzur tidak boleh dilupa dan tidak boleh diabaikan. Mujurlah Pak Long memahami serta membantu meringankan beban yang dialami. Andai kata jasad ini boleh dibahagi dua tugasnya, satu di sana dan satu di sini sudah lama Mak Long buat begitu. Kita hanya dapat melakukan setakat yang mampu dan terbaik serta ikhlas seadanya. Bertapa berat rasa hati untuk meninggalkan Emak yang masih sangat uzur. Rasa tidak mahu berpisah dengan Emak dan keluarga di tanahair sungguh menebal di hati. Tetapi perlu berkorban untuk yang dikasihi tanpa menuntut sebarang balasan. Melakukan dengan penuh keikhlasan hati. Entah bilalah dapat bertemu kembali hanya yang Maha Berkuasa sahaja dapat menentukan. Manusia hanya merancang, Allah menentukan.

Hari Isnin 25hb Ogos, 2014 adalah harinya. Hari itu pagi-pagi selepas Subuh Mak Long sudah ke dapur jerang air dan buat persiapan untuk sarapan pagi. Mak Long bercadang hendak masak nasi goreng belacan. Sudah lama teringin hendak masak nasi goreng belacan, lagi pun nasi lebih makan malam tadinya banyak dan tidak mahu membaszir. AHQ anak Mak Long masuk ke ruang dapur, tanya kalau Mak Long hendak beliau belikan apa-apa di luar sana, kuih ke apa ke? Mak Long tidak kesah, kalau beliau suka bolehlah beli apa-apa sahaja jawab Mak Long. Tidak jauh dari rumah kami ada deretan rumah kedai di mana ada restauran mamak dan warong-warong makan menyediakan bermacam-macam jenis makanan untuk dijual. Pilih sahaja apa yang berkenan. Biasa juga berjalan kaki sendirian ke situ beli roti canai dan roti bom untuk sarapan pagi. Sedap juga roti bom itu dimakan dengan kuah kari dan sambal tumis. Kalau ikut nafsu dua keping pun boleh habis. Nasi lemaknya pun boleh tahan sedap. Emak suka makan roti telor. Nasi goreng belacan pun dah siap dihidang .... Kopi 434 pekat kegemaran keluarga pun sudah siap dalam koleh di atas meja makan sana.
Pagi itu Emak masih lagi tidur di pembaringannya. Sarapannya sudah Mak Long sediakan di sebelah tingkap, tempat yang Emak selalu gemar duduk sekoding. Sambil makan Emak suka tengok keluar tingkap. Tengok kereta-kereta lalu, tengok burung hinggap di pokok sebagainya. Ketika kami bersarapan Emak tidak bangun walau sudah dikejutkan. Bimbang juga. Semalam katanya kesakitan tulang belakangnya terlalu mengganggunya. Hendak tolong urut Emak tidak mahu. Air mandinya pun sedang dijerang di atas dapur. Apabila siap semua Mak Long hampiri Emak pelahan-lahan mengeraknya untuk mandi bersihkan diri. Emak menurut sahaja. Emak perlu dibantu untuk bangun dan dudukkan Emak di atas kerusi yang dibeli khas untuk mandian. Mak Long rasa puas dapat menjaga Emak sebaik yang Mak Long mampu walaupun sekejap. Emak sentiasa mengucapkan terima kasih apabila selesai tugas membersih dirinya. Setiap kali pula Mak Long hadiahkan ciuman kasih sayang padanya. Emak selalu senyum.
Mak Long beritahu Emak yang Mak Long hendak berangkat pulang malam nanti. Kesedihan meliputi air mukanya. Mak Long pun berasa macam itu juga. Benci benar saat-saat berpisah tidak tahan menahan sebak di dada. Perpatah orang putih menyebut "Parting is a sweet sorrow", mana ada sweetnya? Buat sakit jiwa adalah!
Penerbangan Mak Long sebenarnya lewat malam, jadi sepanjang hari itu kami habiskan masa bersama-sama anak beranak di rumah sahaja. Ramai yang hendak menghantar ke lapangan terbang. Emak pun hendak ikut sama. Kebetulan pula AHQ sekeluarga juga akan pulang ke Sibu di awal pagi selepas subuh esoknya. Bagi memudahkan mereka yang menghantar kami supaya tidak perlu berulang alik ke lapangan terbang dalam masa terdekat AHQ dan keluarga mahu bermalam sahaja di hotel berdekatan dengan Lapang terbang.
Rose |
No comments:
Post a Comment