Assalamualaikum,
Dari Dallas iaitu hari kedua dalam siri Jalan-jalan 2014 kami pada 6hb Mei, kami mulai perjalanan menuju ke Oklahoma. SH balik ke rumahnya pagi-pagi lagi selepas subuh bersedia untuk ke pejabatnya. Dalam masa hendak cepat SH tertinggal kaca matanya. Orang muda kalau tidak kelam kabut tidak sah gamaknya! Sebelum kami meneruskan perjalanan ke Oklahoma pagi itu, kami singgah di rumah SH menghantar kaca matanya. Ketika kami sampai di rumahnya, SH sudah pun pergi kerja, jadi Mak Long letakkan kaca matanya dalam bag plastik dan gantung pada tombol pintu. Se kuntum bunga ros kuning wangi sermerbak terletak di hadapan pintu untuk Mak Long dengan nota "Untuk Mom, Selamat Hari Ibu". Tersenyum lebar Mak Long dapat sekuntum bunga cantik sambil mencium baunya yang amat wangi. Dalam hati berbisik "I am one a lucky Emak!" - Mak Long berasa bersyukur dan bertuah.
Rancangannya perjalanan ke Oklahoma hari tersebut adalah untuk berkunjung ke rumah seorang sahabat lama Mak Long semasa di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Sejak berpisah selama lebih empat puluh lima tahun iaitu setelah tamat persekolahan dari sekolah tersebut kami tidak pernah bertemu dan bertanya khabar. Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga menyambung semula perhubungan yang terputus secara tidak langsung melalui Facebook. Sebenarnya kami sama-sama berusaha mencari dan menghubungi semula sahabat-sahabat lama. Dalam umur yang terlalu muda kami sama-sama membesar dan menuntut di bawah satu bumbung seperti adik beradik di sekolah berasrama penuh. Hubungan siraturrahim antara kami terjalin rapat. Tidak heranlah antara kami semua sering teringat sahabat-sahabat sekolah. Dulu-dulu manalah ada kemudahan talipon bimbit dan khidmat laju sesawang yang serba cangih sekarang. Semua terpaksa tulis surat menyurat bila hendak bertanya khabar. Kenderaan pun tidak semudah ada seperti sekarang kalau ingin berkunjung tempat. Sahabat yang Mak Long maksudkan itu ialah Salma kini menetap di Oklahoma bersama suaminya seorang anak tempatan Amerika. Salma lebih muda dari Mak Long. Sejak dapat berhubung semula kami erat kembali. Perjalanan dari Dallas ke Seminole, Oklahoma mengambil masa lebih kurang lima jam lebih dengan kereta.
Kami sengaja tidak menggunakan lebuhraya sebaliknya menggunakan jalanraya biasa sahaja. Kadang-kadang kami melalui perkampungan, juga bandar dan pekan kecil. Setelah kami melepasi sempadan Texas dan Oklahoma, landskap dan suasana negeri itu sungguh cantik. Rumput tebal menghijau seperti permaidani terbentang luas sayup mata memandang. Di situlah ribuan ekor binatang ternakan meragut rumput tampa gangguan. Sedangkan pepohon pula mula menjongolkan putik-putik hijau berpucuk lebat menyambut kedatangan musim bunga. Rata-rata kawasan pinggiran Oklahoma penduduknya petani moden menanam gandum, jagong dan kacang soya dan lain-lain jenis pengeluaran tanaman. Tahun ini nampaknya mereka menanam lebih banyak jagong dan gandum. Menurut Pak Long setiap tahun petani-petani menukar jenis tanaman, umpamanya tahun ini mereka tanam jagong dan gandum, tahun hadapan pula mereka tanam kacang soya. begitulah seterunya. Selain dari bertani ramai juga yang jadi penternak lembu dan kambing.
Kebiasaan penternak dan petani menanam sejenis rumput khas untuk permakanan binatang ternakan mereka. Dalam musim panas rumput ragut kering dan mati begitu juga dalam musim sejuk kerana suhu telalu sejuk dan salji. Rumput yang sudah matang tumbuhnya akan dipotong dengan mesin dan dijadikan bentuk gulungan bulatan atau empat persegi dipanggil "hay."
Salma menelipon beberapa kali ketika dalam perjalanan bertanya sudah sampai dekat mana dan dia terlalu bimbang kalau-kalau kami tersesat. Kami berjanji bertemu di sebuah stesen minyak Shell apabila sampai di kawasan Seminole di mana beliau menunggu ketibaan kami. Di benakan Mak Long membayangkan kenalkah lagi bila bertemu? Kami sampai lebih awal darinya. Kami menunggu Sal (nama pendeknya) sehingga dia sampai, rasa tidak sabar bukan main Mak Long ni.
Lebih kurang lima minit kemudian Sal pun sampai dengan kereta warna hijau. Kami sama-sama sebak bercampur gembira dapat bertemu semula setelah sekian lama. Tidak susah mengenalinya, nyata tidak banyak perubahan pada wajahnya. Kami berpelukan, bersyukur dan gembira teramat dapat bertemu kembali. Ketika itu Mak Long teringat wajahnya ketika ia di zaman remaja dahulu. Mudah tersenyum, berani dan bijak walaupun sedikit pendiam.
Mak Long seronok sangat naik kereta Sal. Nasiblah Pak Long bawak truck sendirian di belakang kami. Kami tidak sabar hendak bercerita macam-macam dulu dan sekarang. Jalan ke rumahnya adalah jalan batu merah belum ditar lagi. Pohhhh.. debu tebal berterbangan walaupun Sal bawa kereta perlahan. Nasiblah Pak Long di belakang!
Akhirnya sampai juga kami ke rumah Sal. Suaminya Bill sudah sedia menunggu di hadapan rumah. Beliau nampaknya seorang yang baik dan peramah, kami dipersilakan masuk ke rumah mereka. Walau pun kali pertama kami bertemu dengan Bill, beliau membuat kami berasa selesa. Mereka menawarkan tempat dan bilik khas untuk kami di RV milik mereka berhampiran dengan rumah iaitu sebuah "trailer home". RV ialah sejenis "caravan" yang boleh dicangkok pada belakang truck supaya boleh dibawa/heret di jalanraya ke merata tempat. Besar juga RV itu, dilengkapi dengan bilik tidur, bilik air, tempat memasak kecil dan ruang tamu. Bill memasang kuasa gas untuk memanaskan air mandi dan menyejukkan hawa dingin sementara Sal pula menyediakan segala keperluan untuk kami. Mak Long belum pernah tinggal dalam RV, inilah kali pertama pengelaman baharu. Yaa .. Mak Long seronok tidur di dalamnya dan berasa sangat selesa.
Pandai Bill melayan Pak Long dan mengajaknya melihat kawasan tanah kediaman mereka dengan dua buah kenderaan lasak dipanggil "Four wheeler" seorang satu memandunya. Pak Long pula nampak "ngam" dengan Bill walaupun baharu sahaja berkenalan. Apabila Bill dan Pak Long pulang giliran kami pula mengelilingi kawasan kediaman mereka. Mak Long tidak berani bawa "four wheeler", jadi Sal sahaja pandu dan Mak Long duduk di belakannya. Seronok bukan main lagi. Di kawasan tanahnya terdapat sebuah kolam ikan, berbagai jenis pokok liar meredupkan kawasan, reban ayam dan kawasan meragut rumput untuk kambing. Pak Long pula berminat benar melihat beberapa buah traktor Bill di bangsal. Seronoknya, kawasan rumah mereka seolah-olah sebuah zoo kecil. Mereka berdua rajin berkebun kecil-kecilan di tapak tanaman sayuran. Hidup mereka bahagia, dan semuga terus bahagia hingga ke akhir hayat.
Kemudian Bill dan Pak Long bersama-sama pergi membantu seorang kawan Bill yang meminta bantuan di 'ranch'nya yang tidak berapa jauh dari rumah Sal. Mak Long senyum senang hati sendirian melihat mereka. Setelah mereka berdua pergi hanya tinggal kami berdua sahaja. Kami bersembang dan bercerita tentang kesah masing-masing dalam hidup kami yang telah kami lalui sejak habis sekolah. Kami tergelak dan ketawa bila ada yang lucu. Rasa tidak cukup masa bercerita! Sal tidak lupa menunjukkan sekeliling rumah dan dua buah garage yang penuh dengan pelbagai benda. Orang lelaki Amerika kalau tidak simpan benda-benda besi, kayu, tracktor tidak lengkap hidupnya!

Padang Ragut Untuk Lembu |

Padang Ragut Dan Hay |

Jalan NS3640 |

RV Home |

Asparagus |
Berbagai jenis sayuran yang ditanam, antaranya asparagus, bawang, kacang panjang, timun, tomato dan lain-lain lagi. Malam itu kami makan asparagus goreng dari kebun mereka. Memang enak makan sayur yang baru dipetik, manis dan segar.
Kambing --- Embekkk! |
Menurut Sal semasa beliau pulang ke Malaysia, Bill memberitahunya beliau telah membeli tiga hadiah pemotong rumput untuk Sal. Sal tidak sabar ingin tahu apakah hadiah untuknya. Setelah Sal kembali semula di Oklahoma rupa-rupanya hadiah itu adalah tiga ekor kambing! Dari tiga ekor kambing dalam setahun telah menjadi lebih sembilan belas ekor kambing peliharaan. Cepat membiak rupanya membela kambing.. Sal tidak berminat menjual atau menyembelih kambing-kambingnya. "Sayang dan tidak sampai hati nak sembelih!" katanya.
Kambing |
Gelagat binatang peliharaannya sangat menghiburkan dan kami leka melihat mereka.
Sal bersama Max |
Oleh kerana tinggal jauh dari bandar, mereka membela dua ekor anjing dalam kawasan untuk menjaga keselamatan. Anjing mereka reti bahasa dan ikut kata tuannya.
Yang paling indah sekali di petang hari itu ialah pemandangan waktu senja penamat siang, ketika matahari terbenam di ufuk barat.. Nah… saksikanlah ciptaan Allah… Subhanallah!!
Esoknya pagi-pagi lagi selepas solat Subuh kami sudah bersiap untuk meneruskan perjalanan kami seterusnya. Dingin juga waktu pagi di awal musim bunga, terpaksa Mak Long sarongkan baju panas nipis. Kami keluar dari RV menuju ke rumah, Sal dan Bill sudah siap membuat sarapan pagi. Bill masak pancake sedap, habis empat keping Mak Long makan…tak malu!

Ufuk Senja Di Oklahoma |

Hampir pukul 9.30 pagi Pak Long beri isyarat sudah siap masukkan beg kami dalam truck. Mak Long peluk Sal irat, rasa tidak mahu berpisah. Bilalah dapat peluang dan rezeki bertemu kembali...? Semuga dapat jumpa lagi…. Selepas mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan mesera mereka menerima kedatangan kami; kami pun bertolak menuju ke Missouri. Jauh lagi perjalanan kami…..
Bill dan Sal Beach |
You travel everywhere, observe and write down on record. What an envious life you are enjoying.
ReplyDeleteAlhamdulillah Pak Cik. Allah give us good health and rezeki. He created beautiful world and the whole universe that no one can compete His creation. Everything is laid there for everyone to see, study and enjoy. Unfortunately not all are able to do that either. So, maybe I can share with others and tell them something I have seen and done and hope that some day, they may see and experience that too.
Delete