Assalamualaikum,
Tiap-tiap hari Mak Long rasa sibuk sahaja. Apa yang disibukkan pulak tidak nampak bendnnya. Buat itu dan buat ini sudah malam sampai pulak masa untuk meletakkan kepala di bantal, pendek pulak rasa masa-masa yang dilalui. Bagusnya bila kita sentiasa sibuk, fikiran menjadi tertumpu pada sesuatu dalam satu masa tidak serabut dangan perkara lain.
Pagi tadi ketika Pak Long duduk menunggu Mak Long buatkan kopi panasnya siap, tiba-tiba dia berkata, "Barry risaukan tentang cucunya Scott……"
"Kenapa dengan Scott?" Mak Long tanya ingin tahu.
"….dia sudah dua kali diberhentikan dari dua buah sekolah … sebab sama!" Tambah Pak Long kesal, "…. Barry cakap, Scott budak malas tidak mahu belajar. Suka duduk depan TV main game sepanjang hari! Scott diberhentikan sekolah kerana menghina dan bercakap kasar dengan guru di sekolah… Di rumah dia tidak mahu membantu ibunya. Ibunya pula tidak tahu nak buat apa ….".
"Sekarang dia tak sekolah ke?"
"Sekolah di rumah saja … ikut program sekolah sendiri di rumah…"
Scott, cucu kepada Barry baru berumur 14 tahun lebih. Jenelle pula anak perempuan Barry, seorang ibu tunggal tidak pernah bernikah punya dua orang anak lelaki iaitu Scott dan adiknya (Mak Long lupa namanya) berumur 6 tahun. Kedua-dua anak ini mempunyai bapa berlainan yang tidak mengambil kesah tentang mereka. 'Fenomena' berkeluarga begini adalah perkara biasa di Amerika Syarikat, bukanlah sesuatu yang ganjil atau luar biasa!
Perbualan kami beralih melarat ke kesah waktu zaman kanak-kanak kami dulu. Ibu bapa memainkan peranan penting dan bertanggung jawab membesarkan anak-anak mereka supaya menjadi "orang". Walaupun setengah cara didikan orang lama itu dilihat dari mata kasar sangat teruk dan tidak sesuai. Tetapi hasilnya anak-anak jadi 'orang'.
Teringat Mak Long kesah Mak Long dengan buah saga. Orang kampung sebut biji sage. Pokok saga besar juga pokoknya mengeluarkan biji kecil warna merah menyala lebih kurang sebesar kacang soya. Buah saga juga dijadikan permainan menjentik, dan batu sembang iaitu buah saga dimasukkan kedalam karung kecil dari kain dijahit seperti bentuk bantal. Waktu rehat, kami cepat-cepat makan kemudian terus sahaja main jentik buah saga atau main batu sembang. Kadang-kadang tidak makan pun, sebab terlalu gairah hendak main dengan kawan-kawan. Purata permainan ini dikuasai murid-murid perempuan sahaja.
Suatu hari selepas habis waktu sekolah dua orang kawan, Sani dan kakaknya Cik Mah yang juga anak jiran kami beria-ia sangat mengajak Mak Long mencari buah saga di belakang rumah emak saudara Mak Long iaitu Mak Ngah Milah. Tanpa berfikir panjang Mak Long terus sanggup sahaja. Budak-budaklah katakan mana ada tahu takut pun. Tahu suka sahaja, tambah lagi berkawan membuat sesuatu yang menyeronokan. Kalau tidak silap ketika itu Mak Long baharu sahaja masuk darjah dua…bodoh lagi. Sani dan Cik Mah lebih tua dari Mak Long dan mereka belajar mengaji kuran dengan Emak.
Leka kami mencari dan mengutip buah saga yang banyak jatuh ke tanah dan dalam rumput. Buah saga yang sudah dipunggut dimasukkan kedalam saku masing-masing. Penuhlah saku kami dan terasa berat dengan buah saga baharulah kami berjalan pulang ke rumah. Tidak tahulah sudah pukul berapa ketika itu. Yang pasti memang sudah terlalu lambat kami pulang. Tidak terasa takut atau bersalah lagi tu, handalnya semangat Mak Long. Sampai di rumah Wak sudah berdiri depan pintu menunggu Mak Long dengan satu rotan panjang di tangannya. Mak Long tersengeh-sengeh bodoh bila sudah dekat dengan Wak, konon-konon biasa sahaja, tidak ada hal. Apa lagi tidak disangka-sangka Wak menarik kasar tangan Mak Long yang kurus. Wak melibas kaki, betis, ponggong Mak Long banyak kali. Aduhhhhh sakit dan peritnya tidak terkira..
"…amboiii dah pandai balik lambat ye!" Sappp kena rotan …".. engko kemana tadi hah?" sapp kena rotan bertubi-tubi tidak berhenti.. Siapa tidak menangis sakit kena pukul begitu? Tetapi Emak tengok sahaja tanpa berkata apa-apa atau membantu Mak Long yang sedang sensara. Wak betul-betul nampak marah. Mak Long menjerit-jerit tersedu-sedu minta ampun dan janji tidak mahu buat lagi. Lagi kuat menjerit, lagilah kuat tangan Wak melibas Mak Long. Lama-lama Wak berhenti merotan, air mukanya masih nampak marah sambil memberi amaran keras kepada Mak Long. "Tiap hari habis sekolah, ko mesti balik rumah tau? Jangan buat Emak, Wak risau! Ko faham?" Mak Long angok-angok lemah janji tidak buat lagi.
Sebatan dari penangan rotan panjang kecil itu meninggalkan kesan-kesan bengkak di seluruh badan kurus Mak Long. Sakit dan perit bukan main. Malam itu Mak Long tidak mahu makan nasi, merajuklah kononnya, buat Emak pula bimbang tentang kesihatan anaknya. Masih ingat lagi Emak cakap, "….lain kali jangan buat ..kalau nak pegi ke mana-mana lepas sekolah balik dulu ke rumah, salin baju sekolah, makan dan mengaji….." sambil menyapu minyak di tempat-tempat luka. Mata Mak Long sudah bengkak menangis tadi..
Dari peristiwa itu menjadikan satu pengajaran betul-betul berkesan dalam hidup Mak Long dan tidak dapat melupakan hingga ke hari ini. Walaupun tindakan Wak dan Emak itu pada zahirnya terlalu keras dan tidak berperi merotan anaknya tetapi pengajaran itu meninggalkan hikmah yang tidak ternilai dalam membentuk peribadi seseorang seperti Mak Long. Mak Long fikir balik kalau tidak kerana ajaran yang keras begitu mungkin perangai Mak Long menjadi lebih teruk tidak menjadi 'orang' gamaknya…
Perpatah Melayu menyebut. "sayangkan isteri tinggal-tinggalkan... sayangkan anak tangan-tangankan."
Masyarakat sekarang sudah banyak perubahan dalam cara membesar dan mendidik anak-anak. Ada yang bijak mendidik anak-anak dan meneraju keluarga bahagia dan berjaya. Ada juga sebaliknya hingga terdapat anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa mereka. Memukul atau menzalimi ibu bapa yang sudah tua. Ada juga anak-anak yang sanggup mengheret ibu bapa ke mahkamah hanya dengan kesilapan yang kecil dan tidak menasabah.
Didiklah anak-anak sebaik mungkin dengan bimbingan berilmu dan agama. Kadang-kadang mendidik dengan kekerasan itu bukanlah kebencian tetapi adalah sayangkan anak-anak agar menjadi baik. Semuga bila mereka dewasa kalau tidak berpangkat besar atau tinggi pun darjat hidup mereka tidak ke lembah keburukan dan kehinaan.

Buah Saga |

No comments:
Post a Comment