Pages

Friday, May 2, 2014

Nota Bandaraya New Orleans, Luisiana


Assalamualaikum,


Catatan September 22, 2013

Esoknya pagi-pagi lagi di Hampton Inn, Biloxi kami sudah siap dan menjamu selera sarapan pagi dengan air jus buah, telor rebus, roti bakar, jam dan kopi panas yang disediakan oleh pihak hotel.  Kopi O pekat panas tanpa gula dan susu bagi Mak Long adalah satu keperluan di pagi hari, setiap hari.  Letih badan kalau tidak dapat kopi.  Inilah agaknya dinamakan ketagih kopi?  Ketika kami hendak bertolak meninggalkan hotel penyambut tamu dengan ramahnya menghulurkan bungkusan bag warna coklat berisi buah, air dan jajan setiap seorang.  "Have a wonderful day, Maam", katanya mesera.  Giliran Puteri SH pula memandu hari ini ke New Orleans, Luisiana.  Cuaca hari itu seperti semalam mendung dan hujan apabila kami sudah hampir dengan New Orleans.


Sungei Mississippi 

New Orleans ialah sebuah bandaraya unik dan tersohor.  Penduduk bandaraya ini berasal daripada berbilang bangsa terutama datang dari negara-negara Eropa, Caribbean dan Afrika.  Kehadiran mereka secara langsung memperngarohi kehidupan dan budaya yang unik mencorak masyarakat bandaraya itu.  Bangunan-bangunan lama tempat tinggal mereka termasuklah deretan kedai-kedai lama mempunyi ciri seni bina lama yang cantik dipanggil "The French Quarters" peninggalan dari kehadiran orang-orang Perancis.  Tidak mustahil adat dan jenis permakanan juga mengikut pengaruh pendatang itu.  Hidangan makanan unik dipanggil creole, juga kelainana dalam seni musik mereka terkenal serta dinobatkan sebagai bandar kelahiran musik jazz.  Festival "Mardi Gras" (mar-di gera) disambut setiap tahun di sini.  Bandaraya ini terletak di tebing Sungai Mississippi iaitu sebatang sungai terpanjang di Amerika Syarikat.



Steam Boat Di Sungei Mississippi

Perkhidmatan steam boat lama yang dibaik pulih di Sungei Mississippi memberi peluang kepada pelawat yang ingin menaiki pengangkutan awam steam boat mudik di sepanjang sungai itu di suatu masa dulu-dulu. 


French Quarters

Deretan rumah ala Perancis dipanggil "The French Quarters" yang unik memenuhi setiap barisan jalanraya di New Orleans.  "The French Quarters" seni bena bangunan perumahan mempunyai berbagai bentuk dan warna yang cantik dan halus ukirannya.   

Dikatakan banyak bangunan-bangunan lama itu berhantu dan berpuaka terutama di hotel, di kedai minuman arak dan tempat perjudian.



French Quarters


French Quarters

French Quarters

Boubon House

Gambar di atas ialah sebuah rumah lama dipanggi Boubon House terletak di sudut Boubon Street.   Boubon House digunakan tempat menjual bermacam minuman keras.  Ramai sungguh penggunjung ke situ.  Tidak mengira lelaki mahu pun perempuan berpusu membeli minuman keras.  Tidak kurang juga mereka-mereka yang sudah pun mabuk terhuyung hayang berjalan tidak tentu hala.  Ada yang berkeadaan tidak senonoh jelik mata memandang membuat isi perut terrasa mahu terjeluak dan mual kepala.  Mata mereka merah macam mahu terjohol keluar sedang air lior meleleh ditambah dengan pakaian yang tidak keruan.  Bukanlah bermaksud menghina sesiapa, tetapi ini adalah fakta sebenar berlaku yang menjadi suatu pengajaran kepada semua, bahawa minuman keras dan dadah  itu sesungguhnya menjahanamkan lagi membunuh manusia.  Ya Allah, selisihkanlah dari berlaku pada keluarga kita semua.  

Walaupun hari hujan dan membasahi kami, ia tidak mematahkan semangat dan hasrat kami untuk melihat seluruh sekitar bandaraya itu sebanyak mungkin.  Kalau larat dan ikutkan hati kami hendak tengok semua.  Puteri SH membeli baju hujan untuk kami agar tidak basah tetapi hai basah juga.  Tambahan lagi Mak Long pakai kasut sandal habis lencun basah ketika berjalan di tempat-tempat rendah.  Tidak selesa rasanya bila berjalan kasut basah!  Kami juga singgah di bangunan pasar tani Perancis dikenali sebagai "flea market".


Pasar Tani

Kumpulan Musik 

Ada sekumpulan permain musik berpakaian seragam putih dan hitam berjalan dari satu lorong ke lorong memainkan musik menghiburkan penggunjung-penggunjung di pasar tani itu.  Rioh rendah dan meriah keadaannya.



Dalam Bangunan Pasar Tani

Dalam  Bangunan Pasar Tani

Suasana dalam bangunan Pasar Tani ini, Mak Long teringatkan pasar seni di Kuala Lumpur.  Berbagai jenis barangan dan makanan ada dijual.  Keadaan basah dan suram hujan, penggunjung tetap ramai berpusu-pusu, mereka ingin lari dari hujan di luar pasar.  

Ketika berjalan-jalan Mak Long nampak pula bungkusan kacang tanah panggang diatur kemas dalam kotak-kotak seperti dalam gambar di bawah.  Teringin membeli dan merasanya.  Sudah menjadi kelaziman bagi Mak Long sebelum memegang atau membeli sesuatu makanan khasnya, mesti membaca isi kandungan tertulis pada bungkusan.  Alamak!  Mereka guna bahan minyak tidak halal ketika proses memanggang.  Tidak jadilah membelinya!  Terkulat-kulat Mak Long lihat sahaja.  Ya, tinggal di negara asing khasnya negara bukan negara Islam eloklah berhati-hati bila membeli bahan makanan.  Supaya tidak tersalah beli dan makan yang tidak halal.  


Kacang Tanah Panggang

Ada satu lagi jenis makanan yang Mak Long nampak.  Ia manis dipanggil praline shoelace berlonggok-longgok menyerupai tapak kasut.  Mungkin sebab itulah dipanggil praline shoelace!  Oh!  Ada jual "gator burger".  Tahu apa gator burger?  Istimewa punya burger …. burger daging buaya!  Siapa berani makan?

Praline Shoelace

Penjual Tiram

Di sini pun ada orang menjual tiram hidup yang menjadi kegemaran bagi setengah orang di sini.  Pastinya ramai yang berminat dan membelinya.  Apabila tiram itu dikopek, isinya diperahkan dengan perahan air lemon.  Pengemar terus sahaja menghalakan tiram tersebut ke mulut terus menyedut isinya mentah-mentah seperti menyedut makan siput sedut!  Penjual tiram mengopek tiram itu menggunakan sejenis pisau khas.  Nampak mudah sahaja kerjanya, tetapi entahlah..

Yang menjadi tarikan Mak Long ialah kebanyakan penjaja dan penjual mempamirkan barangan buatan mereka sendiri.  Pembuat barang-barang itu bukanlah wanita tetapi lelaki!  Mereka mahir menganyam membuat pakaian dan barang perhiasan dari manik untuk wanita dalam masa yang amat singkat.  Meriah sungguh mereka itu mengerjakan anyaman benang dan tali bermanik sambil berborak-borak dengan pelanggan yang singgah tanpa melihat anyaman di tangan mereka.  Mata melihat ke lain, tangan membuat kerja...


Penjual Menganyam Manik
Untuk Perhiasan Gelang dan Rantai Wanita


Tekun Menganyam Manik


Cuba perhatikan gambar di bawah ini pula.  Ya, kepala tengkorak buaya asli jenis (species) dipanggil 'alligator' yang banyak terdapat di paya, sungai dan parit, di mana-mana sahaja.  Mak Long tidak tahu apa gunanya tengkora buaya samada untuk perhiasan atau kegunaan lain.  Alligator adalah jenis buaya yang buas dan bahaya biasa terdapat di Amerika terutama di bahagian selatan negara seperti Luisiana dan Texas.  Orang Amerika makan daging alligator.  Menurut pendapat mereka rasa dagingnya sedap menyerupai rasa daging ayam!


Tengkorak Buaya

Sebagai yang dikatakan dahulu, penduduk New Orleans terdiri daripada berbagai bangsa, ugama dan adap resam.  Bilangan terbesar adalah dari kaum kulit hitam.  Bermacam gaya dan keadaan mereka di sini.  Ada yang menjadi artis jalanan, pengemis, kaki minum arak dan penagih dadah.  


Pengemis

Bukan orang bangsa kulit hitam atau kulit putih sahaja menjadi penduduk jalanan di New Orlean.  Dalam gambar di bawah Mak Long terjumpa seorang wanita Asia bermain violin.  Bukan calang-calang orang yang bermain alat musik itu.  Musik yang dialonkan sungguh sedap di dengar.  Tetapi mengapa mereka tidak jadi artis yang benar-benar boleh buat duit?

Artis Jalanan

Penagih Dadah Kaum Kulit Hitam

Terlalu ramai manusia yang tergelincir jauh dari landasan jalan hidup yang normal.  Mengapa mereka memilih jalan hidup demikian, hanya mereka sendiri yang mengetahui jawapannya.  Kebanyakan mereka bukanlah datang dari gulungan keluarga orang susah asalnya.  Bagi Mak Long susah hendak menerima hakikat hidup demikian kerana Mak Long berpegang kepada ajaran agama dan hakikat kalau ada kemahuan di situ ada jalan.



Kemiskinan Hidup Melarat

Tengoklah lelaki dalam gambar di atas.  Kedua-dua orang lelaki kulit hitam itu melalak-lalak tidak tentu pasal.  Dari jauh kami sudah boleh menghidu bau mual dari mulut mereka.  Bahasa percakapan pun tidak jelas kerana mabok dan berdegung kerana minum dan dadah.  Lelaki kulit putih di atas itu pula tidak silu-silu tidor di lantai yang bukan main kotor di khalayak orang lalu lalang.  Ya Allah apa sudah jadi dengan manusia di dunia yang penuh warna warni ini…..?

Lepak Dan Tidur Di Merata
Bandaraya New Orleans selain dari Bandar Biloxi tidak terkecuali dari menjadi mangsa Taupan Katrina yang melanda pada akhir bulan Ogos, 2005.  Empangan yang dibina beberapa tahun dahulu sebagai pengepong melindungi Bandaraya New Orleans telah pecah dan musnah dilanda air.  Ini disebabkan kedudukan New Orleans sangat rendah dari aras laut.  Air sungai Mississippi yang sudah pun melimpah memburukkan lagi keadaan.  New Orleans menjadi seperti padang jarak, padang terkukur.  Sebelum taupan datang  mereka diarahkan meninggalkan rumah masing-masing ke tempat yang selamat.  Ada juga yang berdegil tidak mahu menyelamatkan diri kerana terlalu mengharapkan pihak kerajaan datang membantu mereka daripada berusaha sendiri.  Ramai penduduk tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka.  Yang tinggal hanya sehelai sepinggang, mereka meraik belas kasihan dari orang ramai.  Penduduk New Orleans rata-rata orang kulit hitam dan kebanyakan mereka kurang berusaha sendiri untuk kesenangan dan keselamatan mereka.  Mereka lebih rela menagih simpati dan belas kasihan dari orang lain.  Mangsa petaka Taupan Katrina mendapat simpati besar-besaran dari semua gulungan di Amerika yang tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada penduduk di situ.  Ada yang memberi tempat istimewa untuk mereka tinggal buat beberapa waktu.  Ramai yang dipindahkan ke bandar-bandar lain seperti di Houston.  

Apa terjadi apabila sampai sahaja kedatangan mereka?  Mangsa-mangsa taupan ini mengambil kesempatan mempergunakan orang lain.  Kejadian jenayah semakin menjadi-jadi berluasa di mana sahaja mereka berada.  Apakah bangsa orang kulit hitam itu dilahirkan menghitamkan di mana juga mereka berada?  Mak Long tidak menghina atau sahaja buat-buat cerita tentang jenayah yang mereka lakukan.  Tetapi itulah kebenarannya.  Memang tidak semua mereka jahat, tetapi amnya itulah hakikatnya……  Pihak tertentu terus membantu membangunkan semula kegemilangan Bandaraya New Orleans hingga ke hari ini.

Puteri SH teringin hendak makan donut Perancis dipanggil French Quarters beignet (bey-nyer).  Sanggup hendak beratur panjang hanya ingin merasa beignet.  Kami tunggu di luar sahaja, tidak kuasa beratur!  Rasanya tidaklah istimewa, lebih kurang sama dengan rasa donut biasa…manis!

Cafe Du Monde

French Quarters Beignet



Kami tidak bermalam di New Orleans.  Sebaliknya meneruskan perjalanan pulang ke Texas, sudah jemu tinggal di hotel.  Tambahan sudah agak lama kami bermusapir melihat negeri orang.

































No comments:

Post a Comment