Pages

Sunday, October 27, 2013

Nota Pasar Lambak

Assalamualaikum,

Setiap tiga bulan sekali pada hari Sabtu penduduk di kampung kami Canyon Lake mengadakan hari pasar lambak.  Aktiviti ini diadakan di luar dan di dalam dewan serba guna kampung.  Bermacam-macam benda ada dijual terutama hasil dari kerjatangan penduduk seperti mangkok dan cawan yang diusahakan dari kayu oak, barang perhiasan dari batu permata, manik dan lain-lain.  Beberapa jenis makanan juga ada dijual.  Tidak ketinggalan pakaian, pokok-pokok bunga dan cactus.

Kebetulan semalam adalah harinya.  Pak Long dengan tetamu kami Barry pada hujung minggu ini sudah ada agenda mereka sendiri.  Mereka hendak melihat sebuah rumah untuk dijual.  Barry sedang mencari rumah yang sesuai untuk dibeli.  Hendak pindah dari tempatnya sekarang katanya untuk menghabiskan hidup bersara yang tidak lama lagi.  Mereka ajak Mak Long pergi bersama-sama mereka, tetapi Mak Long tidak berminat.  Lebih baik Mak Long pergi ke pasar lambak mungkin ada rezeki yang menarik hati.

Dewan serba guna itu tidaklah jauh dari rumah, lebih kurang enam batu sahaja di bawah lereh empangan Canyon Lake.  Apabila Mak Long sampai di situ, sudah ramai orang datang.  Hari itu nampaknya tidak berapa banyak pula jualan di bahagian luar dewan.  Biasa kawasan di luar penuh dengan perbagai barang dijual.  Sebenarnya Mak Long minat membeli madu lebah tempatan, tetapi sayang tidak ada pula.  Menurut kepercayaan makan madu lebah tempatan lebih baik kerana lebah-lebah itu mengumpul madunya dari bunga-bunga tempatan.  Madu tempatan berupaya menguatkan sistem imun (immune) iaitu sistem yang dapat melindungi badan daripada jangkitan penyakit seperti selesema dan alahan. 

Di dalam dewan penuh dengan macam-macam jualan.  Jiran kami Bob pun tidak ketinggalan memamirkan barang jualannya di suatu meja besar.  Ramai juga yang berminat melihat dan membeli mangkok dan cawan kayunya.  

Kali ini lain pula agendanya.  Ada persembahan tari menari di bahagian belakang.  Apabila Mak Long keluar dari dewan tarian gipsi sedang ditunjukkan.  




Tarian Gipsi (gypsy)

Mak Long singgah di sebuah gerai membeli secawan ice cream yang dibuat dari mangga dan strawberry tanpa gula.  Sedap juga makan duduk bersila di atas jalan mengadap penari itu menari.  Selepas penari itu tamat menari kami dialu-alukan membaling wang coin kepadanya.  Walaupun ada matahari, suhu masih dingin.  Kemudian ada beberapa persembahan tarian lagi.  Tarian Scotish, Irish dan Tango.  Saja suka-suka saksikan aktiviti penduduk kampung Canyon Lake.  Tarian Scottish mengingatkan waktu-waktu Mak Long di sekolah dahulu.  Kami belajar tarian Scottish dan Irish dengan guru senaman kami.  Di hari sukan kami membuat persembahan tarian itu siap dengan pakaian seragam Scottish sekali.


Tarian Irish


Tarian Let's Dance













4 comments:

  1. Berapa besarkah kampong Canyon Lake ini dari segi bilangan penduduk dan bangsa. Berpapa jauh dari kampong yang berhampiran? Dan apa pula jenis pekerjaan orang disini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Canyon Lake kecil sahaja. Penduduk pun tidak ramai terdiri dari orang kulit putih dan orang Mexican. Orang kulit hitam boleh dikatakan tiada. Kebanyakan mereka petani kecilan dan mengurus pelancungan dan sukan air di tasik dan Guadalupe River. Canyon Lake adalah reservoir di Guadalupe River daerah Texas Hill Country. Reservoir ini dikawal/urus oleh US Army Corps of Engineers. It serves to provide flood control and water conservation for the communities. Canyon Lake terletak di antara Bandaraya Austin (ibu negeri Texas dan San Antonio). Bandar terdekat ialah San Marcos dan New Braundfels.

      Delete
  2. One of my children has just returned from a business trip. He mentioned Texas in his trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik, please come and visit us whenever you have the opportunity to travel this way. I hope your anak enjoyed his stay during his visit.

      Delete