Assalamualaikum,
Semenjak akhir-akhir ini tiap-tiap hari Pak Long membuka peti surat mengutip surat-surat kami. Kadang-kadang beliau mahu Mak Long menemannya ke peti surat. Bukannya jauh pun, hanya kira-kira 500 meter sahaja dari rumah.
Hari ini, balik dari kedai terdekat kami berhenti di peti surat. Ada beberapa surat sampai. Di antara surat-surat itu ada dua sampul surat agak kecil dan unik dari yang lain. Dialamatkan satu untuk Pak Long dan satu lagi untuk Mak Long. Rasa-rasa kenal pula tulisan di sampul surat itu tetapi tidak dapat pastikan dari siapa. Sekarang semua alamat di sampul surat ditaip sahaja jarang benar ditulis tangan. Sampai di rumah (masih dalam kereta) kami tidak sabar hendak buka surat misteri itu. Kami buka serentak, macam telatah bebudak pula. Pak Long membaca bingkisannya senyap-senyap.
Lama juga Mak Long renung bingkisan yang dialamatkan kepada Mak Long, ... lama kemudian barulah membacanya. Kandungan persuratan itu mudah seperti bahasa pertuturan sahaja tetapi ia terlalu menyentuh hati. Ia membuat sebak rasa hati, .... Tanpa disedari bingkisan sekecil itu membuat air mata berderai di pangkuan. Bertaut rasa kasih ibu kepada permata hatinya.
Memang tabi'at Puteri gemar melukis. Tengoklah bingkisan sekecil tapak tangan ini pun ada diselitkan lukisannya. Seperti Mak Long semua anak-anak minat melukis, satu kebolehan semula jadi yang dianugerahi Allah.
Pak Long pula setelah habis membaca bahagiannya menghulurkan bingkisannya untuk Mak Long baca. Kami berkongsi membaca kedua-dua bingkisan bersama. "That is so sweet........" Pak Long memecah kesunyian seketika. Mak Long hanya mampu senyum sambil menyapu air mata dengan tangan.
Hati ibu mana yang tidak terusik dan berlinang air mata apabila menerima berita yang mengembirakan hatinya.... air mata gembira! Apatah lagi kalau menerima berita yang menyedihkan, sudah tentu banjir hujan lebat....
Hati ibu mana yang tidak terusik dan berlinang air mata apabila menerima berita yang mengembirakan hatinya.... air mata gembira! Apatah lagi kalau menerima berita yang menyedihkan, sudah tentu banjir hujan lebat....
No comments:
Post a Comment