Assalamualaikum, doa Mak Long agar setiap insan yang membaca blog ini berada dalam sihat sejahtera, ceria dan sentiasa bersyukur atas setiap kurnia dari Allah SWT. Hari ini juga (17hb September, 2012) adalah hari yang sungguh cantik dan ceria sekali. Sang suria memberi cahaya sepanjang hari dengan suhu yang sungguh segar tidak panas. Omputih di sini kata "cold front" datang juga menandakan musim luruh yang tidak lama lagi akan hadir. Pendeknya jadual Mak Long hari ini penuh dengan aktiviti kerja sendiri.
Hari ini Mak Long berpuasa mengantikan puasa yang tertinggal selama dua hari. Esok pun insyaalah berpuasa jugalah. Dua perkara penting Mak Long bereskan ialah menghubungi pejabat Dr Salim Dabaghi untuk mengetahui keputusan ujian darah bulan lepas. Menurut jururawat beliau kolesterol Mak Long baik tetapi masih perlu terus mengambil ubat "Zocor" setiap hari. Kedua menghubungi pejabat talipon GVTC supaya memperbaiki hubungan talian yang rosak sejak Jumaat lepas. Semua beres!
Hari Sabtu lepas Pak Long berangkat ke Saudi Arabia memulakan tugas baru di sana. Mak Long tunggu panggilannya semalam... dia selamat sampai di sana. Hari ini berdering lagi talipon. Lama juga kami bercakap. Katanya dia sudah mula kerja dan masih letih dengan pernerbangan semalam.
Sahabat kami Batti Saad Al Qatani menemui Pak Long di tempat kerja. Isterinya May sedang sarat hamil anak ke tiga dan akan bersalin bila-bila masa sahaja. Batti cakap doktor beri tahu mereka May akan melahirkan pada 14hb September lepas tetapi hingga ke hari ini masih belum bersalin lagi. Katanya "14 September sudah lepas, my wife belum bersalin lagi....what happened? Doctor, you didn't count right!". Ha ha doktor itu salah kira haribulan gamaknya sebab itu isterinya belum bersalin lagi atau May bagi tahu doctor tarikh akhir haidnya yang salah. Walau apa pun berserahlah pada Allah kerana Allah lebih mengetahui segalanya.
Batti
Pak Long talipon dan beri tahu isteri Batti selamat malahirkan bayi cantik pada 18hb September...Alhamdulillah
ReplyDelete