Assalamualaikum semua semuga dikurniai rahmat dan kesejahteran oleh Allah SWT yang maha esa. Dua bulan setelah Mak Long kembali dari Malaysia, Pak Long sudah menyatakaan rancangannya hendak melawat adik perempuannya yang tinggal di Missouri. Mak Long mengiakan sahaja. Entaklah kali ini Mak Long tidak begitu berminat hendak ke mana-mana. Hati Mak Long masih bersedih atas pemergian adik kesayangan dalam bulan May, 2011. Innalilla hiwainnaillaihirajioon, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada NYA jua. Semuga rohnya diterima dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Pak Long rancangkan untuk bertolak ke sana pada awal bulan Julai, 2011 dan menyambut hari kemerdekaan Amarika yang jatuh pada 4hb Julai, 2011 bersama-sama adiknya Betty Lou dan keluarganya di Kingsville, Missouri. Perjalanan dari Texas ke sana jauh mengambil masa dua hari perjalanan dengan kereta. Pak Long tahu Mak Long masih bersedih. Beliau ingin mengembirakan hati Mak Long dan mencadangkan kami singgah semalam di Lewisville, Dallas menjengok buah hati puteri bungsu. Mak Long pun memang sudah rindu sangat kepadanya. Hati seorang ibu sentiasa merindui semua putera-putera dan puteri-puteri yang berjauhan. Kalau boleh hendak dibelah dua badan ini agar sebelah dapat bersama mereka dan sebelah lagi di sisi suami. Tapi mana boleh begitu bukan!? Hmmmm...
Pada 2hb Julai kami teruskan perjalanan arah Missouri dari Lewisville melalui sedikit sebahagian Oklahoma dan Kansas. Kami berhenti dan bermalam di suatu bandar Mak Long tidak ingat melepaskan lelah dan bersolat. Syukurlah dalam Islam Allah memudahkan bagi hamba-hambanya yang bermusafir menunaikan solat.
Kami sampai di Kingsville, Missouri di rumah Betty Lou pada 3hb Julai sudah lewat tengah hari. Sambutan keluarga ramah dan mesera. Anak lelaki Betty Lou bernama Bill ada bersama isterinya Lucy dan anak-anak mereka Wyatt dan Bonnie. Mereka juga sedang bercuti dan menghabiskaan masa di sana. Bonnie seorang anak kecil yang comel. Sejak kami bersua dia tidak lekang dari Mak Long. Kemana pergi dia mengekor sahaja. Betty Lou dan suaminya John dengan bangga menunjukkan kami kawasan keliling rumah mereka... di garage ada beberapa mesin tractor dan truck.
Mereka adalah peladang moden dan mempunyai beratus ekar tanah. Tanaman utama ialah jagong, ada juga mereka tanam berbagai jenis sayuran untuk makan sendiri serta kolam besar tempat pemeliharaan ikan.
Kami tidak makan tengahari bersama mereka hari itu dan tidak pula bermalam di rumah mereka memandangkan sudah ramai sudah tentu tidak ada bilik kosong untuk kami. Kami bermalam di hotel sahaja tambahan Mak Long lebih selesa begitu senang hendak menunaikan kewajiban solat. Tetapi dalam hati terfikir juga kalau kita dalam masyarakat Melayu terutama di kampung kita akan berusaha menjemput dan menyediakan hidangan untuk tetamu terutama sekali ahli keluarga untuk bermalam sahaja di rumah kita walaupun sudah ramai berada di rumah. Begitu juga kalau tetamu datang waktu tengahari (waktu makan) kita akan menyediakan apa-apa juadah untuk dihidangkan tanda hurmat. Tidak dalam masyarakat orang putih. Mereka berangapan keselesaan mereka sendiri lebih penting. Mereka hanya menyediakan kemudahan untuk tetamu bila sudah dibuat temujanji dan perancangan. Memikirkan perkara ini Mak Long membuat kesimpulan adat Melayu lebih mesera dan berbudi bahasa halus dibandingkan dengan adat orang putih! Kemeseraan mereka lain. Mak Long bangga menjadi orang Melayu!
Hari esoknya pagi-pagi lagi kami sudah ke rumah Betty Lou semula. Mak Long malas dan berat rasanya hendak pergi tetapi kerana Pak Long, ikutkan juga. Sesampai kami di sana sudah ramai keluarga menunggu kami termasuk anak perempuan Betty Lou bernama Brenda dan dua orang cucunya Twila dan Tori. Mereka sedang sibuk menyediakan masakan tengahari. Mak Long lihat sahaja tidak berminat hendak menolong. Menu mereka ialah salad dedaun, salad kentang, kacang (direbus dengan rempah ratus dan daging) kami tidak usik, steaks dan ada lain lagi Mak Long tidak tahu dan tidak makan. Selepas makan kami bersantai di belakang rumah melihat cucu-cucu membakar mercun dan di tepi kolam mengail ikan. Waktu malamnya pula Bill membakar bunga api sempena menyambut 4hb Julai. Kami beramai-ramai duduk di kerusi yang mereka sediakan berhampiran belakang rumah melihat mereka membasir membakar duit! Kami pulang ke hotel semula malam itu dan berasa letih seharian di rumah mereka.
Pak Long rancangkan untuk bertolak ke sana pada awal bulan Julai, 2011 dan menyambut hari kemerdekaan Amarika yang jatuh pada 4hb Julai, 2011 bersama-sama adiknya Betty Lou dan keluarganya di Kingsville, Missouri. Perjalanan dari Texas ke sana jauh mengambil masa dua hari perjalanan dengan kereta. Pak Long tahu Mak Long masih bersedih. Beliau ingin mengembirakan hati Mak Long dan mencadangkan kami singgah semalam di Lewisville, Dallas menjengok buah hati puteri bungsu. Mak Long pun memang sudah rindu sangat kepadanya. Hati seorang ibu sentiasa merindui semua putera-putera dan puteri-puteri yang berjauhan. Kalau boleh hendak dibelah dua badan ini agar sebelah dapat bersama mereka dan sebelah lagi di sisi suami. Tapi mana boleh begitu bukan!? Hmmmm...
Puteri Bungsu
Kami sampai di Kingsville, Missouri di rumah Betty Lou pada 3hb Julai sudah lewat tengah hari. Sambutan keluarga ramah dan mesera. Anak lelaki Betty Lou bernama Bill ada bersama isterinya Lucy dan anak-anak mereka Wyatt dan Bonnie. Mereka juga sedang bercuti dan menghabiskaan masa di sana. Bonnie seorang anak kecil yang comel. Sejak kami bersua dia tidak lekang dari Mak Long. Kemana pergi dia mengekor sahaja. Betty Lou dan suaminya John dengan bangga menunjukkan kami kawasan keliling rumah mereka... di garage ada beberapa mesin tractor dan truck.
Satu daripada tractor lama yang telah dibaik-pulih
Kolam di belakang rumah Betty Lou
Jagong manis dan sayuran
Ikan yang dikail dari kolam
Hari esoknya pagi-pagi lagi kami sudah ke rumah Betty Lou semula. Mak Long malas dan berat rasanya hendak pergi tetapi kerana Pak Long, ikutkan juga. Sesampai kami di sana sudah ramai keluarga menunggu kami termasuk anak perempuan Betty Lou bernama Brenda dan dua orang cucunya Twila dan Tori. Mereka sedang sibuk menyediakan masakan tengahari. Mak Long lihat sahaja tidak berminat hendak menolong. Menu mereka ialah salad dedaun, salad kentang, kacang (direbus dengan rempah ratus dan daging) kami tidak usik, steaks dan ada lain lagi Mak Long tidak tahu dan tidak makan. Selepas makan kami bersantai di belakang rumah melihat cucu-cucu membakar mercun dan di tepi kolam mengail ikan. Waktu malamnya pula Bill membakar bunga api sempena menyambut 4hb Julai. Kami beramai-ramai duduk di kerusi yang mereka sediakan berhampiran belakang rumah melihat mereka membasir membakar duit! Kami pulang ke hotel semula malam itu dan berasa letih seharian di rumah mereka.
Bunga api
Keesokan paginya kami keluar dari hotel terus ke rumah Betty Lou semula sebentar dan meneruskan perjalanan kami ke Kentucky pula.
Buah pear di tepi rumah Betty Lou
Nota:
Moral dari pertemuan keluarga ini ialah kemeseran dijalin dalam keluarga dan kelainan adat masyarakat berlainan antara timur dan barat, bangsa dan agama.
semoga arwah adik Mak Long dirahmati ALLAH. kita juga akan myusur nanti..
ReplyDeletesuka baca catatan Omong Mak Long.
Terima kasih dermakasih. Masih terasa ketiadaannya terutama bila menyambut hari-hari istimewa. Hidup mesti diteruskan selagi masih bernyawa. Memohon keredhaan NYA dan kepada Nya jua kita akan kembali. Amiin..
ReplyDelete