Assalamualaikum semua yang membaca yang dikasihi di muka surat blog ini. Semuga semua sihat, sejahtera serta ceria hendaknya.
Selepas berposing-posing bergambar dan mengucapkan selamat tinggal kepada Betty Lou dan keluarganya kami teruskan perjalanan kami ke Kentucky. Kami melalui arah utara ke selatan Indiana dan masuk sedikit negeri itu. Sehari suntuk dalam perjalanan sahaja, berhenti hanya meluruskan kaki, makan dan minum sahaja. Lengoh badan kalau duduk sahaja dalam kereta, sekali-kali tertidur juga. Kesihan Pak Long terus memandu, dia tidak merunggut-runggut sedikit pun. Malas hendak melayan dia bercakap bila badan sudah penat. Sekali- kali digeraknya juga Mak Long bila perjalanan melalui tempat-tempat yang cantik.
Dari selatan Indiana kami masuk ke Kentucky sebelah utaranya. Perjalanan jauh ini membawa kami ke suatu bandaraya Georgetown. Georgetown adalah sebahagian dari kawasan "the Lexington-Fayette, Kentucky Metropolitan". Dalam tahun 1980an bandaraya ini bertambah maju dan sibuk dengan adanya pembukaan sebuah kilang terbesar Toyota Motor Manufacturing Kentucky di United States dengan keluasan kawasan sebanyak lebih dari 200 ekar. Pak Long merunggut-runggut kesal orang-orang putih di sini tidak sedar diri, tidak sokong barangan sendiri tetapi mengagong-agongkan barangan buatan dari Jepun atau China. Sedangkan buatan di sini lebih baik dan berkualiti tinggi dibandingkan dengan buatan Jepun atau China. Biasalah, bukankah sudah lumrah alam, macam di Malaysia, rakyatnya lebih mengemari kereta buatan Jepun, India dan lain-lain. Hanya orang berpendapatan rendah sahaja yang dan mampu membeli kereta buatan negara sendiri, kalau mereka punya banyak duit sudah pasti bergitu juga arah mereka pandang ke Jepun, China, Australia, India dan seterusnya....
Di bandaraya ini juga terkenal dengan perusahaan penternakan kuda terbesar. Kentucky dikenali dengan nama sebagai "the Bluegrass State".
Bunga petunia seperti ini bergayut-gayut di tiang tepi jalan
Kami mengambil keputusan untuk bermalam di sini sahaja kerana banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Georgetown adalah sebuah bandar lama, di suatu ketika dulunya dipanggil dengan nama Bandar Lebanon. Seluruh bandar ini sangat bersih serta dihiasi pula dengan keindahan tanaman bunga-bunga bergantung di tiang-tiang khas di sepanjang jalan dalam bandar.
Bahagian bandar lama Georgetown
Di Kentucky kelihatan banyak design quilt menghiasi bangunan
Pada keesokan hari, pagi-pagi lagi kami sudah bersedia untuk melancung seluruh bandaraya Georgetown. Banyak juga kedai-kedai menjual barang lama dan quilt. Mak Long tidak berminat sangat membeli dan menyimpan barang-barang lama. Buat semak rumah sahaja tambahan harga barang begitu bukanya murah malah ada yang lebih mahal dari barangan yang baharu. Jadi tidak payahlah beli buat basir sahaja. Pak Long cakap Mak Long ni kedekut! Yelah! Agenda utamanya ialah untuk melawat ladang ternak kuda di Horse Farm, Lexington, Kentucky. Ia tersohor sebagai tempat menternak dan pengeluar kuda-kuda jenis terbaik untuk perlumbaan.
Kandang kuda di Lexington Horse Farm
Kandang-kandang kuda di Lexington semua dilengkapi dengan hawa dingin dan hawa panas lebih bagus dan mewah serta kalah rumah manusia biasa. Pak Long memandu mengeliling ladang besar ini. Di suatu ketika kami terpaksa berhenti lama apabila sepasokan penonggang-penonggang kuda melintasi jalanraya melatih kuda-kuda itu berlumba. Ketak! ketuk! ketak! ketuk! bunyi macam musik rentak kaki kuda-kuda itu berjalan di atas jalanraya. Seronok tengok penonggang-penonggang semua kemas berpakaian rapi menunggang kuda-kuda yang besar sais mereka. Siap ada polis trapik sekali.. hebat kan! Sehari suntuk kami berada di kawasan itu.
Ladang Ternakan Kuda Lexington
Banyak kuda-kuda di Lexington Horse Farm
besar, cantik dan sihat
Mak Long leka melihat kuda-kuda semua. Mereka dijaga dengan rapi, ada doktor haiwan merawat, ada tukang mandi, tukang bersih, tukang berus bulu dan uruskan badan. Memang terlebih jaga dari kita sendiri manusia. Terasa ingin juga hendak menyalut badan kuda-kuda itu tetapi tidak berani. Kalaulah Mak Long tahu dan pandai menunggang kuda alangkan bagusnya... berangan aja nih, tetapi manalah tahu kalau ada rezeki punya kuda sendiri suatu hari. Pasti cita-cita tercapai kan!
Petang barulah kami pulang ke hotel semula... kami berdua keletihan.
Kuda Lumba
Nota:
Moral dari lawatan ini kita mestilah berasa bangga dan memberi sokongan penuh dengan buatan barangan negera sendiri. Kita sebagai penggunalah yang boleh memberi perasang dan teguran kepada pembuat-pembuat untuk memperbaiki pengeluaran hasil buatan dari kilang mereka.
No comments:
Post a Comment