Umor Mak Long lebih kurang empat tahun lebih baru dapat seorang adik perempuan...Mak Ngah. Mak Ngah dilahirkan di rumah Atok Saleh bapa Wak di Kampung Jorak. Semua adik-adik Mak Long dilahirkan di sini melainkan adikd yang bungsu dilahirkan di rumah kami sendiri. Atok Keti (atok perempuan) membantu dan menjaga emak ketika "dalam pantang". Nama sebenar Atok Keti ialah Siti Amah. Atok Saleh panggil beliau Tiamah. Kecil hitam manis dan genit orangnya. Masakan istimewa ikan keli asam rebus pekat dimasak dalam periok tanah menggunakan kayu api adalah yang paling sedap yang pernah Mak Long makan...air tangan Atok Keti masakan orang tua-tua. Mak Long ingat lagi ketika itu rumah Atok bahagian rumah tengah baru lagi. Cantik rumah itu dibena dari kayu yang diukir khas bahagian tingkap dan tudung tingkap dibuat seperti "shutters" sekali. Pembenaan rumah itu tidak menggunakan paku. Bahagian dapur masih lagi rumah lama. Di antara rumah tengah dan bahagian rumah lama (bahagian dapur) ada pelantar dari batang nibong sebagai titi menghubungi kedua-dua bahagian rumah dan tangga kayu yang diikat dengan rotan sega untuk turun naik rumah dari bahagian pelantar. Di atas pelantar ada beberapa tempayan berisi air dan sebiji "calong". Di sinilah tempat Emak mandi semasa beliau "dalam pantang" selepas melahirkan Mak Ngah. Atok Keti cedok air perigi sebelah rumah sahaja penuhkan tempayan untuk kegunaan keluarga. Di sisi tangga pula ada satu lagi tempayan berisi air dan "calong" (gayong) tersangkut di hujung kayu yang dicucokkan dalam tanah untuk cedok air basuh kaki bila naik ke rumah. Zaman ketika itu tidak ramai orang kampung yang mampu berkasut, ramai yang berkaki ayam! Kalau ada pun selipar "jepun"!
Semasa Emak melahirkan Mak Ngah beliau menerima bantuan dari bidan kampung. Ketika itu jarang ibu-ibu mengandung pergi ke kelinik atau rumah sakit untuk mendapat rawatan perubatan ketika mengandung dan bersalin apa tah lagi untuk bersalin di rumah sakit! Memang tidak sekalilah... Kalau ada masaalah bersalin selalunya ibu-ibu menderita lama dan ada kalanya tidak dapat diselamatkan. Bidan kampung memainkan peranan penting dalam perkara ibu bersalin. Dialah membaca doa, membuat tangkal dan mentera dibaca untuk memudahkan si ibu bersalin, tukang urut dan penasihat. Tugasnya semua dalam satu. Biasanya si bapa akan membayar upah atas khidmatnya mengikut keikhlasan dan kemampuan. Orang kampung datang melawat Emak dan Mak Ngah setiap hari bergilir-gilir...lemas rasanya! Yang paling Mak Long tidak suka sekali ialah bila mereka puji Mak Ngah putih dan comel. Mereka bandingkan dengan Mak Long hitam legam, bermata besar macam 'mata jering' dan kuat nangis... Rasa nak halau orang itu balik ...kurang asam!! Bila Emak sudah "lepas hari" kami pun pulanglah kerumah semula. Wak akan berulang alik dengan basikal membawa kami pulang ke rumah.
Tidak berapa hari kami balik rumah Emak sudah mula berangan hendak menoreh getah semula. Emak tidak ada orang untuk menjaga Mak Ngah yang masih bayi. Kadang-kadang kami ditumpangkan di rumah jiran-jiran yang kebanyakannya saudara mara juga apabila mereka ada kesempatan. Biasa juga Emak tumpangkan kami di rumah keluarga Nyonya Lee Cheng (orang kampung sebut Lecheng), satu-satunya keluarga Tionghua yang tinggal sekampung. Kadang-kadang kami ditinggalkan di rumah sahaja berdua beradik ketika kami masih lagi tidur. Mak Ngah tidur dalam buaian kain. Emak selalu balik jengok kami kemudian beliau sambung lagi kerja. Habis membangkit susu getah perlu dibekukan dalam 'takong' untuk dimesen, dijemur dan seterusnya dikumpulkan untuk jualan. Selepas semuanya beres Emak masak untuk makan tengah hari dan Wak akan berihat tunggu makanan siap sahaja. Kadang makan nasi berlaukkan sayur bening sahaja tidak ada lauk lain. Wak suka makan nasi dengan belacan bakar ditenyeh dengan cili padi jerok. Begitulah keadaan Emak setiap hari melainkan bila hari hujan Emak tidak menoreh. Emak bekerja tidak 'kering kuku' untuk membesarkan kami. Besar sungguh pengorbanan Emak.....
Suatu hari Mak Ngah pun sudah besar sedikit, selepas sahaja makan tengahari, Emak dan Wak pergi menebas menerangkan semak dan belukar di tempat Wak menoreh. Emak cantis-cantis pokok kecil dan rumput kemudian bentang kain buruk untuk kami berdua beradik duduk. Emak bawak bekalan air kopi cair sejuk dalam botol, sebiji cawan lama dan kalau ada lebih sarapan pagi seperti ubi rebus letak dalam piring dan dibungkus dalam sapu tangan untuk kami berdua. Bahan-bahan seperti tuper-ware dan plastik belum ada keluar lagi. Emak bagi Mak Long makan buah mata pelanduk yang banyak di kebun dan main biji getah untuk hiburan. Banyak nyamok menghurung kami sampai habis bintat-bintat kulit kami digigit nyamok. Nasib baiklah kulit kami sudah jadi kebal dan tidak menjadi kudis alahan gigitan nyamok. Emak menebas guna parang panjang tidak jauh dari kami berada. Sedang Emak dan Wak sibuk menebas, tiba-tiba kami dengar bunyi lompatan dari dahan-dahan pokok getah. Emak nampak seekor berok jantan datang arah kami dengan lajunya dan Emak cuba menghalaunya dengan menghayu-hayunkan parang ke arah berok. Tetapi beruk itu tidak sedikit pun menghiraukan malah ia cuba mengarang pada Emak pula dengan mencelik-celikan biji mata, kening meninggi dan menyeringaikan gigi serta taring tajamnya. Emak rapat kepada kami dan memelok Mak Ngah. Mak Long pegang baju Emak. Beruk itu malah semakin dekat dengan kami macam hendak terkam sahaja lagaknya. Emak panggil Wak sekuat hati hingga Wak sampai dan nampak masaalah kami ketika itu. Anihnya bila si beruk nampak sahaja Wak datang, dia terus lari melompat-lompat tinggi dari pokok ke pokok hingga hilang dari pandangan.

No comments:
Post a Comment