Hari ini Mak Long teringat masa kecil-kecil dahulu. Tidaklah pasti berapa umor Mak Long ketika itu, yang pasti belum masuk sekolah lagi. Berjalan pun tidak berapa pandai lagi. Emak kata Mak Long lambat tahu berjalan, umur hendak masuk tiga tahun baru mula hendak bertatih-tatih, kuat menangis dan bila sudah mula menangis tidak mahu berhenti sampai tertidur baru senyap kata Emak lagi. Mak Long anak sulung, jadi manjalah lebih sedikit dengan kedua Wak dan Emak juga cucu perempuan sulong kepada kedua-dua belah datok. Paling manja dan istimewa dengan arwah Tok Samad bapa emak. Mak Long panggil Tok Samad Wak ikut seperti Emak panggil beliau. Setiap kali beliau datang menjengok kami pasti ada buah tangan untuk Mak Long. Macam-macam buah tangan yang dibawak bila beliau datang.. ada limau manis, gula-gula, kuih cina (dipanggil kuih Ce kee) berbalut dengan kertas merah dan telor rebus yang berinci (berwarna) merah. Mak Long gembira bila Wak datang dan paling suka duduk atas pangku beliau.
Wak Samad peramah orangnya. Semua saudara mara panggil beliau Pak Tunggal kerana beliau anak tunggal Tok Nek Tunid. Wak Samad kuat berkerja dan membuka hutan dijadikan kebun getah. Banyak kebunnya termasuklah dusun buah-buahan maklum Wak ada ramai anak-anak. Empat orang anak dari isteri pertama meninggal dunia ketika emak Mak Long masih kecil lagi dan tujuh anak dari isteri kedua. Apabila Emak kawin dengan Wak sebagai hadiah Tok Nek Tunid memberi sebidang tanah kebun getah untuk dirikan sebuah rumah kecil tempat tinggal mereka di Kg Jorak dan tanah itu kekal hingga kini.
Sebagai pasangan baru Emak dan Wak menoreh getah sebelah pagi dan Emak tanam ubi dan sedikit sayuran sebelah petangnya. Emak seorang yang kuat semangat dan rajin berkerja tidak kering tangan tidak kira masa. Ada-ada sahaja yang dibuatnya. Kalau waktu siang dia menghempas tulang empat kerat cari rezeki, malam pula Emak mengajar mengaji koran kepada anak-anak jiran. Sambil itu juga Emak menganyam tikar daun pandan dan mengkuang untuk dijual pada sesiapa yang berhasrat.
Tiap-tiap hari sebelum pergi menoreh emak sudah bangun awal menyediakan sarapan pagi.. air kopi, biskot tawa keras (crackers) kadang-kadang Emak rebus ubi makan cicah dengan gula pasir atau sambal belacan. Bila sudah siap semuanya barulah Emak turun dari rumah menoreh di sekeliling rumah sahaja tidaklah jauh. Biasanya Mak Long masih tidur lagi dan tinggallah di rumah seorang. Bila habis menoreh Emak balik tengok Mak Long, dokong dan bawa ke kebun dia menoreh. Emak bentang kain yang sudah lusuh di pangkal pokok getah dan letakkan botol air kopi dan sedikit bekal. Sementara Emak 'bangkit' susu getah ke dalam baldi Mak Long duduk senyap-senyap pangkal pokok getah. Selalunya Mak Long leka bermain tarik-tarik rumput, punggut biji getah dan makan buah mata pelandok yang sudah ranum merah Emak petik untuk melekakan Mak Long. Mak Long tidak ada mainan.
Suatu hari seperti biasa Mak Long duduk di pangkal getah sambil makan buah mata pelandok. Rasa jemu duduk Mak Long mula bermain susu getah yang meleleh ke dalam cawan. Godeh-godeh susu itu dengan jari kemudian sapu ke muka akhirnya seluruh kepala. Adoh! Perit rambut sudah melekat-lekat di kulit kepala. Mak Long mula nangis kesakitan sampai teresak-esak. Emak jauh di hujung kebun tidak dapat mendengar tangisan Mak Long. Lama jugalah Mak Long menangis hingga emak habis membangkit susu getah. Bila Emak tengok apa anak dia sudah buat, terus sahaja bawa Mak Long balik rumah. Adoi hai susu getah sudah kering dan melekat-lekat bertepek pada rambut tidak boleh disikat. Emak tarok minyak kelapa pada rambut supaya boleh disikat...wah perit dan sakit bukan main lagi! Sudahnya Emak terpaksa sikat pelahan-lahan dan potong rambut yang sudah tidak boleh dilerai lagi. Jadilah rambut Mak Long panjang pendek tidak terurus. Hendak pergi kedai potong rambut, zaman itu manalah ada, kalau ada pun Emak tidak mampu hendak bayar!
. .

No comments:
Post a Comment