Pages

Wednesday, May 24, 2017

Laredo, Texas

Assalamualaikum,

24hb Mei, 2017

Hari ini kami berada di Bandar Laredo letaknya di Tenggara Texas.  Bandar ini juga berhampiran dengan sempadan Texas dan Mexico.  Jadi tidak hairanlah penduduk di sini lebih ramai orang berbangsa Mexican.  Pekerja di hotel tempat kami menginap pun 99% orang Mexican.  Cuaca di sini panas tetapi masih boleh tahan lagilah kalau hendak keluar ke mana-mana.  

Perkara yang hendak Mak Long kongsi penggelaman hari ini ialah ketika kami sampai di Bandar Laredo.  Ketika itu waktu zohor masih ada lagi dan Mak Long bergegas untuk menunaikan kewajiban diri.  Memang kebiasaan apabila berpergian jauh dari rumah Mak Long bawa sebuah kompas untuk memastikan arah kiblat yang tepat selain dari kompas sedia ada di talipon bimbit.  Anihnya kali ini ketika Mak Long buka kompas, jarum kompas menunjukkan tidka tentu hala.  Ingatkan mungkin kedudukan kompas dekat dengan TV sebab itu jarum kompas goyang menghala ke TV.  Bila aleh kedudukan kompas ke tempat lain jarumnya begitu juga berpusing hala lain pulak.  Biasanya jarum kompas tidak ada masaalah.  Pak Long guna kompas talipon bimbit, pun begitu juga jarumnya tidak tetap.  Dibacakan ayat kursi.. alhamdulillah...   Gangguan sementara hahaha...














Thursday, April 27, 2017

Mega Senja

Assalamualaikum,






Mega kuning, merah serta jingga
Tampil saban senja menjelang
Kala tiada mega mendung menanti
Menutup tirai pusingan hari
Ayuh anak-anak masuk segera
Azan sudah memanggil
Kita tunai kewajipan diri
Muga Allah terima amalan
Gugur segala dosa-dosa
Dirahmati dengan pahala
Hidup dengan penuh keredhan
Ameen



























Monday, April 17, 2017

Hanyalah Dugaan

Assalamualaikum,



Hanyalah Dugaan


Wahai hati sabarlah
Ia hanyalah dugaan
Pentas permainan hidup
Allah menduga iman mu

Wahai hati tenanglah
Ia hanyalah dugaan
Tenangkan jiwa nan lara
Allah mengetahui segala


Wahai hati sejuklah
Ia hanyalah dugaan
Mendapkan api membara
Allah mengasihi mu

Wahai hati senyumlah
Ia hanyalah dugaan
Keringkan air mata 
Allah tetap bersama mu

Wahai hati yang lara
Ia hanyalah dugaan
Kuatkan semangat mu
Allah memberi kekuatan

Wahai hati yang lemas
Ia hanyalah dugaan
Kelemahan meracun jiwa
Allah mendengar rintih mu









Saturday, April 1, 2017

Sembang Kami - Tertidur

Assalamualaikum,





Peristiwa ini telah berlaku beberapa tahun dahulu.  Anak-anak masih kecil di bangku sekolah rendah.

Emak:           Mana adik?

Bang Uchi:   Huh?!? Ehh..tadi ada... (sambil pusing-pusing mencari..)

Emak:           Adik tak naik bas sekali ke?

Bang Uchi:    Ada ..... dia duduk ngan kawan dia.  Chi duduk depan.

Emak:           Ya Allah Chi tak ingat adik ke?

Bang Uchi nampak susah hati dan mula berair mata...  Aduihai anak ku. Apalah.... Emak menghubungi pihak bas sekolah bertanya hal.  Jawapan di hujung talian berkata semua budak-budak sekolah yang tinggal di Paka dan Dungun sudah balik dengan bas sekolah.  Hati emak sudah mula berdebar kencang curiga entah apa-apa terjadi!  Dalam kekalutan cuba menghubungi polis tidak perasan sebuah bas sekolah berhenti di depan rumah.

Pemandu:      Assalamualaikum Kak..   Anak akak tertidur dalam bas, saya tak perasan.  Saya dah sampai Dungun nak bersihkan bas jumpa dia tidur.  Ini dia...maaf Kak saya tak perasan.

Emak:                Alhamdulillah .... Akak hampir talipon polis tadi.  Terima kasih Dik.

Lega hati Emak tidak terkira sambil memelok Icah irat.  Syukur tidak apa-apa dan Icah selamat.  Selamba sahaja mukanya.

Bang Uchi:           Icah nie teroklah mak...

Emak:                  Napa?

Bang Uchi:          Nyonk (tengok) tu... degil tol

Icah:                     Apa lak?

Bang Uchi:            kite jual jer mak budak nie!

Emak:                 Ish! Jangan cakap macam tu tak baik.. adik tu!  Kan Mak dah cakap jagaa adik.

Wahai anak-anak........









Sunday, March 19, 2017

Sembang Kami

Assalamualaikum,

Pepagi buta hari ini sebelum sarapan teringin pula timbang berat badan.  Ehh.....  Betulkah nombol yang Mak Long tengok nih?  Amboiii sedap aje dia tunjuk numbol kasar ke kite!  Inilah padahnya kalau lupa diri....  Sudah sampai masa bersihkan peti sejuk dan almari makanan hari ini juga....

Him:        What's wrong?

Her:         I am over weight! 

Him:        What did the weigh scale show you?  

Her:        Ugly big numbers... NO more DQ ice cream for me!

Him:       I still love you .... a little bit more... (muka selamba saja buat mak tua ini lagi sedih)

Makanya inilah antara permulaan cara permakanan untuk sarapan pagi.  Semangat berkobar-kobar nanti ada sahaja yang tayang-tayang makan ice cream depan mata!  Makan tengahari dan makan malam akan lebih berhati-hati... ala sedihnya.  Sementara ini tidak ada lagi makan roti bakar, nasi, kek dan segala zat yang suka menempel di badan...  



Sarapan seceput!
Dadih + sedikit walnut dan bijiran chia

Menu sarapan seterusnya dimulai dengan meminum teh hijau campur dengan perahan jus lemon ketika perut masih kosong.  


Makan tengahari dan malam
Sop kekacang bercampur sayuran 

Selalunya cara begini dapat menurunkan berat badan.  Alahai waktu umur tua-tua begini bertingkat-tingkat masaalah hendak menurunkan berat badan.  Berpuasa sunat pun lagilah baik.  Dulu-dulu cumalah kurangkan makan dan perbanyakan senaman mudah lemak cair.  

Sebenarnya di kala umur kita sudah jauh ke penghujung amat perlu menjaga kesihatan dan  berusaha untuk berriadah setiap hari, serta sentiasa berusaha memperbanyakan amalan untuk bekalan di sana nanti.  Berusaha memperbaiki diri sendiri baik dari segi kesihatan mahu pun dari segi akhirat supaya nanti kita tidak menyusahkan orang-orang yang kita sayang.