Assalamualaikum,
Peristiwa ini telah berlaku beberapa tahun dahulu. Anak-anak masih kecil di bangku sekolah rendah.
Emak: Mana adik?
Bang Uchi: Huh?!? Ehh..tadi ada... (sambil pusing-pusing mencari..)
Emak: Adik tak naik bas sekali ke?
Bang Uchi: Ada ..... dia duduk ngan kawan dia. Chi duduk depan.
Emak: Ya Allah Chi tak ingat adik ke?
Bang Uchi nampak susah hati dan mula berair mata... Aduihai anak ku. Apalah.... Emak menghubungi pihak bas sekolah bertanya hal. Jawapan di hujung talian berkata semua budak-budak sekolah yang tinggal di Paka dan Dungun sudah balik dengan bas sekolah. Hati emak sudah mula berdebar kencang curiga entah apa-apa terjadi! Dalam kekalutan cuba menghubungi polis tidak perasan sebuah bas sekolah berhenti di depan rumah.
Pemandu: Assalamualaikum Kak.. Anak akak tertidur dalam bas, saya tak perasan. Saya dah sampai Dungun nak bersihkan bas jumpa dia tidur. Ini dia...maaf Kak saya tak perasan.
Emak: Alhamdulillah .... Akak hampir talipon polis tadi. Terima kasih Dik.
Lega hati Emak tidak terkira sambil memelok Icah irat. Syukur tidak apa-apa dan Icah selamat. Selamba sahaja mukanya.
Bang Uchi: Icah nie teroklah mak...
Emak: Napa?
Bang Uchi: Nyonk (tengok) tu... degil tol
Icah: Apa lak?
Bang Uchi: kite jual jer mak budak nie!
Emak: Ish! Jangan cakap macam tu tak baik.. adik tu! Kan Mak dah cakap jagaa adik.
Wahai anak-anak........
Teringat saya akan perihal anak2 iaitu antara adik dan abang masa kecil kecil. Adik yang caring ttg abang.Saya dah boleh relax bila urusan abang adik yg jaga. Bertuah rasa bila ada chemistry antara mereka.Tak bergaduh sesama mereka .Adik juga jadi peguam bila abang kena marah. Lain halnya antara adik beradik perempuan. Berdepa2 bezanya.
ReplyDeleteMak Long percaya keiratan hubungan kasih sayang antara adik beradik bermula dari didikan kita juga kan. Benarlah kata Cikgu membesarkan anak lelaki berbeza dengan anak perempuan.
DeleteAnak sulung saya juga pernah tertidur dalam bas sekolah sewaktu dia masih di tadika puluhan tahun dulu. Ya Allah, Allah sahaja yang tahu risaunya hati saya sehingga dia di'pulangkan' oleh pemandu bas ke rumah pengasuhnya...
ReplyDeleteKan Kakcik.. berpeluh sejuk kita dibuatnya bila perkara begitu berlaku. Kasih ibu kepada anaknya tidak dapat dipisahkan.
Deleteassalamualaikum maklong
ReplyDeletelama nya kaknoor tak datang sini
apa kabar maklong?
sesekali teringat kisah lama best jugak kan maklong
mengimbau kenangan masa anak-anak kecik lah ni kan
Waalaikumsalam Kak Noor. Alhamdulillah sihat. Mak Long harap begitu juga hendak bagi Kak Noor dan keluarga. Bila melihat anak-anak sudah dewasa memang selalu teringat keletah dan perangai mereka ketika budak-budak dulu.
DeleteMak Long, part 'jual adik' tu saya rasa kelakar! Hahahahahahahaha....
ReplyDeleteHahaha Uncle. Kedua-dua abang dan adik ni mereka memang rapat. Suka sakat menyakat walau sudah besar panjang. Mak Long bersyukur adanya mereka.
DeleteAs Salam Mak Long,
ReplyDeleteWhen we look back it had been lots of fun among the siblings. If nothing serious had marred the relationship we just laughed it off now!
Hank
Waalaikumsalam Hank,
DeleteHubungan adik beradik umpama air dicincang tidak akan putus. Gaduh-gaduh, erkecil hati pun bioa berjumpa tetap mesera.