Assalamualaikum,
Hari ini menu dari dapur lain-lain.... Untuk Pak Long lain, Mak Long pun lain. Hendak kosongkan peti sejuk. Mana yang ada sikit-sikit perlu digunakan, sayang hendak buang.
Untuk Pak Long "comfort food" dialah...burger. Minggu hadapan pergi ke pasar daging halal di Bandaraya Austin kira-kira satu jam perjalanan dari rumah.
1. Sayur kobis dipotong memanjang kira-kira setengah inci lebar. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak zaitun dan sedikit butter. Goreng kobis sampai layu dan masukkan garam sedikit. Masukkan dalam pinggan.
![]() |
| Kobis |
2. Guna kuali yang sama, masukkan cendawan yang dipotong. Tabur sedikit lada hitam dan garam. Goreng sampai layu. Letak dalam pinggan berisi sayur kobis tadi.
![]() |
| Cendawan |
3. Kuali yang sama, letakkan sedikit butter dam letakkan daging burger. Daging burger dikepal bulat sebesar penumbuk wanita (tidak besar sangat) tanpa campur perencah apa-apa. Tekan dan leperkan dengan menggunakan sudip.
Supaya senang dan cepat kerja, daging yang dibeli itu segera dibahagi-bahagikan sama besar iaitu setiap satu paun dibahagi empat bahagian kemudian dibulatkan. Bungkus dengan kertas (freezer paper) atau plastik khas untuk simpan dalam peti beku. Bila-bila terasa hendak makan burger keluarkan daging burger yang beku itu dan biarkan hingga lembut di suhu bilik.
![]() |
| Daging burger |
4. Tabur banyak-banyak perisa (garam + serbuk lada hitam + serbuk cili + serbuk bawang) pada daging itu. Tabur lebih-lebih sikit pun tidak mengapa. Boleh didapati di supermarket.
![]() |
| Tabur rempah pada daging burger |
5. Masak selama 3-5 minit baharu dipaling/tebalikkan. Pak Long suka burgernya "well done" iaitu masak sedikit garing di luarnya.
![]() |
| Daging burger dah masak |
6. Kalau suka keju bolehlah letakkan keju atas burger. Mak Long suka guna keju colby jack Tillamook.
![]() |
| Keju colby jack |
7. Potong keju ikut suka banyak mana. Letak atas burger dan tutup dengan tudung periuk biar keju itu cair.
![]() |
| Letak keju atas daging burger |
8. Nahhh dah jadi burger berkeju. Cubalah... Mudah...
![]() |
| Burger berkeju, sayur goreng |
Yang di bawah ini menu Mak Long punya. Sup sayur campur udang. "Corn bread" lebihan dua tiga hari lepas dan air kelapa berselasih.
Cornbread adalah roti dibuat dari "corn meal flour" - sejenis tepung jagung kasar. Tidak tahulah kalau tepung corn meal ada dijual di pasaran di Malaysia.
Corn meal flour.
![]() |
| Corn meal |





























