Pages

Monday, August 15, 2016

Perjalanan Ke Wisconsin Dan Minnesota

Dari catatan


13/7/2016

Mesjid, Milwaukee


Mesjid di Milwaukee, Wisconsin

Kami selamat sampai ke destinasi kami di Milwaukee, Wisconsin dan terus ke hotel yang Pak Long tempah pagi tadi iaitu Hotel Best Western yang berhadapan dengan lapangan terbang Milwaukee.  Sebuah hotel lama.  Besarnya hotel ini mempunyai sepuluh buah pintu utama masuk dan keluar seluruh kawasan dalam hotel.  Kolam renangnya juga besar setarap dengan kolam renang olympic.  Ambui lenanya kami tidur malam itu.

Gambar di atas ialah sebuah mesjid besar terletak di tepi jalanraya menuju ke hotel.  Tidak perasan apabila toleh ke kanan ternampak hampir terlajak.  Hendak pusing semula trafik tidak membenarkan berbuat demikian.  Tidaklah sempat hendak baca nama mesjid itu.  Seronok dan bersyukur adanya mesjid besar di negara yang rakyatnya rata-rata bukan umat Islam.


Museum Harley Davidson, Wilwaukee

Gerbang masuk ke Museum Harley Davidson

Agenda hari ini ialah melawat Museum Harley Davidson.  Milwauke, tempat inilah yang sering disebut-sebut Pak Long di mana motorsikal Harley Davidson dikeluarkan.  Memang sudah lama beliau ingin berkunjung ke situ baru kini tercapai keinginannya.  Ramai penggunjung datang tidak mengira umur.  Hari ini juga mungkin kebetulan kebanyakan penggunjung dari warga emas.  Mereka datang beramai-ramai dengan bas rombongan... ada yang bertongkat, ada yang dengkot, ada yang berpimpin dan berkerenah... semua nampak bertenaga sungguh melihat pamiran di museum.  Ada juga yang ghairah hendak naik di atas motorsikal.  Memang ada disediakan di sisi pintu masuk beberapa motosikal yang dibenarkan pelawat naik, untuk ambil gambar dan berangan sedang menunggang motorsikal, siap enjin bunyi vroooooom.  Ada pertugas di situ melayan mereka dengan ramah dan membantu mereka itu naik atas motor.  


Posing habis!

Pelawat dikenakan bayaran untuk masuk ke museum, mereka yang menjadi ahli "HOG" (Harley Owners Group) masuk percuma.  Pak Long ahli HOG masuk percumalah.... Mak Long bukan ahli kena bayarlah.  Adalah orang berkemeja biru di atas senyum-senyum mahu gambarnya di hadapan penunggang motorsikal besi itu diambil buat kenangan hahahaha...


Reka bentuk motorsikal Harley Davidson peringkat awal

Harley Davidson dengan "carrier" penumpang

Hari ini juga Mak Long dapat menambah penggetahuan iaitu dulu-dulu ketika tayar mula dicipta adalah berwarna putih mengikut warna asli getah (lihat dua gambar di atas).  Kemudian dalam awal 1900 tayar dihitamkan menggunakan "carbon black chemical" menjadikan tayar lebih baik dan lebih tahan lama.  Tidak rugi datang berkunjung ke museum tersebut walau pun memang pada awalnya Mak Long rasa tidak minat langsong hendak ke situ.  




Gambar di atas ialah motorsikal yang digunakan untuk pecut lasak menggunakan "snow chain".  Sudah tidak diguna gantung melekat ke dinding. 




Macam-macam rupa, sais dan warna tangki minyak motorsikal Harley Davidson mengikut tahun motorsikal dikeluarkan.


Dirt bike

Keluar dari museum kami ronda-ronda sekeling bandaraya itu tetapi kami tidak berhenti dan singgah di mana-mana.  Lalu di kawasan perumahan yang kebanyakannya rumah-rumah lama dijaga rapi yang masih didiami.

Bagunan Museum Seni Lukis


Kedua-dua gambar di atas dan di bawah ialah bangunan yang agak unik reka-bentuknya ialah bangunan museum seni lukis.  Ia berbentuk bersayap seperti ikan pari.  Pelbagai museum terdapat di Milwaukee, kebanyakannya museum berkaitan dengan ugama mereka.


Bangunan Museum Seni Lukis

Di bawah ini ialah gambar contoh rumah lama di kawasan perumahan di Bandaraya Milwaukee.


Rumah lama

Gambar di bawah pula ialah kilang membuat beer .... orang Amerika memang tidak sah kalau tidak minum beer.  Apabila lalu berhampiran dengan bangunan itu maka berbaulah beernya.  Wisconsin adalah satu daripada pengusaha untuk pengeluaran beer terbesar di Amerika selain dari pembuatan keju.


Gudang beer di tengah Bandar Milwaukee



Lake Michigan

Dari museum kami beredar melihat Lake Michigan yang terletak di Wisconsin.  Cantik tasiknya, air jernih membiru dengan pantai berpasir putih bersih.  

Lake Michigan adalah satu daripada gugusan kumpulan The Great Lakes terletak di Utara Benua Amerika.  Lake Michigan juga adalah tasik yang letaknya dalam United States. Tasik-tasik yang empat buah lagi itu letaknya berkongsi antara United States dengan Canada.  Empat lagi tasik itu ialah Superior Lake, Huron Lake, Erie Lake dan Ontarior Lake.  Di sekolah rendah dahulu Mak Long belajar tentang tasik-tasik itu melalui mata pelajaran ilmu alam.  Sampai sekarang boleh ingat lagi....!  Anihnya kebanyakan kita boleh mengingati perkara dan peristiwa dulu-dulu, tetapi tidak boleh mengingati banyak peristiwa dan pekara yang berlaku terkini.  


Tasik Michigan dan kabus mendarat

Tasik Michigan

Kebetulan ketika kami sampai di situ, kabus tebal sedang bergerak perlahan-lahan dari tasik menghala ke darat.  


Pantai Tasik Michigan

Tasik Michigan

Marina Tasik Michigan

Sepanjang hari itu kami puas menyusuri Tasik Michigan dengan kereta dipandu hampir setiap lorong di sekitar kawasan dan bandar itu di mana terdapat banyak rumah-rumah lama dan baharu.


Pinggir Bandar Milwaukee

Ladang Jagung

Setelah puas pusing-pusing baharulah kami teruskan perjalanan menuju ke Minnesota.  Jauh juga perjalanan itu dan sekali lagi melalui ladang-ladang jagung dan beberapa ladang gandung yang menguning warnanya.
  

Ladang gandum

Apabila hampir petang kami mencari hotel yang mana tidaklah bermasaalah sangat mencarinya.  Guna minah GPS untuk carikan hotel.... mudah kan!  Keletihan orang tua nih sampai rasa hendak pitam dan lutut rasa longgeh tambah penat duduk, letih mata namun seronok dan bersyukur berpeluang melihat dunia Allah yang terbentang luas untuk dinikmati hahahaha. 

Malam itu kami lena betul, sedar-sedar sudah subuh.  Sepanjang hari kami di atas jalan menuju ke Daerah Duluth, Minnesota di utara Amerika.  Kami bermalam pula di Hotel Best Western, Ruthschile, Wisconsin.  Esok sambung lagi pengembaraan kami ke Minnesota.



14/7/2016

Duluth, Minnesota

Pagi-pagi sebelum pukul 7.00 pagi kami sudah dalam perjalanan ke Duluth, Minnesota.  Kami melalui beberapa perusahan penternakan lembu susu di mana Wisconsin adalah juga pengeluaran keju terbesar Amerika.  Wisconsin adalah salah satu dari negeri yang menghusahakan keju terbaik di Amerika. Teringin juga hendak beli keju tetapi keju memerlukan bekas bersuhu sejuk agar tidak rosak.  Begitu juga susu.  Untuk mengenali jenis lembu yang mengeluarkan susu, lembu ini bertompok putih dan hitam.  Kebanyakan lembu ini diberi makan dedak dan rumput kering dan ada juga penternak melepaskan lembu tersebut di padang ragut.  Kebanyakan pengusahaan ini diusahakan oleh peladang secara bersendirian.

Penanaman jagung berluasan tahun ini.  Selain dari itu gandum dan kacang soya juga ada diusahakan penanamannya.  



Superior Lake, Minnesota

Hasrat kami ke situ ialah untuk melawat "Split Rock Light House" yang tersohor dengan keindahan pemandangannya.  Rancangannya, dari situ kami akan mulakan perjalanan berpatah pulang ke Texas melalui beberapa bandar dan kawasan di antaranya Bandaraya St Paul.  Pak Long cakap bandar itu cantik.  Hati sudah bukan main tidak tahan hendak balik teringatkan rumah.  Tentu makanan burung sudah licin dari sangkar makanan mereka begitu juga air manisan "hummingbird" mesti sudah kering air manisan mereka.



Split Rock Lighthouse, Duluth, Minnesota

Split Rock Lighthouse atau Rumah Api Split Rock terletak di Silver Bay iaitu di pantai Utara Lake Superior.  Rumah api tersebut telah siap pembinaanya dalam tahun 1910; pembinaan yang menelan belanja sebanyak USD75,000.00 termasuklah harga tanahnya sekali.  Ketika pembinaannya segala alat binaan dibawa melalui dari perairan kerana ketika itu kawasan tersebut masih belum ada kemudahan jalanraya lagi.  Split Rock Lighthouse dianggap rumah api paling terindah pemandangannya di Amerika.  Kini rumah api tersebut telah dijadikan sebagai pusat pelancungan.


Kami sudah sampai di sini

Cuaca juga sangat baik antara 60-70 degree.  Ini musim panas tetapi di sini cuacanya sangat bagus sekali.  Seperti dalam musim bunga.  Berbagai jenis bunga liar di merata tempat di tepi  jalan dan lurah.  




Pemandangan "Rumah Api Split Rock" dari Pusat Pelancung

Ketika kami sampai di bangunan pusat pelancung kawasan itu, sudah ramai penggunjung dari pelbagai bangsa dan usia sudah berada di situ.  Sebelum kami memasuki  kawasan rumah api setiap penggunjung dikenakan bayaran.  Penggunjung boleh memilih samaada mahu mengikut pemandu pelancung yang memberi penerangan sejarah tentang rumah api itu atau pun pergi sendirian.  Kami memilih untuk mengikuti pemandu pelancung untuk mengetahui serba sedikit tentang rumah api.


Penggunjung rumah api

Dalam gambar ternyata penggunjung leka mendengar penerangan dari pemandu pelancung yang pandai bercerita dan beliau amat lucu.  Adik kecil dalam dukungan pun senyap penuh perhatiannya.


Halaman Rumah Api Split Rock

Gambar di bawah, kami berdiri dari tepi rumah api menghadap ke perairan Lake Superior.  Bayu dari tasik sangat lembut dan menenangkan.


Lake Superior 

Peranan utama mendirikan rumah api yang dinamakan Split Rock Lighthouse ialah untuk memberi amaran kepada kapal-kapal yang belayar berhampiran di sekitar Lake Superior ketika kabus tebal menutup pemandangan.  Dikatakan juga banyak kapal telah tenggelam di situ ketika ribut Mataafa yang berlaku dalam tahun 1905.  Antara kapal yang telah tenggelam di situ ialah kapal yang bernama Madeira.


Rumah Api Split Rock menghadap Tasik Superior

Apabila keadaan kabus menutupi perairan tasik pihak penjaga rumah api akan membunyikan kedua-dua trumpet dan menyalakan sinaran lampu hijau, merah dan kuning sebagai amaran kepada pelayar kapal supaya tidak mendekati pantai.  


Dua buah Trumpet

Penjaga rumah api

Tugas seorang penjaga rumah api itu berat dan penting untuk menjaga keselamatan di Lake Superior.


Pekerja mengendali rumah api

Penjagaan rumah api mengambil masa sepanjang hari, terutama ketika cuaca tidak menentu.



Alat dalam rumah api

Bahagian masuk ke rumah api

Ada orang sedang posing di bahagian ruang masuk ke rumah api.  Sempat bersembang dengan penjaga di situ lagi!


Rumah penjaga rumah api

Terdapat tiga buah rumah disediakan khas untuk tempat tinggal penjaga rumah api.  Rumah-rumah itu dibaik-pulih seperti sedia kala tanpa alat letrik. 



Bahagian dapur rumah penjaga rumah api

Rumah dua tingkat yang dibina sederhana tetapi selesa mempunyai tiga bilik tidur, dapur dan bilik mandi.  Di sekeliling kawasan rumah penjaga dan isteri mengusahakan penanaman sayur dan buah-buahan sebagai bekalan makanan mereka sekeluarga.



Bahagian bilik tidur utama rumah penjaga rumah api

Besen dan alat pemerah kain

Tangga naik untuk ke tepi Tasik Superior

Gambar di atas adalah tangga (175 mata tangga) naik bukit yang tidak jauh menuju ka sebelah kanan bukit dari rumah api terletak untuk menikmati pemandangan dari jauh. 



Tangga turun

Gambar di atas pula adalah tangga turun semula ke rumah api.  Lenggoh kaki naik turun tangga itu.  Berpeluh juga tetapi tiupan bayu dari tasik dan hutan lipur di sekeliling amat nyaman.  Cuaca yang segar dan bersih.  Apabila berasa penat boleh berhenti seketika berihat di beranda yang disediakan sambil menikmati alam sekitar. 


Pemandangan Rumah Api Split Rock

Pemandangan yang sungguh indah dan menakjubkan dari jauh di mana kami berdiri.  Berbaloi juga naik dan turun tangga disamping dapat bersenam begitu.  Sekiranya berdekatan dengan rumah sememangnya itu adalah satu dari rutin harian Mak Long turun naik tanggah!  Hahahaha I wish!





Sauh dari kapal  Medeira

Gambar di atas adalah sauh dari Medeira sebuah kapal yang belayar di Lake Superior telah tenggelam dalam ribut Mataafa di tasik itu.  Oleh kerana berlaku banyak kejadian pelanggaran dan tenggelam kapal yang berada di perairan maka Rumah Api Split Rock didirikan hingga kini ia menjadi satu dari pusat perlancungan yang popular.



15/7/2016

Dari Duluth Kami mulakan perjalanan ke selatan, bermalam di sebuah bandar dipanggil Albert Lea yang tidak jauh dari Lebuhraya 35.  Lebuhraya 35 merentang dari utara ke selatan Amerika dan lebuhraya ini membawa terus ke rumah kami di Canyon Lake.  Bandar Albert Lea letaknaya di pinggir sempadan antara Minnesota dan Iawa.  Holel Best Western malam itu sibuk dan ramai tetamu tetapi dari Asia ... entah dari China atau Hongkong?  Yang pastinya Mak Long tahu mereka berbahasa China.

Seperti Illinois, Wisconsin dan Minnesota, Iawa juga sebuah negeri pertanian yang mengeluarkan utama tahun ini dengan pengeluaran jagung dan kacang soya.  Ada juga disulami dengan tanaman gandum.



16/7/2016

Terasa penatnya badan.  "Dok rhokk doh" kata orang Terengganu kita.  Pak Long sudah penat memandu jauh.  Kami berhenti dan bermalam di Hampton Inn, Oklahoma City.  Sudah tidak berapa jauh dari Dallas kira-kira satu jam lebih perjalanan dengan kereta.  Kami singgah di rumah Icah sampai di Dallas.  Hati ibu sentiasa mengingati anaknya walau pun anaknya itu sudah besar panjang.  Bukan main suka lagi Icah apabila Mak Long hadiahkan dia se naskah buku resepi masakan orang Minnesota.  













1 comment:

  1. Assalamualaikum Mak Long..ada satu persoalan yang selalu bermain difikiran saya bila melihatkan rumah rumah di sana. Selalu saya tengok di filem barat, rumah mereka kalau dari luar, nampak papan yang digunakan, tapi bila view didalam nampak macam batu...adalah mereka menggunakan papan diluar, dan dilapis batu untuk kemasan atau mereka gunakan plaster untuk kemasan didalam yang nampak macam batu?

    ReplyDelete