Assalamualaikum,
Hari ini menu dari dapur lain-lain.... Untuk Pak Long lain, Mak Long pun lain. Hendak kosongkan peti sejuk. Mana yang ada sikit-sikit perlu digunakan, sayang hendak buang.
Untuk Pak Long "comfort food" dialah...burger. Minggu hadapan pergi ke pasar daging halal di Bandaraya Austin kira-kira satu jam perjalanan dari rumah.
1. Sayur kobis dipotong memanjang kira-kira setengah inci lebar. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak zaitun dan sedikit butter. Goreng kobis sampai layu dan masukkan garam sedikit. Masukkan dalam pinggan.
Kobis |
2. Guna kuali yang sama, masukkan cendawan yang dipotong. Tabur sedikit lada hitam dan garam. Goreng sampai layu. Letak dalam pinggan berisi sayur kobis tadi.
Cendawan |
3. Kuali yang sama, letakkan sedikit butter dam letakkan daging burger. Daging burger dikepal bulat sebesar penumbuk wanita (tidak besar sangat) tanpa campur perencah apa-apa. Tekan dan leperkan dengan menggunakan sudip.
Supaya senang dan cepat kerja, daging yang dibeli itu segera dibahagi-bahagikan sama besar iaitu setiap satu paun dibahagi empat bahagian kemudian dibulatkan. Bungkus dengan kertas (freezer paper) atau plastik khas untuk simpan dalam peti beku. Bila-bila terasa hendak makan burger keluarkan daging burger yang beku itu dan biarkan hingga lembut di suhu bilik.
Daging burger |
4. Tabur banyak-banyak perisa (garam + serbuk lada hitam + serbuk cili + serbuk bawang) pada daging itu. Tabur lebih-lebih sikit pun tidak mengapa. Boleh didapati di supermarket.
Tabur rempah pada daging burger |
5. Masak selama 3-5 minit baharu dipaling/tebalikkan. Pak Long suka burgernya "well done" iaitu masak sedikit garing di luarnya.
Daging burger dah masak |
6. Kalau suka keju bolehlah letakkan keju atas burger. Mak Long suka guna keju colby jack Tillamook.
Keju colby jack |
7. Potong keju ikut suka banyak mana. Letak atas burger dan tutup dengan tudung periuk biar keju itu cair.
Letak keju atas daging burger |
8. Nahhh dah jadi burger berkeju. Cubalah... Mudah...
Burger berkeju, sayur goreng |
Yang di bawah ini menu Mak Long punya. Sup sayur campur udang. "Corn bread" lebihan dua tiga hari lepas dan air kelapa berselasih.
Cornbread adalah roti dibuat dari "corn meal flour" - sejenis tepung jagung kasar. Tidak tahulah kalau tepung corn meal ada dijual di pasaran di Malaysia.
Corn meal flour.
Corn meal |
As Salam Mak Long. Saya baru sahaja mula mengikuti blog Mak Long. Banyak perkongsian maklumat dan yang menariknya, walaupun bermastautin di AS sejak 1997, Mak Long menulis 100% dalam Bahasa Malaysia. Saya suka .... :-)
ReplyDeleteWaalaikumsalam Hanim. Terima kasih sudi membaca catatan yang tidak sepertinya. Bagi Mak Long, Bahasa Melayu itu sangat indah, warisan kita yang patut dihidupkan sepanjang zaman selagi kita ujut di bumi. Kini bahasa kita semakin lemah. Banyak perkataan asli yang sudah hilang oleh cedokan dari bahasa asing sebagai ganti. Bahasa percakapan dan tulisan dicampur aduk dengan bahasa asing merobek keindahan bahasa Melayu. Sayangi bahasa ibunda.
DeleteBurger pon saya selalu makan sebagai main meal apabila dirumah. Nampaknya hampir sama. Ia dipanggil 'hambagu' (in japanese) which means hamburger! Isteri akan membeli daging yang dah dicincang. Gaulkannya dengan perisa seperti yang Mak Long listkan tadi, tapi saya sukakan bawang. Jadi, ia digaul bersama chopped onion. Di kepal dan dibikin sebagai beef patty dan digoreng dengan minyak sedikit. Tapi dimakan dengan nasi jepun dan miso. Side dish bolehlah dibuat 'potato sarada' dan juga 'miso soup'...........ahhhhhh....onaka tsuita!!! (ahhhhh....laparnya!)
ReplyDeleteJakun sikit Mak Long ni....hahaha, mungkin orang lain suka dengan masakan barat. Mak Long rasa tak puas kalau tak dapat makan masakan kampung.
DeleteJalapeno cheese burger kegemaran Pak Long. Masa nak campur perisa burger tu campurkan sekali potongan jalapeno (lada pedas). Dulu memang dikepal jadikan patty...leceh hahahaha.... Senang bulat2kan kemudian tenyeh dan leperkan dengnan sudip leper bila tengah masak. Ni orang malas punya kerja hahahaha
Allah Mak Long...sodap eh lak haiihh.... Corn bread tu sangat menarik. Saya tak pernah makan, tapi selalu tengok kat tv. Teringin nak makan, tapi tak pernah jumpa lagi corn bread di jual atau tepungnya.
ReplyDeleteCorn bread adalah satu resepi masakan asli dan digemari orang Texas. Mudah membuatnya. Tepungnya kasar seperti pasir halus gitu.
DeleteAssalamu'alaikum Mak Long...
ReplyDeletewalaupun kelihatan ringkas dan mudah, tapi juga nampak sangat menyelerakan. Apatah lagi disediakan dengan kasih sayang. Alhamdulillah. :)
sedapnyaa ......
ReplyDelete