Pages

Sunday, January 10, 2016

Popovers

Assalamualaikum,

Sekarang ni Mak Long rajin sedikit hendak buat sarapan.  Perut berasa lapar selalu.  Tambah-tambah di luar cuaca sejuk memang sedaplah kalau dapat makan sarapan dengan kopi panas-panas.  Pak Long biasa minum susu segelas besar sebelum minum kopi sudah cukup baginya.  Itulah sahaja sarapan paginya setiap hari melainkan kalau kami berpergian jauh-jauh.  Hendak turunkan berat badan katanya hahaha.. Yalah!!

Waktu-waktu sejuk hendak buat kerja di luar rumah pun tidak kuasa.  Mak Long melayari laman sesawang Google.... gemar laman masakan "Food Network" hahaha.. Cari idea hendak masak apa.  Selalu Mak Long hilang punca hendak masak apa untuk makan tengahari dan malam.  Untuk makan malam kurang sedikit bermasaalah.... makan sahaja apa lebihan dari makanan tengahari kalau ada.  Kalau tidak pun buat apa-apa sandwich yang mudah.  Yang hendak makannya hanya untuk kami berdua sahaja tidak berbaloi hendak sibuk-sibuk memasak pagi dan petang.  Kala begini ini buat Mak Long rindu pada tanah air.  Malas masak, senang beli sahaja.  Alhamdulillah suami tidak banyak kerenah tentang makan janji ada sesuatu dalam pinggan.  Cuma jauhkan dia dari gulai kari... yang ini memang dia menolak keras.  Entah apa kenanya?!!

Terjumpa resepi ini namanya "popovers" (pop - overs).  Pernah tengok tetapi tidak pernah rasa pun tambahan ia nampak sungguh menggancam selera.  Nampak mudah untuk menyediakan dan bahannya pun tidak menggunakan banyak barang.  

Inilah rupa gambarnya dan di bawah pula ialah resepinya.  Ada juga mereka panggil popovers dengan nama Yorkshire pudding.  Bancuhan popovers cair seperti bancuhan membuat roti kirai atau lempeng tepung kemudian dibakar dalam acuan muffin atau acuan popovers.  Bancuhan boleh diperbagaikan dengan tambahan cheese, racikan daun herba dan lain-lain.  Mak Long guna 6 biji mangkok custard kecil.  Bancuhan yang lebih Mak Long simpan dalam botol bertutup dan letak dalam peti sejuk untuk dibakar di lain masa.  Bila sudah masak ia naik tinggi, rupa macam roti, dalamnya kosong dan lompang.  Sedap dimakan dengan jem atau sambal tumis dan kuah semalam hmmm....



Popovers panas dari ketuhar


Popovers panas

Bila Pak Long tengok Mak Long makan dengan jem, dia jadi terlior hahahaha... hatinya tergoda dah!!  Katam dua biji....  Tinggal lagi 3 biji.  Mak Long talipon Brenda datang makan yang tinggal lagi itu.  Berlari Brenda datang dengar ada makanan hihihi ..... 

Brenda cakap dia tidak pernah rasa popovers, ..ini kali pertama, siap minta resepi sekali.





Bahan:

1 1/2 Tbls (sudu besar) butter, dicairkan
1 1/2 cawan tepung gandung, diayak
3/4 tsp (sudu kecil) garam halus
3 biji telor
1 1/2 cawan susu cair

Cara membuat:

Panaskan ketuhar 400 degrees F (204C)

1.  Sapu butter atau minyak pada acuan banyak-banyak.  Bancuhan cukup untuk buat 12 biji  popovers.  

2.  Letak acuan yang sudah disapu minyak tadi di atas dulang pembakar agar mudah mengeluarkannya dari ketuhar nanti.  Panaskan acuan dalam ketuhar selama 2-5 minit.  Pastikan acuan itu panas sebelum menuang bacuhan ke dalamnya.  

3.  Sementara itu, di dalam mangkok sederhana besarnya, bancuh dan kacau semua susu, telur, butter cair, tepung dan garam.  Kacau hingga sebati.  Bancuan itu cair.  Masukan bancuhan itu ke dalam bekas kecil atau cawan ukur (measuring cup) supaya mudah menuang bancuhan ke dalam acuan.  Keluarkan acuan dari oven.  Isi bancuhan ke dalam acuan.  Isi setengah sahaja ke dalam acuan tidak lebih dari itu.  Bakar selama 30 minit.  Jangan intai-intai atau buka pintu oven ketika membakar nanti popover bantut!!.



Popovers dalam cawan

Lebihan bancuhan popovers semalam Mak Long bakar bagi perabih bancuhan itu.  Kali ini Mak Long guna 3 biji cawan pula sebagai acuan popovers.  Menjadi juga walau sudah bermalam dalam peti sejuk.  Kalau anda ingin cuba, silakanlah....



  















Thursday, January 7, 2016

Penangan Acorn

Assalamualaikum,


Acorn (Buah oak)

Petang tadi Mak Long talipon Icah, dia tidak jawap.  Selalunya sebelum pukul tujuh petang Icah  sudah berada di rumahnya.  Kali kedua talipon pun tidak diangkat.  Mulalah kepala ini mengarang macam-macam yang bukan-bukan.  Hati cuba memujuk, mungkin Icah buat "over time", mungkin tengah makan ke, tengah di bilik air ke atau bagai.  Polisi Mak Long pula tidak suka buat panggilan peribadi kepada sesiapa waktu berkerja di pejabat atau di mana-mana waktu kerja.  Melainkan panggilan itu teramat penting.  Itulah yang Mak Long terapkan kepada anak-anak, waktu bekerja jangan buang masa dengan melayani panggilan peribadi.

Pukul sembilan barulah Icah talipon semula.  Aduuuh baru rasa lega hati Mak Long dengar suara manjanya.  "Sorry Mom, I was still at the office when you called".  Kerja banyak kena siap minggu ini, jelasnya lagi.  Latar belakang Mak Long boleh dengar kenting! kenting...! bunyi sudu berlaga dalam mangkok.  Tengah makanlah tu.  

Icah cerita, beberapa hari yang lepas pergi kerja tumpang kawan sepejabat.  Jadi tidak perlulah pandu kereta sendiri katanya, kurang sesak jalanraya.  Semalam Icah perlu ke pasar berbelanja barang dapur katanya.  Bukan banyak mana pun hendak makan seorang.  Keretanya tidak boleh dihidupkan enjinnya walau pun sudah cuba beberapa kali.  Maka perlulah dia buka "hood" enjin.  Nasib baik Icah tahu apa hendak buat, Pak Long banyak mengajarnya tentang kereta.  Nak tahu apa ada di bawah hood itu?  Hahahaha rupanya bertimbun biji acorn di atas enjin kereta.  Acorn ialah buah pokok oak berbentuk seperti kacang hazel.  Isinya bila dikopek lebih kurang begitulah sepeti kacang hazel.  Ada yang sudah tinggal kulit dan ada yang masih belum berusik.  Kerja sang tupailah tu..   


Tupai duduk atas acorn

Dia inilah yang buat kerja....   Dalam lubang, di celah-celah pokok ada sahaja jumpa acorn yang disorok.













Monday, January 4, 2016

Open Carry Law

Assalamualaikum,

Undang-undang baru meluluskan membawa senjata api di khalayak awam bermula pada 1hb Januari, 2016 bagi penduduk negeri Texas.  Takutlah....


"There is no legal statute specifically prohibiting the carry of a firearm other than a handgun (pre-1899 black powder weapons, and replicas of such, are not legally firearms in Texas).[4] However if the firearm is displayed in a manner "calculated to cause alarm," then it is "disorderly conduct". Open carry of a handgun in public has long been illegal in Texas, except when the carrier is on property he/she owns or has lawful control over, is legally hunting, or is participating in some gun-related public event such as a gun show. However, the 2015 Texas Legislature passed a bill to allow concealed handgun permit holders to begin carrying handguns openly. The bill was signed into law on June 13, 2015, and will take effect on January 1, 2016. A permit to carry concealed is still required to carry a handgun in public."

Tidak akan heranlah suatu hari nanti boleh tengok cowboy pakai cowboy hat tonggang kuda dengan senjata api terhunus di tengah bandar heeehawww....





Ada gaya kan kawan Mak Long......?  Itu senapang olok-olok, MakLong guna untuk tembak rusa bila mereka nak makan pokok tanaman.








Sunday, January 3, 2016

Sayur Brussel Sprouts


Assalamualaikum,



Gambar dari Google

Ketika berbelanja barang dapur di pasaraya besar Wal-Mart hari itu, ternampak sayur brussel sprout.  Jarang terjumpa sayur itu di kawasan kami.  Lantas Mak Long capai sebungkus masuk dalam bakul sorong.  Adakah sayur ini terdapat di Malaysia?  Kalau ada, tentu ia ditanam di kawasan bercuaca sejuk seperti di Cameron Highlands.  Mak Long tidak pernah masak dan rasa brussel sprout sebelum ini, jadi inilah kali pertama beli dan masak.  Sudah dibeli, sudah masuk peti sejuk terfikir pula bagaimana hendak masak...sedapkah tidak sayur nih?  Macam mana kalau tidak diterima oleh tekak, kang membazir pulak...

Dalam perjalanan kami pulang dari Niagara Falls, Canada baru-baru ini Mak Long jumpa sayur brussel sprout ketika singgah di satu bangsa jual sayur di tepi jalan.  Mak Long bertanya penjual bagaimana memasak sayur itu.  Cara dia masak brussel sprout, katanya dia belah dua dan bersihkan.  Panaskan sedikit butter dalam kuali dan masukkan bacon, sudah masak angkat ketepikan.  Minyak lemak bacon itu guna untuk goreng bawang yang sudah dimayang.  Masukkan brussel sprout dan bila hampir masak masukkan bacon yang diramas-ramas ke dalam kuali itu.  Haiiiii kita mana boleh masak guna daging bacon!  Dengar aje bila penjual itu bercakap...tadinya kan Mak Long juga yang bertanya macam mana hendak masak!  Mak Long beli dua pelepah dan bagi Robin sebagai buah tangan.  Ketika kami berada di rumah mereka, Robin tidak masak...jadi tidaklah merasa.  Ingatkan dia hendak merasa.. Hey Mak Long ingat .... Tidak baik bila sudah bagi orang, jangan minta balik..buruk siku namti.  Mujur kami tidak kempunan hahaha..  melawak!



Gambar dari Google

Tidak mengapalah, Mak Long google dulu tengok macam mana cara memasaknya.  Alaa banyak pun resepi yang boleh dicuba!  Macam-macam cara resepinya.  Boleh bakar, boleh buat salad, boleh celor dan macam-macam. Mudah sebenarnya..  Kebetulan semalam Mak Long siap bakar daging peha ayam buang tulangnya, berangan bolehlah potong-potong kecil buat rencah sayur baru itu...hahaha boleh olah sendiri cara masak nih..kita yang buat dan masak bukan sayur itu yang buat kita kan...

Brussel sprout adalah sejenis sayuran dalam keluarga kobis putih juga.  Rupa dan bentuk sama cuma ia bersais lebih kecil dari kobis.  Lebih kurang sebesar bola ping pong.  Rasanya juga hendak lebih kurang sama.

Taaa daaa.... 


Cuci dan potong brussel sprout

Cuci brussel sprout dan potong tangkai kemudian belah dua.  Potong bawang, lebihkan bawang putih kemudian tumiskan  dengan minyak zaitun kalau tidak ada, minyak masak apa-apa pun boleh.  Biarkan sampai layu baru masukkan sayur dan daging ayam bakar yang sudah dipotong-potong.  Balik-balikkan dan bubuh sedikit air, garam secukup rasa dan black paper.  Sayur ini kalau dimasak terlalu lama sampai berwarna kuning, rasanya lebih kuat menyebabkan kurang rasa enak.



Sudah boleh nikmati

Dah jadi pun!  Rasanya?  Boleh tahan juga, Pak Long kata sedap...  Tetapi kalau untuk cintarasa sendiri lebih sedap kalau taruk cili api!  Biar rasa pijar sedikit bila menjilat bibir hihihi.....

Makan sayur ini panas-panas dengan nasi putih.  Tambah sedap lagi ada sambal belacan asamkan tomato.  Mak Long tidak ada lagan batu hendak tumbuk sambal..guna blender sahaja jadilah.  

Nih hendak bagi tahu, makan sayur ini bagai orang tua macam Mak Long dapat banyak angin....!  Makanan lambat hendak hadam..


Sambal belacan + tomato



Menurut si Google brussels sprout mengandungi banyak khasiat seperti berikut:



Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
179 kJ (43 kcal)
8.95 g
2.2 g
3.8 g
0.3 g
3.38 g
(5%)
38 μg
(4%)
450 μg
1590 μg
(12%)
0.139 mg
(8%)
0.09 mg
(5%)
0.745 mg
(6%)
0.309 mg
(17%)
0.219 mg
(15%)
61 μg
(4%)
19.1 mg
(102%)
85 mg
(6%)
0.88 mg
(169%)
177 μg
(4%)
42 mg
(11%)
1.4 mg
(6%)
23 mg
(16%)
0.337 mg
(10%)
69 mg
(8%)
389 mg
(2%)
25 mg
(4%)
0.42 mg
Other constituents
Water
86 g








Saturday, January 2, 2016

Rawatan Kesihatan Tahunan

Assalamualaikum,

Semenjak menjak sudah naik pangkat "warga emas" kami setiap tahun jumpa doktor buat pemeriksaan kesihatan.  Bukan apa, manalah tahu kalau ada sebarang penyakit cuba datang hinggap atau menempel, in-sya-Allah mungkin dapat dikesan awal.  Apabila sudah cuba berikhtiar untuk mengelak dari sebarang kemungkinan, kalau kena/dapat sakit juga itu baru boleh dikatakan sudah suratan nasib kan....  Pada hari terakhir tahun 2015 (orang puteh kata new year eve) Mak Long ada temujanji dengan Dr Eric Francis di pejabatnya.  Dr Francis seorang doktor muda bersifat lemah lembut dan amat teliti dalam menjalani tugasnya.   Giliran temu-janji Pak Long pula dengan Dr Francis adalah dua minggu dari sekarang.   

Perbincangan kami termasuklah tentang episod sakit pinggang beberapa hari lalu.  Beliau tanya bagaimana kurangkan kesakitan dan Mak Long jelaskan kepadanya.  "You did good... and should continue your yoga exercise..."  Wah kena puji orang tua nih... senyum dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.

Perancangannya untuk tahun ini:

a.  Atur temu-janji untuk ujian darah tahap kolesterol dalam badan

b.  Atur temu-janji untuk mengetahui "bone density" (menguji ketumpatan jisim tulang) untuk mengelak dari berlakunya osteoporosis atau lebih senang kata sakit rapuh tulang menyebabkan tulang mudah patah juga penyebab bongkok tiga seperti nenek kebayan.  Orang lelaki pun boleh dapat osteoporosis.  Menurut kajian orang Asia paling ramai yang dapat osteoporosis.  Emak Mak Long mengidap osteoporosis.... 

c.  Atur temu-janji untuk ujian mammogram.  Ada sejarah barah payu dara dalam keluarga.

d.  Atur temu-janji untuk ujian pernafasan.  Sering rasa keletihanan dan masaalah pernafasan

e.  Temu-janji dengan Dr Yesser Farrar, pakar sakit jantung mudahan tidak perlu makan ubat lagi.  

Hanya ujian colonoscopy sahaja tidak perlu, kerana ujian ini telah dibuat tahun lalu.  Ujian ini hanya dilakukan pada seseorang ialah setiap sepuluh tahun sekali selepas seseorang itu  berumur 50 tahun ke atas.

Amboi banyaknya hendak chek!  Macam takut mati pulak.....!

Menjalani ujian kesihatan bukanlah suatu yang mudah dan murah.  Insuran perubatan di negara ini terlalu dan sangat mahal.  Setiap penduduk diperlukan mempunyai insuran perubatan.  Namun ramai yang tidak mampu membeli insuran!  Dulu kami pun tidak mempunyai insuran perubatan, tetapi alhamdulilah nasib baik menyebelahi kami dan tidak jatut sakit sampai tenat.  Kalau sudah jatuh sakit dan memerlukan perhatian dari pihak hospital, kepakaran doktor dan lainnya lagilah... mahu tiga atau empat kali berlipat ganda mahal kosnya.  

Jagalah kesihatan sebaik mungkin, mudah-mudahan kesihatan yang baik akan memberi kemudahan yang gitu dalam menjalani kehidupan yang banyak ragam dan dugaan.  Berjinak-jinaklah dengan permakanan yang berkhasiat... in-sya-Allah...





Minuman sihat apple hijau + kerot + dan jus lemon














Friday, January 1, 2016

Muka Surat 1 Tahun 2016

Assalamualaikum,

Menulis enteri pertama di muka surat 1 tahun baru 2016.  Malam tadi tonton TV sekejap dari channel Fox News menyambut tahun baru secara langsong.  Ramainya manusia berkerumun di dataran New York's Time Square.  Cuaca sejuk-sejuk tidak menjadi halangan bagi mereka beramai-ramai berkunjung ke situ.  Ada penggunjung berpakaian pendek-pendek dan buka-buka.  Apa agaknya rahsia mereka tahan sejuk?  Celeberiti juruacara wanita semua cantik-cantik dan "good looking" sibuk menjalankan tugas.  Sayangnya pengacara terlalu lama membuang masa bercakap dengan GOP Donald Trump yang selalu cakap besar..asik-asik cakap "I am rich!  I am smart!"  Malaslah nengok TV!  Tutup TV!  Pak Long pun sebuk kerja lain.  Mak Long tidak minat politik... politik negara, politik syarikat, politik pejabat atau politik keluarga buat pening kepala.

Hari ini Pak Long seperti biasa sudah siap awal hendak pergi menziarah sahabatnya Barry Strickland di Pusat Pemulihan, Kerrville.  Memang Mak Long tabik kesetiaan Pak Long terhadap sahabatnya.  Satu hari dalam setiap minggu Pak Long melapangkan masa untuk melawat Barry.  Perjalanan ke situ mengambil masa lebih kurang satu jam lebih.  Mujur tidak banyak kenderaan di jalanraya hari ini, lajulah kereta bergerak!   Seperti biasa bila kami sampai di bilik Barry, beliau duduk atas kerusi roda dan sedang tengok TV.  Ceria nampaknya hari ini dan pertuturannya pun lancar dari minggu lepas.  Barry diserang strok ketika kemalangan bermotorsikal lebih kurang lapan bulan lalu.  Di pusat pemulihan itu dia dilatih bagaimana hendak turun dari katil ke kerusi roda dan diajar pelbagai pergerakan lain untuk menjaga diri, cara-cara menggunakan bilik air sebagainya. 

Belum sampai dua puluh minit kami di situ, jururawat bertugas masuk ke bilik memohon agak kami keluar sebentar.  Rupa-rupanya Barry belum mandi.....!

Kami keluar dan berjanji akan datang semula.  Sementara itu kami singgah ke rumah sahabat lama kami Tom & Paula Callaghan.  Paula jamu kami makan kacang badam bercokolat.  Sedap.. makan sedikit tak cukup!  Mak Long pernah bertugas bersama Tom di Kertih dan di Paka berpuluh tahun dahulu ketika Petronas mula menapak di Terengganu.  Lama juga kami di rumah mereka.  Kalau lama tidak jumpa banyaklah cerita.  Macam-macam cerita keluar....  

Apabila kami kembali semula ke tempat Barry, ia sudah di atas katilnya melihat TV lagi, sudah penat duduk atas kerusi roda agaknya.  Tidak lama kami di situ.  Cuaca pula sejuk dan hujan renyai ketika kami mula bergerak perjalanan balik ke rumah ...  jarum cuaca menunjukkan 36 degrees Fahrenheit atau kira-kira 2 C... beku sejuk sampai ke tulang....




Berteduh kesejukan di musim sejuk