Pages

Sunday, January 3, 2016

Sayur Brussel Sprouts


Assalamualaikum,



Gambar dari Google

Ketika berbelanja barang dapur di pasaraya besar Wal-Mart hari itu, ternampak sayur brussel sprout.  Jarang terjumpa sayur itu di kawasan kami.  Lantas Mak Long capai sebungkus masuk dalam bakul sorong.  Adakah sayur ini terdapat di Malaysia?  Kalau ada, tentu ia ditanam di kawasan bercuaca sejuk seperti di Cameron Highlands.  Mak Long tidak pernah masak dan rasa brussel sprout sebelum ini, jadi inilah kali pertama beli dan masak.  Sudah dibeli, sudah masuk peti sejuk terfikir pula bagaimana hendak masak...sedapkah tidak sayur nih?  Macam mana kalau tidak diterima oleh tekak, kang membazir pulak...

Dalam perjalanan kami pulang dari Niagara Falls, Canada baru-baru ini Mak Long jumpa sayur brussel sprout ketika singgah di satu bangsa jual sayur di tepi jalan.  Mak Long bertanya penjual bagaimana memasak sayur itu.  Cara dia masak brussel sprout, katanya dia belah dua dan bersihkan.  Panaskan sedikit butter dalam kuali dan masukkan bacon, sudah masak angkat ketepikan.  Minyak lemak bacon itu guna untuk goreng bawang yang sudah dimayang.  Masukkan brussel sprout dan bila hampir masak masukkan bacon yang diramas-ramas ke dalam kuali itu.  Haiiiii kita mana boleh masak guna daging bacon!  Dengar aje bila penjual itu bercakap...tadinya kan Mak Long juga yang bertanya macam mana hendak masak!  Mak Long beli dua pelepah dan bagi Robin sebagai buah tangan.  Ketika kami berada di rumah mereka, Robin tidak masak...jadi tidaklah merasa.  Ingatkan dia hendak merasa.. Hey Mak Long ingat .... Tidak baik bila sudah bagi orang, jangan minta balik..buruk siku namti.  Mujur kami tidak kempunan hahaha..  melawak!



Gambar dari Google

Tidak mengapalah, Mak Long google dulu tengok macam mana cara memasaknya.  Alaa banyak pun resepi yang boleh dicuba!  Macam-macam cara resepinya.  Boleh bakar, boleh buat salad, boleh celor dan macam-macam. Mudah sebenarnya..  Kebetulan semalam Mak Long siap bakar daging peha ayam buang tulangnya, berangan bolehlah potong-potong kecil buat rencah sayur baru itu...hahaha boleh olah sendiri cara masak nih..kita yang buat dan masak bukan sayur itu yang buat kita kan...

Brussel sprout adalah sejenis sayuran dalam keluarga kobis putih juga.  Rupa dan bentuk sama cuma ia bersais lebih kecil dari kobis.  Lebih kurang sebesar bola ping pong.  Rasanya juga hendak lebih kurang sama.

Taaa daaa.... 


Cuci dan potong brussel sprout

Cuci brussel sprout dan potong tangkai kemudian belah dua.  Potong bawang, lebihkan bawang putih kemudian tumiskan  dengan minyak zaitun kalau tidak ada, minyak masak apa-apa pun boleh.  Biarkan sampai layu baru masukkan sayur dan daging ayam bakar yang sudah dipotong-potong.  Balik-balikkan dan bubuh sedikit air, garam secukup rasa dan black paper.  Sayur ini kalau dimasak terlalu lama sampai berwarna kuning, rasanya lebih kuat menyebabkan kurang rasa enak.



Sudah boleh nikmati

Dah jadi pun!  Rasanya?  Boleh tahan juga, Pak Long kata sedap...  Tetapi kalau untuk cintarasa sendiri lebih sedap kalau taruk cili api!  Biar rasa pijar sedikit bila menjilat bibir hihihi.....

Makan sayur ini panas-panas dengan nasi putih.  Tambah sedap lagi ada sambal belacan asamkan tomato.  Mak Long tidak ada lagan batu hendak tumbuk sambal..guna blender sahaja jadilah.  

Nih hendak bagi tahu, makan sayur ini bagai orang tua macam Mak Long dapat banyak angin....!  Makanan lambat hendak hadam..


Sambal belacan + tomato



Menurut si Google brussels sprout mengandungi banyak khasiat seperti berikut:



Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
179 kJ (43 kcal)
8.95 g
2.2 g
3.8 g
0.3 g
3.38 g
(5%)
38 μg
(4%)
450 μg
1590 μg
(12%)
0.139 mg
(8%)
0.09 mg
(5%)
0.745 mg
(6%)
0.309 mg
(17%)
0.219 mg
(15%)
61 μg
(4%)
19.1 mg
(102%)
85 mg
(6%)
0.88 mg
(169%)
177 μg
(4%)
42 mg
(11%)
1.4 mg
(6%)
23 mg
(16%)
0.337 mg
(10%)
69 mg
(8%)
389 mg
(2%)
25 mg
(4%)
0.42 mg
Other constituents
Water
86 g








Saturday, January 2, 2016

Rawatan Kesihatan Tahunan

Assalamualaikum,

Semenjak menjak sudah naik pangkat "warga emas" kami setiap tahun jumpa doktor buat pemeriksaan kesihatan.  Bukan apa, manalah tahu kalau ada sebarang penyakit cuba datang hinggap atau menempel, in-sya-Allah mungkin dapat dikesan awal.  Apabila sudah cuba berikhtiar untuk mengelak dari sebarang kemungkinan, kalau kena/dapat sakit juga itu baru boleh dikatakan sudah suratan nasib kan....  Pada hari terakhir tahun 2015 (orang puteh kata new year eve) Mak Long ada temujanji dengan Dr Eric Francis di pejabatnya.  Dr Francis seorang doktor muda bersifat lemah lembut dan amat teliti dalam menjalani tugasnya.   Giliran temu-janji Pak Long pula dengan Dr Francis adalah dua minggu dari sekarang.   

Perbincangan kami termasuklah tentang episod sakit pinggang beberapa hari lalu.  Beliau tanya bagaimana kurangkan kesakitan dan Mak Long jelaskan kepadanya.  "You did good... and should continue your yoga exercise..."  Wah kena puji orang tua nih... senyum dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.

Perancangannya untuk tahun ini:

a.  Atur temu-janji untuk ujian darah tahap kolesterol dalam badan

b.  Atur temu-janji untuk mengetahui "bone density" (menguji ketumpatan jisim tulang) untuk mengelak dari berlakunya osteoporosis atau lebih senang kata sakit rapuh tulang menyebabkan tulang mudah patah juga penyebab bongkok tiga seperti nenek kebayan.  Orang lelaki pun boleh dapat osteoporosis.  Menurut kajian orang Asia paling ramai yang dapat osteoporosis.  Emak Mak Long mengidap osteoporosis.... 

c.  Atur temu-janji untuk ujian mammogram.  Ada sejarah barah payu dara dalam keluarga.

d.  Atur temu-janji untuk ujian pernafasan.  Sering rasa keletihanan dan masaalah pernafasan

e.  Temu-janji dengan Dr Yesser Farrar, pakar sakit jantung mudahan tidak perlu makan ubat lagi.  

Hanya ujian colonoscopy sahaja tidak perlu, kerana ujian ini telah dibuat tahun lalu.  Ujian ini hanya dilakukan pada seseorang ialah setiap sepuluh tahun sekali selepas seseorang itu  berumur 50 tahun ke atas.

Amboi banyaknya hendak chek!  Macam takut mati pulak.....!

Menjalani ujian kesihatan bukanlah suatu yang mudah dan murah.  Insuran perubatan di negara ini terlalu dan sangat mahal.  Setiap penduduk diperlukan mempunyai insuran perubatan.  Namun ramai yang tidak mampu membeli insuran!  Dulu kami pun tidak mempunyai insuran perubatan, tetapi alhamdulilah nasib baik menyebelahi kami dan tidak jatut sakit sampai tenat.  Kalau sudah jatuh sakit dan memerlukan perhatian dari pihak hospital, kepakaran doktor dan lainnya lagilah... mahu tiga atau empat kali berlipat ganda mahal kosnya.  

Jagalah kesihatan sebaik mungkin, mudah-mudahan kesihatan yang baik akan memberi kemudahan yang gitu dalam menjalani kehidupan yang banyak ragam dan dugaan.  Berjinak-jinaklah dengan permakanan yang berkhasiat... in-sya-Allah...





Minuman sihat apple hijau + kerot + dan jus lemon














Friday, January 1, 2016

Muka Surat 1 Tahun 2016

Assalamualaikum,

Menulis enteri pertama di muka surat 1 tahun baru 2016.  Malam tadi tonton TV sekejap dari channel Fox News menyambut tahun baru secara langsong.  Ramainya manusia berkerumun di dataran New York's Time Square.  Cuaca sejuk-sejuk tidak menjadi halangan bagi mereka beramai-ramai berkunjung ke situ.  Ada penggunjung berpakaian pendek-pendek dan buka-buka.  Apa agaknya rahsia mereka tahan sejuk?  Celeberiti juruacara wanita semua cantik-cantik dan "good looking" sibuk menjalankan tugas.  Sayangnya pengacara terlalu lama membuang masa bercakap dengan GOP Donald Trump yang selalu cakap besar..asik-asik cakap "I am rich!  I am smart!"  Malaslah nengok TV!  Tutup TV!  Pak Long pun sebuk kerja lain.  Mak Long tidak minat politik... politik negara, politik syarikat, politik pejabat atau politik keluarga buat pening kepala.

Hari ini Pak Long seperti biasa sudah siap awal hendak pergi menziarah sahabatnya Barry Strickland di Pusat Pemulihan, Kerrville.  Memang Mak Long tabik kesetiaan Pak Long terhadap sahabatnya.  Satu hari dalam setiap minggu Pak Long melapangkan masa untuk melawat Barry.  Perjalanan ke situ mengambil masa lebih kurang satu jam lebih.  Mujur tidak banyak kenderaan di jalanraya hari ini, lajulah kereta bergerak!   Seperti biasa bila kami sampai di bilik Barry, beliau duduk atas kerusi roda dan sedang tengok TV.  Ceria nampaknya hari ini dan pertuturannya pun lancar dari minggu lepas.  Barry diserang strok ketika kemalangan bermotorsikal lebih kurang lapan bulan lalu.  Di pusat pemulihan itu dia dilatih bagaimana hendak turun dari katil ke kerusi roda dan diajar pelbagai pergerakan lain untuk menjaga diri, cara-cara menggunakan bilik air sebagainya. 

Belum sampai dua puluh minit kami di situ, jururawat bertugas masuk ke bilik memohon agak kami keluar sebentar.  Rupa-rupanya Barry belum mandi.....!

Kami keluar dan berjanji akan datang semula.  Sementara itu kami singgah ke rumah sahabat lama kami Tom & Paula Callaghan.  Paula jamu kami makan kacang badam bercokolat.  Sedap.. makan sedikit tak cukup!  Mak Long pernah bertugas bersama Tom di Kertih dan di Paka berpuluh tahun dahulu ketika Petronas mula menapak di Terengganu.  Lama juga kami di rumah mereka.  Kalau lama tidak jumpa banyaklah cerita.  Macam-macam cerita keluar....  

Apabila kami kembali semula ke tempat Barry, ia sudah di atas katilnya melihat TV lagi, sudah penat duduk atas kerusi roda agaknya.  Tidak lama kami di situ.  Cuaca pula sejuk dan hujan renyai ketika kami mula bergerak perjalanan balik ke rumah ...  jarum cuaca menunjukkan 36 degrees Fahrenheit atau kira-kira 2 C... beku sejuk sampai ke tulang....




Berteduh kesejukan di musim sejuk












Thursday, December 31, 2015

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum,




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016

MELANGKAH KE HADAPAN DENGAN AZAM
MEMPERBAIKI DIRI:    AGAMA, KEIMANAN, KESABARAN DAN KESIHATAN
AMIN



Nota Setahun Dalam 2015

Assalamualaikum,

Menulis pada petang hari yang ke 365 bagi tahun 2015.  Hari terakhir buat tahun ini.  Ia akan menghilangkan diri buat selamanya.  Yang tinggal hanyalah kenangan dan sejarah abadi dalam hidup di dunia ini.  Untuk peringatan sendiri setiap dugaan yang dilalui memberi pengajaran untuk memperbaiki diri.  Maka cabaran dan dugaan yang diturunkan Allah itu mempunyai rahsia hikmah tersendiri!  Hendaklah ia disambut dengan keikhlasan dengan kesabaran, dimanafaatkan dalam mengatur langkah kehadapan arah kehidupan yang lebih baik.  Perlu yakin setiap yang ditentukan Illahi itu adalah terbaik bagi hambanya.



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016



Kenangan sepanjang 2015 :

DECEMBER 2015
USA



Menyambut kedatangan tahun baru 2016 dengan azam baru.  


*****
NOVEMBER 2015
USA


Setiap hujung minggu ( hari-hari Jumaat, Sabtu atau Ahad) di menafaatkan hari melawat Barry Strickland, sahabat baik Pak Long di Pusat Pemulihan, Kerrville, Texas


*****
OKTOBER 2015
USA

Makan angin ke Canada, dan Timur Laut, Amerika


25hb-26hb Oktober
1.  Chattanooga, Tennessee
2.  Great Smoky Mountains - Jumpa Mike & Mary Hollis
3.  Lookout Mountain Ruby Falls, Tennessee


21hb-23hb Oktober
1.  Shenandoah National Park - Skyline Drive, Virginia
2.  Blue Ridge Mountain Parkway, Virginia/North Carolina
3.  Kunjung Robin, di Belmont, North Carolina



18hb -20hb Oktober
Niagara Falls, Canada

*****

SEPTEMBER 2015
USA


27hb September
Camping di Canyon Lake

*****

OGOS 2015
USA

Sepanjang bulan ini dimenafaatkan dengan kerja-kerja amal 
untuk jiran tertangga dan sahabat terdekat.

*****

JULAI 2015
MALAYSIA



Dua kali penerbang jauh merentas benua menunaikan tanggungjawab 
sebagai anak, ibu dan isteri



20hb Julai
Harijadi Mak Long

*****

JUN 2015
MUAR, JOHOR, MALAYSIA


1.  Berpeluang menjaga Emak di Hospital Muar sepanjang Ramadhan
2.  Berpeluang rehatkan minda bersama anaknda AHQ
3.  Berhari raya idilfitri bersama keluarga dan cucunda Anna



Kali pertama bertemu Adik Niney Azman setelah sekian lama kenal di alam maya
Bertemu di Hospital Muar dan makan tengahari di Tanjung Emas, Muar, Johor

*****

MEI 2015
USA



Kami bergegas ke Ashville, North Carolina 
menziarah sahabat iaitu Barry Strickland terlantar kerana kemalangan motosikal dan strok.
Beliau dirawat di ICU, Ashville Mission Hospital, North Carolina  selama seratus hari
kemudian dipindahkan ke pusat pemulihan di Kerrville, Texas





Banjir besar di Sungai Blanco, Wimberley, Texas 
mengorbankan 21 nyawa dan merobohkan dua buah jembatan utama.  
Sungai ini hanya beberapa batu dari kediaman kami



Gambar menunjukkan satu daripada jambatan yang roboh



Banjir dan taupan besar di Comal Country, Texas



10hb Mei
Jambangan Hari Ibu dari Icah

*****

APRIL 2015
USA



20hb April
Anniversary kami

Sempena menyambut anniversry kami di musim bunga kami pergi makan angin 
di tempat-tempat seperti di bawah:



17hb - 18hb April 
1.  Quray, Colorado
2.  Silverton Train Ride, Durango, Colorado



16hb April
Montana and Idaho




14hb - 15hb  April
Nainamo, Canada



12hb - 13 April
Skagit Valley Tulip Farm, Washington State



9hb - 11hb April
Arches of National Park, Moab, Utah

*****

MARCH 2015
Malaysia


Penerbangan pulang ke tanah air menunaikan tanggung-jawab
kepada Emak dan keluarga.  Di samping itu bertemu dengan sahabat-sahabat terdekat.



4hb - 5hb March
Bersama sahabat baik Normah dan Madinah 

*****

FEBRUARI 2015
MALAYSIA


28hb Februari - 1hb March
Pertemuan Serikandi STF 1968 dan Enche Gu Mr Chan di rumah 
Datin Maimunah Hussin, Ipoh



20hb - 21 Februari
Bersama adik angkat kesayangan Wan Anizam di Majlis Perkhawinan 
anak bekas Boss Encik Karim Abdullah, Shah Alam



15hb Februari
Majlis pertunangan anak saudara Muhammad Fauzan dengan tunangan Raja Nurulain

*****

JANUARI 2015
TEXAS


Musim sejuk, beku  (Freeze)













Tuesday, December 29, 2015

Nota Senaman Sakit Pinggang

Assalamualaikum,

Mak Long buat salah satu dari senaman yoga seperti dalam u-tube di bawah untuk meleraikan urat yang kusut menyebabkan sakit pinggang tempuh hari.  Alhamdulillah ... Hasilnya baik bagi yang bersesuaian menjalankan senaman ini.