Mak Long tidak ingat tarikh mendaftar diri di pejabat guru besar Sekolah Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Tahun sahaja yang ingat iaitu tahun 1963. Sudah berpuluh tahun berlalu tetapi keadaan dan suasana ketika pendaftaran masih jelas dalam ingatan. Hanya Wak, Emak dan adik Mak Long arwah Mak Ngah sahaja menghantar dengan menaiki taxi arwah Uda Man. Kami sesat beberapa kali kerana tidak tahu jalan ke sekolah itu. Tidak macam sekarang sudah ada kemudahan GPS senang, taip sahaja alamat, lainnya GPS akan tunjuk arah. Akhirnya kami sampai juga setelah bertanya dengan beberapa orang di situ.
Ketika sampai di situ hati Mak Long mulai rasa berbelah bagi. Susah hati kerana Mak Long tidak ada kenalan pun tambahan Wak, Emak dan adik akan meninggalkan Mak Long sendirian di tempat asing. Gembira kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki di sebuah sekolah yang menjadi impian ramai pelajar perempuan. Selepas pendaftaran Mak Long telah dibawa oleh seorang kakak iaitu pengawas sekolah ke bilik asrama. Wak dan Uda Man tidak dibenarkan ikut sama kerana orang lelaki tidak dibenarkan masuk kawasan asrama... kawasan larangan! Emak dan adik sahaja yang ikut.
Mak Long ditempatkan di Asrama Teratai. Ada dua buah bangunan asrama lagi yang berhampiran dan Asrama Teratai terletak di antara kedua-dua asrama itu. Semua bangunan asrama ada dua tingkat disambung ketiga-tiga bangunan itu dengan kaki lima beratap dan berpagar besi. Mak Long dapat di tingkat bawah. Kemudian kami dibawa ke bahagian bangunan dewan makan. Banyak meja makan dan kerusi teratur kemas di situ. Bahagian belakangnya ialah dapur menyediakan makanan untuk pelajar. Emak sempat menjengok ke dapur tengok makcik-makcik sedang sibuk memasak.
Bangunan pejabat guru besar kecil sahaja tidak besar mana berkongsi dengan pejabat guru-guru. Bendera Malaya (belum Malaysia lagi) dan bendera Negeri Melaka berkibar di kedua penjuru bangunan pejabat dengan megahnya. Di hadapan pintu pejabat kena memanjat beberapa anak mata tangga batu. Di sekeliling kawasan banyak berbagai jenis pokok bunga subur ditanam dan dijaga rapi. Pendapat Mak Long ketika itu "wahh cantik benar sekolah ni". Guru besar ketika itu ialah Miss Lim seorang wanita tionghua. Genit dan serious orangnya, rambut kerenting pendek; sering berpakaian chongsam belah kiri dan kanan pehanya dengan berkasut tumit tinggi.
Masih ingat lagi, Mak Long nangis sedih waktu berpisah dengan keluarga tersayang. Emak pun nangis, maklumlah kami tidak pernah berpisah jauh sebelum ini. Sampai jauh taxi itu berlalu Mak Long perhatikan dari pandangan. Seorang kawan dari asrama temankan Mak Long. Mungkin dia faham perasaan Mak Long ketika itu sambil memujuk dan pimpin tangan Mak Long berjalan balik ke asrama.
Di asrama Mak Long diperkenalkan dengan penghuni asrama. Mereka yang lebih tua dikehendaki dipanggil kakak. Mereka semua anak bangsa Melayu dari luar bandar datang daripada perbagai cerok daerah dan negeri di Malaya. Seorang kakak tolong mengemaskan pakaian Mak Long dalam locker dan memberitahu apa yang perlu dilakukan setiap hari. Dialah menunjukkan di mana bilik mandi, tempat mencuci kain baju dan lain-lain. Di dalam asrama Teratai mengandungi kira-kira 40 - 45 buah katil bujang dari besi teratus kemas dan bersih. Setiap buah katil disediakan tilam, sebiji bantal berserta sampul bantal, kain cadar warna putih, kain selimut tebal dan alas katil warna biru. Semua sama. Di hadapan katil pula ialah almari kecil (locker) tempat simpan pakaian dan sebagai. Bagi Mak Long semua itu satu kemewahan sungguh istimewa. Di rumah kami tidur atas leca (tilam) lama dialas dengan tikar sahaja. Setiap malam guru bertugas akan membuat lawatan secara senyap-senyap memastikkan pelajar semua berada di katil masing-masing dan tidur!
Mulai petang itu maka bermulalah penghidupan baru sebagai pelajar berasrama penuh selama enam tahun. Zaman pembesaran waktu remaja dan kematangan cara hidup peribadi Mak Long diolah terbentuk oleh antara kawan-kawan dan aturan sekolah. Jadual waktu kami sungguh padat dan teratur rapi daripada bangun tidur hinggalah masuk tidur semula. Aktiviti siang sebegitu membuat Mak Long leka tidak berfikit tentang keluarga. Tetapi waktu malam sungguh menyiksakan. Mak Long sering menangis rindukan Wak dan Emak. Kekadang menangis sampai tertidur ... esoknya mata bengkak! Malu pulak dengan kawan-kawan. Mak Long terpaksa melawan perasan supaya tidak menangis lagi dengan menumpukan pada pelajaran dan banyakkan membaca buku.
Semua aktiviti mengikut jadual. Waktu makan semua mesti berada di dewan makan besar, tidak dibenarkan duduk dan makan selagi seorang pengawas yang bertugas belum membaca bismillah dan doa. Kami tidak dibenarkan makan menggunakan tangan. Semua mesti menggunakan sudu, gerpu dan pisau...... ikut adat cara orang putih makan... Hahaha sudu dan gerpu Mak Long sering terpelanting jatuh sebab tidak pandai guna .. orang kampung ler... Kami dibesarkan dengan makan nasi dan lauk kawah. Kadang-kadang dalam nasi dan lauk terjumpa ulat mati keras... Ya benar! Dalam sehari kami diberi makan empat kali iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Dalam bulan Ramadan kami dikejutkan dengan locing di dinding berbunyi pekak telinga membangunkan kami pergi untuk makan sahor di dewan makan.
Tahun 1963 sekitar kawasan sekolah dan Maktab Perguruan Perempuan Melaka (Sekolah Tun Fatimah ketika itu menumpang bangunan dan kawasan Maktab Perguruan di situ) menghadapi musim kemarau teruk. Berhari-hari kami tidak dapat bekalan air kalau ada pun warna dan bau yang meloyakan. Kalau dapat mandi pun main lap-lap sahaja. Ramai jadi kambing tidak mandi. Sebuah perigi telah digali berhampiran asrama untuk mendapatkan sumba air mengatasi masaalah air.
Nota: Berlumba-lumbalah menimba ilmu untuk tingkatkan taraf hidup dunia dan akhirat.

Semasa Membuat Lawatan Ke Cathay Kris Film Production, Singapura Mak Long berdiri No. 3 dari kanan |
Lencana STF Kena pakai lencana ini di baju seragam sekolah |
Nota: Berlumba-lumbalah menimba ilmu untuk tingkatkan taraf hidup dunia dan akhirat.
Masih adakah sekolah ini di Melaka?
ReplyDeleteTahun 1963. Ingatan lama betul, setahun sebelum saya berumah tangga.
Terima kasih kerana sudi menjengok. Pada tahun 1964 masuk penggal ke dua Sekolah Tun Fatimah telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Larkin, Johor Bahru. Tahun 1964 Mak Long sudah masuk tingkatan 1A. Bahasa penghantaran ialah Bahasa Inggeris. Tahun pertama kami dikehendaki melalui dalam sesi dipanggil "Remove Class"
Delete