Assalamualaikum,
Sudah sekian lama ... bertahun ... catatan ini terbiar tidak habis tulisannya. Itulah kalau kerja itu ditunda selalu akhirnya terlalut lupa...
Sudah sekian lama ... bertahun ... catatan ini terbiar tidak habis tulisannya. Itulah kalau kerja itu ditunda selalu akhirnya terlalut lupa...
Catatan: 25th Mei, 2015
Dalam perjalanan ke bandar tiba-tiba talipon Pak Long berdering. Aduhai kuatnya deringan itu. Terkejut Mak Long yang sedang menggelamun melihat pokok semua menghijau segar selepas hujan. Sekarang pun masih juga hujan turun. Sudah lebih dari beberapa minggu hari-hari hujan. Hati berkata, tidak payahlah siram pokok selagi hujan turun sambil senyum sendirian.
Kami sampai di Meridian, Mississippi Pak Long cakap, "Cukup sampai di sini dahulu untuk hari ini. Kita rehat.." Kami sampai di situ jam 7:24 petang dan bermalam di Hampton Inn. Cuaca sentiasa mendung tiada matahari bersinar sepanjang perjalanan kami.
Sampai di Hospital Asheville, North Carolina sudah masuk pukul 2:18 petang. Kami terus ke hospital di mana Barry sedang dirawat di wad Kecemasan/ICU. Keadaan Barry teruk tidak sedarkan diri..koma!
Pemandangan indah di Pergunungan Asheville, North Carolina |
Dalam perjalanan ke bandar tiba-tiba talipon Pak Long berdering. Aduhai kuatnya deringan itu. Terkejut Mak Long yang sedang menggelamun melihat pokok semua menghijau segar selepas hujan. Sekarang pun masih juga hujan turun. Sudah lebih dari beberapa minggu hari-hari hujan. Hati berkata, tidak payahlah siram pokok selagi hujan turun sambil senyum sendirian.
Bulan ini cuaca buruk, setiap hari hujan lebat. Guruh berdentum sekali sekala mengegar bumi. Kerana cuaca begini juga telah mengurbankan dua puluh dua nyawa apabila banjir kilat berlaku menghanyutkan beberapa buah rumah dan merobohkan dua buah jambatan memisahkan beberapa kawasan berhampiran kami dari bandar. Ada mangsa yang masih belum ditemui entah kemana agaknya dihanyut arus deras. Mak Long teringat pula tentang bah besar di Kelantan baru-baru ini pun belum selesai masaalah yang dialami oleh mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam tersebut. Sayu pula rasa hati .....
Barbara Robinson rupanya yang menalipon. Katanya Barry Strickland sahabat karib Pak Long mendapat kemalangan motorsikal teruk di Asheville, North Carolina. Asheville adalah satu daerah pergunungan yang indah terdapat jalan-jalan sempit berliku tajam. Memang menjadi kegilaan dan kegemaran mereka yang bermoto tidak kira motosikal kecil atau besar. Menurutnya kemalangan itu teruk menyebabkan empat tulang selangka dan tulang kolar Barry patah; kini berada di wad kecemasan Asheville Mission Hospital. Katanya lagi sudah dua kali Barry mengalami stroke ketika di hospital menyebabkan ia hilang daya bercakap. Doktor menasihatkan agar anak-anaknya datang melihat bapa mereka. Barry mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Sara, Judy dan Janell.
Barry adalah sahabat lama dan paling rapat dengan Pak Long. Mereka biasa bertugas bersama di India, China dan Houston. Ia seorang yang pendiam tidak banyak cakap dan besikap penyayang. Beliau rajin menjengok kami, kadang-kadang hingga beberapa hari tinggal dan lepak di rumah kami. Mereka mempunyai hobby yang sama iaitu gemar dan sering menonggang motorsikal besar Harley Davidson di merata tempat. Pak Long berkira-kira hendak pergi ke Asheville, menghulur bantuan kepada Barry iaitu selepas Icah pulang ke Dallas di hujung minggu. Icah pulang ke rumah, rindu pada emak dan dad katanya.
Sebenarnya banyak kali Barry mengajak kami pergi bersama-samanya ke Asheville, North Carolina termasuklah daerah-daerah lain di sana, tetapi Pak Long menolak dengan alasan kami baru sahaja pulang dari perjalanan jauh di Utara Amerika. Penat masih terasa lagi dan sengal-sengal badan masih belum hilang sebenarnya.
26/5/2015
Perjalanan kami ke North Carolina dengan truck mengambil masa selama 18 jam .. dua hari perjalanan. Ya jauh..! Ada beberapa jalan menuju ke sana. Semuanya lebih kurang sama jauh dan sama masa perjalanan. Pak Long berpendapat merentas jalan melalui lebuhraya I-35 North, kemudian gunakan leburaya I-97 North melalui bandar-bandar kecil seperti Taylor, Palestine seterusnya ke leburaya I-20 East dan bertukar ke beberapa lebuhraya lain hingga sampai ke Asheville. Perjalanan hendak keluar dari Texas memang mengambil hampir sehari suntuk. Besar betul Texas! Kami berhenti hanya perlu.
Sepanjangan perjalanan cuaca mendung dan hujan di sepanjang jalan. Sungai, parit dan lurah penuh melimpah air dan arus di sungai-sungai deras lagi merbahaya. Banyak ladang tanaman ditengelami air. Tanaman yang baharu sahaja mula tumbuh banyak yang rosak dan mati tengelam.
Kami sampai di Meridian, Mississippi Pak Long cakap, "Cukup sampai di sini dahulu untuk hari ini. Kita rehat.." Kami sampai di situ jam 7:24 petang dan bermalam di Hampton Inn. Cuaca sentiasa mendung tiada matahari bersinar sepanjang perjalanan kami.
Waktu subuh sangat awal di daerah itu. Pukul 4:25 pagi sudah masuk waktu. Semalam waktu Maghrib pula pukul 9:15 malam baru masuk waktu. Mak Long berfikir tentang puasa bulan Ramadhan di kawasan ini waktu berpuasa lebih panjang lagi baharu boleh berbuka. Musim panas siangnya lebih panjang dari malam. Kami keluar awal dari kelaziman bila kami berpergian. Pagi ini pukul 6:30 pagi kami sudah di jalanan. Hujan lebat hari itu hingga tidak boleh nampak jelas.
Jam 7:00 pagi kami sudah masuk dalam Negeri Alabama "Sweet Home Alabama" ... Cogan kata Negeri Alabama. Pernah dengahkah lagu bertajuk Sweet Home Alabama? Hihihi sebuah lagu lama .. suka juga telinga ni dengar lagu lama itu.
Pendeknya kami memang tidak banyak berhenti melainkan berhenti untuk isi minyak kereta dan "melepas keperluan". Perjalanan kami sampai di Negeri Tennessee jam 11:50 pagi di mana "eastern time change" iaitu waktu bertukar lebih satu jam awal. Singgah di "Welcome Center" untuk mengambil peta (tidak mengharapkan sangat pada si Minah GPS) ... sesat nanti maklumlah tempat tidak biasa.
Sampai di North Carolina kami berhenti lagi di "Welcome Center" untuk mendapatkan peta negeri itu. Peta adalah sangat penting kalau kita dalam perjalanan di tempat-tempat yang tidak biasa. North Carolina dan Tennessee negeri yang amat indah di mana banjaran The Smokey Mountains terletak indah tetapi merbahaya dengan jurang dalam dan jalanraya yang bengkang bengkok. Perut pula sudah berkerok-kerok kosong minta makan. Rezeki kami baik alhamdulillah terjumpa Restauran Captain Ds yang menghidangkan juadah makanan laut.
Barry dalam wad kecemasan |
Wad kecemasan |
Kami dibenarkan masuk ke wad kecemasan tanpa masaalah pada bila-bila masa sahaja. Janell dan Judy sudah berada di situ bergilir-gilir menjaga bapa mereka. Pihak hospital tersebut menyediakan tempat tidur untuk keluarga yang menjaga pesakit di sebuah perumahan yang sangat selesa dan cantik di pergunungan berhampiran dengan hospital.
Hanya satu yang menjadi masaalah dalam penjagaan Barry. Barbara Robinson! Dia mahu mengambil alih sebagai ketua dalam keluarga Barry.. Mana boleh "engkau" bukan isteri atau keluarga Barry! Sehinggakan hal peribadi dan kewangan Barry dia mahu pegang di tangannya. Aduhai! Tentulah anak-anak Barry tidak gemar dan mahu Barbara keluar. Maka terjadilah perselisihan antara mereka. Pihat doktor dan jururawat juga menghadapi kesulitan untuk merawat Barry kerana sering diganggu Barbara. Kesudahannya doktor terpaksa menggunakan kuasa vitonya agar Barbara tidak masuk wad itu dan tidak mengganggu keluarga terutama Barry. Habislah! Sebenarnya si Barbara adalah sahabat "rapat" Barry tetapi ternyata wanita itu yang lebih-lebih. Walau pun Barry koma tetapi nyata dia dapat mendengar semua percakapan dalam wad itu.
Motorsikal Barry |
Beberapa kerosakan pada motorsikal |
Di jalanraya bahaya itulah (dalam gambar bawah) di mana kemalangan berlaku yang hampir-hampir meragut nyawanya. Barry tidak ingat apa yang telah berlaku hingga ke hari ini. Seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat melalui jalan bahaya itu dan berhenti apabila beliau nampak kesan-kesan kemalangan di jalanraya tetapi tidak nampak sebarang kenderaan di situ. Setelah berjalan beberapa ela ke hadapan beliau jumpa Barry yang sudah biru mukanya kerana lehernya terjerat dengan ikatan tali keledar. Setelah dibuka keledar baharulah merah semula mukanya. Barry telah dibawa ke hospital segera untuk rawatan.
Jalan berbiku-biku |
Selama dalam rawatan itu tiap-tiap minggu Pak Long datang melawat dan menemani serta memberi semangat kepada Barry.
Bangunan Hospital |
Harap ada sambungan kisah ini. Apakah Barry telah pulih sepenuhnya.
ReplyDeleteTabik dengan semangat setiakawan Paklong. :)
In sha Allah..
Delete