Pages

Wednesday, August 17, 2016

Riadah Hari Ini

Assalamualaikum,

Hari ini Mak Long ingin berkungsi satu senaman yoga yang mudah diikuti untuk melegakan urat belakang dan pinggang yang berasa tegang dan sakit.  Pinggang berasa sakit bila membongkok atau bila hendak bangun dari pembaringan.  Gerak senaman yoga ini dapat membantu melegakan tekanan dan kesakitan yang dialami.  Mak Long lakukan gerak yoga ini hampir setiap hari terutama selepas perjalanan jauh atau berkerja lebih sedikit di rumah.

Tahukah anda kemalangan sering berlaku dalam rumah?  Teruk atau tidak teruk sahaja.  Di bilik air, di dapur, di meja makan atau di mana-mana sahaja dalam rumah boleh terjadi kemalangan.  Semakin umur kita bertambah kehadapan, nyata kekuatan tenaga kita semakin berkurangan.  Anggota dan otot sering berasa bisa-bisa tidak tentu pasal walau pun tidak ada melakukan sebarang pekerjaan berat.  Kemudian diikuti pula dengan rasa seluruh badan keletihan hingga kadang-kadang hendak angkat tangan dan kaki pun tidak larat.  Justeru keperluan untuk menjaga keselamatan adalah penting supaya kemalangan tidak berlaku.

Sekiranya ingin melembutkan urat-urat yang tegang dan keras cubalah pergerakan yoga ini.  Pergerakan senaman perlahan mengikut kemampuan diri.  Sekiranya dilatih setiap hari, lama-lama urat menjadi lembut.


















11 comments:

  1. Assalamualaikum Mak Long.
    Yoga ni bagus untuk peredaran darah dan movementsnya yang agak perlahan banyak membantu. 3 minggu sudah saya sakit belakang. Saya pi jumpa doktor untuk tanya/ambil ubat. First question that she asked was, "Sudah berapa lama you punya tilam?" Saya jawab dah hampir 20 tahun. Dia tanya lagi, "Masih comfortable?" saya jawab dah ada rasa 'spring'. Doktor ketawa dan suruh saya tukar tilam.Katanya lepas tukar/tidur di surface yang lebih flat, sakit belakang saya akan hilang. True enough, after 2 days, it's gone! Hahahahahahaha...tilam saya rupanya!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Uncle.
    Ooooo Uncle pun dah kena penangan penyakit lembek... Kami dah kena empat tahun lalu. Sejak ganti tilam baru, sengal belakang hilang... Doktor cadangkan pilih tilam yang "firm" mampu membantu menyelesaikan masaalah. Semuga Uncle dan Auntie sihat dan enjoy tilam baru.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mak Long

    pB datang tinggalkan jejak .....

    ReplyDelete
  4. Benar senaman sangat penting buat kita
    Tak kita tua/muda.
    Yoga salah satu caranya beriadah yg mudah - tak perlu keluar rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah biasa buat senaman, sekali-kali tidak buat...badan berasa lemah. Selain dari solat untuk ketenangan jiwa bersenam itu awet muda kan...

      Delete
  5. Assalamualaikum.slm perkenalan ya.mak long x kenal saya tapi saya suka sgt baca blog mak long gara2 risau ank saya akn bertugas disana hujung bln ogos ini cari2 jumpa blog mak long...lega rasenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Dari tak kenal kita boleh jadi kenal....salam perkenalan buat Asassuan. Tahniah untuk anak dan Asassuan semuga segala urusan dipermudahkan hendaknya. Anaknya akan bertugas di mana di USA?

      Delete
  6. Hi Mak Long
    Currently such spectacular acrobatics might be too strenuous for Hank's aging self. By the way durian is now in season

    http://imagery77.blogspot.my/2016/08/a-moment-captured-no-more-rarity.html

    Hank

    ReplyDelete
  7. Hank,

    You are not alone, Hank. Simple basic yoga movements are great help to my lower back bone.. Geeee... I don't think walking through old age lane is graceful for me... However trying to do it the best I can..

    Durians .... Aahhh that's what they (my kids) have been talking about. I eat durians unfortunately they not not among my fav fruits.

    ReplyDelete