Pages

Wednesday, August 31, 2016

Mengurut Keletihan "Jet lag"

Assalamualaikum,

Penerbangan jauh menaiki pesawat amat meletihkan.  Akibat dari penerbangan jauh itu mengganggu seperti rasa keletihan dan kebingungan diri.  Badan seseorang itu berasa tidak mampu dalam menyesuaikan diri dengan zon waktu yang baharu.  Ia dinamakan dalam bahasa Inggeris "jet lag".  "Jet lag" boleh mengganggu pola tidur seseorang iaitu membuat rasa mengantuk dan lesu.  Semakin banyak zon waktu yang dilintasi kerana penerbangan jarak jauh, maka "jet lag" yang dialami lazimnya menjadi lebih teruk dan mengambil masa beberapa hari untuk pulih.

Bagaimana boleh terjadi "jet lag"?

Menurut yang Mak Long baca, bahawa dunia ini terbahagi kepada 24 zon waktu yang berbeza.  Tubuh kita akan menyesuaikan waktu sehari 24 jam dipanggil ritme sirkandian.  Ritme ini mudah terganggu setelah melintasi zona waktu yang berbeza.  Jadi, penyebab "jet lag" adalah selepas perjalanan penerbangan yang jauh sehingga tubuh gagal menyesuaikan dengan zon waktu yang baru.

Cara untuk mengatasi rasa "jet lag" itu mudah sahaja:

Apabila mengalami "jet lag", perlulah diatasi segera agar tidak menimbulkan masaalah.  Biasanya "jet lag" tidak menimbulkan masaalah kesihatan jangka panjang yang membimbangkan hingga memerlukan menelan ubat.  Tip-tip untuk kelegaan dari "jet lag" :

*  Ketika sampai di tempat yang dituju .. Lakukan rutin baru iaitu masa makan dan tidur hendaklah mengikut tempat zon masa baru.  Jangan ulangi rutin biasa yang dilakukan di rumah di tempat baru.

*  Elakkan tidur siang apabila sampai di destinasi baru walaupun badan berasa letih selepas penerbangan jauh sehingga sampai waktu tidur yang betul.  

*  Segarkan diri dan sentiasa aktif hingga sampai waktu tidur di tempat baru untuk membantu tubuh menyesuaikan diri dengan rutin baru.

*  Dapatkan cahaya di luar waktu siang hari kerana cahaya itu membantu tubuh menyesuaikan suasana baru.

Sehari selepas Mak Long sampai, Kakak (puteri sulung Mak Long) sarankan kami makan tengahari di kedai makan di Kampung Baru.  Hendak makan nasi penyit katanya.  Mak Long ikut sahaja asal sahaja dapat membatu menghilangkan "jet lag".  Sejak sampai di Kuala Lumpun ini keluarga asik-asik ajak menjamu selera sahaja.  Habislah diet Mak Long, entah ke laut mana ...?  Apa-apa pun Mak Long perlu berhati-hati tentang permakanan.  Alaa enjin perut lama....

Malamnya pula anak-anak bawa ke kedai makan anak saudara Mak Long di Damansara Utama.  Nama kedai makan itu ialah "The Port".  Mereka ni masih baru lagi dalam urus niaga kedai makan.  Masih banyak kelemahan.  Alhamdulillah menjadi juga walau pun pelan-pelan berkat berbekalkan kecekalan di hati mereka.  Mereka mendirikan sebuah bangunan kecil kemudian bahagian dalamnya dibahagi-bahagikan kepada beberapa petak jualan yang disewakan kepada peniaga-peniaga kecil menyediakan beberapa jenis menu.

Kami sengaja datang senyap-senyap ke sana, duduk di meja di suatu sudut kemudian membuat pesanan makanan dan minunan.  Sudah siap buat bayaran baharu cari anak-anak saudara Mak Long.  Terkejut mereka apabila nampak Mak Long muncul dengan tiba-tiba.  Kalut mereka mahu menyediakan meja untuk kami.  "Mak Long, mintak ler apa-apa nak ekk... Tariq belanja!"  Hampir merajuk mereka apabila diberitahu semua sudah beres.....  Mak Long cakap "business tetap business" walaupun dengan keluarga.  Keluarga ramai, kalau semua yang datang hendak dibelanja.... Tidak boleh jadilah begitu.....

Ketiga-tiga anak saudara datang berkumpul di meja kami ...sembang-sembang macam-macam.  Ketika mereka kecil semuanya manja dengan Mak Long.  Sudah besar panjang pun tetap sama.  Kemudian Alil datang ke meja membawa sebesen buah manggis dari kampung.  "Keras kulitnya Mak Long, si anu tu dimasok ke nye dalam peti sejuk!  Isinya tak aral (rosak)..."  Pukul satu pagi baharulah kami bersurai.  

Semuga anak-anak muda Melayu kita akan terus gigih berusaha bersaingan dengan bangas-bangsa lain di negara ini.  Yang mereka perlu adalah galakan di samping dengan doa dari keluarga dan sahabat-sahabat.






















Saturday, August 27, 2016

Pulang Ke Tanahairku

Assalamualaikum,

Diam tidak diam sudah hampir setahun Mak Long tidak pulang ke tanahair.  Bukannya tidak rindu kepada tanah kelahiran, bukan main lagi, Tuhan sahaja yang tahu betapa rasa rindu itu di hati.  Namun perasaan itu disimpan baik-baik agar tidak ketara kepada Pak Long, walaupun beliau tidak pernah menghalang bila-bila masa Mak Long mahu pulang ke kampung.  Menyedari tanggungjawab sebagai seorang isteri itulah membuat Mak Long diam-diam sahaja.

Seruan dari tanah tumpahnya darah itu semakin menebal sekian hari.  Mak Long selamat sampai Kuala Lumpur semalam petang .. Alhamdulillah .... Wahhh panas lembab betul cuaca.  Berpeluh dan berkeringat melekit seluruh anggota.  Walaupun badan mengalami keletihan (jetlag) dengan penerbangan jauh selama 21 jam lebih, dengan pertukaran cuaca dan suasana sekeliling, hati ini tetap bersyukur dan gembira menemui keluarga tersayang yang selama ini tidak lekang dari ingatan.  Melihat kegembiraan terpancar di wajah keluarga membantu menyegarkan minda tua ini.  Alhamdulillah.....

Malaysia tanahair tercinta.  Begitu banyak berubah rupa yang ketara walaupun hanya dalam setahun masa berlalu.  Di jalanrayanya...waaaa setiap jalan yang dilalui pasti mengharungi kesesakan lalu lintas ketara.  Terasa bimbang dan was-was di fikiran, mampukah diri ini memandu kereta sendirian di tengah-tengah arus lautan kesibukan lalu lintas.  Aduhai....  Penyakit ganjaran kemajuan di negara membanggun.

Bangunan tinggi-tinggi di setiap inci di bandaraya seperti cendawan tumbuh bercambah tanpa gangguan.  Bandaraya Kuala Lumpur sudah berubah rupa!  Begitu juga penghuninya!  Yang belum berubah rasa nasi lemah kegemaran Mak Long.  Hahahaha sarapan pertama di Kuala Lumpur....sedap dan berselera ....my comfort food!








Wednesday, August 17, 2016

Riadah Hari Ini

Assalamualaikum,

Hari ini Mak Long ingin berkungsi satu senaman yoga yang mudah diikuti untuk melegakan urat belakang dan pinggang yang berasa tegang dan sakit.  Pinggang berasa sakit bila membongkok atau bila hendak bangun dari pembaringan.  Gerak senaman yoga ini dapat membantu melegakan tekanan dan kesakitan yang dialami.  Mak Long lakukan gerak yoga ini hampir setiap hari terutama selepas perjalanan jauh atau berkerja lebih sedikit di rumah.

Tahukah anda kemalangan sering berlaku dalam rumah?  Teruk atau tidak teruk sahaja.  Di bilik air, di dapur, di meja makan atau di mana-mana sahaja dalam rumah boleh terjadi kemalangan.  Semakin umur kita bertambah kehadapan, nyata kekuatan tenaga kita semakin berkurangan.  Anggota dan otot sering berasa bisa-bisa tidak tentu pasal walau pun tidak ada melakukan sebarang pekerjaan berat.  Kemudian diikuti pula dengan rasa seluruh badan keletihan hingga kadang-kadang hendak angkat tangan dan kaki pun tidak larat.  Justeru keperluan untuk menjaga keselamatan adalah penting supaya kemalangan tidak berlaku.

Sekiranya ingin melembutkan urat-urat yang tegang dan keras cubalah pergerakan yoga ini.  Pergerakan senaman perlahan mengikut kemampuan diri.  Sekiranya dilatih setiap hari, lama-lama urat menjadi lembut.


















Monday, August 15, 2016

Makan Tengahari Ini...

Assalamualaikum,

Hari ini menu dari dapur lain-lain.... Untuk Pak Long lain, Mak Long pun lain.  Hendak kosongkan peti sejuk.  Mana yang ada sikit-sikit perlu digunakan, sayang hendak buang.

Untuk Pak Long "comfort food" dialah...burger.  Minggu hadapan pergi ke pasar daging halal di Bandaraya Austin kira-kira satu jam perjalanan dari rumah.


1.  Sayur kobis dipotong memanjang kira-kira setengah inci lebar.  Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak zaitun dan sedikit butter.  Goreng kobis sampai layu dan masukkan garam sedikit.  Masukkan dalam pinggan.


Kobis

2.  Guna kuali yang sama, masukkan cendawan yang dipotong. Tabur sedikit lada hitam dan garam.  Goreng sampai layu.  Letak dalam pinggan berisi sayur kobis tadi.


Cendawan

3.   Kuali yang sama, letakkan sedikit butter dam letakkan daging burger.  Daging burger dikepal bulat sebesar penumbuk wanita (tidak besar sangat) tanpa campur perencah apa-apa.  Tekan dan leperkan dengan menggunakan sudip.

Supaya senang dan cepat kerja, daging yang dibeli itu segera dibahagi-bahagikan sama besar iaitu setiap satu paun dibahagi empat bahagian kemudian dibulatkan.  Bungkus dengan kertas (freezer paper) atau plastik khas untuk simpan dalam peti beku.  Bila-bila terasa hendak makan burger keluarkan daging burger yang beku itu dan biarkan hingga lembut di suhu bilik.


Daging burger

4.  Tabur banyak-banyak perisa (garam + serbuk lada hitam + serbuk cili + serbuk bawang) pada daging itu.  Tabur lebih-lebih sikit pun tidak mengapa.  Boleh didapati di supermarket.


Tabur rempah pada daging burger

5.  Masak selama 3-5 minit baharu dipaling/tebalikkan.  Pak Long suka burgernya "well done" iaitu masak sedikit garing di luarnya.


Daging burger dah masak

6.  Kalau suka keju bolehlah letakkan keju atas burger.  Mak Long suka guna keju colby jack Tillamook.


Keju colby jack

7.  Potong keju ikut suka banyak mana.  Letak atas burger dan tutup dengan tudung periuk biar keju itu cair.


Letak keju atas daging burger

8.  Nahhh dah jadi burger berkeju.  Cubalah...  Mudah...


Burger berkeju, sayur goreng

Yang di bawah ini menu Mak Long punya.  Sup sayur campur udang.  "Corn bread" lebihan dua tiga hari lepas dan air kelapa berselasih.

Cornbread adalah roti dibuat dari "corn meal flour" - sejenis tepung jagung kasar.  Tidak tahulah kalau tepung corn meal ada dijual di pasaran di Malaysia.




Corn meal flour.

Corn meal




















Perjalanan Ke Wisconsin Dan Minnesota

Dari catatan


13/7/2016

Mesjid, Milwaukee


Mesjid di Milwaukee, Wisconsin

Kami selamat sampai ke destinasi kami di Milwaukee, Wisconsin dan terus ke hotel yang Pak Long tempah pagi tadi iaitu Hotel Best Western yang berhadapan dengan lapangan terbang Milwaukee.  Sebuah hotel lama.  Besarnya hotel ini mempunyai sepuluh buah pintu utama masuk dan keluar seluruh kawasan dalam hotel.  Kolam renangnya juga besar setarap dengan kolam renang olympic.  Ambui lenanya kami tidur malam itu.

Gambar di atas ialah sebuah mesjid besar terletak di tepi jalanraya menuju ke hotel.  Tidak perasan apabila toleh ke kanan ternampak hampir terlajak.  Hendak pusing semula trafik tidak membenarkan berbuat demikian.  Tidaklah sempat hendak baca nama mesjid itu.  Seronok dan bersyukur adanya mesjid besar di negara yang rakyatnya rata-rata bukan umat Islam.


Museum Harley Davidson, Wilwaukee

Gerbang masuk ke Museum Harley Davidson

Agenda hari ini ialah melawat Museum Harley Davidson.  Milwauke, tempat inilah yang sering disebut-sebut Pak Long di mana motorsikal Harley Davidson dikeluarkan.  Memang sudah lama beliau ingin berkunjung ke situ baru kini tercapai keinginannya.  Ramai penggunjung datang tidak mengira umur.  Hari ini juga mungkin kebetulan kebanyakan penggunjung dari warga emas.  Mereka datang beramai-ramai dengan bas rombongan... ada yang bertongkat, ada yang dengkot, ada yang berpimpin dan berkerenah... semua nampak bertenaga sungguh melihat pamiran di museum.  Ada juga yang ghairah hendak naik di atas motorsikal.  Memang ada disediakan di sisi pintu masuk beberapa motosikal yang dibenarkan pelawat naik, untuk ambil gambar dan berangan sedang menunggang motorsikal, siap enjin bunyi vroooooom.  Ada pertugas di situ melayan mereka dengan ramah dan membantu mereka itu naik atas motor.  


Posing habis!

Pelawat dikenakan bayaran untuk masuk ke museum, mereka yang menjadi ahli "HOG" (Harley Owners Group) masuk percuma.  Pak Long ahli HOG masuk percumalah.... Mak Long bukan ahli kena bayarlah.  Adalah orang berkemeja biru di atas senyum-senyum mahu gambarnya di hadapan penunggang motorsikal besi itu diambil buat kenangan hahahaha...


Reka bentuk motorsikal Harley Davidson peringkat awal

Harley Davidson dengan "carrier" penumpang

Hari ini juga Mak Long dapat menambah penggetahuan iaitu dulu-dulu ketika tayar mula dicipta adalah berwarna putih mengikut warna asli getah (lihat dua gambar di atas).  Kemudian dalam awal 1900 tayar dihitamkan menggunakan "carbon black chemical" menjadikan tayar lebih baik dan lebih tahan lama.  Tidak rugi datang berkunjung ke museum tersebut walau pun memang pada awalnya Mak Long rasa tidak minat langsong hendak ke situ.  




Gambar di atas ialah motorsikal yang digunakan untuk pecut lasak menggunakan "snow chain".  Sudah tidak diguna gantung melekat ke dinding. 




Macam-macam rupa, sais dan warna tangki minyak motorsikal Harley Davidson mengikut tahun motorsikal dikeluarkan.


Dirt bike

Keluar dari museum kami ronda-ronda sekeling bandaraya itu tetapi kami tidak berhenti dan singgah di mana-mana.  Lalu di kawasan perumahan yang kebanyakannya rumah-rumah lama dijaga rapi yang masih didiami.

Bagunan Museum Seni Lukis


Kedua-dua gambar di atas dan di bawah ialah bangunan yang agak unik reka-bentuknya ialah bangunan museum seni lukis.  Ia berbentuk bersayap seperti ikan pari.  Pelbagai museum terdapat di Milwaukee, kebanyakannya museum berkaitan dengan ugama mereka.


Bangunan Museum Seni Lukis

Di bawah ini ialah gambar contoh rumah lama di kawasan perumahan di Bandaraya Milwaukee.


Rumah lama

Gambar di bawah pula ialah kilang membuat beer .... orang Amerika memang tidak sah kalau tidak minum beer.  Apabila lalu berhampiran dengan bangunan itu maka berbaulah beernya.  Wisconsin adalah satu daripada pengusaha untuk pengeluaran beer terbesar di Amerika selain dari pembuatan keju.


Gudang beer di tengah Bandar Milwaukee



Lake Michigan

Dari museum kami beredar melihat Lake Michigan yang terletak di Wisconsin.  Cantik tasiknya, air jernih membiru dengan pantai berpasir putih bersih.  

Lake Michigan adalah satu daripada gugusan kumpulan The Great Lakes terletak di Utara Benua Amerika.  Lake Michigan juga adalah tasik yang letaknya dalam United States. Tasik-tasik yang empat buah lagi itu letaknya berkongsi antara United States dengan Canada.  Empat lagi tasik itu ialah Superior Lake, Huron Lake, Erie Lake dan Ontarior Lake.  Di sekolah rendah dahulu Mak Long belajar tentang tasik-tasik itu melalui mata pelajaran ilmu alam.  Sampai sekarang boleh ingat lagi....!  Anihnya kebanyakan kita boleh mengingati perkara dan peristiwa dulu-dulu, tetapi tidak boleh mengingati banyak peristiwa dan pekara yang berlaku terkini.  


Tasik Michigan dan kabus mendarat

Tasik Michigan

Kebetulan ketika kami sampai di situ, kabus tebal sedang bergerak perlahan-lahan dari tasik menghala ke darat.  


Pantai Tasik Michigan

Tasik Michigan

Marina Tasik Michigan

Sepanjang hari itu kami puas menyusuri Tasik Michigan dengan kereta dipandu hampir setiap lorong di sekitar kawasan dan bandar itu di mana terdapat banyak rumah-rumah lama dan baharu.


Pinggir Bandar Milwaukee

Ladang Jagung

Setelah puas pusing-pusing baharulah kami teruskan perjalanan menuju ke Minnesota.  Jauh juga perjalanan itu dan sekali lagi melalui ladang-ladang jagung dan beberapa ladang gandung yang menguning warnanya.
  

Ladang gandum

Apabila hampir petang kami mencari hotel yang mana tidaklah bermasaalah sangat mencarinya.  Guna minah GPS untuk carikan hotel.... mudah kan!  Keletihan orang tua nih sampai rasa hendak pitam dan lutut rasa longgeh tambah penat duduk, letih mata namun seronok dan bersyukur berpeluang melihat dunia Allah yang terbentang luas untuk dinikmati hahahaha. 

Malam itu kami lena betul, sedar-sedar sudah subuh.  Sepanjang hari kami di atas jalan menuju ke Daerah Duluth, Minnesota di utara Amerika.  Kami bermalam pula di Hotel Best Western, Ruthschile, Wisconsin.  Esok sambung lagi pengembaraan kami ke Minnesota.



14/7/2016

Duluth, Minnesota

Pagi-pagi sebelum pukul 7.00 pagi kami sudah dalam perjalanan ke Duluth, Minnesota.  Kami melalui beberapa perusahan penternakan lembu susu di mana Wisconsin adalah juga pengeluaran keju terbesar Amerika.  Wisconsin adalah salah satu dari negeri yang menghusahakan keju terbaik di Amerika. Teringin juga hendak beli keju tetapi keju memerlukan bekas bersuhu sejuk agar tidak rosak.  Begitu juga susu.  Untuk mengenali jenis lembu yang mengeluarkan susu, lembu ini bertompok putih dan hitam.  Kebanyakan lembu ini diberi makan dedak dan rumput kering dan ada juga penternak melepaskan lembu tersebut di padang ragut.  Kebanyakan pengusahaan ini diusahakan oleh peladang secara bersendirian.

Penanaman jagung berluasan tahun ini.  Selain dari itu gandum dan kacang soya juga ada diusahakan penanamannya.  



Superior Lake, Minnesota

Hasrat kami ke situ ialah untuk melawat "Split Rock Light House" yang tersohor dengan keindahan pemandangannya.  Rancangannya, dari situ kami akan mulakan perjalanan berpatah pulang ke Texas melalui beberapa bandar dan kawasan di antaranya Bandaraya St Paul.  Pak Long cakap bandar itu cantik.  Hati sudah bukan main tidak tahan hendak balik teringatkan rumah.  Tentu makanan burung sudah licin dari sangkar makanan mereka begitu juga air manisan "hummingbird" mesti sudah kering air manisan mereka.



Split Rock Lighthouse, Duluth, Minnesota

Split Rock Lighthouse atau Rumah Api Split Rock terletak di Silver Bay iaitu di pantai Utara Lake Superior.  Rumah api tersebut telah siap pembinaanya dalam tahun 1910; pembinaan yang menelan belanja sebanyak USD75,000.00 termasuklah harga tanahnya sekali.  Ketika pembinaannya segala alat binaan dibawa melalui dari perairan kerana ketika itu kawasan tersebut masih belum ada kemudahan jalanraya lagi.  Split Rock Lighthouse dianggap rumah api paling terindah pemandangannya di Amerika.  Kini rumah api tersebut telah dijadikan sebagai pusat pelancungan.


Kami sudah sampai di sini

Cuaca juga sangat baik antara 60-70 degree.  Ini musim panas tetapi di sini cuacanya sangat bagus sekali.  Seperti dalam musim bunga.  Berbagai jenis bunga liar di merata tempat di tepi  jalan dan lurah.  




Pemandangan "Rumah Api Split Rock" dari Pusat Pelancung

Ketika kami sampai di bangunan pusat pelancung kawasan itu, sudah ramai penggunjung dari pelbagai bangsa dan usia sudah berada di situ.  Sebelum kami memasuki  kawasan rumah api setiap penggunjung dikenakan bayaran.  Penggunjung boleh memilih samaada mahu mengikut pemandu pelancung yang memberi penerangan sejarah tentang rumah api itu atau pun pergi sendirian.  Kami memilih untuk mengikuti pemandu pelancung untuk mengetahui serba sedikit tentang rumah api.


Penggunjung rumah api

Dalam gambar ternyata penggunjung leka mendengar penerangan dari pemandu pelancung yang pandai bercerita dan beliau amat lucu.  Adik kecil dalam dukungan pun senyap penuh perhatiannya.


Halaman Rumah Api Split Rock

Gambar di bawah, kami berdiri dari tepi rumah api menghadap ke perairan Lake Superior.  Bayu dari tasik sangat lembut dan menenangkan.


Lake Superior 

Peranan utama mendirikan rumah api yang dinamakan Split Rock Lighthouse ialah untuk memberi amaran kepada kapal-kapal yang belayar berhampiran di sekitar Lake Superior ketika kabus tebal menutup pemandangan.  Dikatakan juga banyak kapal telah tenggelam di situ ketika ribut Mataafa yang berlaku dalam tahun 1905.  Antara kapal yang telah tenggelam di situ ialah kapal yang bernama Madeira.


Rumah Api Split Rock menghadap Tasik Superior

Apabila keadaan kabus menutupi perairan tasik pihak penjaga rumah api akan membunyikan kedua-dua trumpet dan menyalakan sinaran lampu hijau, merah dan kuning sebagai amaran kepada pelayar kapal supaya tidak mendekati pantai.  


Dua buah Trumpet

Penjaga rumah api

Tugas seorang penjaga rumah api itu berat dan penting untuk menjaga keselamatan di Lake Superior.


Pekerja mengendali rumah api

Penjagaan rumah api mengambil masa sepanjang hari, terutama ketika cuaca tidak menentu.



Alat dalam rumah api

Bahagian masuk ke rumah api

Ada orang sedang posing di bahagian ruang masuk ke rumah api.  Sempat bersembang dengan penjaga di situ lagi!


Rumah penjaga rumah api

Terdapat tiga buah rumah disediakan khas untuk tempat tinggal penjaga rumah api.  Rumah-rumah itu dibaik-pulih seperti sedia kala tanpa alat letrik. 



Bahagian dapur rumah penjaga rumah api

Rumah dua tingkat yang dibina sederhana tetapi selesa mempunyai tiga bilik tidur, dapur dan bilik mandi.  Di sekeliling kawasan rumah penjaga dan isteri mengusahakan penanaman sayur dan buah-buahan sebagai bekalan makanan mereka sekeluarga.



Bahagian bilik tidur utama rumah penjaga rumah api

Besen dan alat pemerah kain

Tangga naik untuk ke tepi Tasik Superior

Gambar di atas adalah tangga (175 mata tangga) naik bukit yang tidak jauh menuju ka sebelah kanan bukit dari rumah api terletak untuk menikmati pemandangan dari jauh. 



Tangga turun

Gambar di atas pula adalah tangga turun semula ke rumah api.  Lenggoh kaki naik turun tangga itu.  Berpeluh juga tetapi tiupan bayu dari tasik dan hutan lipur di sekeliling amat nyaman.  Cuaca yang segar dan bersih.  Apabila berasa penat boleh berhenti seketika berihat di beranda yang disediakan sambil menikmati alam sekitar. 


Pemandangan Rumah Api Split Rock

Pemandangan yang sungguh indah dan menakjubkan dari jauh di mana kami berdiri.  Berbaloi juga naik dan turun tangga disamping dapat bersenam begitu.  Sekiranya berdekatan dengan rumah sememangnya itu adalah satu dari rutin harian Mak Long turun naik tanggah!  Hahahaha I wish!





Sauh dari kapal  Medeira

Gambar di atas adalah sauh dari Medeira sebuah kapal yang belayar di Lake Superior telah tenggelam dalam ribut Mataafa di tasik itu.  Oleh kerana berlaku banyak kejadian pelanggaran dan tenggelam kapal yang berada di perairan maka Rumah Api Split Rock didirikan hingga kini ia menjadi satu dari pusat perlancungan yang popular.



15/7/2016

Dari Duluth Kami mulakan perjalanan ke selatan, bermalam di sebuah bandar dipanggil Albert Lea yang tidak jauh dari Lebuhraya 35.  Lebuhraya 35 merentang dari utara ke selatan Amerika dan lebuhraya ini membawa terus ke rumah kami di Canyon Lake.  Bandar Albert Lea letaknaya di pinggir sempadan antara Minnesota dan Iawa.  Holel Best Western malam itu sibuk dan ramai tetamu tetapi dari Asia ... entah dari China atau Hongkong?  Yang pastinya Mak Long tahu mereka berbahasa China.

Seperti Illinois, Wisconsin dan Minnesota, Iawa juga sebuah negeri pertanian yang mengeluarkan utama tahun ini dengan pengeluaran jagung dan kacang soya.  Ada juga disulami dengan tanaman gandum.



16/7/2016

Terasa penatnya badan.  "Dok rhokk doh" kata orang Terengganu kita.  Pak Long sudah penat memandu jauh.  Kami berhenti dan bermalam di Hampton Inn, Oklahoma City.  Sudah tidak berapa jauh dari Dallas kira-kira satu jam lebih perjalanan dengan kereta.  Kami singgah di rumah Icah sampai di Dallas.  Hati ibu sentiasa mengingati anaknya walau pun anaknya itu sudah besar panjang.  Bukan main suka lagi Icah apabila Mak Long hadiahkan dia se naskah buku resepi masakan orang Minnesota.