Assalamualaikum,
Setiap kali kami ke rumah Barry di Kerrville, kami melalui Daerah Comfort, Texas. Sebuah daerah perkampungan lama. Bila lalu kawasan itu, kami nampak papan tanda "Cypress Creek" dan anak panah terpampang menunjuk arah. Sudah beberapa kali kami lalu tidak terasa hendak menyempang ke situ. Kali ini Pak Long kata "Let's go there....!" "Ok!..." saja jawab Mak Long.
Haaaa ini yang kami temui......
|
Jambatan bawah air |
Kami menyeberang sebuah jambatan di bawah air. Airnya sangat jernih menyeberangi jambatan.
|
Damainya |
Di situ airnya berwarna kehijauan dan beransur dalam menambahkan lagi keindahan. Rasa mahu terjun berendam dan berkubang macam masa dulu-dulu zaman kanak-kanak. Boleh guna tali yang terjuntai digantung dari dahan pokok cypress yang tinggi itu dan boleh terjun macam tarzan..hahaha berangan kita!
|
Tali tarzan |
Hendak jadikan cerita hari itu, ketika kami asyik dengan keindahan alam tiba-tiba kami terdengar suara meminta tolong. Kami toleh kiri dan kanan tetapi tidak kelihatan. Jadi kami diamkan seketika. Jauh di hujung sana kedengaran suara seorang wanita, "Are you ready to go?". Nampak seorang wanita pertengahan umor berbaju T warna merah jingga sedang bangkit dari tebing sungai dan berjalan arah ke truck hitamnya.
Sekali lagi kami terdengar suara meminta tolong. "HELP.. HELP ME!". Kali ini suara itu jelas kedengaran arah dari hilir... Kami bergegas ke situ dan Pak Long sampai dahulu. Seorang lelaki dalam air tinggal bahagian kepala sahaja yang nampak dan timbul. Pak Long segera membantu dengan menghulur kedua tangan kepada lelaki itu dan menariknya keluar dari air. Hampir-hampir Pak Long jatuh sekali ke dalam air itu...mujur!
Rupanya lelaki itu sedang memancing ikan dalam air jernih dan tidak perasan dia berjalan arah air dalam, ceritanya. Terlau asyik benar hendak tangkap ikan! Sampai jatuh! Sebelah tangan memegang batang kail dan sebelah lagi cuba mencapai tebing untuk berpaut. Lehernya pula memakai kolar membantu lehernya kerana urat tegang jadi dia tidak mampu menoleh ke kiri dan ke kanan. Memang..., apalah omputeh itu sengaja mencari nahas, sudah tahu awak tidak boleh menoleh hendak memancing lagi! Kalau lemas? Mujur ada orang....
Wanita tadi itu rupanya datang untuk mengambilnya pulang... Lagi-lagi dia tanya, "Are ready to go?" beberapa kali. Apalah! Dia sebenarnya dengar suara lelaki itu meminta tolong, tetapi saja buat tidak dengar.. Hai macam-macam perangai manusia.....kan?
Lencun habis basah pakaian lelaki itu. Topinya pun sekali kuyup... Menurutnya ada banyak ikan bass iaitu sejenis ikan air tawar di sungai itu. Setelah mengucapkan terima kasih kepada Pak Long, dia pun berlalu.
|
Dia hampir lemas |
Aik, tak bagi ka ikan sekoq dua.....hahahahahaha nasib baik Mak Long dan Pak Long ada situ...la;au tak...hmmm
ReplyDeleteSekor pun dia tak dapat, Uncle! Kulit terkopek dapat ler kat tangan dia hihi...
Delete