Assalamualaikum,
11/7/2016
Kami meninggalkan Bandar Paducah awal pagi selepas sarapan pagi. Perjalanan hari ini menuju ke utara Illinois. Kami ingin menziarah adik lelaki Pak Long yang tinggal di Bandar Champaign, Illinois. Jauh juga perjalanan.... mengambil satu hari sekiranya tidak berhenti di mana-mana tempat jika melalui jalan biasa tidak menggunakan lebuhraya.

Museum Corvette |
Sebelum ke sana kami singgah di Bowling Green, telahan sudah satu jalan. Bowling Green adalah sebuah daerah perindustrian terbesar Kentucky di mana terdapat pelbagai jenis perkilangan di situ. Pengeluaran terbesar dan tersohor sekali adalah kilang pengeluaran kereta sport dari General Motor iaitu Chevrolet membuat kereta sport Corvette.
Corvette Stringray 2016 dalam gambar di bawah inilah jadi kesukaan Pak Long! Hendak yang berwarna oren!!!
Pak Long memang berminat sangat dengan kereta jenis Corvette. Berusaha bukan main agar perjalanan lalu di kawasan itu. Ini kali ketiga kami ke situ....naik muak rasa hati. Kali pertama datang ke situ dalam tahun 2008, kali kedua pula ialah tahun 2014 selepas terjadinya malapetaka "sink hole" (tanah runtuh) di tengah-tengah dewan pamiran kereta Corvette. Ini kali ketiga ke sana setelah tanah runtuh itu siap diperbaiki. Hendak masuk meseum dikenakan bayaran juga.
Corvette Stringray 2016 dalam gambar di bawah inilah jadi kesukaan Pak Long! Hendak yang berwarna oren!!!
2016 Corvette Stingray |
Pak Long memang berminat sangat dengan kereta jenis Corvette. Berusaha bukan main agar perjalanan lalu di kawasan itu. Ini kali ketiga kami ke situ....naik muak rasa hati. Kali pertama datang ke situ dalam tahun 2008, kali kedua pula ialah tahun 2014 selepas terjadinya malapetaka "sink hole" (tanah runtuh) di tengah-tengah dewan pamiran kereta Corvette. Ini kali ketiga ke sana setelah tanah runtuh itu siap diperbaiki. Hendak masuk meseum dikenakan bayaran juga.
Kami bermalam di Hilton Garden Inn, Bowling Green berhampiran dengan museum tersebut. Sebuah hotel tempat penginapan suasana yang selesa. Di dalam bilik kami disediakan sebuah jequzi dan kami gunakan untuk melongarkan sendi yang tegang.
Malam itu Pak Long menerima panggilan dari salah seorang kawan sekolahnya untuk bertemu dan ia berjanji datang ke hotel untuk makan sarapan pagi bersama. Ketika malam perjumpaan pelajar hari itu beliau datang sekejap sahaja sebelum sempat menjamu selera dia sudah meninggalkan majlis kerana urusan. Namanya Faye seorang peguam mempunyai pejabat guaman sendiri. Seorang duda dan ramah orangnya, berbual rancak dengan Pak Long mengimbar kembali zaman silam mereka sewaktu zaman mereka membesar. Omputeh cakap "catching up the lost time story...".
Dari Bowling Green perjalanan kami terus menuju ke utara.
Best tu Mak Long bila dapat jumpa dengan kawan-kawan lama.....saya pon tak terkecuali!
ReplyDeleteTo travel around and to meet an old friend at various stops can be most exhilarating.
ReplyDeleteHank
nak kete tuuu...
ReplyDelete