Pages

Thursday, May 12, 2016

Rindu

Assalamualaikum,


Hujung minggu lepas mereka sibuk meraikan kaum ibu masing-masing sempena menyambut hari ibu.  Setiap orang anak-anak Mak Long tidak pernah melupakan hari tersebut untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu.  Masing-masing dengan gaya dan cara mereka tersendiri menyampaikan rasa di hati mereka membuat seorang ibu tua ini menitiskan air mata kesyukuran.  Sesungguhnya Mak Long sangat bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kami zuriat yang terbaik bagi kami, taat kepada kami berdua, dan beriman kepada Illahi.  Sebagai seorang ibu setiap hari itu adalah hari ibu.

Masih belum dapat dipastikan bilakan pula dapat bersama-sama dengan Emak Mak Long di tanah air.  Mak Long rindukan Emak, rindu suaranya, rindu menyuapkan nasi ke mulutnya, rindu menyempurnakan rutin pagi baginya.. mandi, mendandan rambutnya dan menyalin pakaiannya serta rindu mencium tangannya.  Rindu ini menebal membendung hati.  





4 comments:

  1. Bahagianya hati seorang ibu bukan sekadar kejayaan anak-anak dalam hal duniawi, tapi bila mereka juga cukup lembut dalam menyantuni kedua orang tua mereka yang tak pernah berhenti menyayangi serta taat mereka pada perintah dan larangan Ilahi... :)

    ReplyDelete
  2. Mailah balik sat Mak Long...kita pi bukak posa....

    ReplyDelete

  3. assalamualaikum maklong
    apa kabar lama nya tak singgah sini
    smeoga maklong sihat wlafiat ya
    kesian maklong sedang merinduuuu huhu
    saya jugakkk

    ReplyDelete
  4. semua kita begitu. rindu mak. rindu abah.

    samada mereka masih hidup mahu pun telah pergi.

    kekadang terbit sesalan kerana semasa mereka bersama kita dulu, kita sedikit mengabai akan kasih sayang mereka...

    ReplyDelete