Assalamualaikum,
24/4/2016 (Hari Ahad) : Perjalanan Hari Keenam
Setelah makan tengahari di Bandar Stanton kami merayau mencari stesen mencuci kereta. Kelihatan titik-titis kecil berwarna putih pada badan kereta. Titik-titik itu adalah kesan dari titisan air garam yang terkandung dalam salji di atas jalanraya yang kami lalui semalam. Kaedah tabur garam atas salji dan air batu beku di jalanraya ialah untuk mencairkan salji dan air batu.
Perjalanan ini kami melalui beberapa bandar dan kawasan pertanian. Beberapa slogan kelohan yang diletak di tepi jalanraya oleh petani-petani kerana kekurangan bekalan air tahap tinggi. California adalah satu daripada negeri di Amerika yang mencatu bekalan air kepada rakyat mereka. Ia menggalami kemarau berpanjangan setiap tahun. Antara bandar yang kami lalu ialah Bandaraya Sarcramanto iaitu ibu negeri California. Kami tidak singgah di situ. Trafik di mana-mana bandar dan kawasan yang kami lalu terlalu sibuk dan merbahayakan mengingatkan keadaan trafik di tanah air bersifat "I first!"
Kami sampai di Red Bluff hampir pukul empat petang. Perjalanan dari Daleno ke Red Bluff mengambil masa lebih kurang lima jam lebih sahaja. Red Bluff ialah sebuah bandar yang bersih dan cantik. Pak Long berpendapat kami berihat di Red Bluff, esok pagi-pagi baharulah bertolak ke Eureka melalui Redding. Di situ kami tinggal di Hotel Best Western sebuah hotel yang sederhana terletak jauh dari kesibukan bandar. Bilik hotelnya selesa mempunyai dua ruang.. ruang rihat dan tempat tidur. Tidak berapa jauh dari bilik kami terletak sebuah taman burung kecil di mana ada beberapa jenis burung di dalamnya. Di sekeliling kawasan bangunan hotel pula ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga rose yang sedang rancak berbunga lebat. Apabila lalu berhampiran baunya harum semerbak bukan main.
Petang itu kami mengambil peluang untuk berjalan kaki di sekitar berhampiran dengan hotel. Mak Long perhatikan penduduk di Red Bluff memang gemar menanam pokok bunga rose. Di keliling rumah dan bangunan hinggalah di tepi jalanraya pun ada pokok bunga rose membuat hati ini berkenan pula hendak menanam pokok rose di rumah. Tetapi cuma boleh berangan sahaja ... rusa akan tersenyum lebar nampak salad rose yang sedap di laman ....hmmm.
Perjalanan ini kami melalui beberapa bandar dan kawasan pertanian. Beberapa slogan kelohan yang diletak di tepi jalanraya oleh petani-petani kerana kekurangan bekalan air tahap tinggi. California adalah satu daripada negeri di Amerika yang mencatu bekalan air kepada rakyat mereka. Ia menggalami kemarau berpanjangan setiap tahun. Antara bandar yang kami lalu ialah Bandaraya Sarcramanto iaitu ibu negeri California. Kami tidak singgah di situ. Trafik di mana-mana bandar dan kawasan yang kami lalu terlalu sibuk dan merbahayakan mengingatkan keadaan trafik di tanah air bersifat "I first!"
Kami sampai di Red Bluff hampir pukul empat petang. Perjalanan dari Daleno ke Red Bluff mengambil masa lebih kurang lima jam lebih sahaja. Red Bluff ialah sebuah bandar yang bersih dan cantik. Pak Long berpendapat kami berihat di Red Bluff, esok pagi-pagi baharulah bertolak ke Eureka melalui Redding. Di situ kami tinggal di Hotel Best Western sebuah hotel yang sederhana terletak jauh dari kesibukan bandar. Bilik hotelnya selesa mempunyai dua ruang.. ruang rihat dan tempat tidur. Tidak berapa jauh dari bilik kami terletak sebuah taman burung kecil di mana ada beberapa jenis burung di dalamnya. Di sekeliling kawasan bangunan hotel pula ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga rose yang sedang rancak berbunga lebat. Apabila lalu berhampiran baunya harum semerbak bukan main.
Bunga rose |
25/4/2016 (Hari Isnin): Perjalanan Hari Ketujuh
Sarapan yang disediakan di semua Hotel Best Western seperti biasa iaitu sarapan panas dan sejuk. Mak Long pilih telor rebuslah makan dengan buah-buah. Yang geli hati pagi itu, seorang dari tetamu berbangsa Korea atau Jepun kecoh telor rebusnya masih mentah! Hahaha terburai telor mentah meleleh atas mejanya. Merah padam mukaya menahan perasaan.. membuat Mak Long pun hendak tengok kot kot terambil telor mentah juga... hahahaha sah satu daripadanya mentah dengan membuat sedikit ujian sendiri. Kalau tidak melambaklah telor mentah dalam pinggan hihihi nasib baik! Kelam kabut pelayan hotel pagi itu! Telor mentah tercampur dengan telor yang sudah direbus! Jika hendak tahu telor itu mentah atau masak ialah pusing telor di atas meja, sekiranya telor itu berat hendak berpusing maka ia masih mentah. Sekiranya telor itu berpusing laju tandanya telor itu sudah masak.
Selepas sarapan kami terus bertolak menuju ke Redding dan seterusnya ke Eureka di utara California.
Selepas sarapan kami terus bertolak menuju ke Redding dan seterusnya ke Eureka di utara California.
Perjalanan naik pergunungan |
California mempunyai jalanraya yang banyak selekoh kadang-kadang naik gunung, kadang-kadang menurun gunung. Memandu di situ sangat mencabar bagi Mak Long.
Jalanraya tanah |
Sepanjang jalan kelihatan hutan yang mempunyai kesan-kesan akibat kebakaran. Perjalanan kami berjalan lancar hinggalah sampai di suatu kawasan jalanraya semakin tinggi memanjat pergunungan. Kenderaan berjalan perlahan membuat hati berdebar-debar. Jangan-jangan ada apa-apa seperti pengelaman beberapa hari lalu. Ribut saljikah, ribut anginkah entahlah. Janganlah! Tidak sanggup menghadapinya lagi. Alhamdulillah.. Rupa-rupanya pekerja sedang berkerja perbaiki jalan! Kereta terpaksa dipandu di atas jalanraya yang tidak bertar. Berderet-deret kereta mengikut di belakang "pilot truck" (kenderaan digunakan untuk memberi panduan arah) ketika melalui jalan sehala.
Tersangkut dua lagi kerja perbaiki jalan. Yang ketiga itu buat rasa hati lagi cemas. Hujan mulai renyai dan cuaca mulai mendung dan sejuk hingga turun ke 43 degree fahrenheit. Ya Allah permudahkanlah urusan kami!
Jalanraya yang kami lalui itu bengkang bengkok seperti ular kena palu. Seriau rasa bila berseliseh dengan kenderaan yang mendatang dari arah hadapan. Mak Long tidak beranilah hendak memandu! Orang California memandu kereta macam orang gila lagi bahaya! "Living on the fast lane!"
Akhirnya kami sampai simpang masuk ke Lebuhraya 101 North yang sering disebut-sebut orang di Amerika. Begitu juga keadaan jalanraya itu bengkang bengkok, banyak selekoh tajam serta bertambah merbahaya kerana jalan itu selari dengan tebing cenuram Lautan Pacific, sayup bila memandang ke bawanya!
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Daerah Eureka destinasi kedua kami dalam lawatan ke California. Kami singgah di Thomas Kuchel Visitor Center untuk mendapatkan penerangan, peta tempatan dan risalah tentang Daerah Eureka yang bakal kami terokai. Tidak sabar hendak tengok pokok redwood yang boleh dilalui kereta melalu lubang di pangkal pokok. Seronok rasa hati bukan main...hahahaha. Kami tertarik dengan keistimewaan tentang pokok gergasi redwood yang telah berumur beribu tahun masih terdapat di daerah California.
Cuaca mendung dan sejuk |
Tersangkut dua lagi kerja perbaiki jalan. Yang ketiga itu buat rasa hati lagi cemas. Hujan mulai renyai dan cuaca mulai mendung dan sejuk hingga turun ke 43 degree fahrenheit. Ya Allah permudahkanlah urusan kami!
Selekoh baring ke kanan |
Jalanraya yang kami lalui itu bengkang bengkok seperti ular kena palu. Seriau rasa bila berseliseh dengan kenderaan yang mendatang dari arah hadapan. Mak Long tidak beranilah hendak memandu! Orang California memandu kereta macam orang gila lagi bahaya! "Living on the fast lane!"
Lorong mesuk ke Lebuhraya 101 |
Tebing Cenuram Lautan Pacific |
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Daerah Eureka destinasi kedua kami dalam lawatan ke California. Kami singgah di Thomas Kuchel Visitor Center untuk mendapatkan penerangan, peta tempatan dan risalah tentang Daerah Eureka yang bakal kami terokai. Tidak sabar hendak tengok pokok redwood yang boleh dilalui kereta melalu lubang di pangkal pokok. Seronok rasa hati bukan main...hahahaha. Kami tertarik dengan keistimewaan tentang pokok gergasi redwood yang telah berumur beribu tahun masih terdapat di daerah California.
Thomas H Kuchel Visitor Centre |
Dari "visitor center" dengan menggunakan peta yang diberi oleh Ranger dan tunjuk arah minah GPS, kami terus menuju ke Klamath di mana Klamath tree terletak yang juga berhampiran dengan Redwood National Park di utara Bandar Eureka. Kalmath Tree ialah sebatang pokok gergasi redwood di mana bahagian pangkal pokok tersebut boleh dilalui dengan kereta atau "a drive-thru redwoods". Pokok redwood itu telah ditebuk dengan cermat agar tidak merosakkan pertumbuhan pokok membolehkan kereta lalu di lubang buatan itu. Pelawat dikenakan bayaran sebanyak USD5.00 satu kereta di pondok jaga. Sekiranya pondok itu tiada orang menjaganya, pelawat bolehlah membayarnya dengan memasukkan wang di peti yang disediakan. Kebetulan ketika kami sampai tiada orang jaga. Kalau hendak bayar lebih pun boleh hahaha.. adakah orang berbuat begitu..?
Lebuhraya ke Klamath |
Terdapat tiga pokok gergasi redwood yang boleh dilalui kereta melalui lubang di pangkal pokok yang masih hidup terletak di Eureka. Ketiga-tiga pokok itu dimiliki oleh pemilik persendirian yang mengenakan sedikit bayaran untuk melalui lubang pokok. Kami berkesempatan melawat semua tempat-tempat itu. Sudah berada di kawasan itu baiklah pergi dan tengok semuanya.
1. Klamath Drive-thru tree
2. Shrine Drive-thru tree
3. Chandelier Drive-thru tree
Pintu masuk ke Klamath Tree drive-thru |
Jalan dua hala ke Klamath tree drive-thru sempit. Di kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan hutan tebal menghijau ditumbuhi dengan pokok-pokok pakis dan lumut hijau tebal membalut pokok-pokok di situ. Kabarnya filem Jurassic Park pernah menggunakan tempat itu dalam filemnya.
Jalan ke Drive-thru Klamath Tree |
Gambar di bawah ialah "Drive-thru Klamath Tree"
Drive-thru Klamath Tree |
Puas rasa hati sudah dapat menggalami lalu lubang pokok redwood. Mak Long sudah baca dan dengar tentang pokok istimewa itu.
Dari situ kami terus beredar mencari tempat makan..terasa lapar hahaha.. Hmmm jangan haraplah hendak jumpa restauran makanan halal yang boleh kita makan! Tetapi singgah jugalah di sebuah restauran tempatan untuk membeli minuman. Dapat juga rezeki makan salad sepuasnya dengan air kosong! Jadilah kita bermusafir.
Destinasi seterusnya ialah ke Lady Bird Johnson Grove terletak tidak berapa jauh dari Klamath drive-thru tree. Jalannya juga merbahaya banyak berselekoh tajam. Kebetulan nampaklah pula sebuah kereta mewah tertonggeng ke gaung. Polis telah meletakkan "flair" memberi amaran supaya berhati di tempat itu.
Pokok gergasi redwood |
Puncak redwood |
Pangkal pokok redwood |
Pokok redwood kosong dalamnya |
Banyak terdapat pokok gergasi redwood yang terbakar meninggalkan kesan kosong berlubang dalam batangnya tetapi bahagian luar pokok masih terus hidup seperti biasa. Kulit pokok itu terlalu tebal hingga lebih kurang satu kaki tebalnya.
Pokok gergasi redwood |
Kami berada di Bandar Eureka selama dua hari dan bermalam di Hotel Best Western sebuah tempat penginapan yang amat besar dan luas kawasannya. Dalam dua hari itu kami puaslah merayau, berjalan kaki dalam hutan gegasi redwood itu. Cuaca pula cantik dengan sinaran matahari walau pun suhu sejuk dalam lingkungan 40 degree fahrenheit.
Taman kecil Hotel Best Western, Eureka |
26/4/2015 (Hari Selasa) : Perjalanan Kami Hari kelapan
Agenda hari kedua di Eureka ialah melawat Homboldt Redwood National Park dan The Avenue of the Giants. Waktu subuh di kawasan itu terlalu awal, dan kami masih ada banyak masa untuk mengkaji tempat yang hendak kami lawat. Jadi tidak perlu gopoh gapah keluar awal tambahan suhu sangatlah sejuknya.
Di Homboldt Redwood National Park kami singgah di pusat penerangannya untuk mendapatkan penerangan lanjut. Tiada apa-apa bayaran dikenakan. Penggunjung boleh berjalan dalam hutan redwood sesuka hati.

The Travel Log |
Dalam bangunan pusat penerangan terdapat sebuah kereta bergerak lama yang dibuah daripada kayu redwood dipanggil "The Travel Log". Kebin bergerak itu berbentuk seperti kepala keretapi lama. Ia telah dibina oleh Charles Kellogg seorang pencinta alam (naturalist) yang gemar memerhati dan mengkaji tabiat binatang dan burung di dalam hutan. Beliau membina kabin bergerak itu pergi ke merata tempat di Amerika berkempen kepentingan manusia bersama-sama menjaga kawasan perhutanan pokok redwood di California.
Besarnya pokok redwood |
Apa perasaan ketika berada dalam hutan tersebut? Mak Long berasa betapa kerdilnya diri dikelilingi oleh pokok-pokok gergasi hampir ke semuanya sudah berusia melebihi 500 hingga 3,000 tahun tuanya. Seram pun ada apabila melihat rupa di pangkal pokok itu yang menyerupai berbagai bentuk dan seperti hidup! Apabila melangkah di atas daun-daun kering di bawah tapak kaki berbunyi semacam. Bau dan rasa dalam hutan yang penuh dengan perbagai tumbuhan tidak mampu hendak Mak Long bayangkan kepada pembaca. Rasa tenang dan damai sekali dengan deruan angin dan siulan burung. Berasa macam berada dalam cerita Alice in the Wonderland pun ada hahahaha...
Shrine Drive-thru tree:
Shrine drive-thru tree |
Pokok redwood yang kedua kami lalu dalam lubang pada pangkal pokoknya dinamakan Shrine drive-thru tree. Lubang di bahagian pangkal pokok redwood itu adalah lubang semulajadi begitu tidak ditebuk/dipotong oleh manusia. Pokok redwood itu sudah berumur 3,000 tahun. Tingginya ialah 375 kaki, lebarnya pula ialah 21 kaki sementara ukuran bulatan ialah 64 kaki. Mulanya Pak Long sedikit teragak-agak hendak lalu kerana nampak sempit. Setelah Mak Long lipat cermin kiri dan kanan kereta barulah berani lalu. Manalah tahu telinga kereta tersangkut pada dinding pokok itu hahaha...
Shrine drive-thru tree |
Terdapat juga dua buah pondok permainan yang diukir dari batang pokok redwood yang memang sudah kosong di dalamnya. Di situ juga ada kedai menjual pelbagai cenderamata yang dibuat dari kayu redwood.
Pondok permainan dari redwood |
Dari Shrine drive-thru tree kami menuju ke Humboldt Redwoods State Park dan The Avennue of the Giants. Banyak pokok redwood terbesar yang juga antara pokok tertua di dunia terdapat di sana. Pokok redwood mempunyai hayat hingga beribu tahun umurnya.
One-log- House |
Ranger di pusat penerangan memberitahu kami tentang adanya sebuah kabin dinamakan One-log-House terletak di Lebuhraya 101, teletak sebelah selatan Garberville, California. Kebetulan kami lalu di kawasan itu maka kami singgah juga di situ. Kabin itu dibina menggunakan keratan panjang dari satu batang redwood gergasi oleh seorang bernama Len Moore. Menurut pencipta, kabin begitu rupa sangat bagus dijadikan sebagai tempat perlindungan ketika ribut. One-log-House telah dibina dalam tahun antara 1938-1941 dan dipercayai batang redwood itu sudah berumur kira-kira 2,000 tahun. Ukuran one-log-House ialah 33 kaki panjangnya. Di dalamnya dilengkapi dengan katil kecil, ruang tempat rihat dan lain-lain keperluan. Sayangnya ketika kami sampai di situ kabin itu ditutup dan terlepas peluang untuk masuk ke dalam rumah itu.
Chandelier redwood tree |
Kira-kira 50 batu jauhnya dari Daerah Leggett, satu lagi "Drive-in thru" pokok gergasi redwood dipanggil "Chandelier Drive-in-thru tree". Lubang yang membolehkan kenderaan melaluinya itu adalah kerja manusia. Ia ditebuk lebih lebar memudahkan kenderaan besar dan tinggi lalu.
Posing habis! |
Batang redwood kering |
Lavenda di kawasan Chandelier Drive-in-thru tree |
Di situ juga terdapat kedai menjual cenderamata, kawasan untuk berkelah dan berihat. Setelah tamat lawatan kami di Humboldt Redwoods State Park dan lalu di The Avennue of the Giants kami teruskan perjalanan menuju San Francisco. Lebuhraya yang kami lalu ialah Lebuhraya 101 juga. Mak Long tidak berapa gemar laluan lebuhraya itu terlalu merbahaya walaupun permandangan indah di mata membuat perut terasa bisa menahan ketakutan dan seriau. Pemandu kenderaan semua memmandu seperti dalam keadaan perlumbaan kereta. Tambah lagi apabila berselisih dengan lori balak yang besar-besar.
Apabila sampai di daerah Healdsburg dan kami mula mencari tempat bermalam melalui minah GPS. Hotel pertama yang kami singgah tidak berapa berkenan. Masuk-masuk sahaja ruang tamu sudah terbau masakan kari dan ghee. Penyambut tetamu pun tidak berapa hendak melayan. Menurut penyambut tamu itu hotel itu dahulunya memanglah Hotel Best Western dan kini sudah bertukar milik. Maka tidak perlulah bermalam di situ. Kami berjaya mencari Hotel Best Western berhampiran Bandar Healdsburg. Di kawasan hotel ini juga dipenuhi dengan macam-macam jenis pokok bunga rose. Besar-besar sungguh kembangan rose sebesar muka orang!

Seronok saya baca catatan perjalanan Mak Long. Rasa macam ikut sama pulak...
ReplyDeleteSubhanAllah...besar2 dan kukuh pokok redwood tu sampai boleh ditebuk untuk buat laluan...
Terima kasih Kakcik masih jenggok blog Mak Long. Ya, sesuatu ciptaan Allah yang jarang orang lain dapat melihat dan mengetahui oleh tiada peluang atau sebab-sebab lain. Maka berniat untuk berkongsi pengetahuan bersama.
Delete