Pages

Tuesday, March 24, 2015

Nota Jiran Baru

Assalamualaikum,

Sejak enam bulan lalu, tanah lot kosong di seberang jalan dari rumah kami telah mula dibersihkan.  Kemudian rangka rumah pula menyusur naik seterusnya mencipta sebuah rumah dua tingkat tersergam indah.  Petang-petang bila waktu lapang selepas riadah jalan kaki kami sering menyebok melihat dan memeriksa rumah tersebut.  Besar dan luas rumah itu.  Ketika itu biasanya tukang rumah sudah balik atau sedang bekemas-kemas hendak balik.  

Tuan rumah pindah dalam bulan December sempena menyambut hari Natal mereka.  Mak Long sukalah ada jiran baru.  Walaupun rumah sudah siap, masih ada lagi pekerja-pekerja datang bekerja.  Kata mereka tuan rumah mahu ubah suai lagi ikut cintarasa mereka sendiri.  Sebenarnya mereka tinggal di rumah itu macam rumah hujung minggu sahaja atau orang sini sebut "weekend house".  Pemilik rumah tersebut dimiliki oleh wanita kulit putih.  Sudah berumur juga orangnya, mungkin dalam lingkungan lima puluhan.  Kami tidak tanya pun tetapi dia menerangkan kepada kami, mereka tidak boleh tinggal di rumah itu sepenuh masa kerana sahabatnya Marla masih bekerja di Houston dan belum dapat peluang kerja di kawasan kami.  Kalau hendak cari kerja di kawasan kami ini memanglah susah sikit.  Pekan kecil sahaja.  Kenalah cari kerja di bandar-bandar seperti San Antonio atau Austin.  

Setiap dua minggu sekali kami beli telor ayam kampung dari Jim dan isterinya. Jadi semalam semasa kami kembali dari rumah mereka, kami lalu di hadapan rumah jiran baru itu dan nampak Brenda bekerja kuat dalam kawasan rumah barunya.  Macam orang lelaki, kuat macam badang bekerja membersihkan sampah sarap dan memotong dahan pokok-pokok oak di sekeliling rumahnya.  Pak Long menyapa "Hello neighbour...", Kami berjalan pelahan-lahan depan rumahnya tengok apa dia buat.  "Hey guys!  Come, come in see our house....", Brenda menjemput kami masuk melihat dalam rumahnya.  Tiba-tiba dia bersuara, "Hey Marla, are you dressed..I have visitors to see the house!!!"  Hmmmm....

Kami buka kasut dan masuk ke dalam rumah.  "You don't need to take your shoes off....."  jelas Brenda.  Tak mengapalah kami memang tidak pakai kasut dalam rumah!, jawab Pak Long.  Cantik dan teratur perabut yang simple dan dihias rapi.  Di bahagian bawah ada dua buah bilik tidur yang luas dan sangat selesa dilengkapi dengan "wardrope" dan bilik mandi yang serba moden.  Salah satu dari bilik tersebut boleh nampak rumah kami melalui jendela kacanya yang besar itu.  Di sisi tangga ke tingkat atas pula terdapat tangga "lif".  "Lif" itu menurutnya memudahkan mengangkut barang-barang ke tingkat atas.  Dapur dan ruang makan mereka di tingkat atas begitu juga bilik tidur utama dan ruang tamu.

Di tingkat atas lagi cantik.  Di situ boleh nampak dan menikmati keindahan panarama luas kawasan lereng bukit dan Canyon Lake.  Tingkap di tingkat atas semua besar-besar dan tinggi.  Tingkap kaca tebal berwarna kebiruan.  Cahaya matahari timur dan barat masuk menerangi setiap hari apabila cuaca mengizinkan.  Serba serbi di rumah itu seperti model rumah contoh.  Cantik!  Ruang dapur dan ruang makan juga kemas dan selesa disertai dengan lampu-lampu khas.  Di belakang dapur pula bilik untuk cuci pakaian (laundry room).  Terkini ramai pula terdapat orang-orang suka dapur dan ruang makan serta bilik cuci pakaian di tingkat atas.

Marla menyambut kami mesera sambil memeluk erat dua ekor anjing jenis apa entah.  Bagus juga dia peluk anjing-anjing itu supaya tidak datang kepada kami.  Marla menunjulkan sifat lemah lembut, manja jauh lebih muda dari Brenda.  Mereka ajak kami masuk dan melihat bilik tidur utama.  Katil "king size" memenuhi di tengah-tengah bilik.    "This is our room!",  kata mereka.  Amboii besar betul bilik tidur mereka!  Bilik mandi dilengkapi dengan "walk-in-wardrope" yang luas.  Wah!  Rumah orang berpoket penuh!

Apabila kami beredar dan jauh dari rumah mereka, menyeberang jalan balik ke rumah Pak Long berbisik "They are gay ..!".  "Shhhhhhhh....!!" Kata Mak Long.  Di Amerika, ramai penduduk sesama jenis jantina yang tinggal seperti suami isteri.  President Obama telah  mengeluarkan dan meluluskan undang-undang yang membenar dan menghalalkan perkahwinan sesama kaum sejenis... "Gay marriage".  

Ya Allah, ya Rabbi...Engkau jauhkanlah kami dan semua zuriat keturunan kami daripada perbuatan kemungkaran ini.........    
  




Canyon Lake






















Sunday, March 15, 2015

Nota Ayam Ungkerp

Assalamualaikum,

Pagi itu Mak Long berkira-kira untuk menyediakan masakan tengahari untuk Emak.  Beliau suka makan nasi goreng tidak pedas.  Tidak kira apa jenis rencah pun dalam nasi goreng itu Emak tetap suka dan licin pinggannya.  Jadi hari tersebut nasi gorenglah untuk Emak dengan daging ayam dihiris nipis-nipis agar senang Emak makan.  Minumannya air sirap merah manis medu.  Mak Long sudah jemu dengan nasi goreng.  Di rumah sendiri pun selalu benar masak nasi goreng untuk Pak Long.  Kali ini hilang akal hendak masak lauk apa?  Google ajalah mungkin dapat ilham hendak masak apa.  Kini senang, sekiranya ingin tahu tentang apa jua kemusykilan tanya sahaja dengan si Google, pasti ada jawapannya.  Boleh berkata-kata lagi dengan dia.  Haa bukan main lagi canggih teknologi sekarang.  Janganlah terkejut kalau esok-esok kita boleh bercakap dengan dinding yang boleh berkata-kata!

Bagaimana pun Mak Long tidak jumpa yang menarik dari Google..  Tiba-tiba teringat pula masakan adik sepupu Mak Long ketika majlis kenduri di rumah Emak, tetapi tidak pasti macam mana resepinya.  Katanya masakan itu masakan orang Jawa.  Lantas Mak Long pun hantar whatapps pada Along iaitu adik ipar dan bertanya akan resepi itu.  Nama resepi itu pun Mak Long tidak tahu, hanya ingat rasanya yang sedap, pedas dan kering tiada kuah.    Jawapan dari Along, "Ooooo ayam masak ungkerp, Kak.  Senang jer..ni resepinya.."

Yalah nama masakan itu "Ayam Ungkerp".  Mak Long ni selalu lupa!  Adik ipar Mak Long  itu orang Jawa.  Ibunya memang sangat pandai memasak masakan orang Jawa.  Sedap masakannya!  Semua terasa .. asamnya, garamnya, manisnya dan pedasnya.  Resepi yang Along bagi tidak ada sukatan, main cempak tebor sahaja.  Antara bahan dalam masakan ini ialah, seekor ayam dipotong kecil, cili padi, jintan manis, ketumbar, bawang putih dan bawang merah, halia, kunyit, serai, minyak untuk tumis, sedikit gula dan garam secukup rasa.  Kalau suka boleh masukkan sedikit asam jawa atau asam gelugur.  Senang bunyinya, tapi kalau tiada sukatan, lain pulak rasanya nanti...

Mak Long memandai buat sukatan sendiri:

Seekor ayam dipotong kecil (beli dari pasar tani! di Taman Melawati)
1 genggam cili padi (kira-kira 25 biji)
5 bawang merah
3 bawang putih
1" halia
2 camca kecil serbuk kunyit,
3 batang serai diketuk
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil ketumbar
2 sudu besar minyak masak
Air secukupnya
Sekeping asam gelugur, gula dan garam secukup rasa.

Cara masak:

Semua bahan rempah digiling/ditumbuk (Mak Long guna blender) halus melainkan serai diketuk.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang digiling tadi hingga naik bau atau pecah minyak. 

Masukkan ayam, asam gelugur, serai, gula dan garam.  Goreng dan balik-balikkan kemudian masukkan air.  Biarkan mendidih sekejap kemudian tutup kuali serta kecilkan api.  Sekali-kali kacau dan pastikan masakan tidak terlalu kering nanti hangus pula, tak sedap.  Masakan ini kering seperti rendang.  Apabila ayam sudah empuk tutup api dan sedia untuk dinekmati.

Jadi you ayam ungkerp dan sedap.  Berpeluh Mak Long makan nasi panas berdua beradik dengan Busu berlaukkan ayam masak ungkerp.  Along cakap kalau guna ayam pencen lagi sedap..  Nanti boleh masak lagi.



   
Cili Hasil Berbudi Pada Bumi









Sunday, March 8, 2015

Nota Kembali Ke Texas

Assalamualaikum,

Memanglah masa tidak pernah menunggu untuk sesiapa pun.  Ia tetap berlalu tanpa dirasa dan dilihat.  Lesap seperti angin yang lalu tidak ketahui ke mana perginya.  Tahu-tahu sudah lepas dan berlalu!  Mak Long rasa empat minggu di tanah air terlalu pendek.  Rasa tidak puas yang teramat sangat.  Tetapi Mak Long tidak boleh tamak, kerana mungkin itulah yang telah diuntukkan oleh NYA bagi Mak Long walhal kitalah yang mengatur segalanya dalam mengatur dan membentuk perjalanan kehidupan kita tetapi ketentuan itu di tangan Allah swt.  Dan Mak Long tetap bersyukur kepada NYA.  Tambah-tambah lagi apabila masa itu dipenuhi sebaik mungkin untuk bersama Emak dan keluarga tersayang.

Penerbangan dengan penerbangan Emirates dari Kuala Lumpur ke Dubai selama lebih kurang tujuh jam dengan masa transit selama lima jam lebih kemudian penerbangan terusan ke Houston, Texas berjalan lancar.  Penerbangan dari Kuala Lumpur penuh dengan penumpangnya dari pelbagai bangsa termasuk, orang putih, India, Bangla dan lain-lain.  Boleh dikatakan rata-rata orang India dan Pakistan yang paling ramai menggunakan khidmat penerbangan ini.  Mak Long pilih Emirates kerana ia menawarakan harga yang baik dan menyajikkan makanan yang tidak diragui.  Kali ini Mak Long terbang dengan kelas ekonomi.  Bagus juga dan tiada masaalah.  Walaupun kadang kala sakit juga hati melihat gelagat penumpang-penumpang berbangsa lain yang tidak reti bahasa.  Tetapi lantaklah apa mereka hendak buat asal tidak memerbahayakan diri kita.  

Ketika membuat tempahan tiket dulu, Mak Long telah memilih tempat duduk yang dikehendaki supaya lebih senang untuk keluar masuk ke bilik air.  Tidak mahu menggangu orang lain bila keadaan memerlukan.  Tempat duduk di sebelah laluan sangat sesuai bagi Mak Long.  Apabila semua sudah di tempat duduk masing-masing, adalah seorang lelaki muda hamba Allah meminta agar menukar tempatnya dengan Mak Long.  Orangnya tinggi dan besar pula.  Mak Long tengok apabila dia duduk lututnya mencecah belakang tempat duduk hadapan.  Kali ini Mak Long tidak mahu mengalah kerana memandangkan penerbangan yang lama selama lebih kurang tujuh belas jam terusan ke Houston.  Orang muda itu nampak sihat dan kuat dari Mak Long, maka itulah sebab tidak mahu beralah dengan dia.

Ketibaan dari Kuala Lumpur di Dubai waktu pagi beberapa minit sebelum waktu Subuh di sana.  Jadual penerbangan ke Houston belum dipaparkan di papan tanda lagi kerana terlalu awal.  Mak Long mencari-cari bilik air untuk melegakan diri dan berwuduk untuk solat Subuh.  Di surau yang ini kecil sedikit dari yang pernah Mak Long guna dahulu.  Ia penuh dengan wanita bangsa India atau Pakistan.  Bukanya bersolat kebanyakanya..tetapi membuta menyusahkan orang lain yang hendak menunaikan solat.  Maka bersolahlah Mak Long dengan dua tiga orang lain di hujung kaki antara manusia-manusia tidur itu.  Bukan apa, hai hormatlah sedikit itu adalah tempat orang bersolat bukan tempat membuta!  Lepas itu pula ada yang bersembang-sembang kuat mengganggu kita yang ingin bersolat dengan tenang.  Dugaan!  Hai dugaan!  Di mana-mana tidak kira tempat orang-orang bangsa ini memang suka bercakap kuat macam bercakap dalam pasar dengan pembesar suara!

Masa seterusnya Mak Long mundar mandirlah melihat kedai-kedai duty free yang memberi khidmat bermacam-macam jenis barangan.  Mak Long suka wangian jadi beli jugalah satu botol kecil yang memang pun botol yang Mak Long miliki sudah hampir kering digunakan.  Pak Long mengusik, orang tua biasanya sangat suka pada wangian dari orang muda.  Tidak sudah-sudah mengusik!

Pak Long dengan setia menunggu di pintu ketibaan apabila Mak Long keluar menyorong tiga buah beg berat entah apa-apa benda yang dimuatkan.  Sarat dan penuh berat macam membawa batu dan besi.  Hai orang perempuan, semua hendak dimuatkan.  Kalau boleh macam-macam lagi...   Penerbangan sampai seperti yang dijadualkan iaitu 4.30 petang dan kami sampai ke rumah di Canyon Lake, Texas jam 9.30 malam.  Alhamdulillah selamat sampai....





Hanya Hiasan