Assalamualaikum,
Suatu malam Mak Long bermimpi. Mimpi mengarutlah agaknya! Sudah puas cuba melupakannya tetapi ia sering teringat dan selalu bermain di minda. Sudah agak lama mimpi itu. Biasanya bila bermimpi Mak Long lupa sebaik bangun dari tidur. Rasa pelik jugak mimpi itu. Apa firasatnya? Akhirnya kena tulis juga di sini biar tidak bersarang kepala. Dalam mimpi itu Mak Long seolah-olah sudah mati. Perasaan ketika itu:
Tidak ada rasa, maknanya Mak Long tidak rasa sakit walaupun cuba cubit tangan dan tempat lain di badan.
Tidak siapa dapat mendengar apabila Mak Long berkata-kata dengan mereka.
Mereka semua tidak boleh nampak Mak Long walaupun cuba menyentoh dan mendekati dengan mereka. Sudah jadi "invisible woman".
Mak Long seolah-olah memerhati dan menjaga seseorang agar dia sentiasa selamat dari bahaya.
Ada pula seorang anak perempuan yang juga sudah mati. Rupanya putih bersih, rambut hitam berkilat. Rasanya seolah dia juga menjaga dan memerhatikan seseorang juga. Mak Long rasa anak itu ada kaitan dengan hubungan siratulrahim dengan Mak Long tetapi tidak tahu siapa.
Pelik!! Mak Long terjaga lalu segera mencubit pipi dan tangan..... Sakit! Belum mati lagi! Tengok jam sudah hampir masuk waktu Subuh. Astarafelrullah hal'azimm...
Ya Allah ya Rabi ampunkanlah dosa-dosa ku yang terdhulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan akhir, tiada tuhan kecuali Engkau. Tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.
Mungkin Allah sekadar ingin mengingatkan kita tentang sesuatu yang kita lupa...
ReplyDeleteWallahhuaklam.
Semoga Mak Long diberi kesihatan yang baik untuk menjaga emak yang uzur. InsyaAllah.
Agaknyalah Kakcik. Kite ni sering lupa dan lemah.
Deleteasalamualaikum mak long...dah berada di muar ker..arap mak ..maklong semakin sihat...k..take care...
ReplyDeleteWaalaikumsalam, ya Yanty, Mak Long di Muar jaga Emak. Emak terlalu uzur dan terima kasih dengan doa.
Deleteseram pulak baca entry maklong ni... mudah2an takda petanda apa2... T_T
ReplyDeleteMiz Eija terima kasih sudi baca blog Mak Long. Mimpi tu kata orang mainan tidur. Mak Long berserah segala pada Illahi.
Delete