Pages

Saturday, April 6, 2013

Nota Patutkah Terus Membantu?

Assalamualaikum,

Tahun ini kita sudah pun melewati bulan April.  Masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa dan tidak pula dapat menggantikan masa yang hilang terbuang begitu sahaja.  Betapa ruginya masa yang dibuang itu!  Mak Long merasai setiap hari masih tidak cukup masa untuk mebuat itu dan ini walaupun dirancang.  Kalau diikutkan kita akan sentiasa terkejar ke sana dan ke mari untuk meluangkan dan mengisi masa sebaik mungkin.  Pertengahan bulan March musim bunga bermula di Benua Amerika sementara cuaca pula masih lagi terlalu dingin hingga ke hari ini semasa Mak Long menulis.  Juga sudah masuk seminggu Pak Long pulang dari perantauan mencari rezeki.  

Sememang sudah tiba masa baginya bersara memberi peluang untuk merehatkan minda dan menyediakan diri ke arah yang tidak lama lagi akan ke situ akhirnya.  Kita tidak boleh tamak mengumpul harta benda hanya untuk sendiri.  Semua itu akan kita tinggalkan jua apabila sudah sampai masa kita dipanggil pulang pada detik yang tepat tidak sesaat pun lambat dan tidak sesaat pula cepat kepada Nya.  Di mana, bagaimana, ketika kita dijemput pulang tidak siapa dapat meramal dan menentukan melainkan maha berkuasa Illahi.  Segalanya sudah disurat dan termaktub sejak dari mula asali lagi.  Saham yang kita bawa bersama hanyalah amalan dan jariah yang kita kumpulkan semasa kita masih hidup.  Itu pun akan ditimbang lagi antara  berapa yang baik dan yang buruk baharulah ditentukan ke pintu mana kita dimasukkan nanti.  

Di dalam hati sering berkata-kata dan memikirkan apalah ertinya harta, wang ringgit yang dimiliki kalau tidak kita berkongsi dengan keluarga atau insan malang yang lebih memerlukan ke jalan Allah.  Allah SWT menyuroh kita memberi dan berkongsi dengan hamba-hamba Nya yang tiada kuasa, hidup kesempitan, dan memerlukan bantuan bagi setiap rezeki lebih yang dilimpahi Nya kepada kita yang bernasib baik.  Kita memberi hendaklah ikhlas dan redha.  Tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah yang menerima.  Yang menjadi keanihan ialah ada mereka yang diberi ini pula sering mengadu sentiasa tidak kecukupan apa yang mereka dapat hingga mereka ini seolah-olah menagih, meminta-minta pertolongan secara diplomasi menjadikan kita pula serba salah dan lemas.  

Pernah juga seseorang mempersoalkan mengapa yang senang dan kaya tidak membantu yang susah walhal orang inilah antara yang paling banyak menerima pertolongan dari masyarakat sekeliling juga dari orang persorangan.  Mereka lupa rezeki yang diterima itu adalah ihsan dari yang bermurah hati dan jujur.  Mak Long bermasaalah dengan orang begini sedangkan dia sendiri tidak mahu berusaha untuk memperbaiki keadaan hidupnya hanya dengan alasan kesihatan tidak membenarkan untuk membuat sesuatu.  Keadaan kesihatan yang ditempa sendiri .... kerana tidak menjaga kesihatan dan menyalah gunakan segala!   Ringan rasanya mulut Mak Long hendak menjawab kata-katanya "The rich become richer.. and the poor become poorer".  Patutkah atau haruskah kita terus membantunya?



Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima












Nota:   Rezeki berada di mana-mana di bumi ini, yang perlu hanyalah usaha gigih dan keikhlasan mencari dan mendapatkanya.





No comments:

Post a Comment