Assalamualaikum,
Seorang sahabat baik Mak Long telah disahkan mengidap penyakit yang amat digeruni oleh setiap manusia, iaitu penyakit "barah". Doktor memberi tahu bahawa barahnya sudah masuk keperingkat tiga dan meramalkan ia hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Namun sahabat ini tidak mahu mengaku kalah dan ia terus berusaha untuk pendapatkan rawatan kepakaran dari doktor lain. Perubatan canggih yang terdapat di Amerika diperolihi setelah melalui bebagai peringkat ujian dan permohonan insuran untuk membiayaki perubatan tersebut. Menurut sahabat ini, rawatan kemo yang sedang dilalui sekarang sangat berkesan dan ia berasa bertenaga dan sihat. Kali ini doktor meramalkan pula ia mungkin hanya mampu bertahan selama sekitar dua tahun sahaja lagi. Manalah mereka tahu, sesungguhnya Allah jua yang lebih mengetahui! Tetapi walaupun begitu, suaminya berazam untuk memenuhi dan melakukan apa jua yang diingini isterinya. Begitu kasih seorang suami kepada isterinya. Justeru sahabat ini telah menyuarakan beberapa keinginannya. Kiranya segala kehendaknya telah disenaraikan dalam "The Bucket Lists" kata orang di sini atau senarai keinginan sebelum mati! .....
Terasa hairan juga dengan keganjilan keinginan dalam "The Bucket Lists"nya itu. Tetapi apalah yang hendak dihairankan, kerana hidup mereka, syurga mereka hanya di dunia sahaja. Jadi sebelum sampai hari "kick the bucket" atau hari mati datang menjemput, mereka mahu menikmati segala selagi boleh dan dapat! Biarlah itu kepercayaan bagi mereka asalkan mereka tidak menyusahkan orang lain.

Antara dalam "Bucket List" itu ialah keinginan percutian di Arizona di sekitar Bisbee dan Tombstone, Arizona. Disamping itu keinginannya untuk menikmati memboncing motorsikal bersama suaminya di kawasan yang dilawati. Tinggal dan bermalam di hotel yang bagus semasa percutian itu walaupun mereka tidak mampu berbuat demikian. Dari manakah sumba kewangan yang mereka perolehi sedangkan kedua-dua mereka tidak berkerja selain dari pendapatan wang pencen mereka. Selain dari itu sahabat ini ingin mengunjungi ibu dan adiknya yang berada jauh di sebelah timur negara untuk menyambut perayaan harijadi mereka yang masing-masing harijadi jatuh dalam bulan May. Yang ini Mak Long boleh terima. Tetapi yalah bukan masaalah orang lain tetapi mereka punya masaalah. Lain orang lain ragamnya...
Bagi kita yang beragama Islam, marilah kita menunaikan segala yang dituntut oleh agama Allah dan meninggalkan segala yang dilarang Nya. Doa Mak Long mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungan dan keredhaan Nya dunia dan akhirat. Tidak siapa dapat meramal ketika, bila, di mana dan bagaimana kita akan dijemput pulang kepangkuan Nya selain Allah. Berserah dan bertawakal sebulat-bulatnya kerana kepada Nya jua kita akan kembali.

No comments:
Post a Comment