Pages

Sunday, January 3, 2016

Sayur Brussel Sprouts


Assalamualaikum,



Gambar dari Google

Ketika berbelanja barang dapur di pasaraya besar Wal-Mart hari itu, ternampak sayur brussel sprout.  Jarang terjumpa sayur itu di kawasan kami.  Lantas Mak Long capai sebungkus masuk dalam bakul sorong.  Adakah sayur ini terdapat di Malaysia?  Kalau ada, tentu ia ditanam di kawasan bercuaca sejuk seperti di Cameron Highlands.  Mak Long tidak pernah masak dan rasa brussel sprout sebelum ini, jadi inilah kali pertama beli dan masak.  Sudah dibeli, sudah masuk peti sejuk terfikir pula bagaimana hendak masak...sedapkah tidak sayur nih?  Macam mana kalau tidak diterima oleh tekak, kang membazir pulak...

Dalam perjalanan kami pulang dari Niagara Falls, Canada baru-baru ini Mak Long jumpa sayur brussel sprout ketika singgah di satu bangsa jual sayur di tepi jalan.  Mak Long bertanya penjual bagaimana memasak sayur itu.  Cara dia masak brussel sprout, katanya dia belah dua dan bersihkan.  Panaskan sedikit butter dalam kuali dan masukkan bacon, sudah masak angkat ketepikan.  Minyak lemak bacon itu guna untuk goreng bawang yang sudah dimayang.  Masukkan brussel sprout dan bila hampir masak masukkan bacon yang diramas-ramas ke dalam kuali itu.  Haiiiii kita mana boleh masak guna daging bacon!  Dengar aje bila penjual itu bercakap...tadinya kan Mak Long juga yang bertanya macam mana hendak masak!  Mak Long beli dua pelepah dan bagi Robin sebagai buah tangan.  Ketika kami berada di rumah mereka, Robin tidak masak...jadi tidaklah merasa.  Ingatkan dia hendak merasa.. Hey Mak Long ingat .... Tidak baik bila sudah bagi orang, jangan minta balik..buruk siku namti.  Mujur kami tidak kempunan hahaha..  melawak!



Gambar dari Google

Tidak mengapalah, Mak Long google dulu tengok macam mana cara memasaknya.  Alaa banyak pun resepi yang boleh dicuba!  Macam-macam cara resepinya.  Boleh bakar, boleh buat salad, boleh celor dan macam-macam. Mudah sebenarnya..  Kebetulan semalam Mak Long siap bakar daging peha ayam buang tulangnya, berangan bolehlah potong-potong kecil buat rencah sayur baru itu...hahaha boleh olah sendiri cara masak nih..kita yang buat dan masak bukan sayur itu yang buat kita kan...

Brussel sprout adalah sejenis sayuran dalam keluarga kobis putih juga.  Rupa dan bentuk sama cuma ia bersais lebih kecil dari kobis.  Lebih kurang sebesar bola ping pong.  Rasanya juga hendak lebih kurang sama.

Taaa daaa.... 


Cuci dan potong brussel sprout

Cuci brussel sprout dan potong tangkai kemudian belah dua.  Potong bawang, lebihkan bawang putih kemudian tumiskan  dengan minyak zaitun kalau tidak ada, minyak masak apa-apa pun boleh.  Biarkan sampai layu baru masukkan sayur dan daging ayam bakar yang sudah dipotong-potong.  Balik-balikkan dan bubuh sedikit air, garam secukup rasa dan black paper.  Sayur ini kalau dimasak terlalu lama sampai berwarna kuning, rasanya lebih kuat menyebabkan kurang rasa enak.



Sudah boleh nikmati

Dah jadi pun!  Rasanya?  Boleh tahan juga, Pak Long kata sedap...  Tetapi kalau untuk cintarasa sendiri lebih sedap kalau taruk cili api!  Biar rasa pijar sedikit bila menjilat bibir hihihi.....

Makan sayur ini panas-panas dengan nasi putih.  Tambah sedap lagi ada sambal belacan asamkan tomato.  Mak Long tidak ada lagan batu hendak tumbuk sambal..guna blender sahaja jadilah.  

Nih hendak bagi tahu, makan sayur ini bagai orang tua macam Mak Long dapat banyak angin....!  Makanan lambat hendak hadam..


Sambal belacan + tomato



Menurut si Google brussels sprout mengandungi banyak khasiat seperti berikut:



Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
179 kJ (43 kcal)
8.95 g
2.2 g
3.8 g
0.3 g
3.38 g
(5%)
38 μg
(4%)
450 μg
1590 μg
(12%)
0.139 mg
(8%)
0.09 mg
(5%)
0.745 mg
(6%)
0.309 mg
(17%)
0.219 mg
(15%)
61 μg
(4%)
19.1 mg
(102%)
85 mg
(6%)
0.88 mg
(169%)
177 μg
(4%)
42 mg
(11%)
1.4 mg
(6%)
23 mg
(16%)
0.337 mg
(10%)
69 mg
(8%)
389 mg
(2%)
25 mg
(4%)
0.42 mg
Other constituents
Water
86 g








8 comments:

  1. Salam ...

    Baru nih saya tau pokok dia berpaut paut .... ingatkan memang dia jenis kobis kecik ! Hehehheee

    Saya kalau masak, masak style melayu jer ... tumis chili gitu ... atau buat masak sos tiram ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Memang, kalau masak cara masakan Melayu lagi terserlah keenakkannya.

      Delete
  2. Pertama kali saya melihat rupanya di blog ini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Long pun dulu fikirkan sayur nih kobis muda yang baru tumbuh.

      Delete
  3. Rebus dan buat cicah sambal belacan...mengimbau kenangan satu ketika dulu.Sekarang ni mahal sangat nak beli .

    ReplyDelete
  4. Salam Mak Long,

    Sayur ni susah nak cari kat KL, aritu sempena krismas abang ipar saya (omputih) minta tolong saya carikan sayur ni, nak buat turkey panggang and brussel sprout celur katanya...jenuh mencari ayam turkey seekor dan sayur ni kat semua cold storage kat kl...tak jumpa pun...kesian, teringin kut dia...baru saya tau macam ni rupanya..ingat tumbuh seketul seketul kat tanah..hehe..thanks Mak Long for sharing the picture.

    - Hayati Ghazali -

    ReplyDelete
  5. kami pun suka brussel sprout ni..tp ssh nak dpt..klau saya tumiskan bwg putih, masukkan kiub bilis dan cili flakes ..lps tu masukkan brussel ni..masak kjp je sekali makan krap krup krap krup..sdp sgt..hehehe

    ReplyDelete