"EAT ALL YOU CAN ... AND SELL THE REST..." Begitulah bunyi slogan Blue Bell Ice Cream kegemaran keluarga Mak Long. Pak Long orang number satu mengemari makan ice cream. Satu mangkok penuh, tarok sirap chocolat lagi di atas ice cream itu, kadang-kadang tambah dengan pelbagai jenis kacang... Mana tidak jadi sihat! Perisa paling sedap sekali ialah perisa homemade vanilla, peach dan rocky road.
Ice cream blue bell diusahakan oleh Blue Bell Creameries dan tapak kilangnya bertempat di Brenham, Texas. Sudah dua kali kami mengunjungi kilang tempat pembuat ice cream ini. Pengunjung dibenarkan melawat dalam kilang dan melihat bagaimana ice cream diusahakan. Setiap kali selepas melawat kilang kami diberi kesempatan menikmati makan ice cream percuma dengan pilihan dari pelbagai perisa yang diingini. Sais bekalan yang disediakan kepada pengguna sejak mula mereka perkenalkan bekalan ialah bersais setengah gelen yang tepat hinggalah kini, berbeza dari pengeluaran ice cream lain yang isi kandunganya lebih kurang walaupun bekasnya bersais setengah gelen. Kini sudah ada berbagai sais kotak bekalan yang ada di pasaran tetapi kotak bersais setengah gelen juga yang digemari pelanggan. Ice cream blue bell mengeluarkan berbagai jenis perisa dan menggunakan perbagai bahan buah-buahan ranun seperti buah peach, cherry, strawberry dan lain-lain termasuklah beberapa jenis kekacang dan chocolat.

Hari ini kami ke kedai phamacy di mana blue bell ice cream dijual terdekat di rumah kami. Jualan diskaun istimewa hari ini untuk seminggu ialah USD5.49 bagi sekotak bersais setengah gelen dengan menggunakan kad pelanggan yang diberi percuma oleh kedai pharmacy tersebut. Harga biasa ialah USD7.91 bagi setengah gelen. Bagus kan?
Setiap kali selepas makan tengahari atau malam, Putera yang sedang mengunjungi kami di Texas pasti mahukan ice cream ini. Paling Putera gemar ialah perisa "key lime pie" dan "black berry cobler". Satu mangkok besar ice cream di atasnya disaluti dengan chocolat sos dan "whipped cream". Suka Mak Long tengok dia makan ice cream dengan penuh berselera dan nikmat.
Makan ice cream memang sedap tetapi mesti berpada-pada. Ia mudah sekali menambah berat badan dalam masa yang singkat.
No comments:
Post a Comment