Assalamualaikum,
12hb Mei, 2013 ialah hari ibu sempena memperingati serta menghargai setiap kaum wanita yang bergelar ibu dan ia disambut setiap tahun seluruh dunia amnya. Walaupun Mak Long sendiri tidak menyambutnya tetapi anak-anak Mak Long tidak pernah lupa mengucapkan "Selamat Hari Ibu" setiap tahun walaupun mereka sibuk dengan tugas masing-masing. Ramai juga sahabat-sahabat yang mengucapkan yang sama di ruang "facebook" untuk Mak Long.
Sebenarnya hati Mak Long sangat tercuit dan sebak serta penuh dengan limpahan rasa kasih melimpa ruah yang tidak terhingga sangat mendalam. Perasaan dalaman yang tidak dapat hendak diluahkan dengan hanya kata-kata betapa besar dan bersyukur kepada Allah memberi rahmat yang dipenuhi dengan kemeseran dan kasih sayang dari anak-anak. Yang mampu diluahkan hanya linangan air mata kasih yang tidak dapat bertahan. Putera M dan Puteri S yang berada bersama kami tahun ini memberikan pelukan mesera sambil mengucapkan "Selamat Hari Ibu... kami sayang Emak". Mereka telah menghadiahkan sejambak bunga dan kad yang sungguh indah serta lucu kata-katanya. Mak Long bersyukur dirahmati Allah cahaya mata yang baik budi, menghormati orang tua dan sesama insan, perihatin dan berpelajaran. Semuga mereka akan terus bersifat mulia, rajin berusaha serta beriman dan sentiasa menjalani kehidupan yang diredhai Allah..... in-sha-Allah.
Tugas seorang ibu tidak pernah habis hinggalah ke akhir hayatnya. Sering Mak Long berfikir sendirian, siapakah yang akan terus mendoakan untuk anak-anak yang dikasihi setiap hari apabila Mak Long sudah tiada lagi?? Ya, sedikit berasa sentimental ... hati seorang ibu!
Nota: Berbaktilah kepada ibu mu sebelum ia menutup mata terakhir. Syurga itu ada di bawah telapak kaki ibu.
Kuntum hadiah dari Putera dan Puteri |
Nota: Berbaktilah kepada ibu mu sebelum ia menutup mata terakhir. Syurga itu ada di bawah telapak kaki ibu.
No comments:
Post a Comment