Pages

Saturday, March 9, 2013

Nota Penyakit Kering Mata (Blepharitis)

Assalamualaikum,  


Beberapa hari yang lepas atas nasihat Dr Michael Singer, Mak Long telah menemui seorang lagi doktor pakar mata iaitu Dr Michael Orozco di Medical Center Ophtalmology Associates, San Antonio, Texas.  Di pusat inilah juga Mak Long telah menerima khidmat perubatan mata sejak satu tahun lebih dari Dr Michael Singer dan Dr Burns.  Di kelinik ini mereka memberi khidmat perubatan dalam segala jenis masaalah dan penyakit mata. Dari masaalah mata rabun hinggalah segala masaalah penyakit mata yang lebih rumit termaksuklah sessi pembedahan.  

Kali ini Mak Long mengalami kedua-dua mata terasa kering menyebabkan ada kalanya pengelihatan kurang jelas dan kurang selesa.  Sebenarnya masaalah ini telah dialami semenjak masih muda-muda lagi hanya tidak pernah diambil kesah kerana memikirkan masaalah ini tidak penting tambahan lagi sentiasa sibuk dengan perkara-perkara lain meniti hidup.  Janji-temu dengan Dr Michael Orozco berjalan dengan lancar.  Melalui ujian yang dijalankan Dr Michael memberitahu Mak Long mengalami penyakit 'Kering Mata' yang dipanggil "Blepharitis".  Kata Dr Orozco "Dry eye is a disease" iaitu mata kering adalah sejenis penyakit mata.  Katanya lagi berjuta orang mengalami penyakit ini tetapi banyak kes tidak diberi perhatian untuk mengubatinya.  Kelenja pengeluar air mata tidak dapat mengeluarkan air mata untuk melembabkan mata kerana salurannya tersumbat oleh minyak yang menjadi beku di saluran.


Fungsi Kelenja Pengeluar Air Mata dan Minyak Di Sekeliling Mata


Apakah "Blepharitis"?

Blepharitis biasanya berlaku apabila seseorang itu mengalami tidak selesa pada matanya walaupun setelah menitiskan air mata buatan (tear drop) ke dalam mata.  Beberapa tanda telah dikenal pasti melalu kajian yang dibuat oleh para pakar mata dengan menggunakan berbagai teknologi masakini.  Penyakit ini sebenarnya boleh berlaku bila-bila masa atau ketika umur seseorang itu masih kecil lagi.  Antara tanda-tanda yang nyata termasuklah:

Mata terasa tidak selesa
Mata terasa seperti berhabuk atau berpasir
Mata terasa penat dan letih
Mata selalu berair
Bibir mata terasa gatal dan menjadikan mata merah
Pemandangan kadang kala tidak jelas
Terasa tidak selesa menggunakan kanta mata/"contact len"

Menurut doktor lagi kuman bacteria ini berada pada kulit manusia, tetapi sesetengah orang kuman ini masuk ke dalam kulit di pangkal barisan bibir alis bulu mata bahagian atas dan bawah mata.  Ini menjadikan rasa tidak selesa dan rasa radang.  Kadang-kadang boleh menjadikan kulit di kawasan itu seperti kelemumur kering di sekeliling mata juga di alis bulu mata.  Apabila terjadi begini, setengah orang mendapat alahan gatat-gatal di sekeliling mata.  Lebih teruk lagi ia akan jadi radang pada tisu mata, terutama pada cornea (bahagian hadapan mata).  Orang dewasa yang telah berumur lebih biasa mengalami keadaan begini.

Bagaimana hendak merawat "Blepharitis"?

Menurut Dr Orozco, keadaan ini mungkin belum ada ubat sesuai untuk disembuhkan tetapi boleh dikawal melalui beberapa kaedah yang perlu diambil.  Antara caranya ialah:
  • Basahkan tuala kecil dengan air panas suam, perah airnya dan letakkan tuala pada mata tertutup selama 1 atau 2 minit.  Ulang cara begini hingga dua atau tiga kali dan lakukan setiap hari sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kaedah ini akan melembutkan dan mengeluarkan kelemumur kering itu.  Ia juga akan mencairkan pengeluaran minyak dari kelenjar minyak yang terdapat di sekeliling alis mata.
  • Kemudian lap perlahan-lahan keliling pangkal bulu mata dengan menggunakan jari yang dibalut dengan tuala kecil, kapas, atau tuala lembab lab mata sekarang ada dijual di famasi.  Lakukan ini kira-kira 15 saat setiap atas dan bawa alis mata.
  • Doktor mungkin memberi pesakit titisan antibiotik yang perlu dititiskan dalam mata.  Ikutlah nasihat doktor.
  • Titisan air mata tiruan boleh digunakan untuk melegakan kering mata.
  • Doktor juga mungkin memberi antibiotik untuk dimakan sebagai mengurangkan kuman di bibir alis mata.  Sekiranya keadaan kekeringan mata lebih teruk, mungkin rawatan "tetracyckube" melalui mulut akan dilakukan.

Mengambil perubatan sahaja tidak mencukupi untuk melegakan masaalah ini.  Cara menggunakan kain tuala suam yang basah seperti yang diterangkan di atas lebih baik untuk mengawal "blepharitis".

Adalah penting bagi setiap orang selalu melakukan pemeriksaan mata oleh doktor pakar mata kerana penyakit mata boleh berlaku tidak mengira umur seseorang atau masa.  Malahan kebanyakan masaalah mata buta juga boleh dikawal dan dicegah sekiranya cepat dikenal pasti serta mendapat rawatan di peringkat awal.








4 comments:

  1. Salam Mak Long. Oleh kerana saya sentiasa menunggang moto, maka mata saya sentiasa terdedah kepada kotoran. Mata saya sering juga kering dan kadangkala merah dan untuk membasahkan mata saya akan mengelipkan mata. Tetapi ini tidak membantu langsung. Akhirnya timbul "ketumbit". Saya dah ke opthalmologist untuk dipotong dan dibuang tetapi timbul kembali. Saya geram sungguh sebab setiap hari saya terpaksa bertemu tetamu...hiiissshhhh...geram tak sudah nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Uncle. Kesihatan mata adalah antara yang terpenting yang perlu kita titik beratkan. Gejala dedahan di luaran sana banyak kemudaratan bagi mata kita. Jumpalah doktor pakar mata selalu. Elok kalau kita jumpa pakar yang sama kerana memudahkan khidmat perubatan. Bagi Mak Long kaedah mendemah tuala lembab suam membantu kering mata selain dari menitiskan tear drop selalu. 6 bulan sekali doktor letak "plug" dalam lubang air mata di pangkal bibir mata membantu menahan dari kering mata. So far alhamdulillah.

      Delete
  2. Mak Long, "plug" tu apa, apakah proses untuk mendapatkan plug tersebut dan berapa kosnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Plug" tu alat digunakan sebagai satu dari kaedah mencegah air mata daripada cepat kering. Alat ini bentuknya seperti titik yang sangat halus tetapi selamat untuk digunakan menutup lubang halus di pangkal mata... ia dipanggil plug. Kaedah ini juga membantu tapi jangka masa pendek. "Plug" ini mudah terkeluar apabila mata digaru atau digosok. Kosnya pula kira-kira USD300.00 sekali letak tu. La ni insurance tanggung kos tu untuk Mak Long.

      Delete