Assalamualaikum,
Wednesday, August 19, 2020
Tuesday, August 11, 2020
Cactus Punya Pasal
Assalamualaikum,
![]() |
| Cactus |
Cactus punya pasal.. Kemarin terasa rajin sedikit tolong siram taman cactus Pak Long. Tengah-tengah menyiram kaki tersepak batu kecil, Nasib tidak terjongkang rebah atas cactus boss! Kang naya pulak kena duri cactus tajam ... Pasal cactus itu... Mak Long teringat kesah pada hari ibu tahun ini. Jadi katanya cutilah dari berkebun keliling rumah sebab menghormati hari ibu. Berkebun? Yaa betul berkebun tanam pokok-pokok keliling kawasan, terutama pokok cactus. Berkebun juga namanya kan?! “Nak buat taman cactus...”, katanya, sudah buat dah di belakang rumah di nun. Boleh nampak dari dalam rumah melalui cermin pintu besar. Kesiannya pulak taman kecil ini madang ajer banyak gangguan dari binatang liar.. si rusa. Cactus yang tersayang baginya, dipasang pagar. Yang lain disembur dengan semburan busok baunya tidak tahan hidung dibuatnya. Kesian dia puas berusaha jadi pekebun cactus. Satu taman cactus tidak cukup. Maka diusahakan satu lagi tidak jauh dari sisi rumah. Banyak dah berbagai jenis cactus ada termasuk cactus yang baru hendak naik itu.
Jadi hari itu kami jalan-jalanlah konon hendak relek-relek. Habis-habis singgah di pusat nursery tengok-tengok saja konon. Memang cari nahas.... Separoh kereta penoh dengan sepokok cactus besar gedabak. Nasib pulak pokok yang ini tidak ada duri! Itu dah oklah, kami baliklah ke rumah. Ingatkan lepas-lepas zohor bolehlah nak lelap-lelapkan mata sekejap.... hmmmm tak ada channnn...
“Jom kita ke tasik... tengok ramai tak orang di situ ..”. Di Texas semua taman riadah ditutup disebabkan gejala penyakit Covid-19 sedang bermaharajalela sejak awal tahun lagi. Dua minggu lepas pihak gomen bagi buka semula. Umak aaii macam kambing lepas kandang mereka berpusu-pusu keluar. Yang bagusnya mereka masih mengekalkan jarak berjauhan dan setengahnya pakai “mask” / pelitup muka. tapi soalnya sampai bila mereka patuh ....! Sampai di tasik kami dan ramai lagi penggunjung tidak dibenarkan masuk kawasan itu. “Tak boleh masuk, dah penoh”, kata pengawal yang duduk sedap-sedap dengan aircon dalam truck besarnya. Oklah... kami cabut ke tempat lain... tengok tu perangai macam orang-orang muda, menjengkit. Duduk rumah bukankah lebih baik!
Jauh jugalah merempit ikut jalan-jalan kecil. Amboiii cantik sungguh dunia Allah nih... rumput dan pokok semua meriah berbunga dengan berbagai rupa dan warna. Rasa sungguh bersyukur diberi Nya peluang menikmati ciptaan Nya yang indah, segar dan nyaman damai jiwa. Maka sampailah kami di bandar kecil nama Wimberley. Bandar penempatan orang bangsa German di zaman-zaman penghijrahan orang Eropah di Amerika. Bandar kecil ini telah menjadi salah satu dari bandar “tourist attraction” di Texas bahagian tengah.
Panas lit lit pulak ketika itu... kering dan cair otak .. bangku-bangku tempat duduk diikat dengan reben merah tanda pengunjong tak boleh duduk sebab Covid-19. Tidak munasabah! Ada ker? Bukan orang hendak duduk rapat-rapat sebelah menyebelah. Suruh pakai “mask” degil tidak mahu pakai mask. Terok mereka nih! Aduiii... tiba-tiba mata kami nampak pulak sepokok cactus cantik di pinggir jalan. Katanya dia belum ada cactus jenis itu. “Bolehlah patahkan sekeping daun tu....”, kata Mak Long .... acah-acah sebenarnya. Rupa-rupanya bebenar dia patahkan satu pelepah daun cactus tepi jalan lalu lalang tu. Aduiiii..... disuruhnya masukkan dalam kocek jaket saya. Mana boleh...habis nanti kena getah ke baju Mak Long, lagi pun mana muat masuk kocek.... nasib cactus itu tiada duri tajam! Pegang sahajalah. Cactus punya pasal, “cactus thift!.....” katanya pulak! Aiikkk!
![]() |
| Cactus |
Thursday, July 30, 2020
Friday, June 19, 2020
Saturday, June 13, 2020
Ke Pasar Costco, San Antonio, Texas
Assalamualaikum,
Pagi semalam seawal 8:00 pagi kami sudah keluar ke San Antonio. Tujuannya untuk ke Costco gedung “wholesale” di sana. Dah lama tidak ke situ hingga kad ahli kami pun dah mati. Tambahan keadaan covid-19 ni lagilah malas hendak ke mana-mana pun. Warga Emas sudah bertatah belian nih perlu lebih berhati-hati. Sebelum itu kami tanya si google kot ada peraturan2 baru sebelum pergi ke Costco.
Peraturan yang mesti dipatuhi:
1. Waktu khas warga emas berbelanja di Costco ialah di antara 9:00 am hingga 10:00 setiap hari.
Cukup masakah dalam 1 jam untuk membeli belah? Bagi kami lebih dari cukup. Berjalan dan berdiri lama2 sakit kaki tua nih.
2. Mesti pakai “mask” sepanjang dalam gedung itu serta mematuhi arahan “social distancing” .
Tidak ada masaalah pun. Tetapi kalau pakai “mask” di luar bangunan, itu tak boleh tahan, panas dan tidak selesa.
3. Pemakaian sarong/sampul tangan tidak diperlukan.
Kami pun tak suka pakai sampul tangan - panaslah!
Peraturan di atas tidak ada masaalah bagi kami, namun ada juga sekelumpuk manusia yang angkoh berpendapat itu tidak munasabah. Apa-apa pun “precaution is better than cure”.
Penggunjung dikendaki beratur dengan jarak 6 kaki antara satu yang lain untuk masuk ke dalam gedung - tawab sedikit keliling ratusan troli ke pintu besarnya. Di muka pintu masuk seorang penjaga ambil bilangan penggunjung yang masuk. Tidaklah pasti samaada ditetapkan bilangan yang dibolehkan berada dalam gedung buat sesuatu masa. Warga emas sahaja dibenarkan masuk ketika itu (9:00 am). Mereka yang muda-muda dilarang masuk sama. Mereka ini kena tunggu di luar hingga pukul 10:00 am walaupun mereka cuba berdolak-dalih dengan pengawal tu .... biasalah perangai manusia tidak mengira apa jua bangsa!
Bila tamat berbelanja, penggunjung boleh bayar sendiri melalui mesen layan diri atau pun cara seperti biasa melalui kaunter jurujual. Mudah tiada masaalah.
Wednesday, June 3, 2020
Sembang Kami
Assalamualaikum,
Masing- masing duduk diam-diam layan fikiran sendiri. Tiba-tiba :
Mokcik : Dear, my skin is all wrinkled...
Pokcik : Hmmm ...... I think that is sign of old
Pokcik & Pokcik : Hahahaha
Alhamdulillah, growing old together is rahmat..
Alhamdulillah, growing old together is rahmat..
Monday, May 25, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)








