Pages

Sunday, February 14, 2016

Selamat Ulang Tahun AHQ

Assalamualaikum,

Hari ini ialah hari paling istimewa buat putera kedua kami AHQazach.  Genap tiga puluh enam tahun umur mu sayang.  





Anak ku

Kelahiran mu memberi sinar hidup ibu
Kesyukuran tidak luput di hati
Alhamdulillah ya Illahi


Anak ku

Walau kita dipisah antara benua
Ikatan kasih sayang kita 
Irat tiada tepian punca


Anak ku

Kehadiran mu penuh keistimewaan
Suara mu lembut di telinga ibu
Pujuk mu tenteram hati ibu


Anak ku

Ingatlah di hati mu
Rindu ibu tiada batasan
 Kasih ibu sepanjang hayat


Anak ku

Doa ibu selagi ada hayat
Jaga diri dan keluarga mu
Jaga maruah
Jaga keimanan mu 



SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN
AHQ









Saturday, February 13, 2016

Terapi Minda

Assalamualaikum,

Mengurut minda di tepi tingkap dapur membuat hati terhibur dengan keletah si Holis tupai yang sering menumpang makan bijiran burung liar.  Leka memerhatikannya....























Duri Landak

Assalamualaikum,






Minggu lalu ketika kami dalam perjalanan meziarah Barry di pusat pemuliahan "The Village" di Bandar Kerville, kami terlecet bangkai seekor landak di jalan.  Landak dalam bahasa Inggeris ialah "porcupine".  Landak dikatakan sejenis haiwan mamalia termaksuk dalam keluarga tikus.  Tubuhnya dipenuhi duri sebagai bulu yang keras dan tajam berfungsi melindung diri mereka daripada musuh.  Sekiranya keadaannya terancam, landak akan mengembangkan bulu durinya sehinggga seluruh tubuh akan kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras. Tajam betul durinya hingga mampu lekat pada tayar truck.  Mak Long mula cabut beberapa duri itu dari tayar bila Pak Long nampak "No! No! don't do that, Dear.. you never know they may carry disease...."  Haah pulak!  Lalu terbantut dan tarik tangan cepat-cepat cuci tangan.

Pertama kali Mak Long melihat landak di Amerika ialah ketika kami berkunjung ke mini zoo di Cattleman's Steakhouse, Febens, El Paso, Texas.  Kali keduanya pula terjumpa berhampiran dengan kawasan rumah kami.  Rupanya landak boleh panjat pokok!
  
Masa Mak Long kecil-kecil dahulu arwah atok suka memburu binatang liar di hutan.  Landak dan ayam denak adalah antara dari tangkapan yang pernah beliau tangkap hidup-hidup.    Ada orang kata daging landak halal dimakan dan ada pula kata dagingnya haram dimakan.  Seingat Mak Long arwah atok tidak pernah menyuruh Mak Ener memasaknya.  Arwah atok jual sahaja landak-landak itu kepada orang yang memang mencari binatang itu.  

Kawan-kawan sekolah pula pernah memberi Mak Long duri landak, sahaja untuk suka-suka.  Mak Long simpan satu dua duri itu dan buat penunjuk membaca buku.












Wednesday, February 3, 2016

Longhorn

Assalamualaikum,

Akhir-akhir ini kami sering melihat penternak di daerah Texas Hill Country  berternak lembu baka Texas Longhorn di ranch atau ladang ternak.   Ladang ternak yang terdapat di sini amat luas hingga beribu-ibu ekar luasnya.  Ladang ternak biasanya dipagar sekeliling agar binatang ternakan tidak merayau di jalanraya awam.  








Mak Long pernah menulis sedikit tentang Texas Longhorn hampir dua tahun lalu.  Sila baca   Di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
















Tenangkan Minda

Assalamualaikum,

Satu hari suntuk habis terbuang mencari "bolt and nut" untuk projek baru Pak Long.  Lenggoh lutut Mak Long turun naik kereta, keluar masuk kedai.  Ada paku yang tidak sesuai, terlalu pendeklah, terlalu panjanglah.  Mak Long biarkan Pak Long cari sendiri barang-barang keperluanya.  Mak Long lebih minat tengok bahagian nursery buat minda tenang.  Di situ  ada macam-macam jenis pokok dan bunga termasuk anak keratan bunga rose pun ada diatur kemas bagi jualan musim bunga yang tidak lama lagi mendatang.  Yang berminat sudah boleh beli sekarang.  Ada beberapa pokok kecil masih diselimut dan ditutup mengelakkan dari cuaca beku.  Ada pasu bunga berbagai sais dan rupa menambat hati.  Dalam hati berkata, esok-esok bila tidak sejuk sangat bolehlah datang di sini..hehehe 

Kegemaran Pak Long suka melayari Craig List di sesawang.  Di situ banyak iklan tempatan menjual serba serbi barang.  Macam-macam ada dari barang buruk dan lama hinggalah barang baru.  Antara kegemaran Pak Long ialah melihat jualan kerusi/bangku besi lama untuk dibaik pulih.  Berjam-jam mengadap komputer!

Inilah rupa barang yang Pak Long sudah beli dari seorang askar yang akan berpindah ke Oklahoma.  Sebuah bangku besi dan sebuah kerusi goyang juga besi.  Nanti hari-hari itulah kerja Pak Long.  Kalau beli baru bangku itu harganya lebih kurang USD200 lebih.  




Sampai di rumah dan buka pintu nampak sofa menanti setia... aduhai empuknya menjemput Mak Long menikmatnya hehehe perasan betul Mak Long nih.  Dengar lagu nih lembut sejuk rasa ditelinga dan minda....
















Sunday, January 31, 2016

Muka Surat 31 Tahun 2016

Assalamulaikum,

Hari ini sudah sampai muka surat 31 bagi tahun 2016.  Cepat sungguh masa berlalu.  Macam dihembus-hembus lajunya.  Esok pula sudah masuk bulan Februari.  

Bulan ini padat dengan temu janji dengan doktor.  Hendak dikata sihat, rasa semacam, hendak dikata sakit rasa sihat pulak.  Macam-macam jenis penyakit suka hinggap kalau kesihatan tidak dijaga.  Sekarang baru tahu rasa jadi orang tua hahaha.... 

Seperti biasa satu hari dalam seminggu kami menziarah Barry iaitu sahabat baik Pak Long. Kali ini semangatnya berkobar-kobar.  Ceria dan berkali-kali bagi tahu dia akan berjalan!  Yeah...mudah-mudahan.

Dalam perjalanan balik kami berhenti bila terjumpa beberapa ekor longhorn..  Mak Long ambil peluang melakarkan gambar:

Longhorn jantan

Longhorn jantan dan betina

Longhorn mengawan






Longhorn jantan












Friday, January 29, 2016

Selamat Menyambut Harijadi Kakak

Assalamualaikum,





Kakak, 

Jarak kita beribu batu
Tidak mampu kita bertemu selalu
Namum di sudut hati kita sentiasa bertemu
Kasih dan sayang kami sentiasa di lubuh hati
Tiada kata mampu diluah

Sayang

Doa kami ... 
Agar Kakak panjang umur
Agar Kakak sihat sejahtera 
Agar Kakak dilimpahi nikmat dan rahmat
Agar Kakak dilimpahi rezeki melimpah ruah
Agar Kakak berjaya dalam hidup dunia dan akhirat
Agar Kakak sentiasa mengucap syukur
Agar Kakak kuat iman menghadap dugaan
Agar Kakak ingat asal dan usul
Agar Kakak bahagia

Sayang

Kami sayang Kakak

SELAMAT MENYAMBUT HARIJADI, SAYANG